Rabu, 15 Disember 2010
PLANET BARU!!!
DOHA - Sepasukan ahli astronomi diketuai Qatar bagi mencari planet baru di cakerawala telah menemui sebuah planet yang mengelilingi sebuah bintang yang terletak sejauh 500 tahun cahaya dari Bumi.
Planet tersebut dinamakan Qatar-1b, sempena nama negara Asia Barat itu.
Planet itu sebahagian besarnya terbentuk daripada gas dan 20 peratus lebih besar berbanding Musytari iaitu planet kelima dan terbesar dalam sistem suria.
Yayasan Qatar Bagi Pembangunan Pendidikan, Sains Dan Komuniti semalam memberitahu, penemuan planet baru itu akan dilaporkan dalam jurnal bulanan, Monthly Notices of the Royal Astronomical Society.
"Penemuan planet Qatar-1b merupakan pencapaian yang hebat sekali gus membuktikan komitmen Qatar untuk menjadi pelopor dalam bidang sains inovatif dan penyelidikan," kata ketua bancian sistem planet luar suria yang juga pengarah penyelidikan yayasan berkenaan, Dr Khalid Al Subai.
Seorang lagi ahli astronomi dalam penyelidikan itu, Professor Keith Horne dari Universiti St. Andrews di Scotland berkata, planet Qatar-1b membuat pusingan lengkap mengelilingi bintangnya setiap 1.4 hari bermakna satu tahun di planet itu menyamai 34 jam di Bumi.
Sebahagian planet itu menghadap bintangnya berbeza dengan Bumi yang berputar pada setiap 24 jam yang menyebabkan berlakunya siang dan malam. - AFP
PENULIS : Satu kemajuan yang bagus untuk umat Islam. Selain menunjukkan kita juga adalah agama yang mahir ilmu Bintang, kita juga dapat membuka mata musuh yang menganggap kita ini BODOH!... aku tertarik dengan planet QATAR 1B ini, masa terlalu pantas di atasnya, setahun di Bumi sama sdengan satu hari di sana (34 jam)..terlalu laju, rasanya kompom cepat TUA! Maha Suci Allah yang meletakkan kita di Muka Bumi planet Bumi kita ini.. hargailah planet kita, kerana ianya satu sahaja yang Allah kurniakan untuk kita jaga... cuba kalau kita dicampakkan ke planet tersebut... rasanya macam pepatung umur kita, hanya beberapa hari sahaja hidup yang bersama dengan jumlah tahun kita di Bumi... pantas dan laju! – nampaknnya planet ini akan berada dalam Novel aku nanti- Planet Qatarus. Aku saja je reka nama ni dalam novel aku... bertajuk PERSEPOLIS ATLANTIS. Insyallah... masih dalam penulisan..
bro,
BalasPadammasa berjalan seperti biasa di atas planet biru itu...
sebab pada kacamata pengkaji bintang, satu tahun bersamaan satu pusingan lengkap mengelilingi matahari... [macam 1cm=10mm].
:D good luck on your next novel...
nampaknya anda lebih faham tentang planet berbanding I... hehhee
BalasPadamanyway satu rujukan yang bagus... tq u for komen..
bab2 yang melibatkan panjang-pendek masa boleh rujuk special relativity... :D
BalasPadamBrief history of time oleh Hawking atau The Elegant Universe oleh Brian Greene boleh dirujuk sebagai bacaan awam yg bagus [Buku michio kaku pun not bad].
p/s: your book on Adamus masih belum selesai baca[beli masa PBAKL2010]...bab2 yang awal agak slow... :D Anyway, keep up the good work.
Thanks...
BalasPadam