Selasa, 23 November 2010

SULU DARUL ISLAM-MERDEKA!


Deklarasi Kemerdekaan Sulu Berlangsung 4 Hari
Dicatat oleh Asreemoro @ Asreesulu di 8:28 PM 0 ulasan
21 Nov, 2010 Jolo, Sulu: Peristiwa bersejarah pada hari Rabu 17 November baru-baru ini penduduk Jolo, Sulu telah menyaksikan Perisytiharan "Deklarasi Kemerdekaan Sulu Sultaniyyah Darul Islam" secara besar-besaran yang diadakan selama empat hari di perkarangan Plaza Tulay yang lokasinya terletak di hadapan Masjid Besar Tulay. Telah menjadi kejutan kepada penduduk Jolo pada hari tersebut walau pun sejak beberapa minggu yang lalu makluman berbentuk sepanduk dan pelekat serta risalah telah pun disebarkan oleh ahli United Tausug Citizens (UTC).


Walau pun kehadiran begitu sedikit hanya kira-kira tiga ribu kehadiran sahaja tidak seperti yang dijangka iaitu seramai 10 000 orang pada awalnya bukanlah menunjukkan gagalnya hari Deklarasi Kemerdekaan Sulu Sultaniyyah Darul Islam oleh United Tausug Citizens. Kehadiran beberapa Professor/pensyarah dari Mindanao State University Bongao serta sokongan para Syarif dan barisan pimpinan MNLF termasuk para balu mereka menjadikan majlis Deklarasi Kemerdekaan Sulu penuh bermakna. Bagi Atty. Meltino J. Sibulan serta pemimpin-pemimpin UTC deklarasi telah berjaya mencapai matlamatnya dengan terisytiharnya Sulu Merdeka sepanjang sejarah Kesultanan Sulu selama 605 tahun.


"Perbarisan dan deklarasi kita hari ini adalah mengenai kita, masa depan generasi kita yang akan datang. Sangat sedih dan melukakan perasaan saban tahun bangsa ini dibom, dianiaya, dibunuh, dituduh sebagai pengganas oleh Manila demi kepentingan jawatan dan nafsu serakah ahli politik mereka. Manila yang datang menyerang ke sini sebaliknya kita yang digelar pengganas pula. Kita sebenarnya kaya tetapi lihatlah, wilayah kita lah yang paling miskin dan melarat berbanding wilayah lain di seluruh Filipina. Hari ini kita berdiri bersama di sini dengan satu matlamat iaitu Kemerdekaan Sulu Darul Islam agar kita dapat menguasai hasil bumi dan laut seterusnya dapat membangunkan Sulu mengikut acuan kita" Ujar Prof Adil dalam ucapannya yang berapi-api di hadapan penyokong UTC yang turut disambut dengan laungan takbir dari hadirin.


Pada sebelah petang setelah beberapa pemimpin utama UTC memberikan ucapan Atty. Meltino J. Sibulan yang bertugas sebagai Legal Counsel Sultanate of Sulu telah membacakan kandungan Deklarasi Kemerdekaan yang kemudian disambut dengan takbir bertalu-talu dan tangisan dari ribuan hadirin. Mereka berpelukan dan bertangisan sambil mengucapkan takbir kerana deklarasi dapat dilangsungkan secara aman tanpa gangguan dan sabotaj dari pihak Filipina mahu pun pihak luar. Kerana sebelum itu terdapat desas-desus dari luar kononnya akan ada serangan atau sabotaj dari pihak keselamatan Filipina atau pun dari pihak luar yang mahu menghalang seterusnya menggagalkan hari Deklarasi Kemerdekaan Sulu tersebut.


Rakyat Kesultanan Sulu walau bagaimana pun sudah nekad dan sedia dibunuh kerana bagi mereka terbunuh syahid adalah kejayaan menuju akhirat. Akhirnya sehingga deklarasi selesai dibacakan tiada satu pun bencana yang menimpa kecuali hujan lebat dan petir tunggal yang memberi petunjuk bahawa Kerajaan Langit yang Maha Kuasa telah mengesahkan pengisytiharan Kemerdekaan Sulu pada petang itu. Walau pun pada awalnya pihak Polis telah dimaklumkan kononnya rakyat Kesultanan Sulu yang akan mengadakan Deklarasi Kemerdekaan pada hari tersebut akan melakukan provokasi dengan melakukan benteng manusia untuk menutup setiap laluan di jalan utama sekali gus memberhentikan aktiviti jual-beli di Bandar Jolo akhirnya didapati tidak benar.


Selama empat hari rakyat Kesultanan Sulu berkampung di perkarangan Plaza Tulay dengan bekalan seekor lembu setiap hari. Sebenarnya pada hari deklarasi tersebut sehingga selesai pada hari keempat (Sabtu) UTC Kesultanan Sulu mempunyai bekalan 32 ekor lembu hasil kutipan Qorban dari Muslimin Turkey yang disalurkan melalui NGO kemanusiaan yang berpejabat di Kuala Lumpur dan sumbangan beberapa individu Tausug di Jolo, Sulu. Pada petang Sabtu iaitu hari terakhir berkampung di Plaza Tulay waktu sebelum maghrib UTC bersurai lalu menuju ke perkampungan mereka yang asal di Buansa, Indanan.


Laporan seterusnya ialah penubuhan Kerajaan dengan kementerian di bawah Perdana Menteri. Siapakah yang dipilih oleh rakyat menjadi Perdana Menteri menerajui kerajaan Kesultanan Sulu? Siapakah yang akan dipilih oleh rakyat melalui Rumah Bicharannya sebagai Sultan Sulu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PLEASE COMMENT!