Isnin, 22 November 2010

INFLUENZA???


Salam Buat Semua,Berita Terkini Yang Baru Aku Dengar Dari Buletin Utama Tadi.. Selepas ancaman Influenza A H1N1, negara kini berdepan pula dengan serangan virus Influenza B.Perkara ini disahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.Katanya, sebahagian besar sample darah yang diambil bagi tujuan ujian, dikesan mempunyai virus Influenza B.Menurut Datuk Seri Liow, mereka yang diserang virus Influenza B, mempunyai simptom sama dengan Influenza A H1N1.
Antaranya mengalami demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan, serta cirit-birit DAN muntah. Jadi, andainya korang mempunyai simotom-simptom seperti berikut.. jangan malu dan segan untuk bertemu dengan doktor berhampiran... Sebelum ini, penyakit seperti kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan serta kematian dilaporkan.Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi nasihat yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan dalam usaha mengekang penularan virus Iinfluenza B.

Jangkitan kuman virus influenza pada tahun 1918 telah membunuh lebih
kurang 20 juta manusia di seluruh dunia. Ada yang menganggarkan
mangsa-mangsanya yang sebenarnya berjumlah 40 juta orang. Mengikut
beberapa kajian, kuman virus yang menyebabkan epidemik ini datang dari
babi-babi di Amerika. Ia menjangkiti tentera-tentera Amerika pada
Perang Dunia I dan tentera-tentera ini kemudiannya membawa dan
menyebabkan jangkitan di negara-negara lain. Kajian ke atas
spesimen-spesimen mangsa menunjukkan, punca wabak ini adalah daripada
kuman virus yang datangnya daripada babi.
Pada tahun 1918 virus Influenza telah membunuh lebih daripada 20 juta manusia di seluruh dunia. Dan ada juga yang menganggarkan lebih 40 juta yang menjadi mangsa. Antara sebabnya apabila dibuat kajian ialah kuman-kuman ini sebenarnya datang dari babi-babi di Amerika, yang menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I. Dan tentera-tentera ini seterusnya membawa wabak ini ke merata tempat di pelbagai negara di seluruh dunia.

Dikatakan jumlah kematian berlaku dalam tempoh yang singkat dan wabak ini pada ketika itu adalah antara wabak yang membawa kematian yang cukup besar jika dibandingkan dengan lain-lain wabak penyakit moden pada masa itu. Dan setelah dibuat kajian terperinci, ternyata punca wabak ini adalah daripada kuman virus yang datangnya daripada babi.
(source: The Civil Aboliotionist, New Pig Virus Capable of Infecting Human, New York, 1998 )

Pada tahun 1957 satu wabak yang dinamakan sebagai Asian Flu dan juga wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 adalah berkemungkinan berpunca daripada binatang ternakan, sebelum ianya menjangkiti babi. Di dalam babi pula, virus ini berubah kepada bentuk yang lebih berbahaya, sebelum ianya menjangkiti manusia. wabak-wabak ini telah meragut nyawa lebih 2 juta orang.


Apa pun mari kita lihat jenis-jenis Influenza yang wujud...

INFLUENZA
Keluarga : Orthomyxoviridae

Genera (ahli keluarga)

1.Virus Influenza A
2.Virus Influenza B
3.Virus Influenza C
4.Isavirus
5.Thogotovirus
Virus Influenza A

■Hanya satu spesies (Influenza A) , banyak variasi
■Mempunyai satu rantaian RNA bersegmen
■Unggas liar perumah semula jadi kebanyakan varisi virus Influenza A
■Jenis ini merupakan yang paling berbahaya berbanding jenis B dan C, menyebabkan jangkitan yang lebih teruk kepada unggas dan mamalia
■Variasi virus yang dilebelkan mengikut gabungan dua jenis protein di permukaan kapsul virus Influenza A dikenali sebagai hemagglutinin (H) dan neuraminidase (N).
■Terdapat 16 variasi hemaglutinin (H1 - H16) dan sembilan variasi neuraminidase (N1 - N9)
■Hemagglutinin membolehkan virus melekat pada sel hos dan boleh menybabkan sel darah merah bergumpal
■Neuraminidase merupakan enzim yang membolehkan virus ini membebaskan diri daripada sel yang dijangkiti
■Setiap variasi (gabungan H dan N) juga telah mengalami mutasi dan berpecah kepada jenis berbeza. Variasi H1N1 ini pada 1918 Selsema Sepanyol (Spain Flu) adalah strain berbeza dengan H1N1 2009
■Setiap variasi dan strain ini juga mungkin berbahaya kepada satu spesies haiwan yang khusus atau kepada beberepa spesies haiwan yang berlainan
■Variasi virus Influenza A juga kadang kala dinamakan mengikut hos asalnya seperti selsema burung (unggas), babi, kuda, anjing, kucing dan selsema manusia.
Variasi Influenza A kepada manusia

■H1N1, punca spanis flu pada 1918, dan pandemik selsema 2009
■H1N2, endemik kepada manusia dan babi
■H2N2, punca Asian Flu 1957
■H3N2, punca Hong Kong Flu 19968
■H5N1, ancaman pandemik berterusan
■H5N2
■H7N7
■H7N2
■H7N3
■H9N2
■H10N7
Influenza B

◦Satu spesies sahaja (Influenza B), boleh dikatakan hanya menjangkiti manusia. Hanya anjing laut dan feret haiwan yang boleh dijangkiti virus ini
◦Jarang ditemui berbanding virus Influenza A dengan keupayaan mutasi sehingga tiga kali lebih rendah
◦Ketiadaan variasi membolehkan imuniti terhadap virus ini terbentuk sejak kecil lagi.
◦Variasi dan hos yang terhad memsatikan pandemik Influenza B tidak berlaku
Influenza C

•Satu spesies sahaja (Influenza C), menjangkiti manusia, anjing dan babi.
•Kadang kala menyebabkan jaangkitan teruk dan epidemik setempat
•Influenza C lebih jarang berlaku berbanding Influenza B dan , selalunya hanya menyebabkan jangkitan ringan kepada kanak-kanak

PENULIS : ZIKRULLAH, DOA DAN USAHA BERUBAT SERTA TAWAKKAL ADALAH LANGKAH TERBAIK UNTUK MENGATASINYA....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PLEASE COMMENT!