Isnin, 8 November 2010

GUNUNG BULUSAN DI FILIPINA PULA BAKAL MELETUP!


Selepas Gunung merapi menghamburkan laharnya, kini mungkin giliran Gunung Bulusan di Filipina pula yang bakal meletus... persediaan telah dilakukan oleh pihak kerajaan Filipina bagi menghadapi situasi yang bakal mengancam keselamatan penduduknya. sebelum itu, mari kita lihat fakta2 menarik yang berkaitan dengannya...

Gunung Bulusan ialah sebuah gunung berapi di Pulau Luzon, Filipina yang terletak di daerah Sorsogon di kawasan Bicol (12°46.2' U, 124°03' T), 70 kilometer di Gunung Mayon dan lebih kurang 250 kilometer di selatan ibu negara Manila.

Gunung Bulusan telah dikelaskan oleh ahli volkanologi sebagai sebuah stratovolkano (gunung berapi rencam) yang terletak di dalam sebuah kaldera yang dibentuk sejak dari 40,000 tahun lagi. Tingginya 1,565 meter di atas aras laut, dengan diameter kakinya sebanyak 15 kilometer.

Gunung Bulusan mempunyai empat buah kawah, iaitu:

1.Kawah No. 1, dikenali sebagai Tasik Blackbird, yang 20 meter diameternya dan 15 meter dalamnya;
2.Kawah No. 2 yang berbentuk bujur, dengan saiznya 60 meter x 30 meter dan dalamnya 15 meter;
3.Kawah No. 3 yang diameternya 90 meter dan dalamnya 20 meter;
4.Kawah No. 4 yang terletak berhampiran dengan bahagian timur laut dicipta semasa peletupan pada tahun 1981, dengan sebatang celahan 100 meter panjangnya dan antara 5-8 meter lebarnya di bawah kawah ini;
dan empat buah mata air panas, iaitu Mata Air Panas San Benon, Mata Air Panas Mapaso, Mata Air Panas San Vicente, dan Mata Air Panas Masacrot. Gunung-gunung berapi bersebelahannya termasuk Gunung Homahan, Gunung Binitacan, Gunung Batuan, Gunung Calungalan, Gunung Calaunan, Gunung Tabon-Tabon, Gunung Juban dan Gunung Jormajan.

Gunung Bulusan telah meletup sebanyak 15 kali sejak dari tahun 1886.

Institut Volkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) mengisytiharkan Amaran Tingkat 1 pada 19 Mac 2006 selepas ia mencatat pergolakan seismos yang semakin meningkat. Pada 8 Jun 2006, ahli volkanologi mengumumkan Amaran Tingkat 2 (tingkat pergolakan seismos sederhana) selepas Gunung Bulusan meluahkan abu. Kemudian pada 9 Jun, kepulan-kepulan asap yang dikeluarkan memusnahkan sebilangan rumah di bandar Casiguran yang berhampiran, 5 kilometer di utara gunung berapi, dan merebak ke Bandaraya Sorsogon, kira-kira 20 kilometer di utara Gunung Bulusan.

Pada 13 Jun 2006, ahli volkanologi mengumumkan bahawa kawah-kawah yang baru telah dicipta oleh letupan-letupan Gunung Bulusan yang sederhana. Selain daripada kawah-kawah yang baru, dua daripada empat kawah yang lama kelihatan telah bergabung, dengan rekahan dilihat pada kawah di puncak yang terletak di sebelah barat.

Gunung Bulusan umumnya dikenali kerana letupan-letupan freatiknya (letupan didorong wap) yang mengecut. Ia adalah salah satu daripada 22 buah gunung berapi di Filipina yang merupakan sebahagian Lingkaran gunung berapi Pasifik.

apapun...kita nantikan letusannya.... siapa tahu...mungkin ia jadi sejarah terbaru yang melangkaui letusan Merapi... semoga tiada nyawa yang terkorban di sana... berdoalah sama2...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PLEASE COMMENT!