Selasa, 7 September 2010
KETUA PADERI DOVE WORLD-TERRY JONES?
Askar AS dalam bahaya
KABUL 7 Sept. – Komander tentera Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan, Jeneral David Petraeus memberi amaran nyawa askar AS di negara ini akan terancam jika sebuah gereja kecil di Florida meneruskan rancangan untuk membakar al-Quran pada 11 September ini.
Petraeus berkata, rancangan untuk membakar kitab suci itu akan menjadi kejayaan propaganda bagi pejuang Taliban di Afghanistan dan memarakkan sentimen anti-AS di seluruh dunia Islam.
Gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida mengumumkan akan membakar naskhah-naskhah al-Quran pada hari ulang tahun kesembilan serangan 11 September 2001 pada Sabtu ini, bagi memprotes apa yang didakwanya sebagai ‘kejahatan Islam’.
“Tindakan itu boleh membahayakan askar dan mengancam seluruh usaha kita.
“Tindakan seperti itulah yang digunakan sebagai propaganda oleh Taliban dan yang boleh mencetuskan banyak masalah besar. Bukan sahaja di sini tetapi di mana sahaja kita menjalinkan hubungan dengan umat Islam di seluruh dunia,” kata Petraeus dalam wawancara dengan akhbar Wall Street Journal semalam.
Protes yang dirancang oleh gereja Florida yang mempunyai 50 anggota itu sudah pun mencetuskan kemarahan di Indonesia, negara majoriti Islam terbesar di dunia.
Pada akhir bulan lepas, kira-kira 100 anggota pertubuhan Islam di Indonesia memprotes di luar Kedutaan AS di Jakarta dan mengancam untuk melancarkan jihad jika gereja AS itu meneruskan rancangannya.
Ketua paderi Dove World, Terry Jones mengakui kebimbangan Petraeus adalah ‘berasas’.
Namun dalam kenyataannya kepada Wall Street Journal, Jones berkata, penganut Kristian perlu menghantar mesej yang jelas kepada elemen radikal dalam Islam.
“Kita tidak mahu lagi dikawal dan dikuasai oleh ugutan dan ancaman mereka,” katanya.
PENULIS : kegilaan dan kebbodohan paderi kristian ini memang melampau... Sejauh ini Umat islam yang didakwa mereka pengganas pun tidak pernah membakar HOLY BIBLE mereka... Lantaran kerana menghormati agama lain... dan dinyatakan oleh Allah bahawa orang Kristian inilah yang paling hampir dengan Islam... tetapi hari ini ada satu masalah yang berlaku... Mungkin ini juga adalah aturcara Yahudi Dan Freemason Laknatullah.. Melaga-lagakan dua agama ini. Aku yakin Ketua Paderi Terry Jones itu bukanlah Kristian, tetapi penyamar Kristian dari kalanagn Illuminati atau Freemason.
Kalau mereka ini ingin juga meneruskan untuk membakar naskah Qur'an di hadapan gereja mereka... seluruh Dunia Islam akan memulakan Perang Jihad ke atas kristian dan Amerika yang menyokong. Aku yakin semua ini dalangnya adalah Freemason dan Yahudi Zionis Laknatullah. Dajjal adalah dalang terbesar yang sedang mengarahkan tentera-tenteranya membunuh anak-anak kecil di Iraq dan Afghanistan. Dengan tujuan mencari keturunan Rasululah SAW yang akhirnya akan muncul sebagai Imam MAHDI. Inilah satu2nya cara yang mampu difikirkan Dajjal Laknatullah utnuk mengelakkan dirinya dibunuh oleh Nabi Isa a.s kelak... menghapuskan keturuan Rasulullah SAW... tapi Dajjal ini walaupun ada kuasa hebat, tetap BODOH juga.. keturunan Rasulullah SAW dibawa jagaan dan pemeliharaan Allah SWT. DAJJAL LAKNATULLAH TIDAK AKAN BERJAYA. SEBALIKNYA TAKDIR KEMATIANNYA DIBAWAH TOMBAK NABI ISA A.S PASTI BERLAKU....TUNGGU SAHAJA!- JIHAD WAR WILL BE LAUNCH!
"YA ALLAH YA RAHMAAN YA RAHIIM... LINDUNGILAH AKU DARI AZAB NERAKA DAN KEMURKAAN-MU DAN LINDUNGILAH AKU DARI AZAB KUBUR DAN FITNAH-FITNAH KEHIDUPAN SERTA FITNAH-FITNAH KEMATIAN.... DAN LINDUNGILAH AKU DARI FITNAH-FITNAH DAJJAL AL-MASIKH DAN IBLIS SERTA SYAITAN JIN DAN MANUSIA.... AMIN"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!