salam buat semua.... hari ini ada khabar paling best kat dunia ni kot... hehehe buat warga UiTM dan sesiapa yang bercita-cita ingin jadi warga UITM dan belajar di UITm dan Harvard tu.. ini lah khabarnya..... Datuk Sahol di USA.... mari kita lihat apa yang dikirimkan oleh Datuk VC ini dari USA...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua warga UiTM....
Terima kasih kerana sudi membaca e-mail saya ini. Ini adalah e-mail perkongsian kedua saya sepanjang mengikuti rombongan mengiringi SPB Yang DiPertuan Agong yang juga Tuanku Canselor kita melawat Amerika Utara.
Kini rombongan telah berada di Amerika Syarikat. 22/9/2010 merupakan hari yang amat bersejarah bagi saya secara peribadi dan juga untuk UiTM, kerana untuk kita (UiTM) telah terbuka ruang atau satu breakthrough dengan Harvard University di Boston, USA. UiTM akan bekerjasama dengan Harvard dalam beberapa bidang seperti berikut:
1. Penubuhan Harvard/UiTM Scholarship yang akan membolehkan staf atau pelajar kita belajar di Harvard.
2. Melalui Fakulti Perubatan di Harvard kita boleh menghantar pensyarah dan pelajar belajar di sana. Bidang2 lain Insya-Allah akan menyusul.
3. Sasaran kita seterusnya adalah Fakulti Perniagaan dan lain-lain. Saya juga sempat membuat perancangan untuk membawa beberapa orang dekan ke Boston untuk berbincang dengan Harvard dan juga Massachusett Institute of Technology agar bidnag-bidang yang sesuai dapat kita usahakan bersama.
4. Harvard akan mengadakan satu program bersangkutan perubatan di UiTM dan juga akan menghantar kakitangannya membantu membangunkan kemudahan penyelidikan klinikal di UiTM.
5. Pelajar final year kita dalam bidang perubatan, beberapa yang terbaik dan terpilih akan diberi peluang menamatkan thesis tahun akhir mereka di Harvard Medical School.
Hari ini pula saya akan mengadakan perbincangan dengan John Hopkins Hospital yang terkenal itu.
Setakat ini saya rasa kita telah dapat rapatkan UiTM dengan Harvard University di USA, dan McGill serta McMaster di Kanada. These are world top Universities in Medicine.
Seterusnya kita mesti sasarkan fakulti lain dan lain-lain top universities. Saya percaya kita boleh lakukannya. Formulanya ialah kita mesti bersatu-padu. Ini sebenarnya adalah satu perjuangan kita bersama untuk kesinambungan bangsa kita.
Kita wajib bersatu dalam satu perpaduan yang kukuh. Dengan intu barulah kita dapat bersama-sama meletakkan Melayu dalam Peta Dunia.... Bagi saya ini bukan satu impian lagi kerana di hadapan mata kita ianya sedang berlaku!
Saya tidak mampu lakukannya seorang. Saya memerlukan sokongan dalam apa jua cara pun untuk membolehkan UiTM memainkan peranannya membangunkan bangsa. Didiklah pelajar kita juga untuk bersatu padu sesama kita.
Sokongan saudara-saudarilah yang memberi saya semangat, meningkatkan motivasi diri saya untuk bekerja dengan lebih gigih lagi.
Saya minta semua fakulti berfikiran ke hadapan dan berbudaya maju. Rancanglah kaedah dan cara untuk meletakkan nama fakulti, nama UiTM dalam peta dunia dalam bidang masing-masing.
Saya telah berkali-kali menyatakan hasrat ini, tetapi ada juga fakulti yang tidak bergerak ke arah itu. Itu yang membuat saya sedikit kecewa. Oleh itu dekan-dekan bekerjasamalah dengan pensyarah, kakitangan dan pelajar untuk mencari perjalanan ke arah kemajuan yang lebih cemerlang.
Buat masa ini kita bolehlah ambil Fakulti Perubatan sebagai contoh untuk kita mencari ilham untuk LETAK MELAYU DI PETA DUNIA.
Sekian buat kali ini. Insya-Allah saya akan kirim khabar lagi jika berkesempatan sebelum pulang ke tanahair beberapa hari nanti.
Selamat bertugas dan sama-samalah kita menjaga nama baik UiTM yang tercinta ini. Wassalam.
Sahol.
USA.
P/S : Bangganya aku jadi warga UITM dan pelajar UITM pasti kembang hidung lepas ni... tahniah buat Datuk Sahol dan seluruh kakitangan UITm yang bertungkus lumus mengadakan usahasama denga Harvard University... nah, sesiapa yang mahu belajar kat harvard tu... masuklah UITM segera sebelum peluang ini habis.. hehehehe!
1 UITM 1 Malaysia!....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!