Khamis, 1 April 2010
KERETA ELEKTRIK PERTAMA-JEPUN
TOKYO 1 April - Kereta elektrik pertama untuk pasaran umum di Jepun, i-MiEV keluaran Mitsubishi Motors Corp (MMC), mula dijual di bilik-bilik pameran hari ini.
I-MiEV dilancarkan ketika kos teknologi futuristik yang digunakan dalam pembuatan kereta elektrik semakin menurun dan perang harga dijangka berlaku dalam segmen itu antara syarikat-syarikat pengeluar kereta.
Kereta empat tempat duduk daripada Mitsubishi, pengeluar kereta kelima terbesar di Jepun, dijual dengan harga 2.8 juta yen (RM103,700) selepas ditolak insentif kerajaan daripada harga asal, 4 juta yen (RM146,200).
Pembeli i-MiEV, Chitoshi Okunuki, 72, membuat tempahan awal pada harga lebih tinggi pada Ogos lalu dan sangat gembira dengan keputusan Mitsubishi kelmarin untuk memberi diskaun 620,000 yen (RM22,780).
Keputusan itu diambil pada hari sama syarikat pesaing, Nissan Motor Co. mengumumkan akan mula menerima tempahan untuk kereta elektriknya, Leaf.
"Saya sangat gembira, kereta ini sangat senyap dan tidak mengeluarkan gas ekzos," kata Chitoshi Okunuki, seorang pemilik kedai serbaneka, ketika berkunjung ke bilik pameran Mitsubishi.... (ruju : utusan online)
P/S : waa.. bestnya! ada motosikal elektrik tak??? kalau ada .. lagi aku nak laa...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!