Ahad, 11 April 2010

HUKUMAN YANG BAGUS!

Pasangan berzina diarak bogel keliling kampung
BANDA ACEH 8 April - Seorang guru bersama kekasihnya yang merupakan isteri orang, diarak bogel mengelilingi kampung mereka setelah didapati berzina sebelum dipukul oleh penduduk dan kini berdepan dengan hukuman sebat di khalayak umum.
Guru itu yang hanya dikenali sebagai Bus, berusia 36 tahun ditangkap semasa mengadakan hubungan seks dengan seorang suri rumah Yus, 28, di Aceh oleh penduduk kampung.
"Penduduk kampung menyerbu rumah wanita itu dan mendapati mereka sedang berdua-duaan,'' kata pegawai penguatkuasa Syariah Aceh Barat, Teuku Abdurrazak.
"Mereka kemudiannya ditarik keluar dan diarak berbogel keliling kampung, diikat di sebatang tiang dan dipukul menggunakan kayu serta tangan mereka sehingga menjadi hitam dan biru.
"Penduduk kampung sangat marah... jika polis lambat tiba di tempat kejadian, pasangan itu mungkin mati,'' kata Abdurrazak.
Menurutnya lagi, pasangan itu kini berhadapan hukuman sembilan sebatan jika didapati bersalah berzina.
Aceh melaksanakan sebahagian undang-undang Syariah pada 2001 sebagai sebahagian daripada pakej autonomi dari Jakarta bertujuan untuk menghapuskan sentimen puak pemisah.
p/s : KIRANYA SANGAT BAGUS LA DIORANG BUAT CAMTU.. SUPAYA JADI PENGAJARAN KAT SEMUA ORANG.. DAN MASALAH JENAYAH INI AKAN BERKURANG ... HANYA MEREKA YANG BENAR2 BERANI DENGAN ALLAH SAHAJA YANG AKAN BUAT KERJA BODOH TU... KAT MALAYSIA NI PATUT BUAT CAM NI JE... TAK PERLULAH KERAJAAN MEMBAZIR DUIT NAK BUAT PROGRAM YANG MERUGIKAN KERAJAAN SENDIRI... KALAU IKITA IKUT UNDANG2 ALLAH... INSYALLAH... TIADA MASALAH YANG MENIMPA KITA DAN TIADA BALA ALLAH YANG MELANDA KITA...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PLEASE COMMENT!