Isnin, 12 April 2010

BUNGA?



Bunga hanya indah dan cantik di pokoknya sahaja... bila dipetik ia akan layu dan mati... tabiat ini zalim dan membazir... dua sifat itu adalah sifat dan sikap Syaitan Laknatullah!


Tabiat menghadiahkan bunga?

Apakah tabiat itu sikap orang Islam??? Yang aku tahu… itu kelakuan orang bukan Islam. Dan ini membuat aku teringat sabda Rasulullah SAW. “Brangsiapa yang menyerupai satu-satu kaum itu, maka dia akan dibangkit di kalangan kaum itu di akhirat.” Nah… bayangkan kita mengamalkan sikap memberi bunga untuk kekasih atau isteri… ini bukanlah budaya kita… ini budaya KAFIR LAKNATULLAH… buat apa kita nak ikut kalau esok di Masyhar kita dibangkitkan di kalangan Kafir Laknatullah???
Budaya kita ialah memberi salam dan menyebarkan sesuai dengan sunnah Rasulullah SAW. Mendoakan saudara seagama dan yang dikasihi… itu lebih baik dari memberi bunga hidup(ros dan sebagainya…) lebih disukai dan diredhai Allah dan Rasul-Nya… mengapa pula kita mesti memilih cara orang Kafir????- HAL INI RAMAI YANG TIDAK SEDAR-SEDAR… KASIHAN AMAT!

Bagi aku ia menzalimi makhluk Allah…. Bunga itu fungsinya apa??? Kalau sekadar hiasan. Bunga bukan hiasan yang kekal lama… ia hanya mampu bertahan 2-3 hari kemudian layu dengan sia-sia sahaja. Kan elok kalau bunga tersebut kita biarkan di pokoknya dan menunggu lebah datang mengambil madunya lalu di bawah ke sarang. Dari situ lebah menghasilkan madu Asli yang amat berkhasiat untuk manusia…

Dan biarkan sahaja bunga itu dipokoknya agar dedaunannya terus menyumbang oksigen untuk kita bernafas dan berkurangnya kepanasan dunia… suhu Bumi semakin panas lantaran berkurangnya tumbuhan… yang bodohnya manusia menebang pokok-pokok dan memusnahkan alat utama sumber oksigen seluruh dunia… penebangan besar-besaran boleh dibendung .. tapi yang sikit-sikit dan diam-diam pasti lagi merbahaya pada alam ini…

Kalau sekadar menyekat keperluan makhluk lain dengan memenuhi hawa nafsu yang bertunjangkan hasutan nafsu Syaitan… buat apa???
Sudah! Hentikan menjual Bunga Hidup jenis apa sekali pun…. Hentikan budaya KAFIR LAKNATULLAH ini… ZALIM DAN MEMBAZIR!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PLEASE COMMENT!