Selasa, 20 April 2010

ASAP GUNUNG BERAPI BERKILAT?







SATU fenomena yang luar biasa berlaki ke atas gunung berapi ini...ini satu keluarbiasaan yang menunjukkan dunia semakin tua.. dan dunia semakin terseksa akibat manusia yang pentingkan diri sendiri.Iceland adalah satu Negara padat dengan gunung berapi, lebih 100 gunung berapi aktif. Gunung berapi Eyjafjallajökull kali terakhir meletus pada 180 tahun dahulu.Kelumpuhan’ laluan udara melintasi Eropah ekoran abu gunung berapi, ‘menandingi penutupan besar-besaran’ perjalanan udara yang dilakukan selepas berlakunya serangan 11 September 2001 ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC), kata sumber rasmi Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), hari ini.
Apabila Eiriksson mendengar mengenai letusan gunung berapi Fimmvorduhals di tengah glasier Eyjafjallajokull di selatan Iceland pada 21 Mac lalu, beliau mula merancang untuk memasak makan malam lazat berhampiran gunung berapi terbabit.

Fakta

Lokasi : Gunung berapi Fimmvorduhals,Eyjafjallajokull di REYKJAVIK, Iceland
Tarikh: 27 Mac, 2010

Tiada letusan dicatatkan di sekitar glasier Eyjafjallajokull sejak tahun 1821.
Lebih 250 penerbangan yang menuju dan berlepas dari Lapangan Terbang Heathrow dan Gatwick, London terkandas hari ini akibat kepulan abu gunung berapi dari ledakan gunung berapi di Iceland.
Jika berlaku lagi letusan gunung berapi ini ,mungkin menyebabkan banjir di sekeliling Iceland

Dalam surah ad-Dukhan, kita telah diberikan amaran bahawa kedatangan asap/kabut dari langit adalah sesuatu yang mengazabkan.

”Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata. Yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih. (Mereka berdoa): "Ya Rabb kami, lenyapkanlah daripada kami azab itu. Sesungguhnya kami akan beriman.”

(Ad-Dukhan 44: 10-12)

Kita tidak mengatakan abu gunung berapi Eyjafjallajokull inilah yang dimaksudkan oleh Allah dalam ayat ini, tetapi yang penting, amaran Allah bahawa asap/kabut dari langit itu adalah salah satu azab bagi manusia dan merupakan salah satu tanda kedatangan kiamat.

Muslim perlu sentiasa sedar bahawa fenomena alam adalah tanda kebesaran dan kekuasaan Allah.

”Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.”

(Ali Imran 3: 190]

Bagi kita, letusan gunung berapi serta luapan abu terjadi dengan kudrat dan iradat Allah. Jelas kepada kita bahawa kuasa Allah jauh lebih tinggi, lebih hebat mengatasi kekerdilan teknologi ciptaan manusia. Kapal terbang manusia yang dianggap canggih tidak dapat terbang dan berfungsi hanya kerana satu letusan daripada salah satu gunung berapi. Begitulah lemahnya manusia berbanding yang Maha Esa.


sama-samalah kita fikirkan ya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PLEASE COMMENT!