Movie yang paling best pernah aku tonton yang dilakonkan oleh SRK. Memang sebuah cite yang menyayat hati dan ade lah sikit airmata aku tumpah... hehehehe.. sedih wooo!
Ceritanya berkisar pada 11 september... pasal pengganas... dan pasal cinta dan dua agama yang bersatu di bawah satu ikatan perkahwinan yang menimbulkan pelbagai pandangan dari semua orang di U.S.
Rayzwan Khan... seorang penghidap sejenis penyakit saraf, tetapi memiliki IQ tahap Gaban! Dia bagaikan sebuah ensiklopedia bergerak yang penuh dengan maklumat... kisah bermula dalam keluarga Khan yang beragama Islam. Hanya mereka bertiga dalam keluarga ini... Rayzwan, dan adiknya serta Ibunya... Sejak dari kecil lagi Rayzwan memang dikenali sebagai budak yang tabah dan suka belajar walaupun cacat... dia banyak menimba ilmu pertukangan membaik-pulih semua jenis enjin kereta, peti sejuk- bolehlah dikatakan dia adalah pencetus idea yang bermanfaat terutama ketika ruang rumah gurunya di India digenangi air separas lutut... dan Rayzwan bertindak menggunakan basikal dan menyatukannya dengan hos panjang yang bertindak sebagai penyedut dan pengepam air yang dijanah dengan kayuhannya pada basikal yang ditongkatkan di tengah2 halaman rumah gurunya.... dengan keadaan cacat dan lemah dia mengayuh sehinggalah air di halaman rumah gurunya itu habis dikeluarkan...(Dari pagi ke petang dia mengayuh tanpa dibantu oleh sesiapa pun..... dan gurunya amat bangga padanya. sejak itu dia dikenali oleh orang kampung sebagai budak bijak dan mampu merepair segala peralatan elektronik.)
Ada tiga kelemahan Rayzwan Khan... Warna Kuning yang ditakutinya, bunyi-bunyi bernada tinggi akan mengganggu pendengarannya dan kecacatan saraf... namun semua itu tidak membuatnya putus asa dalam kehidupan. Ini terbukti apabila dia kehilangan ibu kandung yang amat menyayanginya... manakala adiknya pula, yang sebelum ini amat membencinya kerana lebih bijak dan dikenali oleh orang kampung telah berpindah ke US kerana mendapat biasiswa meneruskan pelajaran ke tahap yang lebih proffesional dan telah berkahwin di sana. Dia ke US mengikut adiknya untuk berdikari... tinggal di rumah adiknya dan isteri yang amat prihatin dengan kecacatannya... tidak leka dan lupa untuk membantu Rayzwan dalam kehidupan harian... Rayzwan membantu adiknya untk menjual (Salesman) produk kecantikan di seluruh bandar... sehinggalah pada suatu hari yang mengubah kehidupannya berlaku.
Rayzwan Khan berada di satu jalan yang berhadapan dengan kedai gunting rambut di mana (Kajol) Mandiri bekerja... Rayzwan hampir-hampir dilanggar oleh sebuah tren mini di tengah jalan kerana melihat garisan kuning di atas jalan sehingga membuatnya takut untuk melintas... kebetulan pula bunyi loceng pada tren mini itu membuatnya bagaikan dipekakkan... saat genting itu membuatkan Mandiri datang membantu dan ini menjadikan Rayzwan jatuh cinta pada gadis itu dan memeprkenalkan dirinya.. tanpa di duga... Mandiri berminat untuk membeli produk tersebut...
sejak itu Rayzwan menjadi pengunjung setia. Bersama handycam yang dibawanya dia melakukan pelbagai aksi untuk menarik perhatian Mandiri... (Dalam keadaan cacat dan mencuit hati tetapi sangat romantik) sehinggalah dia mengatakan.. 'Will you marry me?' - bayangkan seorang yang cacat saraf...mengucapkan kata2 keramat tersebut... Mandiri yang berstatus Janda dan beranak satu- Sam. menganggap ia cuma satu gurauan... dan akhirnya menerima lamaran itu tanpa berfikir panjang lagi apabila Rayzwan datang ke rumahnya di satu pagi untuk menunjukkan padanya satu tempat di mana dia melihat bandaraya seolah-olah berada di atas awan... dan Mandiri sendiri berkata kepadanya.. " Marry me?"- aduh! satu babak yang amat menarik! sedih, pilu, sangat simpatik, gembira...dan bermacam2 lagi perasaan...
Mereka berkahwin walaupun Mandiri itu seorang perempuan Hindu. Adik Ryzwan menghalang tetapi isteri adiknya itu tidak menghalang... malah turut hadir di majlis kahwinnya dengan membawa persalinan yang istimewa untuk Rizywan.
Maka bermula dari situ, mereka hidup sebagai suami isteri(banyak babak menarik dan romantik pada tahap ini). namun kisah keperitan merka baru bermula sebaik sahaja 11 september menjengah.... satu dunia membenci Islam sebagai agama pengganas... dan puncaknya ialah apabila anak mereka terbunuh dalam satu insiden -kerana anaknya itu berbapakan nama KHAN. Kedai gunting mereka mengalami kerugian dan terpaksa ditutup... Rayzwan sendiri dihalau oleh Mandiri dan berkata dalam keadaan amat marah dan kecewa...
"Pergi beritahu semua penduduk Amerika, yang kamu bukan pengganas! Pergi jumpa Presiden Amerika, yang kamu adalah Khan dan kamu bukan pengganas!"
Rizywan yang turut sedih dan agak kecewa tetapi tetap cintakan Mandiri bergumam sendirian dan berkata pada dirinya sendiri(kemudian kata-kata ini dijadikan azimat yang semangatnya dalam perjalanan bertemu dengan Presiden US)... "My name is Khan... and I am not terrorist!" diulang2 kata-kata itu sehinggalah dia meninggalkan rumah untuk memulakan perjalanannya berjumpa degan presiden US.(Ketika itu BUSH yang menjadi Presiden... Rayzwan hanya dapat bertemu Presiden US apabila Bush turun pangkat dan diganti oleh Barrack Obama...(dilakonkan oleh bukan Obama tetapi berkulit hitam.) pelbagai kesusahan yang dialami Rayzwan dalam perjalanannya dalam kecacatan saraf, dan kehabisan wang keperluan... sementara Mandiri sendiri yang kecewa dengan pihak polis berusaha utnk menjejaki pelaku pembunuh anaknya... dan itu hanya berjaya apabila Rayzwan dan kisahnya untuk bertemu presiden itu disiarkan di kaca TV... Berikut Rayzwan ditangkap kerana disyaki pengganas... beliau disiksa dengan kejam oleh FBI ...dan ada satu ketika dalam bilik seksaan hawa sejuk dikuatkan sehingga membuatnya menggigil kesejukan- dia menulis dalam diarinya tentang ini dan mengatakan bahawa dia pernah beritahu pegawai kat situ yang aircond diorang itu rosak dan dia ingin membaikinya. Tetapi mereka tidak mengizinkannya.. ---- Ya Tuhan, sedihnya membaca pernyataan ini...
anda perlu menonton sendiri kisahnya... alamilah kegembiraan, kesedihan Rayzwan Khan dalam perjalanannya untuk bertemu presiden US....
anyway... semalam... aku dan isteri ke Kalumpang Resort sebab ada hari keluarga PHNB... seronok dan best berada di sana... nanti aku akan ceritakan di lain kali... sebab aku ada kerja opis yang menanti...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!