Ahad, 13 September 2009

KERAJAAN LANGIT

Hari ini mari kita lihat senarai nabi-nabi Allah SWT, Tuhan semesta alam ini. Kerajaan langit atau Jabatan Kenabian Islam menyenaraikan senarai nabi dan Rasul Allah SWt. jumlah sebenar bagi semua utusan Allah ini adalah sebanyak 124 000 orang nabi dan Rasul, 315 yang menjadi Rasul dan hanya 25 nabi dan Rasul yang wajib diimani dalam Islam.
Lima nabi Ulul-'Azmi(Nabi Muhammad, Nabi Isa, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Nuh.)-yang diMuliakan Allah lebih dari yang lain atas sebab ujian dan tentangan kaum mereka yang sangat kuat.
mari kita lihat nabi-nabi Allah ini.
Khatamu Anbiya Rasulullah Muhammad SAW @The Archprophet of God, Rasulullah Muhammad (PBUH) @Prophet Shiloh (PBUH)-The Last Mesengger, The Paraclete (Periqlytos) The Comforter, The Last Prophet, Syiloh@Shiloh, Eudokia(Lukas 2:14), Ahmad(Haggai 2:7) (KITAB Bible)-Kalki Avatar (KITAB Hindu)-Kavi dan Eelit(Yang terpuji)-Nabi yang dijanjikan(Zoroaster)-Narashansah Astvishyate(Muhammad yang terpuji dan diagungkan- Weda)-Buddha Maitreya(Buddha Gautama)-Dalam perjanjian lama Muhammad disebut sebagai Himada yang membawa Shalom (sama dengan Muhammad yang membawa Islam).
Merupakan Nabi Ulul-'Azmi
Nabi Adam a.s @ Prophet Adam
Nabi Ibrahim a.s @ Prophet Abraham-Nabi Ulul-‘Azmi
Nabi Musa a.s @ Prophet Moses-Nabi Ulul-‘Azmi
Nabi Harun a.s @ Prophet Aaron
Nabi Isa a.s @ Prophet Jesus @Yesus-Nabi Ulul-‘Azmi
Nabi Idris a.s@ Prophet Enoch
Nabi Nuh a.s@ Prophet Noah-Nabi Ulul-‘Azmi
Nabi Yusuf a.s@ Prophet Jacob
Nabi Sith a.s @ Prophet Sheth
Nabi Yaqub a.s @ Prophet Joseph
Nabi Sulaiman a.s @ Prophet Solomon
Nabi Ismail a.s @ Prophet Ishmael
Nabi Ishak a.s @ Prophet Isaac
Nabi Luth a.s @Prophet Lot
Nabi Daud a.s @ Prophet David
Nabi Salleh a,s @ Prophet Salleh
Nabi Ayub a.s @ Prophet Job
Nabi Syu’aib a.s @Prophet Jethro
Nabi Hud a.s @ Prophet Eber
Nabi Zulkifli a.s @ Prophet Ezekiel
Nabi Ilyas a.s. @ Prophet Elijah
Nabi Ilyasa a.s @ Prophet Elisha
Nabi Yunus a.s @ Prophet Jonah
Nabi Zakaria a.s. @ Prophet Zechariah
Nabi Yahya a.s @ Prophet John the Baptist
Nabi Danial a.s @ Prophet Daniel(nabi biasa-tidak termasuk dalam senarai 25 nabi wajib diimani)

LIMA JARI ANDA!

Jari yang 5..

"Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima.Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan.Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil,seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil.Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya".Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini.Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini,alam remaja menjengah diri.Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan.Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.Bersediakah anda??Nah...naik kepada jari ketiga.Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan.Alam dewasa kian menjengah.Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti denganekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh.Namun,anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda.Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi.Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan.Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.Kita beralih kepada jari telunjuk.Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat.Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini.Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.Manusia yang berada di tahap usia ini,hendaklah tampil sebagai modelkepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.Akhir sekali, renung ibu jari.Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan.Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara.Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar.Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes"sambil menggengam semua jaridan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya itu.Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???"

MANUSIA DAN POKOK EPAL YANG MENARIK

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Diatidak lagi menghabiskan masanya setiaphari bermain di sekitar pokok epaltersebut. Namun begitu, suatu hari diadatang kepada pokok epal tersebutdengan wajah yang sedih. "Marilahbermain-mainlah di sekitarku," ajakpokok epal itu."Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidaklagi gemar bermain dengan engkau,"jawab budak remaja itu."Aku mahukan permainan. Aku perlukanwang untuk membelinya," tambah budakremaja itu dengan nada yang sedih.Lalu pokok epal itu berkata, "Kalaubegitu, petiklah epal-epal yang adapadaku. Jualkannya untuk mendapatkanwang. Dengan itu, kau dapat membelipermainan yang kau inginkan." Budakremaja itu dengan gembiranya memetiksemua epal di pokok itu dan pergi darisitu. Dia tidak kembali lagi selepasitu. Pokok epal itu merasa sedih.Masa berlalu... Suatu hari, budakremaja itu kembali. Dia semakindewasa. Pokok epal itu merasagembira. "Marilah bermain-mainlah disekitarku," ajak pokok epal itu. "Akutiada masa untuk bermain. Aku terpaksabekerja untuk mendapatkan wang. Akuingin membina rumah sebagai tempatperlindungan untuk keluargaku.Bolehkah kau menolongku?" Tanya budakitu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyairumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlahrumah daripadanya." Pokok epal itumemberikan cadangan. Lalu, budak yangsemakin dewasa itu memotong kesemuadahan pokok epal itu dan pergi dengangembiranya. Pokok epal itu pun tumpanggembira tetapi kemudiannya merasasedih kerana budak itu tidak kembalilagi selepas itu.Suatu hari yang panas, seorang lelakidatang menemui pokok epal itu. Diasebenarnya adalah budak lelaki yangpernah bermain-main dengan pokok epalitu. Dia telah matang dandewasa."Marilah bermain-mainlah disekitarku," ajak pokok epalitu. "Maafkan aku, tetapi aku bukanlagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa.Aku mempunyai cita-cita untuk belayar.Malangnya, aku tidak mempunyai bot.Bolehkah kau menolongku?" tanya lelakiitu. "Aku tidak mempunyai bot untukdiberikan kepada kau. Tetapi kau bolehmemotong batang pokok ini untukdijadikan bot. Kau akan dapat belayardengan gembira," cadang pokok epalitu.Lelaki itu merasa amat gembira danmenebang batang pokok epal itu. Diakemudiannya pergi dari situ dengangembiranya dan tidak kembali lagiselepas itu.Namun begitu, pada suatu hari, seoranglelaki yang semakin dimamah usia,datang menuju pokok epal itu. Diaadalah budak lelaki yang pernahbermain di sekitar pokok epalitu. "Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Akusudah memberikan buahku untuk kaujual, dahanku untuk kau buat rumah,batangku untuk kau buat bot. Aku hanyaada tunggul dengan akar yang hampirmati..." kata pokok epal itu dengannada pilu. "Aku tidak mahu epalmukerana aku sudah tiada bergigi untukmemakannya, aku tidak mahu dahanmukerana aku sudah tua untukmemotongnya, aku tidak mahu batangpokokmu kerana aku tidak berupaya untukbelayar lagi, aku merasa penat daningin berehat," jawab lelaki tuaitu. "Jika begitu, berehatlah diperduku," cadang pokok epal itu. Lalulelaki tua itu duduk berehat di perdupokok epal itu dan berehat. Merekaberdua menangis kegembiraan.CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUKMENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR TENTANGPENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT.SEBENARNYA, POKOK EPAL YANGDIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAHKEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITAMASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGANMEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA,KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUKMENERUSKAN HIDUP. KITATINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALIMEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DIDALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKATETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APASAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DANGEMBIRA DALAM HIDUP.ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAKLELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAPPOKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH,ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKANANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPAMEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADAKITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAIMEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DANHARI BAPA SETIAP TAHUN. SEMOGAMEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARANKEPADA REMAJA KITA.