Ahad, 13 September 2009

MANUSIA DAN POKOK EPAL YANG MENARIK

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Diatidak lagi menghabiskan masanya setiaphari bermain di sekitar pokok epaltersebut. Namun begitu, suatu hari diadatang kepada pokok epal tersebutdengan wajah yang sedih. "Marilahbermain-mainlah di sekitarku," ajakpokok epal itu."Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidaklagi gemar bermain dengan engkau,"jawab budak remaja itu."Aku mahukan permainan. Aku perlukanwang untuk membelinya," tambah budakremaja itu dengan nada yang sedih.Lalu pokok epal itu berkata, "Kalaubegitu, petiklah epal-epal yang adapadaku. Jualkannya untuk mendapatkanwang. Dengan itu, kau dapat membelipermainan yang kau inginkan." Budakremaja itu dengan gembiranya memetiksemua epal di pokok itu dan pergi darisitu. Dia tidak kembali lagi selepasitu. Pokok epal itu merasa sedih.Masa berlalu... Suatu hari, budakremaja itu kembali. Dia semakindewasa. Pokok epal itu merasagembira. "Marilah bermain-mainlah disekitarku," ajak pokok epal itu. "Akutiada masa untuk bermain. Aku terpaksabekerja untuk mendapatkan wang. Akuingin membina rumah sebagai tempatperlindungan untuk keluargaku.Bolehkah kau menolongku?" Tanya budakitu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyairumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlahrumah daripadanya." Pokok epal itumemberikan cadangan. Lalu, budak yangsemakin dewasa itu memotong kesemuadahan pokok epal itu dan pergi dengangembiranya. Pokok epal itu pun tumpanggembira tetapi kemudiannya merasasedih kerana budak itu tidak kembalilagi selepas itu.Suatu hari yang panas, seorang lelakidatang menemui pokok epal itu. Diasebenarnya adalah budak lelaki yangpernah bermain-main dengan pokok epalitu. Dia telah matang dandewasa."Marilah bermain-mainlah disekitarku," ajak pokok epalitu. "Maafkan aku, tetapi aku bukanlagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa.Aku mempunyai cita-cita untuk belayar.Malangnya, aku tidak mempunyai bot.Bolehkah kau menolongku?" tanya lelakiitu. "Aku tidak mempunyai bot untukdiberikan kepada kau. Tetapi kau bolehmemotong batang pokok ini untukdijadikan bot. Kau akan dapat belayardengan gembira," cadang pokok epalitu.Lelaki itu merasa amat gembira danmenebang batang pokok epal itu. Diakemudiannya pergi dari situ dengangembiranya dan tidak kembali lagiselepas itu.Namun begitu, pada suatu hari, seoranglelaki yang semakin dimamah usia,datang menuju pokok epal itu. Diaadalah budak lelaki yang pernahbermain di sekitar pokok epalitu. "Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Akusudah memberikan buahku untuk kaujual, dahanku untuk kau buat rumah,batangku untuk kau buat bot. Aku hanyaada tunggul dengan akar yang hampirmati..." kata pokok epal itu dengannada pilu. "Aku tidak mahu epalmukerana aku sudah tiada bergigi untukmemakannya, aku tidak mahu dahanmukerana aku sudah tua untukmemotongnya, aku tidak mahu batangpokokmu kerana aku tidak berupaya untukbelayar lagi, aku merasa penat daningin berehat," jawab lelaki tuaitu. "Jika begitu, berehatlah diperduku," cadang pokok epal itu. Lalulelaki tua itu duduk berehat di perdupokok epal itu dan berehat. Merekaberdua menangis kegembiraan.CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUKMENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR TENTANGPENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT.SEBENARNYA, POKOK EPAL YANGDIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAHKEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITAMASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGANMEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA,KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUKMENERUSKAN HIDUP. KITATINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALIMEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DIDALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKATETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APASAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DANGEMBIRA DALAM HIDUP.ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAKLELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAPPOKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH,ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKANANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPAMEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADAKITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAIMEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DANHARI BAPA SETIAP TAHUN. SEMOGAMEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARANKEPADA REMAJA KITA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PLEASE COMMENT!