Sabtu, 14 November 2009

UTC








UTC mengamuk? terkejut dengan berita ini walaupun dah lama... Kerajaan Sabah tidak boleh berbuat apa-apa... SABAH ialah pajakan hak milik Kerajaan Sulu... tiada siapa yang mampu pertikaikan... UTC berjuang untuk mendapatkan hak Tausug semula... Namun, sikap membakar bendera itu, saya mengutuk keras. Tiada sesiapa yang berhak membakar mana-mana bendera milik negara yang berdaulat. terutamanya Malaysia. Kita faham, mungkin masalah peribadi seseorang boleh mendorong pada hal-hal seperti ini.




Buat kerajaan Sabah, UTC memohon maaf. Walaupun saya bukan ahlinya.. tetapi sebagai orang TAUSUG.... terasa seperti 'Cubit paha kanan, pasti paha kiri akan terasa.' Oleh itu, saya memohon maaf bagi pihak UTC... kita tidak pasti apa yang berlaku ketika itu... namun, siasatan mesti dilakukan... Saya juga yakin kedaulatan Sabah tetap terpelihara dan tetap seperti dulu(Ini bergantung pada Pajakan Sabah yang tiada had tempoh).... Sabah merupakan wilayah kesultanan Sulu... (Untuk menyelusuri sejarahnya dan asal-usulnya memang memakan masa yang panjang). UTC bukan satu gerakan peperangan, tetapi satu gerakan suci dan murni untuk keamanan dan pemilikan hak ke atas yang berhak.

Berkenaan tanah sabah(Borneo- Lupa Higad) penulis menggalakan anda membaca buku ilmiah hasil tulisan Saudara AsreeMoro... sila layari blog beliau...( http://tausug-global.blogspot.com/)
supaya kita semua mendapat maklumat yang betul sila baca buku beliau... Tausug dan kesultanan Sulu.
*Petronas mengumumkan penemuan telaga minyak di utara sabah. persoalannya... kawasan telaga minyak tersebut siapa punya? menurut Saudara Asreemoro... telaga minyak tersebut di dalam wilayah kesultanan Sulu... apakah benar???








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PLEASE COMMENT!