Rabu, 11 November 2009

MASALAH USUS DAN PERUT?


ANDA MENGALAMI MASALAH USUS, SISTEM PENGHADAMAN SEPERTI GASTRIK, KANSER USUS(EPENDIKS DSB.), SAKIT JANTUNG, ATAU ORGAN DALAMAN ANDA DIHINGGAPI PENYAKIT KRONIK???
 
Berikut ialah petua yang diamalkan oleh Datuk saya. Beliau sihat walafiat sehingga berumur 90 tahun dan meninggal tanpa mengidap sakit kronik. Beliau hanya MENINGGAL sakit tua.(Dah sampai ajal yang ditentukan Allah). Beliau mengamalkan satu petua yang sering diamalkan setiap kali hendak tidur dan bangun dari tidur.
 
Barulah saya sedar betapa banyaknya khasiat BAWANG PUTIH. Beliau menggunakan Bawang Putih sebagai satu minuman malamnya. Saya juga menghidap Gastrik dan masalah penghadaman. Alhamdulillah setelah saya mengamalkan petua itu semula. Masalah Gastrik itu hilang dalam masa tiga hari sahaja saya mengamalkannya dan tenaga saya kembali normal dan tidak rasa lesu dan malas.
Kaedahnya ialah seperti berikut:
2 Ulas Bawang Putih mentah yang dicincang halus atau ditumbuk.
Segelas air panas atau air suam.
Rendamkan Bawang Putih cincang / tumbuk untuk beberapa jam(Sehingga ia menjadi sejuk)
Minum air Bawang Putih tersebut sebelum tidur(Habiskan segelas)
Esoknya… minumlah segelas air putih(air suam) untuk membersihkan perut.
 
Setelah dibuat kajian memang Bawang Putih banyak manfaatnya. Tetapi ingat, ia juga membawa keburukan kalau terlebih makan. Pastikan anda mengambil pil hanya 300 mg sahaja bagi sehari, atau 2 ulas Bawang Putih mentah bagi setiap hari. Ia cukup untuk keperluan sistem pertahanan tubuh anda bagi sehari.
Penulis, alhamdulillah… masalah GASTRIK sudah hilang setelah saya mengamalkannya secara rutin(Istiqamah)… IATIDAKLAH MENGUBATI SECARA TOTAL. TETAPI SEKADAR MENAHAN DAN MENGHILANGKAN KESAKITAN PADA PERUT DAN USUS… SEKIRANYA DIAMALKAN TERUS MENERUS.. INSYALLAH. TIDAK MUSTAHIL MASALAH SISTEM ORGAN DALAMAN ANDA AKAN SIHAT DAN CERGAS SEHINGGA ANDA DIJEMPUT PULANG.
 
*Bukan itu sahaja, malah ia baik untuk gusi dan mulut. Sekiranya anda berkumur air Bawang Putih Mentah bagi mereka yang sakit gigi dan gusi… Insyallah… selepas berkumur(3 kali) seminggu sekali. Masalah mulut anda selesai…
sila amalkan dengan keyakinan pada Allah... Insyallah, sembuh...
KESEMBUHAN DARI ALLAH DAN USAHA DARI KITA DENGAN IZIN ALLAH.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PLEASE COMMENT!