Rabu, 9 September 2009

MUHAMMAD DALAM KITAB-KITAB AGAMA LAMA.


Buku ini amat mengujakan aku. Rupa-rupanya, tanpa disedari ada juga hamba Allah yang meneruskan usaha Sheihk Ahmad Deedat yang murni itu. Semoga kita semua beroleh hidayah dan petunjuk melalui buku ini. tahniah juga pada penulis buku ini. nampaknya kebuntuan harapan manusia sudah mulai pudar dan kini bercahaya semula dengan pemecahan rahsia ramalan kitab-kitab suci masing-masing tentang Manusia yang dijanjikan Tuhan itu.
Kita sendiri dengan akal bijak dan waras mengakui seorang manusia yang akan datang sebagai Rasul Tuhan yang terutama dan terakhir iaitu Rasulullah Muhammad SAW yang juga dikenali sebagai Buddha Maitreya(Buddha), atau Narashangsa(Hindu) dan Shiloh(Kristian) serta Nabi akhir yang dijanjikan(Zoroeaster). Dengan menggunakan kitab agama-agama ini, penulis telah menyingkap kebenaran ramalan atau nubuat tentang Rasulullah SAW yang diramalkan oleh semua nabi-nabi (Nabi Isa-Dituhankan oleh pengikutnya selepas pemergiannya, Nabi Siddharta Gautama dan pelopor agama Hindu-mungkin juga seorang Nabi Allah SWT yang asalnya adalah Islam tetapi telah didewa-dewakan oleh pengikutnya.)
Semua agama dalam dunia ini asalnya adalah Islam. tetapi pengikut-pengikutnya terlalu taksub dan akhirnya Iblis menyelinap di hati-hati mereka sehingga akhirnya menjadikan mereka itu sebagai dewa atau akhirnya menjadi Tuhan ataupun menjadi jelmaan Tuhan. tetapi Rasulullah SAW diutus Allah untuk membetulkan semua ini. Tidak cukup dengan penegasan dalam Al-Qur'an tenatng kerasulan Muhammad. Malah diabadikan dalam setiap kitab agama(Kristian, Hindu, Buddha) terdahulu. tetapi otak dan akal fikiran manusia yang disesatkan oleh Iblis dan Syaitan menjadikan mereka tidak mampu menerima hakikat kebenaran ini.
Selepas membaca buku ini. Maka, mengapakah kamu masih tidak beriman?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PLEASE COMMENT!