Isnin, 3 Ogos 2009

JESUS ?

Nabi Isa a.s. merupakan seorang nabi yang menerima kitab Injil menurut teologi keislaman.
Nabi Isa juga dikenali sebagai "Yesus Kristus" (atau dikenali "Jesus Christ") oleh para penganut agama Kristian sebagai Penyelamat Dunia dan Tuhan alam semesta.
Istilah "Isa al-Masih" pernah digunakan seketika dahulu sebagai terjemahan untuk merujuk kepada Yesus Kristus dalam Alkitab bahasa Melayu dan orang-orang Melayu beragama Kristian di Singapura 50 tahun yang lalu sebelum istilah itu ditukarkan kepada apa yang nyata pada masa sekarang.
Istilah ini masih digunakan oleh orang-orang Kristian di Pakistan dan Bangladesh.
Kelahiran Nabi Isa
Nabi Isa dilahirkan di Baitulaham (Bethlehem), Jerusalem pada penghujung abad pertama sebelum Masihi. Tidak dapat dipastikan tarikh sebenar kelahiran baginda tetapi sumber al-quran mengaitkan kelahiran Nabi Isa a.s. (kemuraman Maryam apabila risau akan tohmahan masyarakat terhadap kelahiran Nabi Isa) dengan musim:
Lalu dia diseru dari sebelah bawahnya: Janganlah engkau berdukacita (wahai Mariam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.(Quran 19:24-25)
Kajian menunjukkan bahawa musim tamar(kurma) masak di Palestin adalah ketika awal musim luruh iaitu penghujung Ogos atau awal September.
Hal ini berbetulan apabila masyarakat Rom risau akan kedatangan tahun 2000 dengan propaganda Y2K, segelintir mereka menyambut ulang tahun kelahiran Jesus yang ke-2000 pada 22 Ogos 1998 (mengikut kalendar lunar/Qamariah) atau pada 11 September 1998 (mengikut kalendar solar/Syamsiah).
Nabi Isa a.s. merupakan anak kepada Siti Maryam (Mary, Perawan yang suci). Umat Islam percaya akan kelahiran Isa yang suci melalui Maryam. Apabila malaikat memberitahu kepada Maryam akan janji Tuhan yang dia akan mempunyai anak, Maryam terkejutkerana dia masih lagi seorang perawan dara sunti. Namum, Maryam diingatkan bahawa ianya adalah kehendak Tuhan yang menciptakan segala atas kehendaknya.
Sebenarnya, konsep kelahiran Isa adalah suatu kejadian unik sepertimana kejadian Nabi Adam a.s. sebagai manusia pertama. Namun terdapat perbezaan antara kedua - duanya di mana Nabi Adam a.s dicipta Allah melalui tanah lalu ditiupkan roh ke dalam tanah itu. Manakala Nabi Isa a.s pula ditiupkan roh ke dalam rahim Maryam dan dikandung selama 9 bulan seperti manusia biasa yg lain. Nabi Adam a.s tiada ibu dan bapa manakala Nabi Isa a.s mempunyai ibu.
Dan (sebutkanlah peristiwa) perempuan yang telah menjaga kehormatan dan kesuciannya; lalu Kami tiupkan padanya dari Roh (ciptaan) Kami dan Kami jadikan dia dan anaknya sebagai satu tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi umat manusia. (Qur'an 21:91)
Mariam berkata: Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun? Allah berfirman: Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila Dia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Dia hanyalah berfirman kepadanya: Jadilah engkau, lalu menjadilah ia.(Qur’an 3:47).
Jesus (8–2 SM hingga 29–36 Masihi), [1] juga dikenali sebagai Jesus dari Nazareth, ialah tokoh utama agama Kristian. Beliau biasanya dirujuk sebagai Jesus Christ, dengan "Christ" merupakan gelaran Yunani yang bermaksud "Yang Dilumaskan Minyak" (bahasa Yunani: Χριστός Christos) yang sepadan dengan perkataan terbitan Ibrani, "Al-Masih" (bahasa Ibrani: יהושע Yĕhošūa'). Dalam Bahasa Melayu, beliau juga digelar sebagai Yesus Kristus.
Sumber-sumber maklumat yang utama mengenai kehidupan dan ajaran Jesus ialah empat buah Gospel hukum gereja dalam Wasiat Baru: Matthew, Mark, Luke, dan John. Kebanyakan cendekiawan dalam bidang-bidang kajian bible dan sejarah bersetuju bahawa Jesus adalah guru Yahudi dari Galilee yang dianggap sebagai penyembuh, dibaptiskan oleh John si Baptis, dan mati disalib atas perintah Gabenor Rom Pontius Pilate disebabkan tuduhan hasutan terhadap Empayar Rom. [2] Sebilangan kecil cendekiawan mempersoalkan kewujudan sejarah Jesus. [3]
Pandangan-pandangan penganut agama Kristian terhadap Jesus, walaupun berlainan dan rumit, bertumpu kepada kepercayaan bahawa Jesus adalah Messiah atau Christ yang dijanji dalam Wasiat Lama, serta kepada Kebangkitannya selepas penyaliban. Kebanyakan orang Kristian mempercayai bahawa Jesus adalah Anak Tuhan yang dihantar untuk memberikan penyelamatan dan perdamaian dengan Tuhan melalui penebusan dosa-dosa kemanusiaan. Kebanyakan orang Kristian adalah penyokong Trinitarianisme dan mempercayai bahawa Jesus adalah jelmaan Tuhan, manakala mereka yang bukan penyokong Trinitarianisme memegang berbagai-bagai tafsiran yang lain mengenai ketuhanan Jesus. Bidang kajian mengenai persoalan-persoalan ini dikenali sebagai Christologi. Kepercayaan-kepercayaan lain yang dikongsi oleh kebanyakan orang Kristian termasuk Kelahiran Dara, Naiknya Jesus ke langit, dan Kedatangan Kedua pada masa hadapan. Kebanyakan orang Kristian juga mempercayai bahawa Jesus melakukan mukjizat dan menunaikan ramalan Bible.

Pemerian yang terperinci mengenai kelahiran Jesus terkandung dalam Gospel Matthew (mungkin ditulis antara tahun 65 dan 90 Masihi) [4] dan Gospel Luke (mungkin ditulis antara tahun 65 dan 100 Masihi). [5] Terdapat juga banyak perdebatan tentang perincian-perincian kelahiran Jesus di kalangan cendekiawan Kristian, dengan sebilangan cendekiawan mendakwa bahawa mereka tahu dengan tepat, baik tentang tahun mahupun tentang tarikh kelahiran dan/atau kematiannya.
Pemerian kelahiran Jesus dalam Gospel Matthew dan Luke tidak menyebut tarikh atau tahunnya. Dalam agama Kristian Barat, perayaan diadakan secara tradisi pada musim liturgi Krismas, iaitu pada 25 Disember, suatu tarikh yang dapat dikesan sehingga seawal 330 Masihi di kalangan orang-orang Kristian Rom. Sebelum itu dan masih pada hari ini dalam agama Kristian Timur, tarikh lahir Jesus secara umumnya dirayakan pada 6 Januari sebagai sebahagian perayaan Theophany [6] juga dikenali sebagai perayaan Epiphany. Perayaan Theophany ini memperingati bukan sahaja kelahiran Jesus, tetapi juga pembaptisannya oleh John di Sungai Jordan dan mungkin juga peristiwa-peristiwa lain dalam kehidupan Jesus. Banyak cendekiawan memperhatikan bahawa pemerian kegiatan gembala-gembala dalam Gospel Luke menunjukkan tarikh musim bunga atau musim panas untuk kelahiran Jesus. [7] Mereka meneka bahawa tarikh perayaan telah dipindah sebagai suatu percubaan untuk menggantikan perayaan Saturnalia Rom (atau lebih khusus, hari jadi Sol Invictus, dewa pagan). [6]
Pada tahun ke-248 dalam era Diocletian (berdasarkan naik takhta Diocletian di Rom), Dionysius Exiguus mencuba menentukan bilangan tahun sejak kelahiran Jesus, dan mendapat angka 753 tahun selepas pengasasan Rom. Dionysius kemudian menetapkan tarikh kelahiran Jesus sebagai 25 Disember 1 ACN (untuk "Ante Christum Natum", atau "sebelum kelahiran"), dan menetapkan 1 Masihi (1 AD) untuk tahun yang berikutnya. Dengan itu, sistem penomboran tahun yang dikira dari tarikh kelahiran Jesus diasaskan: Anno Domini (yang diterjemahkan sebagai "dalam tahun Tuhan kami"). Sistem ini menyebabkan tahun Dionysius Exiguus itu menjadi tahun 532 dan hampir dua abad kemudian, sistem ini diterima dan menjadi kalendar utama dalam tamadun Barat, disebabkan perjuangan lanjutan oleh Bede.
Bagaimanapun, berdasarkan gerhana qamari yang dilaporkan oleh Josephus, tidak lama sebelum kematian Herod Agung (yang memainkan peranan utama dalam pemerian Matthew) serta juga pemahaman yang lebih tepat tentang pewarisan Maharaja-maharaja Rom, kelahiran Jesus harus merupakan tahun pada atau sebelum 4 SM. Menghadapi lagi kurang sumber-sumber dan juga kini lagi jauh daripada masa pengarang-pengarang Wasiat baru, penentuan tarikh kelahiran yang lebih boleh dipercayai adalah sangat susah.
Tarikh tepat kematian Jesus juga tidak jelas. Banyak cendekiawan menganggap bahawa Gospel John menggambarkan waktu penyaliban sebagai baru sahaja sebelum perayaan Passover (juga dipanggil Kuartodesimanisme) pada hari Jumaat, 14 Nisan, manakala gospel-gospel sinoptik (kecuali Mark 14:2) memerihalkan waktu Santapan Terakhir yang merupakan makan Passover pada hari Jumaat, 15 Nisan, sebagai baru sahaja sebelum penangkapan Jesus; bagaimanapun, sebilangan cendekiawan menganggap bahawa pemerian sinoptik adalah secucuk dengan pemerian dalam Gospel John. [8] Selain itu, orang-orang Yahudi mengikut kalendar qamari-suria dengan fasa-fasa bulan sebagai tarikh dan dengan itu, merumitkan penghitungan sebarang tarikh yang tepat dalam kalendar suria. Menurut karya John P. Meier, "Seorang Yahudi Pinggir" ("A Marginal Jew"), memberikan pertimbangan kepada tempoh jawatan peguam cara Pontius Pilate dan tarikh-tarikh Passover pada tahun-tahun dalam tempoh itu, kematian Jesus kemungkinan besar boleh ditetapkan sebagai 7 April 30 Masihi atau 3 April 33 Masihi. [9]

Menurut Matthew dan Luke, Jesus dilahirkan di Bethlehem, Judea, kepada Mary, seorang dara, melalui mukjizat Roh Kudus. Gospel Luke memerihalkan malaikat Gabriel melawat Mary untuk memberitahunya bahawa dia telah dipilih untuk melahirkan Anak Tuhan (Luke 1:26–38). Menurut Luke, suatu perintah Caesar Augustus memaksa Mary dan Joseph meninggalkan rumah mereka di Nazareth dan pergi ke tempat nenek moyang Joseph, tempat David, untuk Banci Quirinius. Selepas kelahiran Jesus, pasangan itu terpaksa menggunakan palung sebagai ganti untuk katil bayi kerana tidak ada lagi bilik untuk mereka di rumah penginapan bandar itu (Luke 2:1–7). Menurut Luke, malaikat mengumumkan kelahiran Jesus kepada gembala-gembala yang datang untuk melihat bayi baru dan kemudian mengumumkan apa yang disaksikan mereka ke seluruh kawasan (lihat Noël Pertama). Matthew juga mengisahkan "Tiga orang Majusi yang membawa hadiah kepada bayi Jesus selepas mengikut sebuah bintang yang dipercayai mereka sebagai tanda kelahiran Messiah, atau Raja Orang-orang Yahudi, (Matthew 2:1-12), dan pelarian ke Mesir selepas kelahiran Jesus untuk melepaskan diri daripada Pembunuhan Beramai-ramai Orang-orang Teraniaya.
Rumah Jesus semasa kanak-kanak dinyatakan dalam kitab Bible sebagai terletak di bandar Nazareth di Galilee. Menurut Luke, Joseph dan Mary tinggal di Nazareth sebelum kelahiran Jesus dan kembali ke sana selepasnya. Sebaliknya, Matthew mengatakan bahawa keluarga Jesus masih tinggal di Mesir dan hanya berpindah ke Nazareth selepas kematian Herod untuk mengelakkan kehidupan di bawah kuasa Archelaus, anak dan pewaris Herod. (Matthew 2:19-23).
Selain daripada pelarian ke Mesir dan satu perjalanan pendek ke Tyre dan Sidon, semua peristiwa yang lain dalam Gospel berlaku di Israel kuno. [13] Mengikut Luke (Luke 3:23), Jesus berumur "kira-kira tiga puluh tahun" ketia beliau dibaptiskan. Peristiwa tunggal yang disebut antara masa bayi dan masa pembaptisan dalam mana-mana Gospel hukum gereja ialah dalam Pencarian dalam Kuil oleh Luke (Luke 2:41–52). Dalam gospel Mark, Jesus ialah seorang tukang kayu (Mark 6:3), dan dalam gospel Matthew, beliau ialah anak tukang kayu (Matthew 13:55). Kedua-dua gospel itu menunjukkan bahawa Jesus menghabiskan sebahagian masanya untuk berlatih pertukangan kayu dengan ayahnya.




Pembaptisan dan Godaan

Gospel Mark bermula dengan Pembaptisan Jesus oleh John si Baptis yang diperihalkan oleh cendekiawan-cendekiawan Bible sebagai permulaan pengkhutbahan awam Jesus. Menurut Mark, Jesus datang ke Sungai Jordan di mana John si Baptis sedang berkhutbah dan membaptiskan orang ramai. Matthew menambah kepada pemerian ini dengan memerihalkan percubaan John untuk menolak permintaan Jesus untuk dibaptiskan, dengan mengatakan bahawa Jesuslah yang harus membaptiskan John. Bagaimanapun, Jesus mendesak dan mendakwa bahawa pembaptisannya diperlukan untuk "memenuhi semua kewajaran". (Matthew 3:15). Selepas Jesus telah dibaptiskan dan muncul dari air, Mark menyatakan bahawa Jesus "melihat syurga berpisah dan Roh turun kepadaNya bak merpati. Kemudian, suatu suara dari syurga berkata: "Kamu ialah AnakKu yang disayangi, dengan siapa Aku amat gembira." (Mark 1:10–11).
Selepas pembaptisannya, menurut Matthew, Tuhan membawa Jesus ke dalam gurun di mana beliau berpuasa selama 40 hari dan 40 malam. Semasa ini, syaitan menjumpainya dan menggoda Jesus untuk menunjukkan kuasa ghaib sebagai bukti bahawa beliau adalah benar-benar Anak Tuhan, walaupun setiap godaan ditolak oleh Jesus dengan suatu petikan kitab daripada Buku Deuteronomy. Pada keseluruhannya, Jesus digoda tiga kali. Gospel-gospel menyatakan bahawa selepas kegagalan, syaitan bertolak dan malaikat datang dan memberikan khasiat kepada Jesus (Matthew 4:1-11).
Pemerian Pembaptisan dan Godaan terdapat dalam Sinoptik, tetapi tidak terdapat dalam Gospel John.

Tempoh Pengkhutbahan Jesus


Gospel-gospel menyatakan bahawa Jesus, sebagai Messiah, telah dihantar untuk "memberikan nyawanya sebagai tebusan untuk banyak [orang]" dan untuk "mengkhutbahkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan ". [14] Pada sepanjang tempoh pengkhutbahannya, Jesis dikatakan melakukan berbagai-bagai mukjizad, termasuk menyembuhkan pesakit, menghalau hantu, berjalan di atas air, mengubahkan air menjadi wain, dan menghidupkan semula banyak orang, umpamanya Lazarus (John 11:1–44).
Gospel John memerihalkan tiga perayaan passover yang berbeza pada sepanjang tempoh pengkhutbahan Jesus. Ini membayangkan bahawa Jesus berkhutbah selama tiga tahun, walaupun sesetengah tafsiran Gospel Sinoptik mencadangkan hanya setahun. Tumpuan pengkhutbahannya adalah kepada pengikut-pengikutnya yang paling rapat, iaitu Dua Belas Hawari, walaupun banyak orang dianggap sebagai pengikutnya. Jesus berkhutbah bahawa hari kiamat akan datang dengan terkejut dan oleh itu, beliau memanggil pengikut-pengikut agar sentiasa berhati-hati dan beriman.
Pada puncak tempoh pengkhutbahannya, Jesus menarik beribu-ribu orang, khususnya di kawasan-kawasan Galilee dan Perea (masing-masing di Israel dan Jordan kini). Sesetengah ajaran Jesus yang paling masyhur datang dari Khutbah di atas Gunung yang mengandungi Beatitud dan Doa Tuhan. Jesus sering mempergunakan cerita ibarat, seperti Anak Boros, dan Cerita Ibarat Penyemai. Ajaran-ajarannya menumpukan kepada kasih sayang yang mengorbankan diri tanpa syarat bak Tuhan kepada Tuhan dan semua orang. Jesus berkhutbah tentang perkhidmatan dan rendah hati, pengampunan dosa, kepercayaan, memalingkan pipi yang lain, kasih sayang kepada musuh sendiri, serta keperluan untuk menurut maksud yang tersirat dan yang tersurat dalam Torah. [15]
Jesus sering bertemu dengan orang-orang terbuang, seperti publicani (pemungut-pemungut cukai empayar yang dibenci kerana memeras wang), termasuk hawari Matthew; apabila Farisi membantah tentang pertemuan dengan orang-orang dosa berbanding dengan orang-orang yang salih, Jeses menjawab bahawa hanya orang yang sakit memerlukan pakar perubatan, bukannya orang-orang yang sihat (Matthew 9:9–13). Menurut Luke dan John, Jesus juga berusaha untuk berkhutbah kepada kumpulan Samaritan yang mengikut sejenis bentuk agama Israel yang berbeza. Ini dibayangkan dalam khutbahnya kepada kumpulan Samaritan dari Sychar, dan menyebabkan mereka memeluk agama Kristian. (John 4:1–42).
Penangkapan, pembicaraan, dan kematian

Menurut Gospel-gospel, Jesus datang dengan pengikut-pengikutnya ke Jerusalem semasa perayaan Passover dan disambut oleh ramai orang yang bersorak, "Hosanna! Berkatlah dia yang datang di atas nama Tuhan! Berkatlah Raja Israel! [16] Selepas pemasukan kejayaannya, menurut gospel-gospel sinoptik, Jesus mengakibatkan kekacauan di Kuil Herod apabila beliau menterbalikkan meja-meja pengurup wang yang berniaga di sana dan mendakwa bahawa mereka telah menjadikan Kuil itu sebagai "sarang perompak" (Mark 11:17). Pada lewat minggu itu, menurut gospel-gospel sinoptik, Jesus merayakan makan Passover dengan hawari-hawarinya (kemudiannya dikenali sebagai Santapan Terakhir dan semasa itu, meramalkan pengkhianatan oleh salah satu hawari dan pelaksanaan hukuman mati ke atasnya. Dalam upacara amal ini, beliau mengambil roti dan wain dan berkata: "ini ialah badanku yang diberikan kepadamu" dan "cawan ini yang dituang untuk kamu ialah Perjanjian Baru dalam darahku", dan mengarahkan mereka "membuat ini sebagai kenangan bagiku" (Luke 22:7-20). Selepas makan lewat malam, Jesus dan hawari-hawarinya pergi bersembahyang di Taman Gethsemane.
Semasa di taman itu, Jesus ditangkap oleh askar-askar Rom atas perintah Sanhedrin dan sami besar, Caiaphas. [17] Penangkapan itu dilakukan secara rahsia pada waktu malam untuk mengelakkan rusuhan kerana Jesus telah menjadi popular dengan orang ramai (Mark 14:2). Menurut gospel-gospel sinoptik, Judas Iscariot, salah satu hawari, mengkhianati Jesus dengan mengenal pastinya kepada pengawal-pengawal dengan ciuman. Lagi seorang hawari menggunakan pedang untuk menyerang salah seorang penawan dan memotong telinganya. Menurut Luke, Jesus menyembuhkan penawan itu dengan segera. [18] Jesus memarahi hawari itu, dan menyatakan "semua mereka yang mengambil pedang akan mati dengan pedang" (Matthew 26:52). Selepas penangkapannya, hawari-hawari Jesus menyembunyikan diri mereka.
Semasa Perbicaraan Jesus oleh Sanhedrin, sami-sami besar dan orang-orang tua-tua menanyakan Jesus, "Adakah kamu Anak Tuhan?" dan apabila Jesus menjawab "Kamu yang berkata", mereka menghukumnya untuk menyebut kata-kata kufur terhadap Tuhan (Luke 22:70–71). Sami-sami besar kemudian menyerahkan Jesus kepada Prefect Rom Pontius Pilate, berdasarkan tuduhan hasutan untuk menuntut diri sebagai Raja Orang-orang Yahudi. [19] Semasa di hadapan Pilate, Jesus ditanyakan, "Adakah kamu merupakan raja orang-orang Yahudi?" Jesus menjawab, "Adalah seperti yang kamu berkata." Menurut Gospel-gospel, Pilate sendiri berasa Jesus tidak bersalah terhadap apa-apa jenayah terhadap orang-orang Rom dan oleh sebab terdapat adat pada perayaan Passover untuk gabenor Rom membebaskan seorang banduan (suatu adat yang tidak direkodkan di luar Gospel-gospel), Pilate menawarkan orang ramai pilihan antara Jesus dari Nazareth dan seorang pemberontak bernama Barabbas. Orang ramai memilih untuk Barabbas dibebaskan dan Jesus disalib. Pilate mencuci tangannya untuk menunjukkan bahawa beliau sendiri tidak terlibat dalam ketidakadilan keputusan ini (Matthew 27:11–26).
Menurut keempat-empat Gospel, Jesus meninggal dunia sebelum lewat petang. Seorang Judea yang kaya, Joseph dari Arimathea, dan menurut Gospel Mark dan Luke merupakan seorang ahli Sanhedrin, mendapat kebenaran Pilate untuk mengambil mayat Jesus dan memasukkannya di dalam kubur. [20] Menurut Gospel John, Joseph disertai oleh Nicodemus dalam pengebumian Jesus, dan ini juga ditulis dalam bahagian-bahagian lain dalam gospel John (John 19:38–42). Ketiga-tiga Gospel Sinoptik mengisahkan gempa bumi dan pengelapan langit dari pukul dua belas sehingga pukul tiga pada petang itu.
Kebangkitan Jesus dan Naiknya ke Langit


Menurut Gospel-gospel, Jesus dibangkitkan semula pada hari ketiga selepas penyaliban. [21] Gospel Matthew menyatakan bahawa malaikat muncul dekat kubur Jesus dan mengumumkan kebangkitan Jesus kepada wanita-wanita yang telah tiba untuk menyapukan minyak pada badannya. Menurut Luke, adalah dua malaikat, dan menurut Mark, adalah seorang pemuda yang berpakaian putih. Mark menyatakan bahawa pada pagi kebangkitan, Jesus bertemu buat pertama kali dengan Mary Magdalene (Mark 16:9). John menyatakan bahawa apabila Mary melihat ke dalam kubur, dua malaikat menanyakannya mengapa dia sedang menangis; dan apabila dia berpusing, dia gagal mengenal Jesus pada mula-mulanya sehingga Jesus memanggil namanya. (John 20:11-18).
Gospel Perbuatan-perbuatan Hawari menyatakan bahawa Jesus muncul di hadapan berbagai-bagai orang di pelbagai tempat selama empat puluh hari kemudian. Beberapa jam selepas kebangkitannya, Jesus muncul di hadapan dua orang pengembara di jalan raya yang menuju ke Emmaus. Kepada pengikut-pengikutnya yang berkumpul, beliau menunjukkan diri pada petang selepas kebangkitannya. Walaupun pengkhutbahannya sendiri adalah khusus untuk orang-orang Yahudi, Jesus dikatakan menghantar hawari-hawarinya untuk berkhutbah kepada orang-orang bukan Yahudi dengan Penugasan Agung dan naik ke syurga sementara suatu awan menyembunyikannya daripada penglihatan. Menurut Perbuatan-perbuatan Hawari, Paul dari Tarsus juga nampak Jesus semasa mengalami peristiwa di Jalan ke Damascus. Jesus berjanji akan datang semula lagi untuk menunaikan ramalan Messiah yang tinggal. [22]

Kesejarahan
Cendekiawan-cendekiawan menggunakan kaedah sejarah untuk mengembangkan binaan semula yang mungkin tentang kehidupan Jesus. Ini harus dibezakan dengan Jesus dalam kitab Bible yang berasal daripada pembacaan teologi teks-teks Gospel. Sesetengah cendekiawan mempertikaikan kesejarahan Jesus. [3]
Binaan semula sejarah dan arkeologi kehidupan harian Jesus
Ahli-ahli sejarah sekular pada umumnya memerihalkan Jesus sebagai seorang ketua gerakan agama Yahudi yang pergi dari satu tempat ke satu tempat untuk berkhutbah. [23]
Latar sosial
Kebanyakan cendekiawan bersetuju bahawa Gospel-gospel ditulis tidak lama sebelum atau selepas pemusnahan Kuil Yahudi pada tahun 70 oleh orang-orang Rom. Pemeriksaan pemerian-pemerian Wasiat Baru mengenai Jesus berdasarkan pengetahuan sejarah tentang tempoh Wasiat Baru ditulis telah menyebabkan banyak cendekiawan mentafsirkan semula banyak unsur pemerian-pemerian dalam Wasiat tersebut. Banyak orang telah mencuba membina semula kehidupan Jesus dari segi aliran politik, budaya dan agama sezaman di Israel, termasuk perbezaan-perbezaan antara Galilee dan Judea; antara berbagai-bagai mazhab seperti Farisi, Sadducee, Essene dan Zilot; [24] dan dari segi pertikaian antara orang-orang Yahudi dalam konteks kedudukan orang-orang Rom.
Ikatan-ikatan kepada Kumpulan-kumpulan Agama
Gospel-gospel merekodkan bahawa Jesus berasal dari Nazareth, tetapi maksud perkataan ini adalah kabur. [25] Sesetengah cendekiawan menegaskan bahawa Jesus pada dirinya ialah seorang Farisi. [26] Pada masa Jesus, dua aliran fikiran yang utama antara orang-orang Farisi ialah Keluarga Hillel dan Keluarga Shammai. Kenyataan tegas Jesus tentang kepura-puraan mungkin ditujukan kepada ahli-ahli Keluarga Shammai yang lebih tegas, walaupun Jesus bersetuju dengan ajaran-ajaran mereka mengenai perceraian (Mark 10:1–12).[27] Jesus juga mengulas tentang ajaran-ajaran Keluarga Hillel (Talmud Babylon, Shabbat 31a) mengenai rukun teragung (Mark 12:28–34) dan Peraturan Keemasan (Matt 7:12).
Cendekiawan-cendekiawan lain menegaskan bahawa Jesus ialah pengikut Essene, satu mazhab agama Yahudi yang tidak tersebut dalam Wasiat Baru. [28] Terdapat juga cendekiawan-cendekiawan yang menegaskan bahawa Jesus mengetuai mazhab hari kiamat yang mungkin berkait dengan John si Baptis, [29] dan yang kemudian menjadi agama Kristian awal selepas Penugasan Agung menyebarkan ajaran-ajarannya kepada orang-orang bukan Yahudi. [30] Ini adalah berlainan dengan penugasan Jesus yang lebih awal yang diberikan kepada dua belas Hawari yang dihadkan kepada "biri-biri hilang Israel" dan tidak termasuk orang-orang bukan Yahudi atau orang-orang Samaritan (Matt 10).
Nama dan gelaran
Yang membangkitkan minat yang khas adalah nama-nama dan gelaran-gelaran yang diberikan kepada Jesus.
Menurut kebanyakan ahli-ahli sejarah yang paling kritis, Jesus mungkin tinggal di Galilee untuk kebanyakan hayatnya dan beliau mungkin bertutur dalam bahasa Aramia dan Ibrani. Nama "Jesus" ialah transliterasi bahasa Inggeris daripada bahasa Latin (Iēsus) yang pula berasal daripada nama Yunani (Ιησους). Oleh sebab kebanyakan cendekiawan menganggap bahawa Jesus adalah orang Yahudi yang bertutur dalam bahasa Aramia dan tinggal di Galilee pada sekitar 30 Masihi, adalah amat mungkin bahawa beliau tidak mempunyai nama peribadi Yunani. Pemeriksaan Septuagin dengan lanjut menunjukkan bahawa perkataan Yunani itu merupakan transliterasi nama bahasa Ibrani Yehoshua (יהושוע) (Yeho - Yahweh [ialah] shua` - bantuan/penyelamatan) atau singkatan perkataan Ibrani/Aramia, Yeshua atau Jeshua (ישוע). Oleh itu, cendekiawan-cendekiawan mempercayai bahawa salah satu daripada nama-nama ini amat mungkin merupakan nama yang Jesus dikenali oleh orang-orang yang setara semasa hayatnya. [31]
Christ (yang merupakan gelaran dan bukan sebahagian nama Jesus) ialah penginggerisan istilah Yunani untuk Messiah, dan secara harfiah bermaksud "orang yang telah disapukan minyak". Ahli-ahli sejarah memperdebatkan tentang maksud gelaran ini pada masa hidup Jesus; sesetengah ahli sejarah mencadangkan bahawa gelaran-gelaran yang digunakan untuk Jesus dalam Wasiat Baru (umpamanya Lord, Anak Manusia, dan Anak Tuhan) mempunyai maksud-maksud yang amat berbeza pada abad pertama dengan maksud-maksudnya pada hari ini: lihat Nama-nama dan gelaran-gelaran Jesus.
Kesejarahan teks
Kebanyakan cendekiawan moden yang mengkaji Bible menganggap bahawa kitab-kitab yang memerihalkan Jesus pada asalnya dikomunikasi melalui tradisi lisan, dan tidak tertulis sehingga banyak dekad selepas penyalibannya. Teks-teks terawal yang masih wujud adalah surat-surat Paul yang biasa dianggap ditulis pada pertengahan abad pertama. Paul menulis bahawa beliau hanya melihat Jesus dalam visi-visinya tetapi visi-visi ini merupakan wahyu-wahyu ketuhanan dan oleh itu, adalah berwibawa (Gal 1:11–12). Teks-teks terawal yang lebih perinci dan yang masih wujud ialah keempat-empat Gospel Wasiat Baru. Teks-teks ini yang merupakan sebahagian Hukum Gereja Bible telah dianalisis dengan lebih teliti dan diterima oleh lingkungan Kristian berbanding dengan sumber-sumber maklumat yang lain.
Banyak lagi teks-teks awal Kristian memperincikan peristiwa-peristiwa dalam hayat Jesus dan ajaran-ajarannya, walaupun teks-teks itu tidak dimasukkan ke dalam kitab Bible ketika hukum gereja disusun kerana:
kepercayaan bahawa teks-teks itu merupakan pseudepigrafi yang bukan diilhami; atau
penulisan dibuat terlalu lama selepas kematian Jesus,
manakala yang lain disekat kerana kandungannya bercanggah dengan kepercayaan ortodoks Kristian. Penyusunan kitab Bible mengambil masa beberapa abad untuk memutuskan apakah yang harus merupakan sebahagian kitab dan apa yang bukan. Pada sebahagian besar peringkat awal, Buku Ilham tidak dimasukkan ke dalam kitab, sedangkan Gembala dari Hermas dimasukkan.
Buku-buku yang tidak termasuk dalam senarai terakhir kini dikenali sebagai Apokrifa Wasiat Baru, dengan buku utama antaranya merupakan Gospel Thomas, sebuah himpunan logia tanpa rangka naratif — frasa-frasa dan pepatah-pepatah yang dikatakan dikata oleh Jesus — yang hanya ditemui semula pada abad ke-20. Karya-karya apokrifa lain yang penting dan yang amat mempengaruhi pembentukan kepercayaan-kepercayaan Kristian tradisional termasuk Ilham Peter, Protevangelium James, Gospel Masa Bayi Thomas, dan Perbuatan-perbuatan Peter. Sebilangan tradisi Kristian (seperti vel Veronica dan Asumpsi Mary) juga tidak didapati dalam gospel-gospel hukum gereja tetapi terdapat dalam karya-karya ini serta karya-karya apokrifa yang lain.
Teks-teks awal yang mungkin
Sesetengah teks lebih awal yang mempunyai maklumat sejarah atau mitos mengenai Jesus diteka wujud sebelum Gospel-gospel, [32] walaupun teks itu tidak dapat ditemui. Berdasarkan persamaan dan perbezaan yang luar biasa (lihat masalah sinoptik) antara Gospel-gospel SinoptikMatthew, Mark dan Luke yang merupakan gospel-gospel hukum gereja yang pertama — banyak cendekiawan Bible mencadangkan bahawa tradisi lisan dan logia (seperti Gospel Thomas dan dokumen Q teori [33] ) mungkin pada mula-mulanya memainkan peranan yang kuat dalam menyampaikan cerita-cerita mengenai Jesus dan mungkin mengilhami sebahagian Gospel-gospel Sinoptik.
Khususnya, banyak cendekiawan mempercayai bahawa dokumen Q dan Gospel Mark merupakan dua sumber yang digunakan untuk gospel-gospel Matthew dan Luke; bagaimanapun, teori-teori yang lain seperti hipotesis Augustine yang lebih lama masih mempengaruhi sesetengah cendekiawan-cendekiawan Bible. Lagi sebuah dokumen teori ialah Gospel Tanda-tanda yang dipercayai merupakan salah satu sumber bagi Gospel John.[33]
Terdapat juga gospel-gospel bukan hukum gereja yang awal yang mendahului Gospel-gospel hukum gereja, walaupun tidak banyak cebisannya dapat ditemui. Antaranya ialah Gospel Berlin Yang Tidak Diketahui, Gospel-gospel Oxyrhynchus, Gospel Egerton, Cebisan Fayyum, Dialog Penyelamat, Gospel Ebionit, Gospel Ibrani, dan Gospel Nazarene. Sedangkan manuskrip dan cebisan teks-teks terawal ini yang masih wujud bertarikh selepas manuskrip dan cebisan teks-teks terawal Gospel-gospel hukum gereja, kesemua ini mungkin merupakan salinan manuskrip-manuskrip terawal yang tarikh tepatnya tidak diketahui.
Persoalan kebolehpercayaan
Diakibatkan oleh lompang selama mungkin banyak dekad antara waktu penulisan Gospel-gospel dan peristiwa-peristiwa yang diperihalkannya, ketepatan kesemua teks-teks awal yang menuntut kewujudan Jesus atau perincian hayatnya telah dipertikaikan oleh berbagai-bagai pihak. Sebagai tradisi, pengarang-pengarang Gospel dianggap menyaksikan peristiwa-peristiwa yang diperihalkan dengan mata sendiri. Selepas cerita-cerita lisan yang asal telah ditulis, ia ditranskripsikan dan kemudian diterjemahkan kepada bahasa-bahasa yang lain. Banyak ahli sejarah Bible telah menjawab tuntutan ketidakbolehpercayaan pemerian gospel dengan menunjukkan bahawa kesemua dokumentasi sejarah seringnya adalah bersifat tidak berkecuali serta tidak asli, dan biasanya ditulis banyak dekad selepas peristiwa yang diperihalkan.
Zaman Kesedaran dan Revolusi Saintifik telah menyebabkan keraguan tentang ketepatan sejarah teks gospel-gospel ini. Walaupun sesetengah cendekiawan kritis, termasuk ahli-ahli arkeologi, masih meneruskan penggunaannya sebagai rujukan dalam kajian sejarah Timur Dekat kuno, [34] yang lain menganggap teks-teks ini sebagai dokumen-dokumen kebudayaan serta kesusasteraan. Secara umumnya, mereka menganggap teks-teks ini sebagai sebahagian genre sastera yang dipanggil hagiografi, iaitu pemerian tentang seorang tokoh suci yang dianggap sebagai mewakili ideal moral dan ketuhanan. Hagiografi mempunyai tujuan utama untuk mengagungkan agama, dengan contoh yang ditunjukkan oleh seorang tokoh suci yang sempurna merupakan tumpuan utamanya.
Sesetengah orang mengatakan bahawa pemerian Gospel bukan sahaja tidak objektif tetapi juga tidak tepat kerana karya-karya itu ditulis atau disusun oleh pengikut-pengikut dan kelihatan hanya menggambarkan pandangan yang positif dan ideal tentang Jesus, sedangkan yang lain menunjukkan kekurangan sumber-sumber bukan Kristian sehingga Josephus pada tahun 93 Masihi. Mereka yang menyokong pandangan naturalis terhadap sejarah umumnya tidak mempercayai campur tangan ketuhanan atau mukjizad seperti kebangkitan Jesus yang disebut dalam Gospel-gospel. Salah satu kaedah yang digunakan untuk mengukur ketepatan fakta cerita di dalam gospel-gospel dikenali sebagai "kriteria rasa malu" yang menganggap bahawa cerita mengenai peristiwa-peristiwa yang mempunyai aspek-aspek rasa malu (seperti penafian Peter terhadap Jesus, atau pelarian hawari-hawari selepas penangkapannya) mungkin tidak akan dimasukkan jika pemerian-pemerian itu tidak benar.
Pengaruh luar terhadap perkembangan gospel
Banyak cendekiawan, umpamanya Michael Grant, tidak mengesan persamaan yang penting antara mitos pagan dan agama Kristian. Grant menyatakan dalam bukunya, Jesus: An Historian's Review of the Gospels (Jesus: Ulasan Ahli Sejarah mengenai Gospel-gospel) bahawa "agama Yahudi merupakan suatu agama yang mana doktrin-doktrin kematian dan kelahiran semula, serta dewa-dewa mitos, kelihatan adalah perkara-perkara asing bagi mereka sehingga kemunculan pemalsuan ini adalah amat susah untuk dipercayai." [35]
Bagaimanapun, sesetengah cendekiawan mempercayai bahawa pemerian gospel tentang Jesus tidak mempunyai atau tidak banyak mempunyai asas sejarah. Sekurang-kurang pada sebahagiannya, ini adalah disebabkan oleh banyak persamaan yang diperhatikan mereka antara cerita-cerita mengenai Jesus dengan mitos-mitos yang lebih lama mengenai dewa-dewa pagan seperti Mithras, Apollo, Attis, Horus dan Osiris-Dionysus. Ini telah menyebabkan dugaan-dugaan bahawa mitos-mitos pagan telah diterima oleh sesetengah pengarang dalam pemerian awal mereka tentang Jesus untuk membentuk asimilasi dalam agama Kristian. Sebilangan kecil seperti Earl Doherty memutarbelitkan konsep ini dengan mencadangkan bahawa gospel-gospel sebenarnya merupakan usaha penulisan semula mitos-mitos yang lebih lama dan tidak berdasarkan seorang tokoh sejarah. Walaupun kaitan-kaitan ini telah dipertikaikan oleh banyak orang, adalah benar bahawa banyak unsur cerita-cerita tentang Jesus sebagaimana yang dikisahkan oleh Gospel-gospel mempunyai persamaan dengan mitologi pagan, di mana mukjizat-mukjizat seperti kelahiran dara amat dikenali. Sesetengah penulis Kristian seperti Justin Martyr dan C.S. Lewis mempertahankan dakwaan ini dengan mengatakan bahawa mitos-mitos itu dicipta oleh orang-orang pagan kuno yang mempunyai pengetahuan lebih dahulu yang kabur dan tidak tepat tentang Gospel-gospel; dengan kata yang lain, orang-orang pagan memberikan sifat-sifat ramalan terhadap Christ yang ditunjukkan di dalam Torah Yahudi dan Nabi-nabi kepada dewa-dewa mereka. Sebenarnya, Lewis menulis bahawa agama Kristian akan kurang dipercayai jika ia tidak mempunyai tema-tema yang sama dengan mitos-mitos pagan yang tersebut.
Warisan

Menurut kebanyakan tafsiran Kristian mengenai kitab Bible, tema khutbah-khutbah Jesus adalah taubat, pengampunan dosa, limpah kurnia, dan kedatangan Kerajaan Tuhan. Jesus melatih pengikut-pengikutnya dengan perinci dan selepas kematiannya, mereka mentafsirkan dan menyebarkan ajaran-ajarannya. Dalam tempoh beberapa dekad, pengikut-pengikutnya membentuk sebuah agama yang jelas berbeza dengan agama Yahudi. Agama Kristian tersebar di seluruh Empayar Rom di bawah versi yang dikenali sebagai agama Kristian Nicene dan dijadikan sebuah agama negara di bawah Constantine Agung. Pada abad-abad yang berikut, agama ini tersebar ke kebanyakan bahagian Eropah, dan di seluruh dunia.
Jesus telah dilukis, diukir, dan digambarkan di atas pentas dan dalam filem dalam banyak cara yang berbeza, termasuk kedua-dua jenis serius dan lucu. Sebenarnya, kebanyakan seni dan kesusasteraan zaman pertengahan, dan banyaknya juga sejak masa itu, ditumpukan pada tokoh Jesus. Sebilangan novel popular, seperti The Da Vinci Code, juga menggambarkan berbagai-bagai idea mengenai Jesus. Banyak pepatah yang dikatakan dikata oleh Jesus telah menjadi sebahagian budaya tamadun Barat. Terdapat juga banyak benda yang dikatakan merupakan relik-relik Jesus. Yang termasyhur ialah Kafan Turin dan Sudarium Oviedo.
Warisan-warisan lain termasuk pandangan Tuhan sebagai lebih bersikap seperti seorang bapa, lebih menaruh belas kasihan, dan pertumbuhan kepercayaan tentang hidup selepas mati dan Kebangkitan Semula. Ajaran-ajarannya mempromosikan nilai mereka yang biasanya dianggap berkedudukan rendah: wanita, orang miskin, orang luar etnik, kanak-kanak, pelacur, pesakit, banduan, dan sebagainya. Jesus dan ajaran-ajarannya telah ditafsirkan, dijelaskan, dan difahami oleh banyak orang. Jesus telah diterangkan, terutamanya oleh Paul dari Tarsus, Augustine dari Hippo, Martin Luther, dan baru-baru ini oleh C.S. Lewis.
Bagi sesetengah orang, warisan Jesus merupakan sebuah sejarah panjang anti-Semitisme Kristian, walaupun selepas kejadian Holokus, banyak kumpulan Kristian telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk berdamai dengan orang-orang Yahudi dan mempromosikan dialog antara agama serta perasaan saling hormat menghormati. Bagi orang-orang yang lain, agama Kristian sering dikaitkan dengan dasar penjajahan Eropah (lihat Empayar British, Empayar Portugis, Empayar Sepanyol, Empayar Perancis, Empayar Belanda); sebaliknya, orang-orang Kristian sering mendapati diri sebagai golongan-golongan minoriti yang tertindas di Asia, Afrika, Timur Tengah, dan di Maghreb.









Pandangan-pandangan mengenai Jesus Christ
Pandangan-pandangan mengenai Jesus ialah kepentingan khusus yang diberikan oleh sesetengah agama kepada Jesus. Dua agama yang terbesar di dunia, iaitu agama Kristian dan agama Islam, menganggap Jesus sebagai seorang tokoh suci yang penting. Dalam agama Kristian, Jesus secara umumnya dianggap oleh penganut-penganut sebagai mempunyai ciri-ciri ketuhanan sebagai anak Tuhan dan Messiah. Dalam agama Islam, Jesus dianggap sebagai salah satu nabi Tuhan yang terpenting. Sudut pandangan kebanyakan agama yang lain berbeza dari menganggapnya sebagai nabi palsu (aliran utama agama Yahudi) ke guru bermakrifat (agama Buddha). Yang lain memperlihatkan Jesus sebagai manusia biasa (Pemikiran bebas, Ateisme, Agnostisisme).

Pandangan agama Kristian
Rencana utama: Pandangan-pandang Kristian mengenai Jesus
Kebanyakan kumpulan yang memperkenalkan diri sebagai penganut Kristian mempercayai Jesus adalah jelmaan Tuhan, yaitu Tuhan mengambil sifat dan bentuk manusia, dan merupakan personaliti kedua dalam Triniti Suci yang datang ke bumi untuk menyelamatkan manusia daripada dosa dan kematian melalui pengorbanan tumpah darah sendiri, dan yang kemudian kembali dari kematiannya untuk bersama-sama dengan Bapanya di Syurga. Bagaimanapun, sebilangan kumpulan yang memperkenalkan diri sebagai penganut Kristian, secara umumnya dianggap sebagai di luar aliran utama pemikiran Kristian, termasuk Saksi-saksi Jehovah, penganut-penganut Unitarianisme dan Ahli-ahli Sains Kristian, mempercayai Jesus diilhami oleh Tuhan, tetapi bukan jelmaan Tuhan pada dirinya.
Sebahagian besar mazhab-mazhab agama Kristian (secara umumnya termasuk Katolikisme, agama Kristian Ortodoks, dan kebanyakan bentuk Protestantisme kecuali Restorationisme) memperoleh fahaman mereka daripada persetujuan yang dicapai dalam Majlis Pertama Nicaea pada tahun 325 (dikenali sebagai Fahaman Nicene) dalam bentuk Fahaman Constantinople (381), walaupun tema-tema utama Fahaman Nicene telah dikomunikasi dan diterima secara meluas oleh penganut-penganut gereja Kristian yang awal. Selain daripada kepercayaan kepada "satu Tuhan, Bapa, Maha Agung, pencipta syurga dan bumi..." dan dalam "Roh Kudus, Tuhan dan pemberi hidup, Yang berpunca daripada Bapa...", fahaman ini mengaku kepercayaan kepada:
"satu Jesus Christ, Anak kandung Tuhan yang tunggal, dilahirkan oleh Bapa sebelum semua zaman, cahaya daripada cahaya, Tuhan benar daripada Tuhan benar, dilahirkan dan bukan dicipta, daripada satu bahan yang sama dengan Bapa, melaluiNya yang semua benda wujud, Yang kerana kita manusia dan untuk menyelamatkan kita, turun dari syurga, dan yang merupakan jelmaan daripada Roh Kudus dan Dara Mary dan menjadi manusia, dan disalib untuk kita di bawah Pontius Pilate, dan menderita dan dikebumikan, dan bangkit pada hari ketiga menurut Kitab Bible dan naik ke syurga, dan duduk pada sisi kanan Bapa, dan akan kembali dengan kemuliaan untuk mengadili orang hidup dan mati, dengan Kerajaan yang tiada tamatnya." (daripada J. Stevenson, Fahaman, Majlis, dan Perbalahan (London 1989); perhatikanlah bahawa petikan tersebut mengikut penggunaan huruf condong oleh Stevenson bagi frasa-frasa yang tidak terdapat dalam Fahaman Nicaea).
Protestan-protestan pada umumnya mempercayai kepercayaan kepada Jesus, bukannya perbuatan-perbuatan baik, adalah cara tunggal untuk menerima penyelamatan serta untuk memasuki syurga, dan penyelamatan merupakan hadiah yang diberikan melalui limpah kurnia Tuhan. Walaupun kebanyakan ahli pelbagai mazhab Kristian mempercayai kepercayaan kepada Jesus diperlukan (berdasarkan John 3:16), perbuatan-perbuatan baik juga diperlukan oleh kebanyakan mazhab. Bagaimanapun, telah dijelaskan bahawa perbuatan baik sahaja tidaklah cukup untuk seseorang memasuki syurga.
Pendirian Lutheran ialah pendirian yang dinyatakan dalam John 13:15, di mana Jesus mengatakan bahawa hidupnya diberikan sebagai contoh atau model peranan untuk pengikutnya. Sebaliknya, penganut-penganut Katolik Rom mempercayai orang-orang bukan Kristian juga boleh menerima lipah kurnia yang diperlukan untuk penyelamatan jika mereka mengamalkan hidup yang adil. [1] [2]
Sebagaimana yang dibayangkan oleh banyak mazhab Kristian yang berlainan, agama Kristian telah mengalami banyak perpecahan dalam kepercayaan mereka terhadap Jesus. Bagaimanapun, terdapat banyak kepercyaan yang sama antara kebanyakan penganut tentang ketuhanan Jesus. Kebanyakan orang Kristian mempercayai Jesus ialah Tuhan, Anak kandung Tuhan, dan ahli kedua Triniti Ketuhanan. Beliau dikatakan telah dijadikan jelmaan oleh Roh Kudus dan Dara Mary; ia itu, beliau mengambil bentuk manusia dan menjadi manusia serta Tuhan.
Terdapat banyak pandangan yang berbeza dalam kumpulan-kumpulan Kristian tentang adakah Jesus pernah menuntut ketuhanan untuk dirinya. Kebanyakaan orang biasa Kristian, ahli teologi, dan paderi menganggap bahawa kitab Bible menunjukkan Jesus kedua-dua sebagai Tuhan serta menuntut ketuhanan. Bagaimanapun, orang-orang yang lain mempercayai Jesus tidak pernah menuntut ketuhanan, dan menyatakan dengan jelas bahawa beliau tidak setanding dengan Tuhan.


Penggambaran Simon Ushakov pada tahun 1658 untuk Penyelamat Bukan Dibuat Melalui Tangan, ikonografi Jesus yang paling popular dalam Faham Ortodoks Timur.
Pertikaan ini juga kekadang dibayangkan oleh penolakan doktrin triniti Kristian yang umum. Unitarianisme ialah kepercayaan Kristian tentang hanya satu Tuhan, dan bukannya dalam aspek-aspek Tuhan yang berbeza yang diwakili oleh triniti — Universalisme Unitarian, sedangkan tidak lagi betul-betul unitarian, atau juga semestinya Kristian, berasal sebahagiannya daripada kepercayaan ini. Lagi kurang umum ialah Binitarianisme, iaitu kepercayaan hanya kepada ketuhanan kedua-dua Bapa dan Anak, dan bukannya kepada Roh Kudus.
Sesetengah kumpulan, umpamanya Christadelphian, Saksi-saksi Jehovah dan Ahli-ahli Sains Kristian, menafsirkan kitab Bible sebagai mengajar bahawa Jesus ialah Anak Tuhan, tetapi tidak semestinya Tuhan pada dirinya. Orang-orang Kristian ini mempercayai Jesus diilhamkan oleh Tuhan, tetapi bukannya jelmaan Tuhan. Yang lain seperti Mormon (ahli-ahli Gereja Jesus Christ Santo-santo Hari Kemudian), mempercayai Triniti, tetapi mempertahankan bahawa Tuhan si Bapa melahirkan Jesus sebaga Tuhan si Anak, dan bahawa Jesus mencipta Bumi di bawah arahan Tuhan si Bapa. Orang-orang Mormon juga mempunyai teks-teks suci tambahan yang agak baru — Buku Mormon, Doktrin dan Perjanjian dan Mutiara Berharga Agung — yang menandakan bahawa Jesus ialah Christ, Anak Tuhan (lihat rencana Jesus dalam Gereja Jesus Christ Santo-santo Hari Kemudian). Swedenborgian (ahli-ahli Gereja Baru) mempercayai Jesus ialah jelmaan Tuhan, tetapi bukan seorang orang yang berasingan daripada Bapa; Bapa ialah Anak seperti roh di dalam tubuh.
Sebagaimana dengan orang Islam, penganut-penganut Dosetisme, suatu mazhab Kristian yang awal, mempercayai bahawa Jesus tidak mati di salib dan pengaliban adalah ilusi yang dibuat oleh Tuhan. Marcionisme, lagi satu mazhab awal, mempercayai Paul dan Jesus menolak Hukum Moses dan menganggap Jesus Christ sebagai Tuhan Agung yang lebih besar daripada tuhan pencipta dalam Wasiat Lama. Mazhab Ebionit mempercayai Jesus ialah nabi agung yang memerintah pemberhentian pengorbanan-pengorbanan haiwan dan makan daging; selain itu, penganut-penganut itu mematuhi ajaran agama Yahudi dan tidak mempercayai bahawa Jesus adalah Tuhan. Mereka mengikut Jacob ("James" dalam Wasiat Baru Inggeris), saudara kandung Jesus, dan menegaskan bahawa ajaran Paul tidak berwibawa dan langsung berbeza dengan apa yang diajar oleh Jesus. Mazhab Arianisme mempercayai Bapa sebagai Tuhan benar yang tunggal, berdasarkan John 17:3. Sebaliknya, sebilangan penganut separa Arianisme mempercayai Bapa dan Anak adalah dua makhluk, kedua-dua dipanggil Tuhan. Mereka tidak menganggap Roh Kudus sebagai Tuhan kerana pada pandangan mereka, Roh Kudus bukannya makhluk yang berasingan, tetapi merupakan daya tak peribadi yang datangnya daripada Tuhan — kumpulan-kumpulan moden yang memegang pandangan separa Arianisme ini kekadang merujuk kepada diri sebagai penganut Binitarianisme.
Agama Yahudi Messiah juga berkongsi banyak kepercayaan Kristian, termasuk kepercayaan kepada triniti dan kepada Jesus sebagai Messiah.
Pandangan agama Islam
Dalam Islam, Jesus dikenali sebagai Isa dan merupakan salah satu daripada nabi-nabi Allah yang berpangkat tinggi serta paling disayangi yang dihantar semata-mata untuk membimbing Anak-anak Israel.
Berbeza dengan karya-karya Kristian, al-Quran tidak memerikan Jesus sebagai anak Allah, tetapi sebagai salah satu daripada lima orang nabi yang utama (antara banyak orang nabi) yang dihantar oleh Allah pada sepanjang sejarah untuk membimbing manusia. Ia juga menyatakan bahawa pengajaran Jesus kepada manusia pada asalnya adalah amat serupa dengan pengajaran nabi-nabi yang lain, dari Adam sehingga Nabi Muhammad, tetapi pengajaran itu kemudian diputarbelitkan oleh orang-orang Kristian yang awal. Jesus sebagai seorang dari kalangan Yahudi, dikatakan mengamalkan hidup Yahudi yang warak dan murah hati, dan menahan diri daripada memakan daging babi dan meminum alkohol.
Orang-orang Muslim juga mempercayai Jesus menerima Gospel yang dipanggil "Injil" daripada Tuhan yang sepadan dengan Wasiat Baru Kristian. Bagaimanpun, orang-orang Muslim berpendapat bahawa Wasiat Baru telah ditukar dengan berlangsungnya masa (seperti dengan Wasiat Lama, mengikut anggapan mereka) dan oleh itu, tidak tepat mewakili pengajaran asal Tuhan kepada manusia. Sesetengah orang Muslim menerima Gospel Barnabas sebagai wasiat Jesus yang paling tepat, walaupun ketulenan dan tarikh teks ini dipertikaikan oleh lingkungan-lingkungan akademik Islam, Kristian, dan sekular.
Bagaimanapun, al-Quran dan Wasiat Baru bertindih dalam aspek-aspek kehidupan Jesus yang lain; kedua-dua orang Muslim dan orang Kristian Ortodoks mempercayai Jesus dilahirkan dengan cara yang sungguh menakjubkan tanpa bapa biologi manusia melalui kehendak Tuhan, dan ibunya Mary (bahasa Arab: Mariam), adalah antara wanita yang paling alim dan suci, dan yang hidup seperti wali. Al-Quran juga menyatakan bahawa Jesus boleh melakukan mukjizat — walaupun hanya melalui kehendak Allah — termasuk menghidupkan orang mati, memulihkan penglihatan orang buta dan merawat pesakit kusta. Satu mukjizat yang dikatakan dibuat oleh Jesus dalam al-Quran, tetapi tidak dinyatakan dalam Wasiat Baru, ialah bahawa Jesus boleh bertutur untuk mempertahankan ibunya daripada tuduhan-tuduhan zina ketika beliau masih berumur beberapa hari. Al-Quran juga mengatakan bahawa Jesus ialah 'kata' daripada Allah kerana beliau telah diramalkan akan datang dalam Wasiat Lama.
Kebanyakan orang Muslim mempercayai Jesus tidak dibunuh atau disalib, tetapi Allah membuatnya kelihatan sebegini kepada musuh-musuhnya. Perkara ini juga dikisahkan dalam Al-Quran, dan menurut Islam, Jesus naik ke syurga dan masih hidup. Sesetengah cendekiawan Muslim, terutamanya Ahmad Deedat, mempertahankan bahawa Jesus sebenarnya disalib tetapi tidak mati — sebaliknya, Jesus dihidupkan semula dan kemudian jasadnya naik ke syurga. Yang lain mengatakan bahawa Judas Iscariot yang salah disalib oleh orang-orang Rom. Tanpa menghiraukan apa-apa, orang-orang Muslim mempercayai bahawa Jesus masih hidup di syurga dan akan kembali ke dunia ini dalam bentuk manusia bersama-sama dengan Imam Mahdi untuk menewaskan Dajjal ("Penipu", si Antichrist dalam kepercayaan Islam) ketika dunia ini dipenuhi dengan dosa, penipuan dan ketidakadilan, dan kemudian akan hidup sepanjang hayatnya.
Gerakan Muslim Ahmadiyya
Mirza Ghulam Ahmad (1835–1908), pengasas Gerakan Muslim Ahmadiyya, menulis dalam bukunya, Jesus di India (April 1896), bahawa Jesus tidak mati selepas penyalibannya dan kemudian pergi ke India, di mana beliau hidup (dan mati) sebagai nabi di bawah nama Yuz Asaf. Ahmad memperdebatkan bahawa apabila Jesus diturunkan dari salib, beliau pengsan dalam keadaan yang serupa dengan Jonah di dalam perut ikan Templat:Bibleref (lihat Hipothesis pengsan). Sejenis ubat yang dikenali sebagai Marham-e-Issa (Salap Jesus) digunakan untuk menyapu cederanya dan beliau berpulih. Memperoleh bahan-bahan daripada kitab-kitab Bible, Al-Quran dan Buddhisme, Ahmad menulis bahawa Jesus berjumpa dengan Mary, hawari-hawari, dan orang-orang lain dengan tubuh manusianya (bukan tubuh yang dihidupkan semula), seperti yang terbukti oleh cedera-cederanya, dan kemudian berada di sekitar Jerusalem secara rahsia selama lebih kurang empat puluh hari. Buku itu menggunakan dokumen-dokumen sejarah untuk mencadangkan bahawa Jesus pergi ke Nasibain (Nisbis), Afghanistan, dan kemudiannya ke Kashmir untuk mencari sesetengah puak Israel hilang, [1] yang dikatakan menetap di timur, lebih kurang 700 tahun dahulu.
Kebanyakan pengikut Ahmad juga mempercayai bahawa rujukan kepada Kedatangan Kedua Jesus dalam kitab-kitab merupakan alegori dan sebenarnya merujuk kepada ketibaan Mirza Ghulam Ahmad. Pandangan Ahmadiyya ini tentang Jesus adalah salah satu alasan utama mengapa gerakan ini dianggap menyeleweng oleh aliran utama Islam.
Pandangan agama Yahudi

Agama Yahudi menganggap idea Jesus, baik sebagai Tuhan, Triniti, atau sebagai orang tengah Tuhan, sebagai suatu bidaah yang menyeleweng Emunoth ve-Deoth, II:5). Agama Yahudi juga tidak menganggap Jesus sebagai Messiah, khususnya kerana beliau tidak memenuhi ramalan-ramalan Messiah dalam Tanakh, atau mempunyai kelayakan peribadi Messiah. [3]
Torah Mishneh (sebuah karya berwibawa mengenai hukum Yahudi) menyatakan:
Jesus si Nazarene yang menganggap diri sebagai Messiah dan dihukum mati oleh mahkamah, juga telah diramalkan di dalam Daniel yang menyatakan, "Dan ahli-ahli kumpulan penjahat di dalam negara kamu akan mencuba membuat suatu visi (ramalan) menjadi kenyataan. Dan mereka akan gagal" (Daniel 11.14). Kerana adakah terdapat halangan yang lebih besar berbanding dengan halangan ini? Kesemua nabi berkata bahawa Messiah akan menebus Israel, dan menyelamatkan orang-orangnya, dan mengumpulkan orang-orang yang dibuang negeri, dan mengukuhkan rukun-rukun mereka. Tetapi orang ini mengakibatkan (negara-negara) memusnahkan Israel melalui pedang, dan menaburkan saki-baki mereka, dan menghina mereka, dan mengubahkan Torah, dan mengakibatkan kebanyakan dunia membuat kesilapan berbakti kepada suatu ketuhanan selain daripada Tuhan. Bagaimanapun, fikiran-fikiran Pencipta dunia — tiadanya daya manusia untuk memperolehnya kerana cara kita bukannya cara Tuhan, dan fikiran kita bukannya fikiran Tuhan. Dan kesemua perkara mengenai Jesus si Nazarene, dan (Muhammad) si orang Ishmael selepasnya — tiadanya (tujuan) selain daripada menyediakan laluan untuk Raja Messiah, dan untuk memulihkan seluruh dunia supaya bersama-sama berbakti kepada Tuhan. Dan telah dikatakan, "Kerana pada masa itu, Aku akan berpaling kepada negara-negara (dan memberikan) kata-kata yang jelas, untuk memanggil kesemua mereka atas nama Tuhan untuk berbakti kepada Tuhan (bersendel bahu) bak satu bahu." (Zephaniah 3.9). Lihatlah bagaimana kesemua dunia ini telah menjadi penuh dengan perkara-perkara Messiah, dan perkara-perkara Torah, dan perkara-perkara rukun! Dan perkara-perkara ini tersebar di antara pulau-pulau yang jauh dan antara banyak negara yang hatinya tidak sunat. (Hilkhot Melakhim 11:10–12)[4]
Agama Yahudi Reformasi, gerakan progresif moden, menyatakan Bagi kami dalam komuniti Yahudi, sesiapa yang menuntut Jesus sebagai penyelamat tidak lagi merupakan orang Yahudi dan dianggap sebagai orang yang murtad. (Contemporary American Reform Responsa, #68).[5]
Menurut tradisi Yahudi, tidak terdapat lagi nabi-nabi selepas tahun 420 SM. Malachi yang merupakan nabi terakhir hidup berabad-abad sebelum Jesus. Agama Yahudi menyatakan bahawa Jesus tidak memenuhi keperluan-keperluan yang ditetapkan dalam Torah untuk membuktikan diri sebagai nabi. Walaupun jika Jesus menghasilkan tanda sedemikian, agama Yahudi menyatakan bahawa tiadanya nabi atau mat jenin yang boleh menyangkal hukum-hukum yang telah dinyatakan dalam Torah (Deut 13:1–5)[6]
Pandangan agama Buddha
Pandangan-pandangan agama Buddha tentang Jesus berbeza disebabkan Jesus tidak tersebut dalam mana-mana teks Buddha, dan kerana tidak adanya doktrin utama Buddhisme. Sesetengah penganut Buddhisme, termasuk Tenzin Gyatso, Dalai Lama ke-14 [7] menganggap Jesus sebagai bodhisatva yang membaktikan seluruh hidupnya untuk kebajikan manusia. Sesetengah cendekiawan agama Buddha telah memperhatikan persamaan antara ajaran-ajaran Jesus dengan ajaran-ajaran Gautama Buddha dari kedua-dua segi berkhutbah tentang doktrin kasih sayang dan belas kasihan, serta mempunyai pendirian kritis yang sama terhadap kepercayaan-kepercayaan ortodoks yang wujud pada zaman mereka. Kedua-dua tokoh ini menyokong perubahan radikal terhadap amalan-amalan umum bagi agama-agama sezaman. Terdapat juga sekali-sekala persamaan bahasa, umpamanya penggunaan metafora yang sama tentang sebaris orang buta untuk merujuk kepada pihak berkuasa agama yang mereka tidak bersetuju (DN 13.15, Matthew 15:14). Sesetengah orang mempercayai bahawa terdapat kesamaan yang rapat antara agama Buddha (atau fikiran rohaniah Timur umumnya) dengan teks-teks doktrin Gnostisisme seperti Gospel Thomas [8]
Nicolas Notovitch, seorang penjelajah Rusia, melawat Biara Hemis, sebuah biara agama Buddha Tibet di Ladakh, India, dan mendakwa bahawa beliau telah melihat versi agama Buddha Tibet tentang kehidupan Jesus. "Gospel Tibet" yang ditulis oleh pendeta-pendeta agama Buddha mengandungi sejarah agama Yahudi, serta pemerian kehidupan Christ yang biasa dikenali sebagai "Issa" di Asia. Apa yang menyebabkan Gospel itu ketara adalah kerana sedangkan gospel ini mengikut Gospel-gospel tradisional dengan terperinci, apabila ia mengisahkan penangkapan dan hukuman mati Jesus, ia menyatakan bahawa orang-orang Sanhedrinlah yang pergi merayu untuk hidup Jesus kerana beliau adalah "seorang yang mengikut buku". Dalam versi ini, orang-orang Sanhedrin ialah yang "mencuci tangan-tangan mereka" tentang kematian Jesus, dan bukannya Pilate. Sedangkan terdapat dakwaan-dakwaan tipu helah, orang-orang yang lain, termasuk Swami Abhedananda, seorang tokoh utama dalam Persatuan Ramakrishna, pernah melihat dokumen itu, dan pendeta-pendeta di Hemis masih menganggap biara mereka sebagai tempat yang Jesus menghabiskan beberapa tahun hayatnya untuk mengkaji agama Buddha.
Pandangan agama Hindu
Kepercayaan agama Hindu tentang Jesus berbeza-beza. Sesetengah orang Hindu melihatkan Jesus sebagai manusia biasa, dengan banyaknya menganggap beliau sebagai seorang guru atau yogi yang bijaksana, dan bukannya Tuhan. Banyak penyokong tradisi Yoga Surat Shabd menganggap Jesus sebagai Satguru. Swami Vivekananda telah memuji Jesus dan memetiknya sebagai sumber kekuatan dan contoh unggul bagi kesempurnaan. [9] Paramahansa Yogananda mengajar bahawa Jesus ialah penjelmaan semula Elisha serta murid kepada John si Baptis, penjelmaan semula Elijah.[10] Mahatma Gandhi yang menganggap Jesus sebagai salah satu guru utamanya serta ilhamnya untuk Tentangan Tidak Ganas, berkata: "Aku suka akan Christ kamu, aku tidak suka akan orang-orang Kristian kamu. Orang-orang Kristian kamu adalah amat berbeza dengan Christ kamu." [11]
Yuz Asaf yang dianggap sebagai Jesus oleh Gerakan Muslim Ahmadiyya, sebuah golongan minoriti, juga dianggap sebagai seorang tokoh suci oleh sesetengah penganut agama Hindu dan agama Buddha.
Pandangan-pandangan lain
Agama Bahai menganggap Jesus, bersama-sama dengan Muhammad, Gautama Buddha, dan lain-lain lagi sebagai "Jelmaan-jelmaan" (atau nabi-nabi) Tuhan, dengan sifat-sifat manusia dan ketuhanan. Sedangkan sesetengah pandangan Bahai mengenai Jesus adalah sepadan dengan pandangan-pandangan orang Kristian, orang-orang Kristian tidak menerima pandangan Bahai mengenai Jesus. [12]
Mandaeanisme menganggap Jesus sebagai nabi yang memperdaya (mšiha kdaba) bagi tuhan palsu Yahudi dalam Wasiat Lama, Adonai, [13] serta penentang kepada John si Baptis, nabi yang baik. Walaupun demikian, mereka mempercayai bahawa Johnlah yang membaptiskan Jesus.
Gerakan Zaman Baru menyokong berbagai-bagai pandangan terhadap Jesus, dengan sesetengah wakil (seperti Kursus Mukjizat) mencuba menurun beliau. Banyak orang mengakui bahawa beliau adalah seorang "guru agung" yang serupa dengan Gautama Buddha, dan mengajar bahawa keadaan Christ adalah sesuatu yang semua orang boleh mencapai. Pada masa yang sama, banyak ajaran Zaman Baru, umpamanya penjelmaan semula, kelihatan membayangkan ketidakselesaan dengan agama Kristian tradisional. Banyak subkumpulan Zaman Baru mendakwa bahawa Jesus adalah penyokong mereka, dan sering membabitkan perbezaan-perbezaan atau bantahan-bantahan terhadap aliran utama Kristian. Umpamanya, Teosofi dan cabang-cabangnya mengatakan bahawa Jesus mengkaji esoterisisme di Himalaya atau Mesir pada tempoh "tahun-tahun hilang"nya.
Terdapat juga orang-orang yang menegaskan ajaran-ajaran moral Jesus. Garry Wills memperdebatkan bahawa etika Jesus adalah berbeza dengan etika yang biasa diajar oleh agama Kristian. [14] Seminar Jesus [15] menggambarkan Jesus sebagai seorang pengkhutbah yang pergi dari satu tempat ke satu tempat (Matt 4:23) untuk mengajar keamanan (Matt 5:9) dan kasih sayang (Matt 5:44), hak-hak wanita (Luke 10:42) dan kehormatan kepada kanak-kanak (Matt 19:14), dan yang bersuara menentang kepura-puraan pemimpin-pemimpin agama (Luke 13:15) dan orang-orang kaya (Matt 19:24). Banyak penyokong humanisme, ateisme, dan agnostisisme berasa empati dengan prinsip-prinsip moralnya ini. Thomas Jefferson, salah seorang Pengasas yang banyak orang menganggap sebagai penyokong deisme, mencipta sebuah "Bible Jefferson" untuk orang-orang Indian Amerika yang berjudul "Kehidupan dan Ajaran Moral Jesus dari Nazareth" dan yang hanya merangkumi ajaran-ajaran etika Jesus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PLEASE COMMENT!