Selasa, 24 Februari 2009

UNTUK MULUT SIHAT DAN GIGI PUTIH BERSIH.

CARA MEMBERUS GIGI YANG BETUL


SEBAGAI SEORANG ISLAM KITA ADA CARA-CARA MEMBERUS GIGI DENGAN BETUL. KEKERAPANNYA BAGI SETIAP HARI IALAH 5 KALI SEHARI IAITU SEWAKTU HENDAK MENUNAIKAN SOLAT 5 WAKTU. SETIAP KALI MENUNAIKAN SOLAT WAJIB ADALAH SATU SUNNAH RASULULLAH BERSIWAK ATAU MEMBERUS GIGI DENGAN KAYU SUGI. SETIAP KALI KITA MELAKUKANNYA AKAN DIBERI PAHALA.



KAEDAH YANG PERLU DIIKUTI KETIKA MEMBERUS:


1. MEMBERUS KE ATAS DAN KE BAWAH GIGI. ( dalam semua bahagian gigi)
2. MEMBERUS KE KIRI DAN KE KANAN GIGI( Dalam semua bahagian gigi)
3. MEMBERUS MEMUTAR 360’ BAGI BAHAGIAN LUARAN GIGI.
4. MEMBERUS KELUAR MASUK ATAU TOLAK TARIK.
5. SETIAP KALI MEMBERUS SETIAP BAHAGIAN GIGI. HENDAKLAH MEMBACA BISMILLAHIRAHMANIRRAHIIM SEBANYAK 3 KALI DALAM HATI. KEMUDIAN BARULAH BERALIH KE BAHAGIAN LAIN PULA DENGAN KAEDAH YANG SAMA.
6. KEMUDIAN BERUS LIDAH SAMBIL DIIRINGI BACAAN YANG SAMA SEPERTI DI ATAS.
7. BERKUMUR SEBANYAK 3 KALI SAMBIL SELAWAT DALAM HATI 3 KALI.
8. KEMUDIAN HENDAKLAH BERDOA DENGAN DOA BERIKUT :
” YA ALLAH, AMPUNILAH DOSA-DOSA MULUTKU, RAHMATILAH, BERKATILAH IA, SEMPURNAKANLAH PERKATAAN DARINYA, WANGIKANLAH KEADAANNYA, KURNIAKANLAH CAHAYA UNTUKNYA DAN LINDUNGILAH IA DARI KEJAHATAN SYAITAN DAN JIN LAKNATULLAH. (SALAWAT)” AMIN.




HENDAKLAH BERUS GIGI YANG ANDA PAKAI ITU DIRENDAM DENGAN AIR PANAS SEBELUM DAN SESUDAHNYA, INI BAGI MENJAMIN KEBERSIHANNYA.



”Sesungguhnya Rasulullah bersiwak setiap kali baginda solat..” Al Hadis.


PETUA MEMUTIHKAN GIGI

Untuk menjadikan gigi (Mulut) anda sentiasa bersih, sihat dan putih bersinar amalkan petua ini dua kali sehari. :-

Mula-mula sekali ialah DOA. Doa sangat penting dalam apa jua yang kita lakukan. Sebagai orang Islam setiap apa yang kita lakukan perlu diiringi doa…. Itulah ajaran Rasulullah SAW. Untuk doa KETIKA memberus gigi ini pula …doanya mudah sahaja :

“Bismillahirahmaanirrahiim, Ya Allah(3Kali), ampunilah dosa-dosa mulutku dan berkatilah, rahmatilah dan sihatkanlah mulutku seperti mana Engkau memberkati dan menyihatkan mulut Rasulullah SAW berkat Kalimah Laa ilaaha illallah Muhammadurrasulullah. Shallallahu alaa Muhammad (3 kali) … Amin Ya Rabbil Aalamin.”

Kedua… Bancuh air dan satu sudu garam halus. (Sediakan dalam botol atau bekas seperti gelas dsb.). Berkumurlah dengan air garam itu dua kali sebelum memberus gigi dengan colgate(Disyorkan ubat gigi Safi-kayu sugi). Amalkan setiap hari bangun dari tidur dan sebelum tidur. Insyallah anda akan terhindar dari masalah gigi sakit atau gusi sakit, Ulser dan sebagainya. Malah mulut anda akan terhindar dari bau busuk.

Seminggu sekali berkumurlah dengan Air Bawang Putih (3 Ulas bawang Putih ditumbuk halus dan direndam dengan air masak.) Berkumur seminit dan buang air tu… lepas tu berkumur lagi seminit… dan buang lagi.. berkumur lagi dan buang… cukuplah seminggu sekali dilakukan cara yang ketiga ini… Insyallah mulut anda akan sihat sepanjang hayat anda… Insyallah!

Selamat mengamalkannya. Good luck!



Antara kelebihan-kelebihannya ialah :


1. diberkati Allah akan mulutnya dan diredhai-Nya.
2. dimuliakan oleh para malaikat.
3. mendapat ganjaran pahala pengamal sunnah Rasulullah SAW.
4. mewangikan mulut dan memutihkan gigi. Jauhdari masalah penyakit mulut dan sebagainya.
5. memudahkan kita melakukan kebaikan, seperti bezikir dan membaca ayat2 Allah.
6. kebersihan mulut adalah amat penting semasa melaksanakan hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.
7. Syaitan menjauhi mulutnya.
8. menyenangkan suami bagi isteri yang mengamalkannya. Dan menyenangkan isteri bagi suami yang mengamalkannya.
9. merasa yakin diri dalam pergaulan seharian.
10. rasa segar dan sihat.




Cadangan tentang ubat gigi;

Anda boleh menggunakan ubat gigi yang dihalalkan oleh islam sahaja. Ada baiknya kita ambil ubat gigi yang telah dicop HALAL oleh JAKIM, contohnya seperti ubat gigi NAJWA, MU’MIN, SAFI-UBAT GIGI SUGI ATAU GAMAT, DAN SEBAGAINYA. Anda boleh juga menggunakan ubat kumur seperti Procare Mouthwash. Jangan sesekali guna Lestrine kerana ia memiliki alkohol sebanyak 20%. Dan ini Haram digunakan oleh orang Islam. Gunakan air Garam sahaja seperti yang tersebut di atas.


Cadangan tentang berus gigi:

Pakailah berus gigi yang sistematik dan terkini. Contohnya : berus gigi 360’ dan sebagainya.

Sekian dulu buat kali ini. Semoga kita semua mendapat manfaat yang kekal dan terbaik untuk diri kita dan keluarga. Khususnya agama, masyarakat amnya....

"Semoga Allah memberkati kamu dan sesiapa pun yang bersama kamu...amin”
-RUJUKAN : KITAB FALSAFAH SULUKEN-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PLEASE COMMENT!