Sabtu, 5 April 2008



NIM'S ISLAND. Cite ni best. Ianya berkaitan dengan Nim dan ayahnya yang mendiami sebuah pulau di selatan pasifik yang tidak dicartakan dalam peta. Nim hidup gembira bersama ayahnya seorang saintis (Oceanografi). Hidup Nim dikelilingi oleh beberapa haiwan sebagai rakan karibnya. Antaranya Fred(Cicak kubing), Galileo(Burung), Selk(Anjing laut). Hidupnya begitu gembira di pulau bekas gunung berapi itu. Namun kegembiraannya hilang apabila sebuah kapal pelancongan menjumpai pulau syurganya itu manakala ayahnya pula hilang ditegah laut ketika mengkaji Protozoa Nim. Nim bangkit untuk mempertahankan haknya dipulau tersebut dan melakukan pelbagai usaha dan aksi untuk menghalau kumpulan pelancong yang datang ke pulau tersebut. Sementara itu dia yang juga peminat Alex Rover telah menghubungi penulis itu melalui email dan memintanya datang ke tempatnya untu membantu. Alexandra Rover penulis yang anti dunia luar terpaksa datang dari san Fransisco untuk Nim. Apakah yang berlaku seterusnya...??? korang kenalah pi tengok. Cite ni memang best. Aku bergegas semalam ke JJ untuk tgk cite ni.... mulanya aku nak tgk pada jam 5.30 petang tetapi kerana hujan lebat petang semalam membantutkan niat aku untuk kesitu pada masa tersebut dan aku tukar plan... tgk lepas maghrib... alhamdulillah.. lepas je solat maghrib aku masuk pewagam... walaupun sorang je menonton..tetapi aku happy dan riang sekali menonton gelagat penonton dan yang ditonton... best yang teramat2... Oh ya sebelum tu .. aku makan malam laa kat McD - Amik Cheeseburger, french fries and Coke...so.. makan malam la aku kat McD... walaupun aku tak bepa suka makanan segera ni.. aku kena juga lah isi perut... sebab aku nak cepat semalam..hihihii.. anyway korang tgklah cite ni kat Pewagam... best!!! 10 bintang Aku bagi kat Cite ni...!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PLEASE COMMENT!