Ahad, 10 Februari 2008

CUTI ?

Cuti membuat aku rasa kosong... 2 hari cuti raya cine dan dua hari cuti umum... haha... bagai nak gile rasanya duk umah je... semua planning tak jadi... nak mancing kat Wesport tak jadi, naik gunung tak jadi... beranang kat sungai tak jadi... jumpa Lex pun tak jadi... Jumpa Ann dan Lin pun tak jadi... akhirnya aku terperap kat umah ... namun ada baiknya juga bila difikirkan kembali... kalau aku tak duduk umah masa tu tentu umah aku masih berselerak sehingga kini... mujurlah dengan cuti 4 hari tu buat aku rasa nak kemas umah je... so... banyaklah barang-barang yang tak guna lagi dibuang dan barang-barang yang masih diperlukan terus disimpan dan disusun elok2. Sempat lah juga aku layan cite CJ7 kat panggung di JJ Klang. Cite kelakar dan ada pembaharuan dalam konsep Chow Stephen... hahaha. Lebih futuristik dengan alien yang kiut gile! hihiiihihii... Nak ajak Kajol tgk cite tu hari Jumaat petang, jam 4.10 PM... tetapi malangnya dia takleh pula kuar. Dia kuar ngan Ami dan Shukur kat JJ juga.. aku sempatlah nampak diorang namun takut nakm jumpa Ami dia... terus pi masuk panggung disebabkan dah nak start dah cite tu...
Maya? Gadis tu buat aku rasa meremang bulu kening aku...(Rasa nak ngayat la nii.. hehehe) Malam jumaat tu aku call dia. Katanya dia berada di PD ngan makcik dia, tengah makan malam... aku rasa kelu gak nak cakap ngan orang lawa ni... hiiiihii... Kalau Kajol tau akucall Maya ni... mampus aku... hehe.. anyway takde cite pun yang dibualkan... cuma tanya khabar dan tanya bile dia nak pi Raub... tu je.. lain hal takde lebih2 laa.. biasalah .. aku baru kenal dan berbual ngan dia..takyah cite panjang-panjang... segan lak aku rasa.. hiiihi...
Pagi ni aku datang keje macam biasalah... aku tengok muke2 yang baru balik dari cuti ni macam malas je nak keje... aku semangat nak keje tu meluap-luap sejak semalam... aku bersyukur sangat hari ni aku masih hidup, segar bugar lagi... hihihi... hari ni kena pula aku duduk kat kaunter Rujukan ... but.. oklaa tempat tu... buat aku banyak masa nak karang cite dalam blog ni... Malam tadi layan cite Heroes, Supernatural 2 dan misteri Nusantara. Cite Heroes tu aku layan sampai habis laa... kali ini cite dia lebih mendebarkan dan Supernatural pula pasal pontianak dan Misteri Nusantara tak sempat nak layan dengan penuh perhatian... ada rakan rumah baru masuk malam tadi.. orang Pahang. Mulanya aku tak nak pun dia masuk bilik aku... Macam malas lak ada partner dalam bilik tu....bukan ape, aku tak suke ada partner ni... takde privacy langsung... Lagipun budak baru ni ... merokok! Satu sikap yang aku betul2 tak suke! hisap benda HARAM ni aku tak nak bersekongkol... Agak2 anda lah... doa orang yang suke makan atau hisap bende HARAM ni diterima ke DOA nya oleh Allah SWT???? Pk sendiri lah... aku malas nak bagi tau orang yang tak gheti2 nak tahu hukum agama... Bertambah lagi perokok dalam umah aku ni... dan bertambahlah lagi 'Pembunuh dalam Diam ' Kat umah aku ni... TOLONG!!! AKU TAK NAK BILIK AKU JADI SARANG PEROKOK!!! :-(
...sekarang terhad la sikit aktiviti aku... PS2 tu aku simpan balik dan DVD player! Bukanya aku nak kedekut tapi ada dua sebab. Pertama aku lihat diri aku ini makin ligat nak tgk DVD cetak rompak yang merugikan industri seni negara... Makin teruk pula... dan makin jauh dari keje2 rutin aku yang dulu... dan kedua aku malas nak pk pasal harta benda yang tak kekal ni... biarlah aku buat sesuatu yang berfaedah pada aku dulu... tentang rakan baru tu... biar dia mengenal tempat baru dia.. "Selamat Datang!" and welcome to my world...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PLEASE COMMENT!