Isnin, 28 Januari 2008

Tuah!

Ada perkara paling best yang berlaku kat aku hari ni... aku telah ketemui keperkasaan ku...hihihiih.. pelik gak bila merasa kembali zaman kegemilangan aku yang pernah berlaku pada tahun 1500 masihi yang lepas... masa tu aku bersama Tun Tuah dan sahabat2nya... aku masa tu masih lagi belasan tahun... Nak tahu apa yang berlaku ??? hmm... dulu masa Dang Wangi ikut Hang Jebat... aku tiada pilihan selain bagi Dang Wangi kat dia... padahnya dia terima sendiri apabila abang Tuah menewaskannya dan akhirnya Patih Kerma Wijaya membunuhnya... aku rasa lega juga masa tu walaupun aku salah seorang yang bersama orang kampung atas arahan baginda sultan untuk menangkap Jebat Derhaka!!! Akhirnya Hang Tuah patah hati dan bertolak ke Bentan, di situ dia menetap lama sehinggalah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah aku... Yang tahu kematiannya cuma aku dan Tun Bendaraha dan Hang Nadim yang ketika itu sudah berumur 8 tahun. Kelakarnya Hang Nadim memanggil Hang Tuah sebagai ayahnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PLEASE COMMENT!