Ahad, 19 Mac 2017

SURAH PERHIASAN / AZ-ZUKHRUF ???

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

43:1. Ha Mim.

43:2. Demi Kitab yang jelas,

43:3. Sesungguhnya, Kami membuatnya sebuah Qur'an bahasa Arab supaya kamu faham.

43:4. Dan sesungguhnya ia adalah di dalam ibu Kitab, di sisi Kami; sungguh tinggi, bijaksana.

43:5. Adakah Kami akan ketepikan Peringatan daripada kamu, kerana kamu adalah kaum yang membazir (berlebihan)?

43:6. Berapa banyaknya Nabi yang Kami telah utus di kalangan orang-orang dahulu kala?

43:7. Tetapi tiada seorang Nabi datang kepada mereka, tanpa mereka memperolok-olokkannya.

43:8. Maka Kami musnahkan orang yang lebih kuat daripada mereka dan contoh orang-orang dahulu kala berlalulah.

43:9. Jika kamu tanya mereka, "Siapakah yang cipta langit dan bumi?" mereka akan berkata, "Yang Perkasa, Yang Mengetahui, cipta mereka."

43:10. Dia yang buatkan bumi untuk menjadi sebuah buaian untuk kamu, dan Dia buatkan jalan-jalan untuk kamu di dalamnya, supaya kamu dapat petunjuk,

43:11. Dan yang turunkan dari langit air menurut ukuran; dan Kami hidupkan dengannya tanah (negeri) yang sudah mati; begitulah kamu akan dikeluarkan,

43:12. Dan yang mencipta pasangan-pasangan, kesemuanya, dan buatkan untuk kamu, kapal dan binatang ternak, seperti yang kamu tunggang,

43:13. Supaya kamu duduk di atas punggungnya, dan kemudian mengingatkan rahmat Pemelihara kamu apabila kamu duduk di atasnya, dan berkata, "Dia disanjung, yang tundukkan ini untuk kami, dan kami sendiri tidak setanding dengannya,

43:14. Sesungguhnya kepada Pemelihara kami, kami balik."

43:15. Namun begitu, mereka adakan bagi-Nya sebahagian daripada hamba-hamba-Nya sendiri! Manusia nyatalah tidak berterima kasih (kafir).

43:16. Atau, adakah Dia pilih untuk-Nya, daripada apa dia cipta, anak-anak perempuan, dan Dia memilihkan untuk kamu, anak lelaki?

43:17. Dan apabila salah seorang antara mereka diberi berita gembira dengan apa yang dia samakan dengan Yang Pemurah, mukanya (wajahnya) jadi hitam, dan dia tercekik di dalam dirinya.

43:18. Apa, orang yang dibesarkan di tengah-tengah perhiasan, dan bila tiba pertengkaran, tidak kelihatan?

43:19. Dan mereka buatkan malaikat-malaikat, yang mereka itu sendiri hamba-hamba Yang Pemurah, perempuan. Apa, adakah mereka saksikan ciptaan mereka? Kesaksian mereka akan ditulis, dan mereka akan ditanya.

43:20. Mereka berkata, "Sekiranya Yang Pemurah hendak, tentu kami tidak sembah mereka." Mereka tidak ada pengetahuan mengenai itu; mereka hanya menduga.

43:21. Atau, adakah Kami beri mereka sebuah Kitab sebelumnya yang padanya mereka berpegang?

43:22. Tidak, tetapi mereka berkata, "Kami dapati bapa-bapa kami atas satu umat, dan kami dapat petunjuk atas bekas-bekas mereka."

43:23. Begitulah, Kami tidak utus sebelum kamu seseorang pemberi amaran ke sesebuah bandaraya, melainkan bahawa orang-orangnya yang hidup mewah berkata, "Sesungguhnya kami dapati bapa-bapa kami atas satu umat, dan kami atas bekas-bekas mereka."

43:24. Katakanlah, "Apa, walaupun aku datang dengan petunjuk yang lebih baik daripada yang kamu dapati pada bapa-bapa kamu?" Mereka berkata, "Kami tidak percaya kepada apa yang kamu diutus dengannya."

43:25. Maka Kami lepaskan dendam kepada mereka; dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang dustakan.

43:26. Dan apabila Ibrahim berkata kepada bapanya, dan kaumnya, "Sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa kamu sembah,

43:27. Kecuali Yang memulakan aku; dan Dia akan beri petunjuk kepadaku."

43:28. Dan dia membuatnya satu kata yang kekal pada keturunannya, supaya mereka kembali.

43:29. Tidak, tetapi Aku beri kesenangan hidup mereka ini dan bapa-bapa mereka, sehingga yang benar datang kepada mereka, dan Rasul yang jelas.

43:30. Dan apabila yang benar datang kepada mereka, mereka berkata, "Ini sihir, dan kepadanya kami adalah orang-orang tidak percaya."

43:31. Mereka berkata, "Mengapakah al-Qur'an ini tidak diturunkan kepada sesetengah lelaki yang terkemuka di dua bandaraya?"

43:32. Apa, adakah mereka yang membahagikan pengasihan Pemelihara kamu? Kami membahagikan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan naikkan sebahagian mereka di atas sebahagian yang lain dalam darjat, supaya sebahagian mereka ambil yang lain dalam perhambaan; dan pengasihan Pemelihara kamu adalah lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.

43:33. Dan sekiranya manusia bukan umat yang satu, tentu Kami buatkan untuk orang-orang tidak percaya kepada Yang Pemurah, bumbung-bumbung rumah mereka daripada perak, dan tangga-tangga, yang di atasnya mereka menaiki,

43:34. Dan pintu-pintu rumah mereka, dan sofa-sofa yang di atasnya untuk bersandar,

43:35. Dan perhiasan-perhiasan; sesungguhnya semua ini tiadalah melainkan kesenangan kehidupan dunia, dan akhirat di sisi Pemelihara kamu adalah bagi orang-orang bertakwa.

43:36. Sesiapa yang membutakan diri daripada Peringatan Yang Pemurah, kepadanya Kami tentukan syaitan untuk menjadi teman yang dipercayai,

43:37. Dan mereka halangi mereka daripada jalan, dan mereka sangka mereka dapat petunjuk,

43:38. Sehingga, apabila dia datang kepada Kami, dia berkata, "Aduhai, sekiranya antara aku dan kamu sejauh dua Timur!" Buruknya teman yang dipercayai!

43:39. Ia tidak bermanfaat kepada kamu pada hari ini kerana kamu buat zalim; kamu adalah orang-orang yang bersekutu dalam azab.

43:40. Apa, adakah kamu akan jadikan orang yang pekak mendengar, atau adakah kamu akan beri petunjuk kepada orang yang buta, dan orang yang dalam kesesatan yang nyata?

43:41. Sama ada Kami hilangkan kamu, Kami akan lepaskan dendam kepada mereka,

43:42. Atau, Kami lihatkan kepada kamu sebahagian daripada apa yang Kami janjikan mereka, sesungguhnya Kami mempunyai kuasa terhadap mereka.

43:43. Maka berpegangteguhlah kamu pada apa yang diwahyukan kepada kamu; sesungguhnya kamu adalah di atas jalan lurus.

43:44. Sesungguhnya ia adalah Peringatan bagi kamu, dan bagi kaum kamu; dan sungguh, kamu akan ditanya.

43:45. Tanyalah orang-orang daripada Rasul-Rasul Kami yang Kami utus sebelum kamu: adakah Kami buatkan, selain daripada Yang Pemurah, tuhan-tuhan untuk disembah?

43:46. Dan Kami utus Musa dengan ayat-ayat Kami kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya, dan dia berkata, "Sesungguhnya aku adalah Rasul Pemelihara semua alam."

43:47. Tetapi apabila dia datang kepada mereka dengan ayat-ayat Kami, tiba-tiba mereka mengetawakannya.

43:48. Dan tiada satu ayat yang Kami lihatkan kepada mereka melainkan ia yang lebih besar daripada saudaranya; dan Kami ambil mereka dengan azab supaya mereka kembali.

43:49. Dan mereka berkata, "Wahai ahli sihir, serulah kepada Pemelihara kamu untuk kami dengan perjanjian yang Dia buat dengan kamu supaya kami benar-benar dapat petunjuk."

43:50. Tetapi apabila Kami hilangkan daripada mereka azab, tiba-tiba mereka mungkiri ketaatan mereka.

43:51. Dan Firaun umumkan kepada kaumnya, dia berkata, "Wahai kaumku, bukankah kepunyaanku kerajaan Mesir, dan sungai-sungai ini yang mengalir di bawahku? Apa, tidakkah kamu lihat?

43:52. Atau, tidakkah aku yang lebih baik daripada lelaki ini, yang keji, dan hampir tidak dapat menjelaskan?

43:53. Mengapa pula gelang-gelang emas tidak dilemparkan kepadanya, atau malaikat-malaikat tidak datang bersama dia untuk bergabung?"

43:54. Maka dia menggelisahkan kaumnya, dan mereka mentaatinya; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasiq.

43:55. Maka, apabila mereka telah buat Kami murka, Kami lepaskan dendam kepada mereka, dan Kami tenggelamkan mereka kesemuanya,

43:56. Dan buat mereka sesuatu yang telah lalu, dan Kami jadikan mereka satu contoh bagi orang yang kemudian.

43:57. Dan apabila putera Mariam dijadikan satu contoh, tiba-tiba kaum kamu menghalanginya,

43:58. Dan berkata, "Apa, adakah tuhan-tuhan kami yang lebih baik, atau dia?" Mereka tidak menyebutnya kepada kamu, kecuali untuk membantah; tidak, tetapi mereka adalah kaum yang suka bertengkar.

43:59. Dia hanyalah seorang hamba yang Kami rahmati, dan Kami buat dia untuk menjadi satu contoh bagi Bani Israil.

43:60. Sekiranya Kami hendaki, tentu Kami lantik malaikat-malaikat di kalangan kamu untuk menjadi pengganti-pengganti di bumi.

43:61. Ia adalah pengetahuan mengenai Saat; janganlah ragu-ragu mengenainya, dan ikutlah aku. Inilah jalan lurus.

43:62. Janganlah syaitan menghalangi kamu; ia, bagi kamu, musuh yang nyata.

43:63. Dan apabila Isa datang dengan bukti-bukti yang jelas, dia berkata, "Aku datang kepada kamu dengan kebijaksanaan, dan supaya aku menjelaskan kepada kamu sebahagian apa yang dalamnya kamu selisihkan; maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.

43:64. Sesungguhnya Allah, Dia Pemeliharaku dan Pemelihara kamu; maka sembahlah Dia; inilah jalan lurus."

43:65. Tetapi golongan-golongan antara mereka berselisih; maka kecelakaanlah bagi orang-orang buat kezaliman kerana azab hari yang pedih.

43:66. Tidaklah mereka menanti-nanti melainkan Saat, bahawa ia akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak sedar?

43:67. Sahabat-sahabat pada hari itu jadi musuh kepada satu sama lain, kecuali orang-orang bertakwa,

43:68. "Wahai hamba-hamba-Ku, pada hari ini tidak ada ketakutan pada kamu, dan tidaklah kamu bersedih."

43:69. Orang-orang yang percaya kepada ayat-ayat Kami, dan memuslimkan diri-diri mereka,

43:70. "Masuklah ke Taman (Jannah), kamu dan isteri-isteri kamu, berjalan dengan gembira!"

43:71. Dikelilingkan kepada mereka, pinggan-pinggan leper daripada emas, dan piala-piala, dan di dalamnya apa yang jiwa inginkan, dan yang menyeronokkan mata. "Dan di dalamnya kamu tinggal selama-lamanya.

43:72. Inilah Taman yang kamu diwariskan kerana apa kamu buat.

43:73. Di dalamnya kamu dapati buah-buahan yang banyak, dan daripadanya kamu makan."

43:74. Tetapi orang-orang yang berdosa akan tinggal selama-lamanya di dalam azab Jahanam,

43:75. Itu tidak diringankan daripada mereka, dan di dalamnya mereka berputus asa.

43:76. Kami tidak menzalimi mereka, tetapi mereka sendiri adalah orang-orang zalim.

43:77. Dan mereka memanggil, "Wahai Malik, hendaklah Pemelihara kamu mengakhirkan kepada kami!" Dia berkata, "Sesungguhnya kamu akan menetap."

43:78. "Kami telah datangkan kepada kamu yang benar, tetapi kebanyakan kamu benci pada yang benar."

43:79. Atau, adakah mereka fikirkan sesuatu perkara? Kami juga fikirkan.

43:80. Atau, adakah mereka sangka Kami tidak dengar rahsia mereka, dan bicara rahsia mereka? Ia, Rasul-Rasul Kami ada di sisi mereka untuk menuliskannya.

43:81. Katakanlah, "Jika Yang Pemurah mempunyai seorang anak, maka aku yang pertama menyembahnya.

43:82. Pemelihara langit dan bumi disanjung, Pemelihara Arasy, di atas apa yang mereka terangkan!"

43:83. Kemudian tinggalkanlah mereka bersendiri untuk terjun dan bermain-main sehingga mereka menemui hari mereka yang mereka dijanjikan.

43:84. Dan Dia yang di langit Tuhan, dan di bumi Tuhan; Dia Yang Bijaksana, Yang Mengetahui.

43:85. Berkatnya Dia, yang bagi-Nya kepunyaan kerajaan langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya; di sisi-Nya pengetahuan mengenai Saat, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan.

43:86. Orang-orang yang mereka seru, selain daripada Dia, tidak ada kuasa pengantaraan, kecuali orang yang saksikan pada yang benar, dan mereka tahu.

43:87. Jika kamu tanya mereka, "Siapakah yang cipta kamu?" mereka akan berkata, "Allah." Bagaimanakah pula mereka dipalingkan?

43:88. Dan ucapannya, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya mereka ini adalah kaum yang tidak percayai."


43:89. Namun begitu, maafkan mereka, dan katakan, "Salam!" Kelak mereka akan tahu.