ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Dia
disanjung, yang menjalankan hamba-Nya pada waktu malam hari dari Masjidil Haram
ke masjid yang lebih jauh di mana sekitarannya Kami berkati, supaya Kami lihatkan kepadanya sebahagian
daripada ayat-ayat Kami. Sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Melihat.”
[Q.S. AL-ISRA
/ BANI ISRAIL 17 : 1]
“Bulan Ramadhan
yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan
sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza…”
[Q.S.
AL-BAQARAH / LEMBU 2 : 185]
“Sesungguhnya,
Kami turunkannya pada malam yang berkuasa.
Dan tahukah kamu apakah ia malam yang berkuasa? Malam yang berkuasa
adalah lebih baik daripada seribu bulan, Padanya malaikat-malaikat dan Roh
turun, dengan izin Pemelihara mereka, dengan segala perintah, Sejahteralah ia,
hingga terbit fajar.”
[Q.S. AL-QADAR
/ YANG BERKUASA 97 : 1-5]
“Katakanlah,
"Sesiapa yang jadi musuh kepada Jibril, maka dialah yang turunkannya ke
dalam hati kamu, dengan izin Allah, mengesahkan apa yang sebelumnya, dan
petunjuk, dan berita gembira bagi orang-orang mukmin.”
[Q.S.
AL-BAQARAH / LEMBU 2 : 97]
“Sesungguhnya Kami turunkan al-Qur’an kepada
kamu, satu penurunan,”
[Q.S. AL-INSAN
/ MANUSIA 76 : 23]
Allah turunkan
hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab…”
[Q.S. AZ-ZUMAR / KUMPULAN 39 : 23]
“…Inilah
sebuah Kitab yang Kami turunkan, yang diberkati.”
[Q.S. AL-AN’AM
/ BINATANG TERNAK 6 : 92]
“Bacalah
dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta, Dia cipta manusia daripada dadih
darah. Bacalah, dan Pemelihara kamu Yang Mulia, Yang mengajar dengan pena,”
[Q.S. AL-ALAQ
/ DADIH DARAH 96:1-4]
“Dan sebuah
al-Qur'an yang Kami bahagi-bahagikan, untuk kamu (Muhammad) membacakannya
kepada manusia berjarak-jarak, dan Kami turunkannya dengan satu
penurunan."
[Q.S. AL-ISRA / BANI ISRAIL 17 : 106]
“Kami beri
kamu tujuh yang berulang-ulang, dan al-Qur'an yang besar….
…. Maka Kami
turunkannya kepada orang-orang yang membahagi-bahagi,
Yang
memecahkan al-Qur'an kepada bahagian-bahagian.
[Q.S. AL-HIJR
15 : 87, 90-91]
"Atas
Kamilah untuk mengumpulkannya, dan untuk membacakannya. Maka, apabila Kami
membacanya, kamu ikutlah bacaannya. Kemudian atas Kamilah untuk
menjelaskannya.."
[ Q.S.
AL-QIYAMAH / KIAMAT 75 : 17,18, 19]
"Sesungguhnya
ia adalah ucapan Rasul yang mulia"
[Q.S. AL-HAQQAH
/ YANG PASTI 69:40]
" Tidak
sekali-kali! Ia adalah Peringatan, Dan sesiapa hendak akan mengingatinya, Pada
naskhah-naskhah gulungan yang dimuliakan, Dinaikkan, dibersihkan, Oleh tangan-tangan
para jurutulis, Yang mulia, yang taat."
[Q.S. AL- ‘ABASA / BERMUKA MASAM 80:11-16]
SEJARAH PENURUNAN
AL-QUR’AN MENURUT QUR’AN
Sejarah penurunan
Al-Qur’an menurut Qur’an itu sendiri.
Menurut keterangan Qur’an yang berserakkan dalam beberapa surah dan
ayat, menjelaskan kepada kita dengan cukup jelas.
ALLAH telah
meng-ISRA-kan nabi Muhammad dari masjidil Haram atau Tempat Sujud yang
diharamkan ke Masjidil Aqsa atau tempat sujud yang lebih jauh yang diberkati
sekitarnya. Masjidil Aqsa bukanlah
merujuk kepada Masjid Aqsa di Palestin. .
Bagaimanakah mungkin Nabi Muhammad melawat Masjidil Aqsa sedangkan ianya dibina selepas 705 Masihi atau 73 tahun setelah kewafatan Nabi Muhammad pada 632 Masihi?
Buat pengetahuan anda, nama Masjidil Aqsa tersebut juga diambil dari Al Quran (17:1). Sila rujuk sejarah Masjid Al-Aqsa di Palestin untuk fakta yang lebih jelas.
Bagaimanakah mungkin Nabi Muhammad melawat Masjidil Aqsa sedangkan ianya dibina selepas 705 Masihi atau 73 tahun setelah kewafatan Nabi Muhammad pada 632 Masihi?
Buat pengetahuan anda, nama Masjidil Aqsa tersebut juga diambil dari Al Quran (17:1). Sila rujuk sejarah Masjid Al-Aqsa di Palestin untuk fakta yang lebih jelas.
Masjidil Aqsa atau Tempat
Sujud yang lebih jauh ini merujuk pada kawasan yang diberkati iaitu kawasan di
mana Nabi Muhammad diutus sebagai Rasul terakhir dalam tanah Arab itu
sendiri.
Tidak Syak lagi, Tempat
Sujud yang lebih jauh adalah di Gua Hira’, di mana nabi Muhammad di-ISRA–kan di
waktu malam(17:1) dan menerima wahyu Qur’an yang pertama dan terakhir pada
malam yang berkuasa(97:1-5) yang berlaku dalam bulan Ramadhan(2:185). Qur’an diturunkan ke dalam hati Nabi dari
ALLAH(27:6) dalam satu penurunan (76:23)tersebut melalui Malaikat Jibril(2:97)
atau Roh Qudus Al-Amin kemudian membacakannya dan diikuti oleh nabi
bacaannya(75:17-19).
Penurunan Qur’an
kepada nabi Muhammad hanya berlaku sekaligus(76:23). Nabi menulisnya dengan tangan kanannya(25:5,
29:48). Ia adalah Hadis membentuk sebuah
kitab dari ALLAH(39 : 23, 6:92,). Kitab Qur’an
ini kemudiannya dibahagi-bahagikan (15:91) dan dibacakan kepada kaumnya yang
Ummiy(6:19, 62:2).
Ayat-ayat Qur’an dibacakan
sedikit demi sedikit walaupun kaumnya selalu bertanya mengapa Qur’an tidak
diturunkan kepada Muhammad sekaligus(25:32).
Sebenarnya, ia telah diturunkan dengan satu penurunan kepada Nabi
Muhammad dan Malaikat Jibril menurunkannya ke dalam hati Nabi menurut bahagian-bahagian(17:106)
atau surah dalam Qur’an. Disebar dan
dibacakan kepada kaumnya selama 23 tahun di Mekah dan di Madinah, mengikut
bahagian-bahagian atau surah-surah yang telah ditentukan oleh ALLAH(75:17). Oleh itu, Wahyu atau surah pertama yang
diwahyukan kepada nabi adalah surah Al-Fatihah(1:1-7). Ayat pertama yang diajarkan secara lojiknya
adalah Surah Al-Alaq yang bermula dengan ayat ‘Iqra’ atau Bacalah(96:1-4).
Qur’an, adalah ucapan
Rasul yang mulia(69:40), ditulis oleh nabi sendiri(25:5, 29:48) dan ditulis
oleh jurutulis yang dimuliakan(80:15-16) ini telah tiba kepada kita hari ini.
Tanpa riwayat-riwayat
manusia. Qur’an sendiri menerangkan
dengan jelas bagaimana sejarah penurunannya.
ALLAH DISANJUNG