Selasa, 19 April 2016

SURAH 27 SEMUT / AN-NAML ???

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

27:1. Tha Sin. Inilah ayat-ayat al-Qur'an, dan sebuah Kitab yang jelas.

27:2. Satu petunjuk, dan berita gembira, bagi orang-orang mukmin,

27:3. Yang melakukan solat, dan memberi zakat, dan mereka yakin akan akhirat.

27:4. Orang-orang tidak percayai akhirat, Kami nampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka, dan mereka merayau-rayau membabi buta.

27:5. Mereka itulah orang-orang yang kepada mereka azab yang jahat menunggu, dan merekalah orang-orang yang paling rugi di akhirat.

27:6. Kamu menerima al-Qur'an daripada satu yang Bijaksana, Mengetahui.

27:7. Apabila Musa berkata kepada keluarganya, "Aku lihat api, dan aku akan datangkan kepada kamu berita daripadanya, atau aku akan datangkan kepada kamu sepotong kayu berapi supaya kamu dapat panaskan diri-diri kamu."

27:8. Maka apabila dia datang kepadanya, dia dipanggil, "Diberkatilah orang yang di api, dan orang yang di sekitarnya. Allah disanjung, Pemelihara semua alam!

27:9. Wahai Musa, sesungguhnya ini Aku, Allah, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

27:10. Lemparlah tongkat kamu." Dan apabila dia melihatnya menggetar-getar seperti seekor ular, dia berpaling, berundur, dan tidak menoleh. "Wahai Musa, jangan takut; sesungguhnya para utusan tidak takut di hadapan-Ku,

27:11. Kecuali orang buat kezaliman, kemudian sesudah kejahatan, menukarkan kepada kebaikan; sesungguhnya Aku Pengampun, Pengasih.

27:12. Masukkan tangan kamu ke dalam dada kamu, dan ia akan keluar putih tanpa keburukan - antara sembilan ayat kepada Firaun dan kaumnya; mereka adalah kaum yang fasiq."

27:13. Tetapi apabila ayat-ayat Kami yang dapat dilihat datang kepada mereka, mereka berkata, "Ini sihir yang nyata."

27:14. Dan mereka menyangkalnya, walaupun jiwa mereka meyakininya, dengan kezaliman dan daripada ketinggian diri. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang buat kerosakan!

27:15. Dan Kami beri Daud dan Sulaiman pengetahuan, dan mereka berkata, "Segala puji bagi Allah, yang lebihkan kami di atas kebanyakan daripada hamba-hamba-Nya yang mukmin."

27:16. Dan Sulaiman ialah waris Daud, dan dia berkata, "Wahai manusia, kami telah diajar percakapan burung, dan kami diberi segala sesuatu; sesungguhnya ini benar-benar pemberian yang nyata."

27:17. Dan tenteranya dikumpulkan kepada Sulaiman, daripada jin, dan manusia, dan burung, dengan berbaris.

27:18. Sehingga, apabila mereka datang ke lembah semut, berkata seekor semut, "Wahai semut-semut, masuklah ke dalam tempat-tempat tinggal kamu supaya Sulaiman dan tenteranya tidak menginjak kamu, dengan tidak sedar."

27:19. Tetapi dia tersenyum, tertawa daripada ucapannya, dan dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau rahmati aku, dan bapaku, dan ibuku; dan supaya aku buat kerja-kerja baik yang sangat memuaskan hati Engkau, dan masukkanlah aku, dengan pengasihan Engkau, di kalangan hamba-hamba Engkau yang salih."

27:20. Dan dia periksa burung-burung; kemudian dia berkata, "Bagaimanakah dengan aku, bahawa aku tidak lihat hud-hud? Atau, adakah ia termasuk yang ghaib (tidak hadir)?

27:21. Sungguh, aku akan azab ia dengan azab yang keras, atau aku korbankan ia, atau ia datangkan kepada aku satu kuasa yang nyata."

27:22. Tetapi ia menetap tidak lama, dan berkata, "Aku tahu apa yang kamu tidak tahu, dan aku datang dari Sabak kepada kamu dengan berita yang diyakini.

27:23. Aku dapati seorang perempuan memerintah mereka, dan dia diberi segala sesuatu, dan dia mempunyai singgahsana (arasy) yang besar.

27:24. Aku dapati dia dan kaumnya sujud kepada matahari, selain daripada Allah; syaitan menampakkan indah amalan-amalan mereka bagi mereka, dan ia halangi mereka daripada jalan, maka mereka tidak dapat petunjuk,

27:25. Supaya mereka tidak sujud kepada Allah, yang keluarkan yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan tahu apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu siarkan.

27:26. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Pemelihara Arasy yang besar."

27:27. Berkata, "Kami akan lihat sama ada kamu berkata benar, atau kamu termasuk orang-orang yang berdusta.

27:28. Pergilah kamu dengan kitabku (suratku) ini, dan lemparlah ia kepada mereka, kemudian berpalinglah daripada mereka, dan perhatikanlah apa yang mereka kembalikan."

27:29. Dia berkata, "Wahai pembesar-pembesar, sesungguhnya sebuah kitab yang mulia telah dilemparkan kepadaku,

27:30. Ia daripada Sulaiman, dan ia adalah 'Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

27:31. Janganlah kamu meninggi terhadapku, tetapi datanglah kepadaku dalam kemusliman.'"

27:32. Dia berkata, "Wahai pembesar-pembesar, putuskanlah kepadaku mengenai urusanku; aku tidak biasa memutuskan sesuatu urusan sehingga kamu saksikan aku."

27:33. Mereka berkata, "Kita mempunyai kekuatan, dan kita mempunyai keberanian yang sangat. Urusan terpulanglah kepada kamu; maka perhatikanlah apa yang kamu akan perintahkan."

27:34. Dia berkata, "Raja-raja, apabila mereka masuksebuah bandaraya, merosakinya dan buatkan penduduknya yang perkasa rendah. Begitulah mereka buat.

27:35. Sesungguhnya aku utus satu hadiah kepada mereka, dan lihat apa yang utusan-utusan bawa kembali."

27:36. Tetapi apabila dia datang kepada Sulaiman, dia berkata, "Apa, adakah kamu bantu aku dengan harta, dan apa yang Allah beri aku adalah lebih baik daripada apa dia beri kamu? Tidak, tetapi kamu gembira dengan hadiah kamu!

27:37. Kembalilah kamu kepada mereka; sungguh, kami akan datang menentang mereka dengan tentera yang mereka tidak ada kuasa untuk hadapinya, dan kami akan usir mereka daripadanya, terhina dan direndahkan."

27:38. Berkata, "Wahai pembesar-pembesar, siapakah antara kamu yang akan datangkan kepada aku singgahsananya, sebelum mereka datang kepadaku dalam kemusliman?"

27:39. Ifrit, daripada jin, berkata, "Saya akan datangkannya kepada kamu sebelum kamu berdiri dari tempat kamu; saya mempunyai kekuatan untuknya, dan saya dipercayai."

27:40. Berkata yang mempunyai pengetahuan al-Kitab, "Saya akan datangkannya kepada kamu sebelum gerlingan mata kamu kembali kepada kamu." Kemudian apabila dia melihatnya menetap di hadapannya, dia berkata, "Ini adalah daripada pemberian Pemeliharaku untuk menguji aku, sama ada aku bersyukur (berterima kasih), atau aku tidak berterima kasih (kafir). Sesiapa berterima kasih hanyalah berterima kasih untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak berterima kasih - sesungguhnya Pemeliharaku Kaya, Mulia."

27:41. Berkata, "Samarkan singgahsananya untuknya, dan kita akan lihat, sama ada dia dapat petunjuk, atau dia termasuk orang-orang yang tidak dapat petunjuk."

27:42. Maka, apabila dia (wanita) datang, dikatakan, "Adakah singgahsana kamu seperti ini?" Dia berkata, "Ia nampaknya sama." "Dan kami telah diberi pengetahuan sebelum dia (wanita), dan kami adalah dalam kemusliman.

27:43. Tetapi apa yang dia (wanita) sembah, selain daripada Allah, menghalanginya, kerana dia adalah daripada kaum tidak percaya (kafir)."

27:44. Dikatakan kepada dia, "Masuklah ke dalam istana." Tetapi apabila dia melihatnya, dia menyangkanya sebidang hamparan air, dan dia membuka betis-betisnya. Dia (lelaki) berkata, "Ia sebuah istana yang dilicinkan daripada kristal." Dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya aku menzalimi diriku, dan aku tunduk patuh bersama Sulaiman kepada Allah, Pemelihara semua alam."

27:45. Dan Kami utus kepada Tsamud, saudara mereka Salleh, "Sembahlah Allah!" Dan tiba-tiba, mereka jadi dua golongan yang bertengkar dengan satu sama lain.

27:46. Dia berkata, "Wahai kaumku, mengapa kamu minta disegerakan keburukan sebelum yang baik? Mengapa kamu tidak minta ampun kepada Allah, supaya kamu dikasihani?"

27:47. Mereka berkata, "Kami meramalkan yang buruk daripada kamu, dan orang-orang yang bersama kamu." Berkata, "Ramalan kamu adalah di sisi Allah; tidak, tetapi kamu adalah kaum yang diuji."

27:48. Dan di kota, ada sekumpulan sembilan orang yang buat kerosakan di bumi, dan tidak membetulkan.

27:49. Mereka berkata, "Bersumpahlah kamu, satu sama lain, dengan Allah, 'Kita akan menyerangnya dan keluarganya pada malam hari, kemudian kita kata kepada walinya (pelindungnya), kita tidak saksikan kebinasaan keluarganya; dan sesungguhnya kitalah orang-orang yang benar.'"

27:50. Dan mereka buat tipu daya dengan satu tipu daya, dan Kami sebaliknya buat tipu daya dengan satu tipu daya, sedang mereka tidak sedar.

27:51. Dan perhatikan bagaiman kesudahan tipu daya mereka! Kerana Kami binasakan mereka dan kaum mereka kesemuanya.

27:52. Itu rumah-rumah mereka, semua telah roboh disebabkan mereka buat zalim; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang tahu.

27:53. Dan Kami selamatkan orang-orang yang percaya dan bertakwa.

27:54. Dan Lut, apabila dia berkata kepada kaumnya, "Apa, adakah kamu lakukan kesumbangan dengan mata-mata kamu terbuka?

27:55. Apa, adakah kamu datangi lelaki dengan hawa nafsu (syahwat)bukan perempuan? Tidak, kamulah kaum yang bodoh."

27:56. Dan tidak ada jawapan kaumnya melainkan mereka berkata, "Usirlah keluarga Lut daripada bandaraya kamu; mereka adalah orang-orang yang bersihkan diri!"

27:57. Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya, kecuali isterinya; Kami tentukan dia termasuk orang-orang yang tertinggal.

27:58. Dan Kami hujani mereka dengan suatu hujan; dan buruknya hujan orang-orang diberi amaran.

27:59. Katakanlah, "Segala puji bagi Allah, dan sejahtera ke atas hamba-hamba-Nya yang Dia pilih." Apa, adakah Allah yang lebih baik, atau apa yang mereka sekutukan?

27:60. Atau, siapakah yang cipta langit dan bumi, dan turunkan untuk kamu dari langit, air; dan Kami tumbuhkan dengannya taman-taman yang dipenuhi keindahan, yang pohon-pohonnya kamu tidak dapat tumbuhkan? Adakah tuhan selain Allah? Tidak, tetapi mereka adalah kaum yang setarakan-Nya.

27:61. Atau, siapakah yang buatkan bumi sebuah tempat yang tetap, dan letak sungai-sungai di celah-celahnya, dan adakan untuknya gunung-gunung, dan letak satu pemisah di antara dua laut? Adakah tuhan selain Allah? Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.

27:62. Atau, siapakah yang sahut orang yang dalam kesulitan apabila dia seru kepada-Nya, dan hilangkan kejahatan, dan lantik kamu jadi pengganti-pengganti (khalifah) di bumi? Adakah tuhan selain Allah? Amat sedikit kamu mengingati.

27:63. Atau, siapakah yang beri petunjuk kepada kamu dalam kegelapan darat dan laut, dan utus angin, membawa berita gembira di hadapan pengasihan-Nya? Adakah tuhan selain Allah? Tingginya Allah daripada apa yang mereka sekutukan.

27:64. Atau, siapakah yang mulakan ciptaan, kemudian kembalikannya semula, dan beri rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah tuhan selain Allah? Katakanlah, "Kemukakanlah bukti kamu, jika kamu berkata benar?"

27:65. Katakanlah, "Tiada yang tahu yang ghaib di langit dan bumi melainkan Allah. Dan mereka tidak sedar bila mereka akan dibangkitkan."

27:66. Pengetahuan mereka tidak sampai mengenai akhirat; tidak, mereka adalah dalam keraguan padanya; tidak, mereka buta padanya.

27:67. Orang-orang tidak percaya berkata, "Apa, apabila kita jadi tanah, dan bapa-bapa kita, adakah kita benar-benar akan dikeluarkan?

27:68. Kita telah dijanjikan yang ini, dan bapa-bapa kita dahulu; tiadalah ini, melainkan dongeng orang-orang dahulu kala."

27:69. Katakanlah, "Mengembaralah di bumi, dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa."

27:70. Jangan sedih terhadap mereka, dan jangan juga kamu dalam kesempitan kerana apa yang mereka memperdayakan.

27:71. Mereka berkata, "Bilakah janji ini, jika kamu berkata benar?"

27:72. Katakanlah, "Mungkin di belakang kamu sudah pun ada sebahagian apa yang kamu minta disegerakan."

27:73. Sesungguhnya Pemelihara kamu mempunyai pemberian kepada manusia; tetapi kebanyakan mereka tidak berterima kasih.

27:74. Sesungguhnya Pemelihara kamu tahu apa yang dada mereka sembunyikan, dan apa yang mereka siarkan.

27:75. Dan tiadalah yang ghaib (tersembunyi) di langit dan di bumi, melainkan di dalam Kitab yang jelas.

27:76. Sesungguhnya al-Qur'an ini menceritakan kepada Bani Israil kebanyakan daripada apa yang mengenainya mereka selisihkan.

27:77. Ia adalah petunjuk, dan pengasihan, kepada orang-orang mukmin.

27:78. Sesungguhnya Pemelihara kamu akan putuskan antara mereka dengan Putusan-Nya; Dia Yang Perkasa, Yang Mengetahui.

27:79. Maka tawakallah kamu kepada Allah; kamu adalah di atas kebenaran yang nyata.

27:80. Kamu tidak dapat jadikan orang yang mati mendengar, dan tidak juga kamu dapat jadikan orang yang pekak mendengar seruan apabila mereka berpaling, berundur.

27:81. Kamu tidak dapat beri petunjuk kepada orang yang buta daripada kesesatan mereka, dan tidak juga kamu dapat jadikan sesiapa mendengar, kecuali orang yang percayai ayat-ayat Kami, dan jadi muslim.

27:82. Apabila Ucapan jatuh kepada mereka, Kami keluarkan untuk mereka dari bumi, suatu haiwan yang berkata-kata kepada mereka - manusia tidak yakin akan ayat-ayat Kami.

27:83. Pada hari Kami kumpulkan daripada tiap-tiap umat, sekumpulan orang yang dustakan ayat-ayat Kami, dengan berbaris,

27:84. Sehingga, apabila mereka datang, Dia berkata, "Adakah kamu dustakan ayat-ayat-Ku tanpa mengetahuinya dalam pengetahuan kamu, atau apakah yang kamu telah buat?"

27:85. Dan Ucapan jatuh kepada mereka kerana mereka buat zalim semasa mereka tidak berkata-kata.

27:86. Tidakkah mereka lihat bagaimana Kami buatkan malam bagi mereka untuk berehat padanya, dan siang, untuk melihat? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang percayai.

27:87. Pada hari trompet ditiup, dan terkejutlah sesiapa sahaja yang di langit dan di bumi, kecuali siapa yang Allah hendaki, dan tiap-tiap seorang datang kepada-Nya dengan rendah diri.

27:88. Dan kamu lihat gunung-gunung yang kamu sangka tidak bergerak, melalui seperti awan-awan melalui - hasil pekerjaan Allah, yang mencipta segala sesuatu dengan sangat baik. Dia menyedari apa kamu buat.

27:89. Sesiapa yang datang dengan yang baik, dia dapat yang lebih baik daripada itu; dan mereka jadi aman daripada kejutan hari itu.

27:90. Dan sesiapa yang datang dengan kejahatan, wajah (muka) mereka dijerumuskan ke dalam Api: "Tidakkah kamu dibalas melainkan dengan apa kamu buat?"

27:91. Aku hanya diperintah untuk sembah Pemelihara tanah (negeri) ini, yang Dia jadikannya suci; kepunyaan-Nya segala sesuatu. Dan aku diperintah supaya jadi antara orang-orang yang muslim,

27:92. Dan untuk baca al-Qur'an. Maka sesiapa dapat petunjuk, hanyalah dapat petunjuk bagi dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat, katakanlah, "Aku hanya seorang pemberi amaran."

27:93. Dan katakan, "Segala puji bagi Allah. Dia akan lihatkan kepada kamu ayat-ayat-Nya, dan kamu akan kenalinya. Pemelihara kamu tidak lalai daripada apa kamu buat."

SURAH-SURAH DALAM AL-QUR'AN ???

1. Pembukaan (AL-FATIHAH)
2. Lembu (AL-BAQARAH)
3. Keluarga Imran (ALI IMRAN)
4. Perempuan (AN-NISA')
5. Meja Hidangan (AL-MAIDAH)
6. Binatang Ternak (AL-AN'AM)
7. Benteng (AL-A'RAF)
8. Rampasan Perang (AL-ANFAL)
9. Taubat (AT-TAUBAH)
10. Yunus (YUNUS)
11. Hud (HUD)
12. Yusuf (YUSUF)
13. Guruh (AR-RA'D)
14. Ibrahim (IBRAHIM)
15. Al-Hijr (AL-HIJR)
16. Lebah (AN-NAHL)
17. Bani Israil (BANI ISRAIL)
18. Gua (AL-KAHF)
19. Mariam (MARIAM)
20.Tha Ha (THA HA)
21. Nabi-Nabi (AL-ANBIYA')
22. Haji (AL-HAJJ)
23. Orang-Orang Mukmin (AL-MUKMINUN)
24. Cahaya (AN-NUR)
25. Pembeza (AL-FURQAN)
26. Para Penyair (ASH-SYU'ARA)
27. Semut (AN-NAML)
28. Cerita (AL-QASHAH)
29. Labah-Labah Betina (AL-ANKABUT)
30. Orang-Orang Rom (AR-RUM)
31. Luqman (LUQMAN)
32. Sujud (AS-SAJDAH)
33. Golongan Bersekutu (AL-AHZAB)
34. Sabak (SABAK)
35. Pemula (FATHIR)
36. Ya Sin (YA SIN)
37. Yang Berbaris (ASY-SHAFFAT)
38. Sad (SAD)
39. Kumpulan (AZ-ZUMAR)
40. Orang Yang Mukmin (AL-MUKMIN)
41.  Yang Dijelaskan (FUSHSHILAT)
42. Perundingan (ASY-SYURA)
43. Perhiasan (AZ-ZUKHRUF)
44. Asap (AD-DUKHAN)
45. Yang Berlutut (AL-JATSIYAH)
46. Bukit Pasir (AL-AHQAF)
47. Muhammad (MUHAMMAD)
48. Kemenangan (AL-FAT-H)
49. Bilik-Bilik (AL-HUJURAT)
50. Qaf (QAF)
51. Yang Menerbangkan (ADZ-DZARIYAT)
52. Gunung (ATH-THUR)
53. Bintang (AN-NAJM)
54. Bulan (AL-QAMAR)
55. Yang Pemurah (AR-RAHMAN)
56. Peristiwa Besar (AL-WAQI'AH)
57. Besi (AL-HADID)
58. Yang Berdebat (AL-MUJADILAH)
59. Pengumpulan (AL-HASYR)
60. Wanita Yang Diuji (AL-MUMTAHANAH)
61. Barisan-Barisan (ASH-SHAFF)
62. Yang Berkumpul (AL-JUMUAH)
63. Orang-Orang Munafik (AL-MUNFIQUN)
64. Tipu Menipu (AT-TAGHABUN)
65. Perceraian (ATH-THALAQ)
66. Mengharamkan (AT-TAHRIM)
67. Kerajaan (AL-MULK)
68. Pena (AL-QALAM)
69. Yang Pasti (AL-HAQQAH)
70. Tangga-Tangga Naik (AL-MA'ARIJ)
71. Nuh (NUH)
72. Jin (AL-JIN)
73. Yang Berselimut (AL-MUZZAMMIL)
74. Yang Berselubung (AL-MUDDATSTSIR)
75. Hari Kiamat (AL-QIAMAH)
76. Manusia (AL-INSAN)
77. Yang Diutus (AL-MURSALAT)
78. Berita (AN-NABA')
79. Yang Meregut (AN-NAZI'AT)
80. Bermuka Masam ('ABASA)
81. Yang Digelapkan (AT-TAKWIR)
82. Yang Terbelah (AL-INFITHAR)
83. Yang Mengurangkan Sukatan (AL-MUTHAFFIFIN)
84. Berpecah Belah (AL-ISYIQAQ)
85. Gugusan Bintang (AL-BURUJ)
86. Bintang Malam (ATH-THARIQ)
87. Yang Tinggi (AL-A'LA)
88. Yang Menutupi (AL-GHASYIYAH)
89. Fajar (AL-FAJAR)
90. Negeri/Tanah (AL-BALAD)
91. Matahari (ASY-SYAMS)
92. Malam (AL-LAIL)
93. Waktu Pagi (AD-DHUHA)
94. Kelapangan (AL-INSYIRAH)
95. Pohon Tin (AT-TIN)
96. Dadih Darah (AL-ALAQ)
97. Yang Berkuasa (AL-QADR)
98. Bukti Yang Jelas (AL-BAYYINAH)
99. Kegoncangan (AZ-ZALZALAH)
100. Yang Berlari Kencang (AL-ADIYAT)
101. Yang Mengetukkan (AL-QARI'AH)
102. Persaingan (AT-TAKATSUR)
103. Masa (AL-ASHR)
104. Pengumpat (AL-HUMAZAH)
105. Gajah (AL-FIL)
106. Quraisy (QURAISY)
107. Bantuan (AL-MA'UN)
108. Yang Berlimpah-limpah (AL-KAUTSAR)
109. Orang-Orang Tidak Percaya (AL-KAFIRUN)
110. Pertolongan (AN-NASHR)
111. Gejolak Api (AL-LAHAB)
112. Tulus Ikhlas (AL-IKHLASH)
113. Yang Memebelah (pada dinihari) (AL-FALAQ)
114. Manusia (AN-NAS)


DOA-DOA DALAM AL-QUR'AN ???

SALAMUN ALAIKUM…
Baiklah, saya ada mendapat satu artikel dari sebuah buku mengenai doa-doa yang terkandung dalam al-Quran,
Doa-doa ni sangat baik dan bermanfaat untuk kita amalkan bersama.
Surah yang pertama di dalam al-Qur’an, al-Fatihah, adalah pada hemat penulis, contoh bentuk sebuah doa yang amat baik berbunyi,
“Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih. Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam. Yang Pemurah, Yang Pengasih. Merajai Hari Agama (Pengadilan) . Engkau sahaja kami sembah, dan kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan lurus, Jalan orang-orang yang Engkau merahmati, bukan orang-orang yang ke atas mereka dimurkai, dan bukan juga orang-orang yang sesat.” (1:1-7)
Selanjutnya disenaraikan di bawah, menurut kronologi ayat-ayat, doa-doa lain yang terdapat di dalam al-Qur’an:
Tidak menjadi orang bodoh:
“Aku berlindung pada Allah daripada aku menjadi antara orang-orang yang bodoh.” (2:67)
Doa Nabi Ibrahim ketika membina Rumah atau Kaabah:
“Wahai Pemelihara kami, terimalah ini daripada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Mendengar, Yang Mengetahui,
Wahai Pemelihara kami, buatlah kami muslim (tunduk patuh) kepada Engkau, dan daripada keturunan kami, umat yang muslim kepada Engkau; dan perlihatkanlah kepada kami peribadatan kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.
Wahai Pemelihara kami, bangkitkanlah di kalangan mereka seorang rasul, seorang daripada mereka, yang akan membacakan mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajar mereka al-Kitab dan Kebijaksanaan, dan menyucikan mereka; sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana.'” (2:127-129)
Yang baik di dunia dan di akhirat:
“Wahai Pemelihara kami, berilah kami di dunia, yang baik, dan berilah kami yang baik di akhirat, dan lindungilah kami daripada azab Api.” (2:201)
Ketika bertemu musuh dalam peperangan:
“Wahai Pemelihara kami, tuangkanlah kepada kami kesabaran, dan teguhkanlah kaki kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang tidak percaya (kafir).” (2:250)
Tidak dihukum kerana terlupa atau tersilap, dan beban diringankan:
“Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau mempertanggungjawab kan kami jika kami lupa, atau membuat kesilapan.
Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau membebankan kami sebagaimana Engkau telah membebankan orang-orang yang sebelum kami.
Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau membebankan kami melebihi apa yang kami ada kekuatan untuk memikul, dan maafkanlah kami, dan ampunilah kami, dan kasihanilah kami; Engkau Pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang tidak percaya (kafir).” (2:286)
Hati tidak menyimpang setelah mendapat petunjuk al-Qur’an:
“Wahai Pemelihara kami, janganlah menyimpangkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan berilah kami pengasihan daripada sisi Engkau; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi.
Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkau yang mengumpulkan manusia untuk satu hari yang padanya tiada keraguan; sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji temu.” (3:8-9)
Memohon ampun atas kesalahan dan dilindungi daripada azab Api:
“Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya kami percaya; ampunilah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan lindungilah kami daripada azab Api.” (3:16)
Setelah melahirkan anak (doa ibu Mariam):
“Pemeliharaku, aku telah melahirkannya, seorang anak perempuan. Dan aku menamakan dia Mariam, dan melindungkannya kepada Engkau dengan keturunannya, daripada syaitan yang direjam.” (3:36)
Mendapatkan anak:
“Pemeliharaku, berilah aku daripada sisi Engkau satu keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau mendengar doa.” (3:38)
Menjadi seorang saksi bagi Allah dan Kitab-Nya:
“Wahai Pemelihara kami, kami percaya kepada apa yang Engkau menurunkan, dan kami mengikuti rasul, maka tuliskanlah kami bersama orang-orang yang menyaksikan. ” (3:53)
Memohon ampun atas kesalahan dan yang berlebihan dalam urusan, teguhkan pendirian, dan pertolongan terhadap kaum yang tidak percaya:
“Wahai Pemelihara kami, ampunilah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan apa yang membazir (berlebihan) dalam urusan kami, dan teguhkanlah kaki kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang tidak percaya.” (3:147)
Dijauhkan daripada azab Api, ampun atas kesalahan, lepas daripada kejahatan, mati sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat (doa ketika memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi):
“Wahai Pemelihara kami, tidaklah Engkau menciptakan ini (langit dan bumi) dengan sia-sia. Engkau disanjung! Lindungilah kami daripada azab Api.
Wahai Pemelihara kami, sesiapa yang Engkau memasukkan ke Api, maka sesungguhnya Engkau mengaibkannya; dan orang-orang yang zalim tidak ada penolong-penolong.
Wahai Pemelihara kami, kami mendengar seorang pemanggil yang memanggil kami kepada keimanan, ‘Percayalah kamu kepada Pemelihara kamu.’ Dan kami percaya. Wahai Pemelihara kami, ampunilah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan lepaskanlah kami daripada kejahatan-kejahatan kami, dan matikanlah kami berserta orang-orang yang taat.
Wahai Pemelihara kami, berilah kami apa yang Engkau telah menjanjikan kami pada rasul-rasul Engkau, dan janganlah Engkau mengaibkan kami pada Hari Kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji temu.” (3:191-194)
Doa Nabi Isa untuk diturunkan hidangan dari langit:
“Ya Allah, Pemelihara kami, turunkanlah kepada kami sebuah meja hidangan dari langit, yang akan menjadi bagi kami satu perayaan, yang pertama dan yang akhir bagi kami, dan satu ayat (tanda) daripada Engkau. Dan berilah rezeki untuk kami; Engkau yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki.” (5:114)
Memohon ampun dan pengasihan Allah setelah menzalimi diri sendiri atau buat jahat:
“Wahai Pemelihara kami, kami telah menzalimi diri-diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan mengasihani kami, tentu kami menjadi antara orang-orang yang rugi.” (7:23)
Kesabaran dan kemusliman:
“Wahai Pemelihara kami, tuangkanlah kepada kami kesabaran dan matikanlah kami dalam kemusliman.” (7:126)
Taubat:
“Engkau disanjung! Aku bertaubat kepada Engkau; aku yang pertama antara orang-orang mukmin.” (7:143)
Memohon ampun dan pengasihan Allah untuk diri sendiri dan saudara:
“Wahai Pemeliharaku, ampunilah aku dan saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam pengasihan Engkau; Engkau yang paling berpengasihan daripada yang berpengasihan. ” (7:151)
Doa Nabi Musa setelah 70 orang lelaki meminta untuk melihat Tuhan lalu ditelan oleh gempa bumi:
“Wahai Pemeliharaku, sekiranya Engkau menghendaki, tentu Engkau memusnahkan mereka sebelum ini, dan aku. Adakah Engkau akan memusnahkan kami kerana apa yang orang-orang bodoh antara kami buat? Ia hanyalah cubaan Engkau, dengannya Engkau menyesatkan siapa yang Engkau mengkehendaki, dan memberi petunjuk siapa yang Engkau mengkehendaki. Engkau Wali (Pelindung) kami; maka ampunilah kami, dan kasihanilah kami, dan Engkau yang terbaik daripada yang mengampunkan. Dan tuliskanlah (tetapkanlah) untuk kami dalam kehidupan dunia ini yang baik, dan di akhirat; kami bertaubat kepada Engkau.” (7:155-156)
Doa orang yang percaya kepada Allah dan Kitab-Nya supaya tidak menjadi cubaan bagi kaum yang tidak percaya, dan diselamatkan daripada kezaliman mereka:
“Pemelihara kami, janganlah Engkau membuat kami satu cubaan bagi kaum yang zalim, Dan selamatkanlah kami dengan pengasihan Engkau daripada kaum yang tidak percaya.” (10:85-86)
Doa Nabi Musa terhadap Firaun:
“Pemelihara kami, Engkau telah memberikan Firaun dan pembesar-pembesarny a perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia ini. Pemelihara kami, biarkanlah mereka sesat daripada jalan Engkau. Pemelihara kami, hapuskanlah harta-harta mereka, dan keraskanlah hati mereka supaya mereka tidak mempercayai, sehingga mereka melihat azab yang pedih.” (10:88)
Memohon ampun atas pertanyaan yang “bodoh” terhadap Allah:
“Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau supaya aku tidak menanyai Engkau apa yang aku tiada pengetahuan mengenainya; kerana jika Engkau tidak mengampuni aku, dan tidak mengasihani aku, tentu aku menjadi antara orang-orang yang rugi.” (11:47)
Doa Nabi Yusuf:
“Wahai Pemeliharaku, Engkau telah memberikan aku untuk memerintah, dan Engkau telah mengajar aku interpretasi hadis (mimpi). Wahai Pemula langit dan bumi, Engkau Waliku (Pelindungku) di dunia dan akhirat. Matikanlah aku dalam kemusliman, dan satukanlah aku dengan orang-orang yang salih.” (12:101)
Doa Nabi Ibrahim:
“Wahai Pemeliharaku, buatkanlah tanah (negeri) ini aman, dan jauhkanlah aku dan anak-anakku daripada menyembah patung-patung.
Wahai Pemeliharaku, mereka telah menyesatkan ramai manusia. Maka sesiapa yang mengikuti aku adalah daripadaku; dan sesiapa yang menentang aku, maka sesungguhnya Engkau Pengampun, Pengasih.
Wahai Pemelihara kami, aku menempatkan sebahagian daripada keturunanku di sebuah lembah di mana tidak ada tanah yang disemai dekat dengan Rumah Suci Engkau; wahai Pemelihara kami, agar mereka melakukan solat, dan buatkanlah hati manusia berkeinginan padanya, dan berilah rezeki mereka dengan buah-buahan supaya mereka berterima kasih.
Wahai Pemelihara kami, Engkau mengetahui apa yang kami menyembunyikan, dan apa yang kami menyiarkan; daripada Allah tiada sesuatu yang tersembunyi di bumi, dan tiada juga di langit.
Segala puji bagi Allah yang memberikan aku, walaupun aku tua, Ismail dan Ishak; sesungguhnya Pemeliharaku mendengar doa.
Wahai Pemeliharaku, buatlah aku seorang yang melakukan solat, dan daripada keturunanku. Wahai Pemelihara kami, dan terimalah doaku.
Wahai Pemelihara kami, ampunilah aku dan ibu bapaku, dan orang-orang mukmin, pada hari apabila perhitungan didirikan.” (14:35-41)
Doa untuk ibu bapa:
“Wahai Pemeliharaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara aku semasa aku kecil.” (17:24)
Doa pada waktu malam (untuk membaca al-Qur’an):
“Wahai Pemeliharaku, masukkanlah aku dengan kemasukan yang sebenar, dan keluarkanlah aku dengan keluaran yang sebenar; dan buatkanlah bagiku kuasa daripada sisi Engkau untuk menolongku. Yang benar telah datang, dan yang palsu telah lenyap; sesungguhnya yang palsu pasti lenyap.” (17:80-81)
Pengasihan Allah dan kelurusan dalam urusan:
“Wahai Pemelihara kami, berilah kami pengasihan daripada Engkau, dan sediakanlah kami dengan kelurusan dalam urusan kami.” (18:10)
Apabila terlupa setelah berjanji untuk melakukan sesuatu:
“Mudah-mudahan Pemeliharaku memberi petunjuk kepadaku pada sesuatu yang lebih dekat dengan yang lurus daripada yang ini.” (18:24)
Apabila memasuki kebun:
“Seperti yang Allah mengkehendaki; tidak ada kekuatan melainkan dengan Allah” (18.39)
Doa Nabi Zakaria untuk memohon anak:
“Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya tulang-tulang di dalamku telah menjadi lemah dan kepalaku bernyala-nyala dengan uban. Dan dalam doa kepada Engkau, wahai Pemeliharaku, aku tidak pernah sengsara. Dan aku takut akan keluargaku setelah peninggalanku; dan isteriku mandul. Maka berilah aku, daripada sisi Engkau, seorang wali (waris), Yang akan menjadi warisku, dan yang menjadi waris keluarga Yaakub; dan buatlah dia, wahai Pemeliharaku, sangat memuaskan hati.” (19:4-6)
Lapangkan dada, mudahkan urusan, dan fasih bertutur supaya orang faham:
“Wahai Pemeliharaku, lapangkanlah dadaku, Dan mudahkanlah untukku urusanku. Dan lepaskanlah ikatan pada lisanku (lidahku), Supaya mereka memahami ucapanku.” (20:25-28)
Menambahkan pengetahuan (dalam al-Qur’an):
“Wahai Pemeliharaku, tambahkanlah aku dalam pengetahuan. ” (20:114)
Apabila disentuh penderitaan:
“Sesungguhnya, penderitaan telah menyentuhku, dan Engkau yang paling berpengasihan daripada yang berpengasihan. ” (21:83)
Setelah orang berpaling daripada Peringatan yang disampaikan:
“Wahai Pemeliharaku, hakimkanlah dengan benar! Dan Pemelihara kami ialah Yang Pemurah, tempat dimohonkan pertolongan terhadap apa yang kamu menyifatkan. ” (21:112)
Setelah didustakan orang:
“Wahai Pemeliharaku, tolonglah aku kerana mereka mendustakan aku.” (23:26)
Tempat berlabuh (kapal):
“Wahai Pemeliharaku, labuhkanlah aku di sebuah pelabuhan yang diberkati; Engkau yang terbaik daripada mereka yang melabuhkan.” (23:29)
Tidak diletakkan bersama orang zalim:
“Wahai Pemeliharaku, jika Engkau memperlihatkan kepadaku apa yang mereka dijanjikan, Wahai Pemeliharaku, janganlah Engkau meletakkan aku di kalangan kaum yang zalim.” (23:93-94)
Perlindungan daripada syaitan:
“Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan, Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku.” (23:97-98)
Memohon ampun dan dikasihani:
“Wahai Pemelihara kami, kami percaya; maka ampunilah kami, dan kasihanilah kami; Engkau yang terbaik daripada yang berpengasihan. ” (23:109) dan,
“Wahai Pemeliharaku, ampunilah, dan kasihanilah; Engkau yang terbaik daripada yang berpengasihan. ” (23:118)
Dipalingkan daripada azab Jahanam:
“Wahai Pemelihara kami, Engkau palingkanlah daripada kami azab Jahanam; sesungguhnya azabnya adalah penderitaan yang paling ngeri, Buruknya ia sebagai sebuah tempat menginap, dan sebuah tempat tinggal.” (25:65-66)
Kegembiraan daripada keluarga dan imam bagi orang-orang bertakwa:
“Wahai Pemelihara kami, berilah kami kegembiraan daripada isteri-isteri kami, dan keturunan kami, dan buatlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (25:74)
Doa Nabi Ibrahim:
“Wahai Pemeliharaku, berilah aku putusan, dan satukanlah aku dengan orang-orang yang salih, Dan buatlah aku lisan (lidah) yang benar bagi orang-orang yang akhir. Buatlah aku termasuk pewaris-pewaris Taman Kebahagiaan, Dan ampunilah bapaku kerana dia termasuk orang-orang yang sesat. Janganlah mengaibkan aku pada hari apabila mereka dibangkitkan, Pada hari apabila harta, dan tidak juga anak-anak lelaki bermanfaat, Kecuali bagi orang yang datang kepada Allah dengan hati yang bersih.” (26:83-89)
Doa Nabi Sulaiman:
“Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau merahmati aku, dan bapaku, dan ibuku; dan supaya aku membuat kerja-kerja kebaikan yang sangat memuaskan hati Engkau, dan masukkanlah aku, dengan pengasihan Engkau, di kalangan hamba-hamba Engkau yang salih.” (27:19)
Memohon ampun setelah menzalimi diri sendiri (buat jahat):
“Wahai Pemeliharaku, aku telah menzalimi diriku. Ampunilah aku.” (28:16)
Mencari arah ke tempat yang baik:
“Mudah-mudahan Pemeliharaku memberi petunjuk kepadaku pada jalan yang betul.” (28:22)
Memohon rezeki:
“Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya aku fakir (memerlukan) apa-apa kebaikan yang Engkau menurunkan kepadaku.” (28:24)
Pertolongan terhadap orang jahat:
“Wahai Pemeliharaku, tolonglah aku terhadap kaum yang membuat kerosakan.” (29:30)
Jauhkan perjalanan (pengembaraan) :
“Wahai Pemelihara kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami” (34:19)
Memohon mendapatkan anak yang salih (baik):
“Wahai Pemeliharaku, berilah aku yang termasuk orang-orang salih.” (37:100)
Doa Nabi Sulaiman:
“Wahai Pemeliharaku, ampunilah aku, dan berilah aku sebuah kerajaan seperti yang tidak dijatuhkan kepada sesiapa sesudah aku; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi.” (38:35)
Doa para malaikat untuk orang bertaubat dan mengikuti jalan al-Qur’an:
“Wahai Pemelihara kami, Engkau merangkumi segala sesuatu dalam pengasihan dan pengetahuan; maka ampunilah orang-orang yang bertaubat, dan mengikuti jalan Engkau, dan lindungilah mereka daripada azab Jahim.
Wahai Pemelihara kami, dan masukkanlah mereka ke Taman Adn yang Engkau menjanjikan mereka dan orang-orang salih daripada bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka; sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
Dan lindungilah mereka daripada kejahatan-kejahatan ; sesiapa yang Engkau melindungi daripada kejahatan-kejahatan pada hari itu, kepadanya Engkau mengasihaninya; dan itulah kemenangan yang besar.” (40:7-9)
Ketika menaiki kenderaan:
“Dia disanjung, yang menundukkan ini untuk kami, dan kami sendiri tidak setanding dengannya, Sesungguhnya kepada Pemelihara kami, kami balik.” (43:13-14)
Doa ketika sampai usia 40 tahun:
“Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau merahmati aku dan bapa dan ibuku, dan supaya aku membuat kerja-kerja kebaikan yang memuaskan hati Engkau, dan betulkanlah aku, dan juga pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan aku termasuk orang-orang yang muslim (tunduk patuh).” (46:15)
Setelah dikalahkan:
“Aku dikalahkan; tolonglah aku!” (54:10)
Orang yang beriman kemudian:
“Wahai Pemelihara kami, ampunilah kami, dan saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam keimanan, dan janganlah Engkau meletakkan di dalam hati kami sebarang perasaan dendam terhadap orang-orang yang percaya. Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkau Lembut, Pengasih.” (59:10)
Tidak menjadi ujian bagi orang yang tidak percaya (kepada Allah dan Kitab-Nya), dan memohon ampun:
“Wahai Pemelihara kami, kepada Engkau kami mempercayakan; kepada Engkau kami berkesesalan; kepada Engkau kepulangan. Wahai Pemelihara kami, janganlah membuat kami satu ujian bagi orang-orang yang tidak percaya; dan ampunilah kami. Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana.” (60:4-5)
Doa isteri Firaun yang beriman:
“Wahai Pemeliharaku, binalah untukku di sisi-Mu sebuah rumah di Taman, dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan amalannya, dan Engkau selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.” (66:11)
Doa Nabi Nuh:
“Wahai Pemeliharaku, janganlah meninggalkan di atas bumi orang-orang yang tidak percaya, walaupun seorang. Sesungguhnya jika Engkau meninggalkan mereka, mereka akan menyesatkan hamba-hamba- Mu, dan mereka tidak beranakkan, kecuali kejahatan yang berdegil dalam ketidakpercayaan.
Wahai Pemeliharaku, ampunilah aku, dan ibu bapaku, dan sesiapa yang masuk ke rumahku sebagai seorang mukmin, dan orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan; dan janganlah Engkau menambahkan bagi orang-orang yang zalim, kecuali dalam kebinasaan!” (71:26-28)
Perlindungan daripada pelbagai kejahatan:
“Aku berlindung pada Pemelihara yang membelahkan (pada waktu dinihari), Daripada kejahatan apa yang Dia cipta, Daripada kejahatan kegelapan apabila ia gelap, Daripada kejahatan orang (perempuan) yang meniup pada ikatan, Daripada kejahatan pendengki apabila dia dengki.” (113:1-5)
Perlindungan daripada bisikan syaitan (jin dan manusia):
“Aku berlindung pada Pemelihara manusia, Raja manusia, Tuhan manusia, Daripada kejahatan pembisik yang menyelinap, Yang membisikkan di dalam dada manusia, Daripada jin dan manusia.” (114:1-5)
Halaman ini diakhiri dengan memuji Allah, berbunyi:
“Ya Allah, yang merajai kerajaan, Engkau memberikan kerajaan kepada siapa yang Engkau mengkehendaki, dan melucutkan kerajaan daripada siapa yang Engkau mengkehendaki, dan Engkau memuliakan siapa yang Engkau mengkehendaki, dan Engkau menghinakan siapa yang Engkau mengkehendaki. Di tangan Engkau yang baik; sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.
Engkau menjadikan malam memasuki ke dalam siang, dan Engkau menjadikan siang memasuki ke dalam malam, dan Engkau mengeluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau mengeluarkan yang mati daripada yang hidup, dan Engkau memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau mengkehendaki tanpa perhitungan. ” (3:26-27)

Wassalam..