Isnin, 31 Oktober 2016

SURAH SAD ???

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

38:1. Sad. Demi al-Qur'an yang mengandungi Peringatan.

38:2. Tidak, tetapi orang-orang tidak percaya adalah dalam kemuliaan dan perpecahan.

38:3. Berapa banyaknya generasi yang Kami telah musnahkan sebelum mereka, dan mereka memanggil, tetapi bukanlah masanya untuk melepaskan.

38:4. Dan mereka hairan bahawa seorang pemberi amaran telah datang kepada mereka daripada kalangan mereka; dan orang-orang tidak percaya berkata, "Ini seorang ahli sihir yang berdusta.

38:5. Apa, adakah dia jadikan tuhan-tuhan Satu Tuhan? Sesungguhnya ini sesuatu yang aneh."

38:6. Dan pembesar-pembesar mereka bertolak, "Jalanlah! sabarlah pada tuhan-tuhan kamu; ini sesuatu yang dihendaki.

38:7. Kami belum dengar hal ini dalam anutan yang akhir; sungguh, ini adalah satu rekaan.

38:8. Apa, adakah Peringatan diturunkan kepada dia antara kita semua?" Tidak, tetapi mereka adalah dalam keraguan mengenai Peringatan-Ku; tidak, mereka belum lagi merasakan azab-Ku.

38:9. Atau, adakah mereka perbendaharaan pengasihan Pemelihara kamu, Yang Perkasa, Yang Pemberi?

38:10. Atau, adakah kepunyaan mereka kerajaan langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya? Maka hendaklah mereka menaiki jalan-jalannya!

38:11. Satu tentera golongan-golongan dikalahkan di sana!

38:12. Telah dustakan sebelum mereka, kaum Nuh, dan Ad, dan Firaun daripada pasak-pasak khemah,

38:13. Dan Tsamud, dan kaum Lut, dan penduduk Aikah - mereka itulah golongan-golongan.

38:14. Tiada satu pun yang tidak dustakan Rasul-Rasul, maka wajarlah balasan-Ku.

38:15. Mereka ini hanyalah menantikan satu Teriakan yang padanya tidak ada tangguh.

38:16. Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, segerakanlah untuk kami bahagian kami sebelum Hari Perhitungan."

38:17. Sabarlah atas apa mereka kata, dan ingatlah akan hamba Kami Daud yang mempunyai kekuatan; dia seorang yang kembali.

38:18. Bersama dia Kami tundukkan gunung-gunung untuk menyanjung pada waktu petang dan matahari terbit,

38:19. Dan burung-burung dalam keadaan berkumpul, masing-masing kembali kepadanya.

38:20. Kami menguatkan kerajaannya, dan memberinya kebijaksanaan, dan ucapan yang menetapkan.

38:21. Sudahkah berita perdebatan datang kepada kamu? Apabila mereka memanjat mihrab (tempat ibadat),

38:22. Apabila mereka masuk kepada Daud, dan dia terkejut dari mereka; dan mereka berkata, "Janganlah takut; kami adalah dua orang yang berbantahan - seorang daripada kami menyalahi yang lain; maka hakimkanlah antara kami dengan adil, dan janganlah melewati batas, dan tunjukkanlah kami jalan yang betul."

38:23. "Sesungguhnya ini saudaraku yang mempunyai sembilan puluh sembilan biri-biri betina, dan aku mempunyai seekor biri-biri betina. Lalu dia berkata, 'Serahkanlah ia untuk penjagaanku'; dan dia mengalahkan aku dalam ucapan."

38:24. Berkata, "Sesungguhnya dia menzalimi kamu dengan meminta biri-biri betina kamu untuk menambahkan biri-biri betinanya; dan sesungguhnya, kebanyakan orang yang bercampur (berkongsi) menyalahi satu sama lain, kecuali orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik - dan mereka adalah sedikit!" Dan Daud sangka Kami mengujinya; lalu dia minta ampun kepada Pemeliharanya dan dia jatuh, tunduk, dan dia berkesesalan.

38:25. Maka Kami ampunkannya terhadap itu, dan dia mempunyai sebuah tempat yang dekat di sisi Kami, dan tempat kembali yang baik.

38:26. "Wahai Daud, sesungguhnya Kami lantik kamu sebagai khalifah (pengganti) di bumi; maka hakimkanlah antara manusia dengan adil, dan jangan ikut keinginan supaya ia tidak menyesatkan kamu daripada jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat daripada jalan Allah, bagi mereka, azab yang keras kerana mereka melupakan Hari Perhitungan."

38:27. Kami tidak cipta langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya, dengan sia-sia; demikianlah sangkaan orang-orang tidak percaya, maka kecelakaanlah bagi orang-orang tidak percaya disebabkan oleh Api!

38:28. Atau, adakah Kami akan buat orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik , seperti orang-orang yang buat kerosakan di bumi, atau, adakah Kami akan buat orang-orang bertakwa seperti orang-orang yang jahat?

38:29. Sebuah Kitab Kami turunkan kepada kamu, diberkati, supaya mereka mengingati, dan supaya orang-orang empunya minda renungkan ayat-ayatnya.

38:30. Dan kami beri Daud, Sulaiman; seorang hamba yang sangat baik! Sesungguhnya dia adalah orang yang kembali.

38:31. Pada waktu petang, ketika dikemukakan kepadanya kuda-kuda yang berdiri dengan satu kaki diangkat sedikit,

38:32. Dia berkata, "Sesungguhnya aku cintai kecintaan pada benda-benda yang baik lebih daripada mengingati Pemeliharaku sehingga tersembunyi di belakang hijab (tabir).

38:33. Kembalikanlah mereka kepadaku!" Dan dia mula mengusapi betis-betis dan leher-leher mereka.

38:34. Sesungguhnya Kami telah uji Sulaiman, dan Kami lemparkan di atas takhtanya satu jasad; kemudian dia berkesesalan.

38:35. Dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, ampunkanlah aku, dan berilah aku sebuah kerajaan seperti yang tidak dijatuhkan kepada sesiapa sesudah aku; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi."

38:36. Maka Kami tundukkan untuknya angin, yang mengalir menurut perintahnya dengan nyaman ke mana sahaja dia timpakan,

38:37. Dan syaitan-syaitan, tiap-tiap ahli binaan dan penyelam,

38:38. Dan yang lain juga, diikat bersama dalam belenggu.

38:39. Inilah kurniaan Kami; memberinya, atau menahannya, tanpa hitungan.

38:40. Dan dia mempunyai sebuah tempat yang dekat di sisi Kami, dan tempat kembali yang baik.

38:41. Dan ingatlah akan hamba Kami, Ayub; apabila dia panggil Pemeliharanya, "Sesungguhnya syaitan menyentuhku dengan keletihan dan azab."

38:42. "Hentakkanlah kaki kamu! Ini adalah satu tempat mandi yang dingin, dan satu minuman."

38:43. Dan kami beri dia keluarganya, dan yang serupa dengan mereka bersama mereka sebagai satu pengasihan daripada Kami, dan peringatan, bagi orang-orang empunya minda.

38:44. Dan, "Ambillah di tangan kamu seikat rumput, dan pukullah dengannya, dan janganlah melanggar sumpah kamu." Sesungguhnya Kami dapati dia seorang yang sabar. Seorang hamba yang sangat baik! Sesungguhnya dia orang yang kembali.

38:45. Dan ingatlah akan hamba-hamba Kami, Ibrahim, Ishak, dan Yaakub - yang mempunyai tangan (kekuatan) dan pandangan.

38:46. Sesungguhnya Kami tuluskan mereka dengan sesucinya, mengingatkan Tempat Tinggal,

38:47. Dan di sisi Kami, mereka adalah daripada orang-orang pilihan, yang terbaik.

38:48. Dan ingatlah akan Ismail, Alyasa, dan Zulkifli; masing-masing adalah daripada orang-orang yang terbaik.

38:49. Ini adalah Peringatan; dan bagi orang-orang bertakwa, tempat kembali yang baik,

38:50. Taman-Taman Adn, di mana pintu-pintunya dibuka untuk mereka,

38:51. Di dalamnya mereka bersandar, dan di dalamnya mereka seru banyak buah-buahan, dan minuman,

38:52. Dan di sisi mereka, perawan-perawan yang menahan gerlingan mereka, yang sebaya.

38:53. "Inilah apa yang kamu dijanjikan pada Hari Perhitungan,

38:54. Sesungguhnya ini adalah rezeki Kami yang tidak akan habis."

38:55. Semua ini; tetapi bagi orang-orang yang melampaui batas, tempat kembali yang buruk,

38:56. Jahanam, di mana mereka dipanggang - satu buaian yang buruk!

38:57. Semua ini; maka mereka merasainya - air yang mendidih dan nanah,

38:58. Dan seksaan lain yang serupa jenisnya berpasangan.

38:59. "Ini adalah satu kumpulan yang menyerbu masuk bersama kamu; tidak ada Selamat Datang bagi mereka; mereka akan dipanggang di dalam Api."

38:60. Mereka berkata, "Tidak, kamulah yang tiada Selamat Datang; kamu mendahulukannya untuk kami; maka buruknya suatu kestabilan!"

38:61. Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, sesiapa yang dahulukan ini untuk kami berilah dia azab dua kali ganda di dalam Api!"

38:62. Mereka berkata, "Bagaimanakah dengan kami, bahawa kami tidak lihat orang-orang lelaki yang kami hitung di kalangan orang-orang jahat?

38:63. Apa, adakah kami ambil mereka untuk buah ejekan? Atau, adakah penglihatan kami menyimpang daripada mereka?"

38:64. Sesungguhnya itu benar - pertengkaran penghuni-penghuni-penghuni Api.

38:65. Katakanlah, "Aku hanyalah seorang pemberi amaran. Tidak ada sesuatu tuhan melainkan Allah, Yang Satu, Yang Menakluki,

38:66. Pemelihara langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya, Yang Perkasa, Yang Pengampun."

38:67. Katakanlah, "Ia adalah satu berita besar,

38:68. Yang daripadanya kamu berpaling.

38:69. Aku tidak ada pengetahuan mengenai pembesar-pembesar tertinggi apabila mereka bertengkar.

38:70. Hanya ini yang diwahyukan kepadaku, bahawa aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas."

38:71. Apabila Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, "Sesungguhnya Aku cipta seorang manusia daripada tanah liat.

38:72. Apabila Aku telah membentuknya, dan hembus Roh-Ku ke dalamnya, jatuhlah kamu sujud kepadanya!"

38:73. Kemudian para malaikat sujud, kesemuanya,

38:74. Kecuali Iblis; dia sombong, dan termasuk orang-orang tidak percaya (kafir).

38:75. Berkata, "Wahai Iblis, apakah yang halangi kamu daripada sujud kepada apa yang Aku telah cipta dengan tangan-Ku Sendiri? Adakah kamu menyombong, atau kamu termasuk orang-orang yang tinggi?"

38:76. Berkata, "Aku lebih baik daripadanya; Engkau cipta aku daripada api, dan dia Engkau cipta daripada tanah liat."

38:77. Berkata, "Maka keluarlah kamu darinya; kamu direjam.

38:78. Ke atas kamu laknat-Ku hingga Hari Agama (Pengadilan)."

38:79. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, tangguhkanlah aku hingga hari mereka dibangkitkan."

38:80. Berkata, "Kamu adalah antara orang-orang yang ditangguhkan,

38:81. Hingga hari, waktu yang diketahui."

38:82. Berkata, "Maka, demi kemuliaan Engkau, aku akan buat mereka bersalah, kesemuanya,

38:83. Kecuali hamba-hamba Engkau antara mereka yang tulus."

38:84. Berkatalah Dia, "Maka yang benar, Aku mengatakan yang benar,

38:85. Sungguh, Aku akan penuhi Jahanam dengan kamu, dan dengan sesiapa antara mereka yang ikut kamu, kesemuanya."

38:86. Katakanlah, "Aku tidak minta kepada kamu upah untuknya, dan tidak juga aku termasuk orang-orang yang melakukan mengikut kehendak mereka sendiri.

38:87. Ia, tidak lain, melainkan Peringatan bagi semua alam,


38:88. Dan sungguh, kamu akan tahu beritanya selepas suatu waktu."

Rabu, 12 Oktober 2016

KEMATIAN DAN ALAM BARZAKH???

ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Sengsara MAUT datang dengan BENAR; itulah apa yang kamu jauhkan diri daripadanya!”
[Q.S. QAF 50:19]

"Sehingga, apabila kematian datang kepada seorang daripada mereka, dia berkata, 'Wahai Pemeliharaku, kembalikanlah aku, supaya aku buat kerja-kerja baik yang aku telah tinggalkan.' Tidak, ia hanyalah satu kata yang diaucapkan; dan di belakang mereka ada BARZAKH (tembok) hingga hari mereka dibangkitkan."
[Q.S. AL-MUKMINUN / ORANG-ORANG MUKMIN 23:99-100]

"Kamu tidak dapat jadikan orang yang mati mendengar, dan tidak juga kamu dapat jadikan orang yang pekak mendengar seruan apabila mereka berpaling, berundur."
[Q.S. AN-NAML / SEMUT 27:80]

"Tidaklah sama yang hidup dengan yang mati. Allah jadikan mendengar sesiapa Dia hendaki; kamu tidak dapat jadikan orang-orang yang di dalam kubur untuk mendengar."
[Q.S. FATHIR / PEMULA 35:22]

"Dan trompet ditiup; kemudian tiba-tiba, mereka melongsor dari makam-makam mereka kepada Pemelihara mereka. Mereka berkata, 'Celakalah kami! Siapakah yang bangkitkan kami daripada tempat TIDUR kami? Inilah apa Yang Pemurah janjikan, dan para utusan berkata benar.'"
[Q.S. YA SIN 36:51-52]


“Tiap-tiap jiwa akan rasa kematian, dan sungguh, kamu akan dibayar sepenuhnya upah kamu pada Hari Kiamat; sesiapa yang disingkirkan daripada Api dan dimasukkan ke Taman, akan dapat kemenangan. Kehidupan dunia adalah tiada, melainkan kesenangan yang memperdayakan.”

[ Q.S. AL-IMRAN 3:185]






:: MITOS DARI ALAM BARZAKH ::

Lain agama lainlah kepercayaan tentang hidup sesudah mati. Namun begitu, tujuan karangan ini bukan untuk menghuraikan tiap-tiap kepercayaan tersebut tetapi hanya sampaikan apa yang terkandung di dalam al-Qur'an mengenainya.

Tiga kata kunci dipilih dalam hal kematian, iaitu mati atau maut, barzakh, dan ketiga, roh.


:: MATI / MAUT ::


“Sengsara MAUT datang dengan BENAR; itulah apa yang kamu jauhkan diri daripadanya!”
[Q.S. QAF 50:19]

Menurut al-Qur'an, mati adalah seperti tidur. Perkataan "mati", menurut Kamus Dewan, bermakna "tidak bernyawa lagi, tidak hidup lagi" sementara "tidur" adalah "dalam keadaan tidak sedar dengan mata terpejam."

Dalam kematian, nafs atau jiwa, dalam bahasa Melayu, adalah yang sebenarnya dimatikan. Jiwa dimatikan dalam kematian, dan juga semasa tidur. Firman Allah yang menjelaskannya berbunyi,

"Allah mematikan JIWA ketika kematian mereka, dan yang belum mati, dalam tidurnya; Dia menahan yang kepadanya Dia telah tentukan kematian, tetapi Dia utuskan yang lain hingga satu tempoh yang dinyatakan. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan." (39:42)



:: TIDUR ::

Orang yang mati pun menganggap kematiannya seperti tidur. Sila lihat ayat-ayat berikut:

"Dan trompet ditiup; kemudian tiba-tiba, mereka melongsor dari makam-makam mereka kepada Pemelihara mereka. Mereka berkata, 'Celakalah kami! Siapakah yang bangkitkan kami daripada tempat TIDUR kami? Inilah apa Yang Pemurah janjikan, dan para utusan berkata benar.'" (36:51-52)

Kejutan itu berlaku ketika orang yang telah mati itu dibangunkan semula pada Hari Kebangkitan atau Hari Akhirat.

Sebelum kematian datang haruslah buat wasiat. Wasiat adalah:

1.  kepada anak-anak, iaitu menyuruh mereka supaya tunduk patuh kepada Allah, seperti wasiat Nabi Ibrahim dan Yaakub kepada anak-anaknya - 2:132 dan 2:133.

2.  dalam pembahagian harta yang ditinggalkan, untuk ibu bapa dan sanak saudara - 2:180, dan

3.  untuk isteri atau isteri-isteri, dalam mana mereka ditinggalkan peruntukan selama setahun (sekurang-kurangnya) dengan tidak keluarkan mereka daripada tempat kediaman - 2:240.

Mematikan adalah tugas malaikat:

“Dia Yang Menakluki hamba-hamba-Nya. Dia utus pencatat-pencatat kepada kamu sehingga, apabila salah seorang antara kamu didatangi kematian, Rasul-Rasul Kami matikannya, dan mereka tidak lalai.” (6:61)

“Katakanlah, "Malaikat maut yang diamanahkan untuk kamu akan mematikan kamu, kemudian kepada Pemelihara kamu, kamu dikembalikan." (32:11)

Bagi orang jahat seperti yang berdusta terhadap Allah, menyombong terhadap ayat-ayat Allah, mendustakan ayat-ayat Allah, menyeru selain daripada Allah, tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan orang murtad, kematian mereka adalah suatu kesengsaraan. Sila renungkan ayat-ayat berikut:

"Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dia berkata, Kepada aku ia diwahyukan'; padahal tiada yang diwahyukan kepadanya, atau orang yang berkata, 'Aku akan turunkan yang serupa dengan apa yang Allah turunkan'? Jika kamu dapat lihat ketika orang-orang zalim dalam sengsara kematian, dan malaikat-malaikat menjulurkan tangan-tangan mereka, 'Keluarkanlah jiwa kamu! Hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghinakan kerana kamu kata yang tidak benar terhadap Allah, dan sombong terhadap ayat-ayat-Nya'" (6:93)

"Siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dustakan ayat-ayat-Nya? Mereka itu, bahagian mereka daripada Kitab akan sampai kepada mereka sehingga, apabila Rasul-Rasul Kami datang kepada mereka untuk matikan mereka, mereka berkata, 'Di manakah apa yang kamu seru selain daripada Allah?' Mereka berkata, 'Mereka sudah sesat (hilang) daripada kami', dan mereka saksikan terhadap diri-diri mereka sendiri bahawa mereka adalah orang-orang tidak percaya" (7:37).

"Jika kamu dapat lihat ketika para malaikat mematikan orang-orang tidak percaya, dengan memukul muka-muka mereka, dan belakang mereka, 'Rasalah azab yang membakar.'" (8:50)

"Maka bagimanakah ia, apabila malaikat-malaikat mematikan mereka (orang murtad), memukul muka mereka dan belakang mereka?" (47:27)

Kepada orang baik pula, malaikat maut beri salam sebelum matikan jiwanya. Firman Allah:

"Yang malaikat-malaikat matikan sedang mereka berkeadaan baik, dengan berkata, 'Salamun alaikum! Masuklah ke Taman kerana apa kamu buat'" (16:32).

Setelah seseorang meninggal dunia dia tidak dapat mendengar. Dia berada dalam keadaan tidak sedar.  Tidak mendengar, tidak melihat, tidak merasa apa-apa.  Kerana tidak sama orang hidup dan orang mati. 

Firman-Nya:

"Kamu tidak dapat jadikan orang yang mati mendengar, dan tidak juga kamu dapat jadikan orang yang pekak mendengar seruan apabila mereka berpaling, berundur" (27:80).

"Tidaklah sama yang hidup dengan yang mati. Allah jadikan mendengar sesiapa Dia hendaki; kamu tidak dapat jadikan orang-orang yang di dalam kubur untuk mendengar." (35:22).

Bukan sahaja mereka tidak dapat mendengar ketika diajar sejurus selepas dikebumikan, malah apa saja yang "dihadiahkan" atau "dikirim" kepada mereka supaya kehidupan mereka di alam barzakh jadi tenteram, luas, atau terang, tidak akan sampai kepada mereka.


:: BARZAKH ::

Ini kerana suatu TEMBOK atau BARZAKH didirikan apabila mereka meninggal dunia. Tembok itu memisahkan mereka daripada segala sesuatu.  Ia adalah daripada Allah, dan tentu sekali tidak mampu ditembusi oleh apa jua. Tembok tersebut dipanggil "barzakh" dalam bahasa al-Qur'an. Ayat yang menyebutnya berbunyi:

"Sehingga, apabila kematian datang kepada seorang daripada mereka, dia berkata, 'Wahai Pemeliharaku, kembalikanlah aku, supaya aku buat kerja-kerja baik yang aku telah tinggalkan.' Tidak, ia hanyalah satu kata yang diaucapkan; dan di belakang mereka ada BARZAKH(Tembok) hingga hari mereka dibangkitkan." (23:99-100)

Terdapat dua lagi ayat yang mengandungi perkataan BARZAKH di dalam al-Qur'an. Kedua-dua ayat ini  menunjukkan fungsi Barzakh sebagai pemisah antara dua zona tau ruang atau antara dua sifat dan  bahawa Barzakh itu sedang berada di laut sebagai satu dalil perumpamaan kepada fungsi Barzakh.

“Dan Dia yang membiarkan dua laut, yang ini bersih dan enak, rasanya menggembirakan, dan yang ini masin dan pahit, dan Dia letak di antara mereka satu BARZAKH (tembok), dan satu larangan yang terlarang.” (Q.S. 25:53)

“Dia membiarkan dua laut yang bertemu bersama, Antara keduanya ada satu barzakh (tembok) yang keduanya tidak melintasi.” (55:19-20)


Justeru itu, apa yang dikatakan alam barzakh yang diajar kepada umat sebenarnya tidak wujud. Segala cerita mengenainya termasuk cerita seksa kubur adalah hanya dongengan orang-orang agama zaman dahulu. Dan segala amalan mengenainya adalah hanya mimpi mereka yang tidak benar. Kerana Allah tidak mengajarnya di dalam al-Qur'an.



:: ROH ORANG MATI ::

Seperkara lagi ialah ungkapan yang lazim disebut iaitu "roh orang mati". Semua amalan yang dilakukan oleh orang yang hidup untuk mereka yang berada dalam alam barzakh, kononnya, adalah untuk roh orang mati supaya mereka bahagia berada di dalam alam tersebut.

Sekali lagi, kalimat Allah dikelirukan oleh pihak-pihak tertentu. Dalam penggunaan kalimat "roh" di dalam al-Qur'an tiada satu pun yang boleh diertikan sebagai "roh orang mati". Sila lihat pada penggunaan kata itu di dalam al-Qur'an.  

“Mereka tanya kamu mengenai Roh. Katakanlah, "Roh adalah daripada perintah Pemeliharaku. Kamu tidak diberi pengetahuannya melainkan sedikit." (17:85)

“Apabila Aku sudah membentuknya (Adam), dan hembus Roh-Ku ke dalamnya, jatuhlah kamu bersujud kepadanya.” (15:29)

“Kemudian Dia membentuknya, dan hembus Roh-Nya ke dalamnya. Dan Dia buatkan bagi kamu pendengaran, dan penglihatan, dan hati; sedikit terima kasih kamu tunjukkan.” (32:9)


(*Rujuk selanjutnya = 2:87, 2:253, 4:171, 5:110, 16:2, 16:102, 19:17, 21:91, 26:192, 38:72, 40:15, 42:52, 58:22, 66:12, 70:4, 78:38 dan 97:4)


Penulis sedari perasan sesetengah pembaca terganggu dengan penjelasan ini. Yang benar memang pahit, namun ditelan juga.


:: KEPERCAYAAN SIA-SIA ::

Oleh itu, kepercayaan yang umum amalan umat Islam hari ini yang kita tahu ialah :


Siksa kubur, soalan kubur, Munkar dan Nakir.

Roh hidup dalam kubur dan menunggu doa anak-anak mereka di dunia yang solah dan solehah
Mendoakan dan menghadiahkan pahala bacaan surah-surah tertentu dalam kitab Qur’an kepada ahli kubur.

Segala perbuatan jahat anak-anak yang dibawah tanggungannya di dunia akan dibalas dosa dengan siksaan ke atas roh si mati dalam kubur.

Mengadakan Majlis kenduri Tahlil 100 hari pemergian si mati.

Kepercayaan Non-Muslim tentang kematian dan alam akhirat.



Semua kepercayaan itu bertentangan dengan Qur’an yang merupakan wahyu ALLAH yang benar.  Kesemua itu diajar oleh Habr-Habr agama yang taksub dengan hadis-hadis lahwa riwayat Imam-imam hadis yang mahsyur di kalangan Sunni atau ASWAJA.   Adalah satu pekerjaan yang sia-sia meyakini ajaran yang bukan datang dari ALLAH.

SEBENARNYA, setiap orang adalah bertanggungjawab ke atas diri masing-masing.  Diri sendirilah yang menanggung dosa diri sendiri.  Orang lain tidak akan menanggung dosa kita.  Apa saja amalan yang kita lakukan di dunia akan berakhir dan terputus tatkala kita MATI.  Sebaik sahaja mati.  Kita akan dimasukkan ke dalam ruang atau alam yang berbeza. Yang dikeliling oleh TEMBOK atau BARZAKH yang tidak dapat ditembusi oleh apa pun.   Orang yang sudah mati akan berada dalam situasi TIDUR, bermula dari roh dikeluarkan dari jasad oleh Malakal maut. Roh atau Jiwa yang dimatikan jasadnya adalah dalam keadaan tidur sehinggalah ia dibangkitkan pada hari yang besar, ketika usai Trompet ditiup, iaitu pada hari AKHIRAT.  Semua akan bergerak menuju ke Padang mahsyar utnuk diadili, ditanya segala perbuatannya di dunia dan ditentukan destinasinya berdasarkan amalan-amalannya selama menjalani ujian ALLAH di waktu masih hidup di dunia.   

Yang beriman kepada ALLAH dan melakukan kerja-kerja yang baik akan mendapat upah yang besar yang sudah pastinya adalah ganjaran syurga. Dan mereka yag kafir kepada ALLAH dan melakukan kerja-kerja yang zalim pasti menghuni Api yang menyiksakan.

“Tiap-tiap jiwa akan rasa kematian, dan sungguh, kamu akan dibayar sepenuhnya upah kamu pada Hari Kiamat; sesiapa yang disingkirkan daripada Api dan dimasukkan ke Taman, akan dapat kemenangan. Kehidupan dunia adalah tiada, melainkan kesenangan yang memperdayakan.”  [ Q.S. AL-IMRAN 3:185]



:: PENGURUSAN KEMATIAN DAN JENAZAH ::

"Tiap-tiap jiwa akan rasa kematian; dan Kami uji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai cubaan, kemudian kepada Kami kamu dikembalikan." (21:35)

"Orang-orang yang, apabila mereka ditimpa penderitaan, berkata, "Sesungguhnya kami kepunyaan Allah, dan kepada-Nya kami kembali." (2:156) 

KEMATIAN adalah Ujian dan penderitaan kepada manusia. Kerana ia berlawanan dengan kehidupan.  Bukan sahaja apabila kita ditimpa musibah perlu mengucapkan kata-kata dalam di atas. Malah, apabila kita kematian anggota keluarga dan saudara.

Jenazah diuruskan atas dasar kasih sayang dan hormat. Maka ia haruslah, umpamanya berbau wangi atau berwajah dan berpakaian kemas, supaya orang-orang yang menziarahi dapat menghormati dan tidak menghinanya. Satu cara untuk menghormati orang yang meninggal dunia telah diajar Tuhan di dalam al-Qur'an (9:84), iaitu dengan berdiri di kuburnya. Bukan duduk.

"Dan jangan kamu rahmati selama-lamanya ke atas sesiapa antara mereka apabila dia mati, dan jangan juga berdiri di kuburnya; mereka tidak percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan mati sedang mereka orang-orang fasiq." (9:84)


:: SEMBUNYIKAN / TANAM / KUBUR::

Mayat atau jenazah mestilah DITANAM/ DIKUBURKAN menurut ayat ini :

"Kemudian Allah kirim seekor burung gagak, dengan mencakar-cakar di atas bumi, untuk perlihatkan kepada dia bagaimana dia akan sembunyikan mayat saudaranya yang aib. Dia berkata, "Celakalah aku! Tidakkah aku mampu untuk menjadi seperti burung gagak ini, untuk aku sembunyikan mayat saudaraku yang aib?" Dan dia jadi antara orang-orang yang menyesal." (5:31) 


Tujuan menanam mayat adalah untuk menyembunyikan 2 perkara :

---    Bau yang dihasilkan dari mayat
--- Kesusahan yang bakal datang apabila mayat dibiarkan.


:: AMALAN UMUM ::

Cara pengurusan jenazah yang dikenali adalah tidak dilarang dan tidak disuruh.  Sebaiknya, biarlah jenazah itu diuruskan mengikut budaya dan adat sesuatu bangsa itu sendiri, selagi mana ia tidak bertentangan dengan ajaran ALLAH dalam Qur’an.  

Oleh itu, buatlah macam mana caranya sekalipun, selagi tidak termasuk ke dalam ketegori Pembaziran kerana membazir itu saudara Syaitan :

"Orang-orang yang boros adalah Saudara Syaitan, dan syaitan tidak berterima kasih (kafir) kepada Pemeliharanya." (17:27)

Tidak menzalimi mayat seperti mengubah kejadiannya, membakar, memusnahkan dengan cara yang bertentangan dengan adab dan sensitiviti manusia dan tidak menzalimi keluarganya dari segi kos dan sokongan moral, dan bukan juga perkara yang akhirnya menjadi ketetapan agama atau sesuatu yang kontradik dengan ajaran ALLAH dalam Qur'an (42:21)



(*rujuk ayat-ayat dalam ketegori menzalimi :  6:157, 4:10, 49:11 )

Secara asasnya, pengurusan jenazah adalah dengan MENANAM / MENGUBUR mayat agar proses pereputannya tidak menganggu orang lain dan diletakkan pada tempat yang sewajarnya iaitu dalam Tanah.  


Solat Jenazah bukanlah Syariat ALLAH.  ALLAH tak pernah menyebut kewujudan solat Jenazah dalam mana-mana ayat dalam Qur’an.  Dilakukan solat jenazah atau tidak, ia tidak membantu arwah di alam Barzakh.  Doa dan bacaan serta kiriman pahala tidak akan sampai kepada arwah kerana adanya Barzakh yang menghalang.  Matinya seorang anak adam itu akan memutuskan semua perkara kehidupan dunia ke atasnya.  Dia akan menanggung dosa dan pahalanya sendiri-sendiri, begitu juga kita semua. 


:: DOA ::

Untuk mengakhiri huraian di sini, dipohonkan maaf serta diturunkan dua buah doa yang diajar oleh Tuhan di dalam Kitab-Nya, berbunyi:

“Wahai Pemula langit dan bumi, Engkau Waliku (Pelindungku) di dunia dan akhirat. Matikanlah aku dalam kemusliman, dan satukanlah aku dengan orang-orang yang salih." (12:101)

“Wahai Pemelihara kami, ampunkanlah aku dan ibu bapaku, dan orang-orang mukmin, pada hari apabila hitungan didirikan." (14:41)



:: PESANAN ::
Sebagai pesanan kepada semua…

“Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada al-Kitab(Al-Qur’an), dan lakukan solat; solat melarang kesumbangan dan mungkar. Peringatan Allah adalah lebih besar; dan Allah tahu apa yang kamu kerjakan.” (29:45)




“ Semoga bermanfaat, Salamun alaikum…”
- PENULIS 2016