Dengan nama Allah,
Yang Pemurah, Yang Pengasih.
8:1.
Mereka tanya kamu mengenai rampasan perang. Katakanlah, "Rampasan perang
adalah kepunyaan Allah dan Rasul; maka kamu takutilah Allah, dan betulkanlah
antara kamu, dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, jika kamu orang-orang
mukmin."
8:2. Orang-orang mukmin hanyalah yang, apabila Allah diingatkan,
hati mereka gementar, dan apabila ayat-ayat-Nya dibacakan kepada mereka, ia
tambahkan mereka dalam keimanan, dan kepada Pemelihara mereka, mereka tawakal
(mempercayakan),
8:3.
Orang-orang yang melakukan solat, dan menafkahkan (belanjakan) daripada apa
yang Kami rezekikan mereka.
8:4. Mereka itulah sebenarnya orang-orang mukmin; bagi mereka
darjat-darjat di sisi Pemelihara mereka, dan ampunan, dan
rezeki yang mulia.
8:5.
Semasa Pemelihara kamu keluarkan kamu dari rumah kamu dengan yang benar, dan
segolongan orang-orang mukmin membencinya,
8:6.
Dengan membantah kamu mengenai yang benar setelah ia jadi jelas, seakan-akan
mereka dihalau kepada kematian dengan mata-mata mereka terbuka luas.
8:7. Dan apabila Allah menjanjikan kamu bahawa salah satu daripada
dua golongan
itu adalah untuk kamu, dan kamu inginkan yang tidak mempunyai perlengkapan
senjata untuk kamu; tetapi Allah hendak membenarkan yang benar dengan
kata-kata-Nya, dan memotong orang-orang tidak percaya hingga sisa terakhir,
8:8.
Dan supaya Dia membenarkan yang benar, dan membatalkan yang palsu, walaupun
orang-orang yang berdosa membencinya.
8:9.
Apabila kamu mohon kepada Pemelihara kamu untuk pertolongan, dan Dia sahut
kamu, "Aku akan bantu kamu dengan seribu malaikat yang datang di belakang
kamu."
8:10.
Allah tidak buatkan ini melainkan sebagai berita gembira, dan supaya hati kamu
tenteram dengannya; pertolongan hanyalah daripada Allah; sesungguhnya Allah
Perkasa, Bijaksana,
8:11.
Apabila menjadikan tidur nyenyak menutupi kamu sebagai keamanan daripada-Nya,
dan turunkan kepada kamu air dari langit untuk bersihkan kamu dengannya, dan
untuk hilangkan daripada kamu kecemaran syaitan, dan untuk kuatkan hati kamu,
dan untuk teguhkan kaki kamu dengannya.
8:12.
Apabila Pemelihara kamu wahyukan para malaikat, "Aku bersama kamu; maka
teguhkanlah orang-orang yang percaya. Aku akan lempar ke dalam hati orang-orang
tidak percaya ketakutan yang amat sangat; maka pukullah di atas leher, dan
pukullah tiap-tiap jari mereka."
8:13.
Itu kerana mereka melawan Allah dan Rasul-Nya; dan sesiapa yang melawan Allah
dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya Allah keras dalam balasan-Nya.
8:14.
Itu bagi kamu, maka rasalah ia; dan bahawa azab Api adalah bagi orang-orang
tidak percaya.
8:15.
Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu bertemu orang-orang tidak percaya
maju untuk berperang, janganlah kamu palingkan belakang kamu kepada mereka.
8:16. Sesiapa yang palingkan belakangnya pada hari itu kepada
mereka, kecuali berundur untuk berperang lagi, atau beralih untuk
bergabung dengan pasukan lain, dia dipenuhi beban kemurkaan Allah, dan tempat
menginapnya ialah Jahanam - satu kepulangan yang buruk!
8:17.
Kamu tidak bunuh mereka tetapi Allah yang membunuh mereka; dan apabila kamu
membaling, bukanlah kamu yang membaling tetapi Allah yang membaling, supaya Dia
uji orang-orang mukmin dengan ujian yang baik; sesungguhnya Allah Mendengar,
Mengetahui.
8:18.
Itu bagi kamu; dan bahawa Allah melemahkan muslihat orang-orang tidak percaya.
8:19.
Jika kamu minta kemenangan, kemenangan telah datang kepada kamu; dan jika kamu
berhenti, ia adalah lebih baik bagi kamu. Tetapi jika kamu kembali, Kami akan
kembali, dan golongan kamu tidak akan berguna bagi kamu sedikit pun, walaupun
ia ramai; dan sesungguhnya Allah berserta orang-orang mukmin.
8:20.
Wahai orang-orang yang percaya, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan
janganlah berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar.
8:21.
Dan jangan jadi seperti orang-orang yang berkata, "Kami dengar",
tetapi mereka tidak dengar.
8:22.
Sesungguhnya seburuk-buruk haiwan pada pandangan Allah ialah orang-orang yang
pekak, dan bisu, dan tidak faham.
8:23.
Jika Allah tahu sebarang kebaikan pada mereka, tentu Dia jadikan mereka
mendengar; dan jika Dia jadikan mereka mendengar, tentu mereka berpaling, dan
mereka palingkan.
8:24.
Wahai orang-orang yang percaya, sahutlah Allah dan Rasul, apabila Dia seru kamu
kepada sesuatu yang menghidupkan kamu; dan ketahuilah bahawa Allah berdiri di
antara seorang lelaki dan hatinya, dan bahawa kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.
8:25. Dan takutilah satu cubaan yang tidak akan
timpa hanya orang-orang buat kezaliman antara kamu; dan ketahuilah bahawa Allah
keras dalam balasan-Nya.
8:26.
Dan ingatlah ketika kamu sedikit dan hina di bumi, dan takut-takut manusia akan
sambar kamu; tetapi Dia beri kamu perlindungan dan Dia kukuhkan kamu dengan
pertolongan-Nya, dan rezekikan kamu dengan benda-benda yang baik, supaya kamu
berterima kasih.
8:27.
Wahai orang-orang yang percaya, janganlah khianati Allah dan Rasul, dan
janganlah kamu khianati amanat-amanat kamu sedang kamu mengetahuinya.
8:28.
Dan ketahuilah bahawa harta kamu dan anak-anak kamu adalah cubaan, dan
sesungguhnya Allah, di sisi-Nya adalah upah yang besar.
8:29.
Wahai orang-orang yang percaya, jika kamu bertakwa kepada Allah, Dia akan
adakan untuk kamu satu Pembeza, dan lepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan
kamu, dan ampunkan kamu; Allah mempunyai pemberian yang besar.
8:30.
Dan apabila orang-orang tidak percaya buat tipu daya terhadap kamu, untuk
menahan kamu, atau membunuh kamu, atau mengusir kamu, dan buat tipu daya, dan
Allah buat tipu daya; dan Allah yang terbaik daripada pembuat-pembuat tipu
daya.
8:31.
Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, mereka berkata, "Kami
telah pun dengar; jika kami hendaki, tentu kami dapat berkata yang serupa
dengan yang ini. Tiadalah ini, melainkan dongeng orang-orang dahulu kala."
8:32.
Dan apabila mereka berkata, "Ya Allah, jika ini yang benar daripada Engkau,
maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab
yang pedih."
8:33.
Tetapi Allah tidak akan azab mereka sedang kamu berada di kalangan mereka, dan
Allah tidak akan azab mereka sedang mereka meminta ampun.
8:34. Tetapi, apakah yang mereka ada, bahawa Allah tidak akan azab
mereka, apabila mereka
menghalangi daripada Masjidil Haram, padahal mereka bukanlah wali-walinya
(pelindung-pelindungnya)? Pelindungnya hanyalah orang-orang bertakwa tetapi
kebanyakan mereka tidak tahu.
8:35.
Dan solat mereka di Rumah tidak lain hanya siulan dan tepukan tangan; maka kamu
rasalah azab kerana ketidakpercayaan kamu!
8:36. Orang-orang tidak percaya nafkahkan (belanjakan) harta-harta mereka untuk menghalangi jalan Allah, dan
mereka masih akan nafkahkannya, hingga ia adalah satu penyesalan bagi mereka,
kemudian dikalahkan; dan orang-orang tidak percaya akan dikumpulkan di dalam
Jahanam,
8:37.
Supaya Allah pisahkan yang buruk daripada yang baik, dan supaya Dia letak yang
buruk, sebahagiannya di atas sebahagian yang lain, lalu Dia longgokkan mereka
kesemuanya, dan letakkan mereka di dalam Jahanam; mereka itulah orang-orang
yang rugi.
8:38.
Katakanlah kepada orang-orang tidak percaya, jika mereka berhenti, Dia akan
ampunkan mereka atas apa yang telah lalu; tetapi jika mereka mengulangi, sunnah
(resam) orang-orang dahulu kala telah pun berlalu!
8:39.
Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi penganiayaan, dan agama semuanya
untuk Allah; kemudian jika mereka berhenti, maka sesungguhnya Allah lihat apa
mereka buat.
8:40.
Tetapi jika mereka berpaling, ketahuilah bahawa Allah ialah Pelindung kamu -
Pelindung yang sangat baik, Penolong yang sangat baik!
8:41. Ketahuilah bahawa apa sahaja rampasan perang yang kamu
ambil, satu per limanya kepunyaan Allah, dan kepunyaan Rasul, dan kepunyaan
sanak saudara yang dekat, dan kepunyaan anak-anak yatim,
dan untuk orang-orang miskin, dan musafir, jika kamu percaya kepada Allah dan
apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami pada Hari Pembeza, hari dua kumpulan
bertemu; dan Allah berkuasa atas segala sesuatu.
8:42.
Ketika kamu di pinggir lembah yang dekat, dan mereka di pinggir lembah yang
jauh, dan rombongan besar yang berkuda di bawah kamu; dan sekiranya kamu adakan
janji temu bersama, tentu kamu berselisih dalam janji temu itu; tetapi supaya
Allah memutuskan satu urusan yang telah dibuat, bahawa sesiapa yang binasa akan
binasa dengan satu bukti yang jelas, dan dengan satu bukti yang jelas, hiduplah
orang yang hidup; dan sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui.
8:43.
Apabila Allah perlihatkan kepada kamu mereka sebagai sedikit dalam tidur kamu;
dan sekiranya Dia perlihatkan mereka banyak kepada kamu, tentu kamu berkecut
hati, dan berbalah dalam urusan; tetapi Allah selamatkan - Dia tahu apa yang di
dalam dada.
8:44.
Apabila Allah perlihatkan kepada kamu mereka sebagai sedikit di mata kamu,
apabila kamu bertemu, dan buatkan kamu sedikit di mata mereka, supaya Allah
memutuskan satu urusan yang telah dibuat; dan kepada Allah segala urusan
dikembalikan.
8:45.
Wahai orang-orang yang percaya, apabila sahaja kamu bertemu satu pasukan, maka
berdiriteguhlah kamu, dan ingatlah akan Allah dengan banyak agar kamu
beruntung.
8:46.
Dan taatlah kepada Allah, dan Rasul-Nya, dan janganlah berbalahan, lalu kamu
berkecut hati dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah; sesungguhnya Allah
berserta orang-orang yang sabar.
8:47.
Janganlah jadi seperti orang-orang yang keluar dari tempat-tempat tinggal
mereka dengan berasa angkuh untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan halangi
jalan Allah; dan Allah meliputi apa mereka buat.
8:48.
Dan apabila syaitan nampakkan amalan-amalan mereka indah bagi mereka, dan
berkata, "Pada hari ini, tiada manusia akan menang terhadap kamu kerana
aku jiran kamu." Tetapi apabila kedua-dua pasukan berlihat-lihatan, ia
berundur di atas tumit-tumitnya, dengan berkata, "Aku berlepas diri
daripada kamu, kerana aku lihat apa yang kamu tidak lihat. Aku takut kepada
Allah; dan Allah keras dalam balasan-Nya."
8:49.
Apabila orang-orang munafik, dan orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit,
berkata, "Agama mereka telah menipu mereka"; tetapi sesiapa tawakal
kepada Allah, maka sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.
8:50.
Jika kamu dapat lihat ketika para malaikat mematikan orang-orang tidak percaya,
dengan memukul muka-muka mereka, dan belakang mereka, "Rasalah azab yang
membakar,
8:51.
Itu adalah kerana apa yang tangan-tangan kamu telah dahulukan, dan kerana Allah
bukanlah penganiaya hamba-hamba-Nya."
8:52.
Seperti keadaan keluarga Firaun, dan orang-orang sebelum mereka yang tidak percaya
kepada ayat-ayat Allah; Allah ambil mereka kerana kesalahan-kesalahan mereka.
Sesungguhnya Allah Kuat, keras dalam balasan-Nya.
8:53.
Itu adalah kerana Allah tidak akan ubah rahmat-Nya yang Dia anugerahkan satu
kaum sehingga mereka ubah apa yang ada pada diri-diri mereka sendiri; dan
sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui.
8:54. Seperti keadaan keluarga Firaun, dan orang-orang sebelum
mereka yang
dustakan ayat-ayat Pemelihara mereka, lalu Kami musnahkan mereka kerana
kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami tenggelamkan keluarga Firaun; dan semuanya
adalah orang-orang zalim.
8:55.
Sesungguhnya seburuk-buruk haiwan pada pandangan Allah ialah orang-orang tidak
percaya, yang tidak akan percayai,
8:56.
Orang-orang yang kamu telah buat perjanjian dengan mereka, kemudian mereka
langgar perjanjian mereka setiap kali, dengan tidak bertakwa (takut kepada
Tuhan).
8:57.
Maka, jika kamu jumpa mereka di mana-mana dalam peperangan, hamburkanlah
orang-orang yang di belakang mereka, supaya mereka mengingati.
8:58.
Dan jika kamu takut akan pengkhianatan daripada satu kaum, maka lemparkanlah
kepada mereka yang sama; sesungguhnya Allah tidak suka pengkhianat-pengkhianat.
8:59.
Dan janganlah kamu sangka orang-orang tidak percaya akan mendahului Kami;
sesungguhnya mereka tidak dapat mengandaskan.
8:60. Siapkanlah untuk mereka apa sahaja kekuatan dan
barisan-barisan kuda yang kamu dapat, untuk menakutkan
dengannya musuh Allah dan musuh kamu, dan orang-orang lain selain mereka yang
kamu tidak tahu. Allah tahu mereka. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan di jalan
Allah akan dibayar kepada kamu sepenuhnya; kamu tidak dizalimi.
8:61.
Dan jika mereka condong kepada perdamaian, hendaklah kamu condong kepadanya,
dan kamu tawakallah kepada Allah; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang
Mengetahui.
8:62.
Dan jika mereka hendak menipu kamu, maka cukuplah Allah bagi kamu; Dia kukuhkan
kamu dengan pertolongan-Nya, dan dengan orang-orang mukmin.
8:63.
Dan Dia satukan hati mereka. Sekiranya kamu nafkahkan kesemua yang di dalam
bumi, tentu kamu tidak akan dapat menyatukan hati mereka; tetapi Allah
menyatukan antara mereka; sesungguhnya Dia Perkasa, Bijaksana.
8:64.
Wahai Nabi, cukuplah Allah bagi kamu, dan orang-orang mukmin yang ikut kamu.
8:65.
Wahai Nabi, gesalah orang-orang mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh
antara kamu, orang-orang yang sabar, mereka akan mengalahkan dua ratus; jika
ada antara kamu seratus, mereka akan mengalahkan seribu orang tidak percaya,
kerana mereka adalah kaum yang tidak faham.
8:66.
Sekarang Allah ringankan untuk kamu, dengan mengetahui bahawa pada kamu ada
kelemahan. Jika ada seratus antara kamu, orang-orang yang sabar, mereka akan
mengalahkan dua ratus; jika ada antara kamu seribu, mereka akan mengalahkan dua
ribu, dengan izin Allah; Allah berserta orang-orang yang sabar.
8:67.
Tidak patut bagi seseorang Nabi untuk mempunyai tawanan, sehingga dia membunuh
beramai-ramai di bumi, kerana kamu hendak keuntungan dunia, dan Allah hendakkan
akhirat; dan Allah Perkasa, Bijaksana.
8:68.
Sekiranya tidak kerana satu ketetapan (kitab) yang terdahulu daripada Allah,
tentu telah menyentuh kamu, kerana apa yang kamu ambil, satu azab yang besar.
8:69.
Makanlah daripada apa kamu ambil sebagai rampasan perang, yang halal, yang
baik; dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
8:70.
Wahai Nabi, katakanlah kepada orang-orang tawanan yang di tangan kamu,
"Jika Allah tahu sebarang kebaikan di dalam hati kamu, Dia akan beri kamu
yang lebih baik daripada apa yang diambil daripada kamu, dan Dia akan ampun
kamu; dan Allah Pengampun, Pengasih."
8:71.
Dan jika mereka hendakkan pengkhianatan terhadap kamu, mereka telah khianati
Allah sebelumnya; tetapi dia beri kamu kuasa terhadap mereka; dan Allah
Mengetahui, Bijaksana.
8:72. Orang-orang yang percaya, dan hijrah, dan berjuang dengan
harta mereka dan jiwa mereka di jalan Allah, dan orang-orang yang beri perlindungan dan pertolongan - mereka itu adalah wali-wali
(sahabat-sahabat) satu sama lain. Dan orang-orang yang percaya tetapi belum
lagi hijrah, maka kamu tidak ada kewajipan persahabatan untuk lindungi mereka
sedikit pun, sehingga mereka hijrah; namun begitu, jika mereka minta
pertolongan kepada kamu, demi agama, maka adalah atas kamu untuk tolong mereka,
kecuali terhadap kaum yang antara kamu dan mereka ada perjanjian; dan Allah
lihat apa kamu buat.
8:73.
Bagi orang-orang tidak percaya, mereka adalah wali-wali satu sama lain. Jika
kamu tidak buat ini, akan jadilah penganiayaan di bumi, dan kerosakan yang
besar.
8:74.
Dan orang-orang yang percaya dan hijrah dan berjuang di jalan Allah, dan
orang-orang yang beri perlindungan dan pertolongan, mereka itulah sebenarnya
orang-orang mukmin, dan bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia.
8:75. Dan
orang-orang yang percaya kemudian dan hijrah dan berjuang bersama kamu, mereka
itu adalah daripada kamu; tetapi orang-orang empunya pertalian darah adalah
lebih dekat dengan satu sama lain di dalam Kitab Allah; sesungguhnya Allah tahu
segala sesuatu.