Ahad, 16 Ogos 2015

2015-ISLAM???

ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi ALLAH ialah ISLAM.”
[ Q.S. AL-IMRAN 3 : 19 ]
“.... Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan ISLAM itu menjadi Agama untuk kamu.”
[ Q.S. AL-MAIDAH 5 : 3 ]
“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama ISLAM, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
[ Q.S. AL-IMRAN 3 : 85 ]
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama ISLAM(dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”
[ Q.S. AL-BAQARAH 2 : 208 ]
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Saabiein, dan orang-orang Nasrani - sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta beramal soleh, maka tidaklah ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.”
[ Q.S. AL-MA’IDAH 5 : 69 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Ayat-ayat ini turun berkenaan dengan sahabat-sahabatmu.  Barang siapa yang meninggal dalam keadaan memeluk agama Nabi Isa SEBELUM dia mendengar kerasulanku, maka dia berada pada kebenaran. Dan barang siapa telah mendengar kerasulanku namun dia tidak beriman, maka ia binasa.”
Daripada Salman Al-Farisi R.A
[ H.N.R.S. : Imam  al-Qasim, Ibn Juraij,  Mujahid, Al-Thabary & Al-Suddy Ra. A. ]

*Asbab  nuzul Surah Al-Maidah 5 : 69