ALLAH
S.W.T
Berfirman
"Kecuali
isterinya; kami telah tentukan (menurut keputusan Tuhan) sesungguhnya ia dari
orang-orang yang tinggal (menerima kebinasaan)". Maka apabila (malaikat-malaikat) utusan itu
datang kepada kaum Nabi Lut,
Nabi
Lut berkata: "Sesungguhnya kamu suatu kaum yang tidak dikenali (serta
tidak diketahui baiknya kedatangan kamu)".
Mereka menjawab: "(Kedatangan kami bukan untuk mendukacitakanmu)
bahkan kami datang kepadamu untuk membawa azab yang mereka ragu-ragukan
kebenarannya. "Juga membawa
kepadamu perkara yang benar (tentang kebinasaan mereka); dan sesungguhnya kami
adalah orang-orang yang benar ". "Oleh
itu, bawalah pergi keluargamu pada waktu malam serta ikutlah di belakang
mereka; dan janganlah seseorang pun di antara kamu berpaling (ke belakang);
serta pergilah terus ke arah yang diperintahkan kamu menujunya". Dan Kami wahyukan kepadanya tentang kesudahan
perkara itu; iaitu mereka akan dibinasakan pada waktu pagi, sehingga mereka
punah ranah dan terputus keturunannya.
[
Q.S. AL-HIJR 15 : 60-66 ]
RASULULLAH
NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda
:
“….Bahwa
dalam diri setiap manusia terdapat segumpal daging, apabila ia baik maka baik
pula seluruh amalnya, dan apabila ia itu rusak maka rusak pula seluruh
perbuatannya. Gumpalan daging itu adalah hati.”
[
H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]
“Setiap
dua orang muslim bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya
sebelum mereka berpisah”
[
H.R.S : Imam Abu Daud Ra. A.]
“Iaitu
kamu memberi makanan dan mengucapkan salam baik kepada orang yang telah kamu
kenal mahupun orang yang belum kamu kenal.”
Daripada
`Abdullah bin `Amr bin Al-`Ash R.A “Bagaimanakah ISLAM yang baik itu?”
[
H.R.S : Imam Bukhari dan Muslim Ra. A. ]
"Jika
engkau menyaksikan saudara seagamamu dizalimi dan dianiayai. Maka sediakanlah
jiwamu dan ragamu untuk berjihad kerana ALLAH dengan membelanya sehingga
kezaliman dan penzalim itu terhapus atau engkau gugur Syahid. Sesungguhnya
tidak akan engkau dapati balasannya yang lebih indah selain SYURGA ALLAH."
IMAM
MUHAMMAD JIBRIL AL-KAIR B. A.