ALLAH S.W.T
Berfirman :
Mereka menjawab: "Janganlah engkau takut, sebenarnya
kami hendak mengembirakanmu dengan berita bahawa engkau akan beroleh seorang
anak lelaki yang bakal menjadi seorang yang berilmu". Nabi Ibrahim berkata: "Betulkah kamu
mengembirakan daku (dengan berita yang demikian), padahal aku telah tua; maka
dengan jalan apakah kamu mengembirakan daku?" Mereka menjawab: "Kami mengembirakanmu
dengan jalan yang sungguh benar; oleh itu janganlah engkau menjadi dari
orang-orang yang berputus asa". Nabi
Ibrahim berkata: "Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat
Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat". Nabi Ibrahim bertanya pula: "Apa hal
kamu wahai Utusan Tuhan?" Mereka
menjawab: "Kami diutus kepada suatu kaum yang berdosa (untuk membinasakan
mereka)". "Melainkan keluarga
Nabi Lut; sesungguhnya kami akan menyelamatkan mereka semuanya,”
[ Q.S. AL-HIJR 15 : 53-59 ]