Isnin, 9 Mac 2015

Q.S. IBRAHIM 14 : 22-24 ???

ALLAH S.W.T
Berfirman :
Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya. Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh, ke dalam Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka; ucapan selamat sentiasa mereka dapati (dari malaikat) di dalam Syurga-syurga itu. Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
[ Q.S. IBRAHIM 14 : 22-24 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Mencari ilmu adalah Fardhu bagi setiap Muslim.”
Daripada Anas bin Malik R.A
[ H.R.S : Ibnu Majah [0184] ]


“Barangsiapa yang memilih jalan yang ada padanya ilmu maka akan Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga.”
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

“Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan kerana terlalu banyak berdebat.”
[ H.R.S : Ahmad dan Tirmidzi Ra. A. ]

“Aku jamin rumah di dasar syurga bagi orang yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi orang yang menghindari dusta walaupun dalam bercanda, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaknya.”
[ H.R.S : Abu Daud Ra. A. ]


“Aku boleh berdebat dengan sepuluh orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah berdebat dengan satu orang yang Jahil.  Kerana orang yang Jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu.”
IMAM MUHAMMAD IBN IDRIS AL-SYAFII Ra. A.

"Hindarilah berdebat dengan orang Jahil dan Ego. Engkau hanya akan memperolehi kekalahan dan permusuhan. Tetapi berdebatlah dengan orang yang berilmu dan berkasih sayang. Nescaya engkau akan perolehi pengetahuan dan kepuasan."

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A