Khamis, 19 Jun 2014

JUMAAT ???

JUMAAT

ALLAH SWT
Berfirman :
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan SOLAT pada hari JUMAAT, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati ALLAH [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]."
( Q.S. Al-Jumu'ah : 9 )


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
bersabda:
“Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit."
( H.R.S : Imam Abu Dawud & Imam Hakim Rahm. A.)
Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat, TIGA kali dengan SENGAJA, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk."
 ( H.R.S : Imam Abu Daud Rahm. A. )

“Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.”
Daripada Hudzaifah R.A
( H.R.S : Imam  Muslim Rahm. A. )

“Setiap muslim yang mati pada siang hari Jumaat atau malamnya,
nescaya Allah akan menyelamatkannya dari fitnah kubur.”
Daripada Ibnu Amru R.A
( H.R.S : Imam  Ahmad dan Imam Tirmizi, undian sahih oleh Imam Al-Bani )


 “Solat lima waktu (sehari semalam) dan Jumaat hingga Jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar”
 ( H.R.S : Imam Muslim Rahm. A. )

 “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam Alaihissallam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.”
Daripada Abu Hurairah R.A
 ( H.R.S : Imam Muslim Rahm. A. )

 “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari
 (sebaik-baik hari).”
DaripadaAbu Hurairah R.A
( H.R.S : Imam Muslim Rahm. A. )

 “Hari ini adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi Umat Islam, maka siapa yang hendak menghadiri soalat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu.” 
Daripada Ibnu Abbas R.A
( H.R.S : Imam Ibnu Majah )


 “Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat; pada hari inilah Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari inilah juga Baginda dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.” 
Daripada Abu Hurairah R.A 
 ( H.R.S : Imam Muslim Rahm. A. )


 “Hari Jumaat adalah penghulu hari-hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah, hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Idhul Fitri dan Idul Adha di sisi Allah, pada hari jumaat terdapat lima peristiwa, diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat juga Adam dimatikan, di hari Jumaat terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selama tidak memohon yang haram, dan di hari jumaat pula akan terjadi kiamat, tidaklah seseorang malaikat yang dekat di sisi Allah, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat.”
Daripada Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir R.A
 ( H.R.S : Imam Ahmad Rahm. A.)


 “Tidaklah seseorang mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, berminyak dengan minyak, atau mengoleskan minyak wangi dari rumahnya, kemudian keluar (menuju masjid), dan dia tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk berdampingan), kemudian dia mendirikan solat yang sesuai dengan tuntunannya, lalu diam mendengarkan (dengan saksama) ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni (dosa-dosanya yang terjadi) antara Jumaat tersebut dan Jumaat berikutnya.”
Daripada Salman Al-Farisi R.A
 ( H.R.S : Imam Bukhari Rahm. A.)


“Hari JUMAAT adalah Hari Raya mingguan umat Islam. Maka perbanyakkan Salawat dan Salam kepada saudara-saudara kita seagama dan bersedekahlah pada hari itu dengan ikhlas semoga kita dapat meraih pahala yang besar di hari yang bahagia itu.”

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A

NUBUAT MUHAMMAD DALAM BIBLE KRISTIAN ???

BAKKAH IALAH MEKAH
KAABAH yang suci telah dibina oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s di Tanah Suci MEKAH.  Nama MEKAH ini disebut satu kali dalam kitab suci Al-Qur’an dalam
“Dan Dia lah yang telah menahan tangan mereka (yang musyrik) daripada melakukan perkara yang buruk terhadap kamu, dan tangan kamu daripada berbuat demikian kepada mereka di kawasan MEKAH, sesudah Ia menjadikan kamu dapat menewaskan mereka. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan.”  surah 48 : 24
Nama lain bagi MEKAH ialah BAKKAH, menurut dialek suku yang mendiami kawasan tersebut.  Hal ini juga telah disebut satu kali dalam ayat ini...
“Sesungguhnya Rumah Ibadat (Kaabah) yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di BAKKAH (MEKAH) yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.” Surah 3 : 96

SUNGGUH MENAKJUBKAN!
Perkataan BAKKAH telah disebut oleh Nabi Daud a.s di dalam ZABURnya Psalms 84 :6
Psalm 84:6 King James Version (KJV) “Who passing through the valley of Baca make it a well; the rain also filleth the pools.”
TELAGA (Well) di sini ialah TELAGA yang diketahui umum iaitu ZAM-ZAM, kini masih wujud lagi dan berdekatan dengan KAABAH di  MEKAH (BAKKAH)

RUMAH KEMULIAAN KU

Dalam Isaiah 60
AYAT 1
1 “Arise, shine; for thy light is come, and the glory of the Lord is risen upon thee.”
BANDINGKAN  dengan Surah 74 : 1-3
“Wahai orang yang berselimut!(Muhammad).  Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!”
AYAT 2
2 “For, behold, the darkness shall cover the earth, and gross darkness the people: but theLord shall arise upon thee, and his glory shall be seen upon thee.”
*Kedatangan Nabi Muhammad SAW adalah pada masa Jahilliyah. Di mana manusia telah melupakan Tuhan yang MAHA ESA sebagaimana yang teklah diajarkan oleh nabi Ibrahim a.s dan semua nabi-nabi termasuklah Nabi Isa a.s.

And the Gentiles shall come to thy light, and kings to the brightness of thy rising Lift up thine eyes round about, and see: all they gather themselves together, they come to thee: thy sons shall come from far, and thy daughters shall be nursed at thy side.
*Dalam tempoh kurang dari 23 tahun seluruh Arab bersatu di bawah panji-panji ISLAM.
Then thou shalt see, and flow together, and thine heart shall fear, and be enlarged; because the abundance of the sea shall be converted unto thee, the forces of the Gentiles shall come unto thee.
*Dalam tempoh kurang dari satu abad , ISLAM telah tersebar keluar dari Jazirah ARAB ke negara-negara lain.
The multitude of camels shall cover thee, the dromedaries of Midian and Ephah; all they from Sheba shall come: they shall bring gold and incense; and they shall shew forth the praises of the Lord.
All the flocks of Kedar shall be gathered together unto thee, the rams of Nebaioth shall minister unto thee: they shall come up with acceptance on mine altar, and I will glorify the house of my glory.
*“Rumah Kemuliaanku” atau “House of my glory” di sini dikaitkan dengan RUMAH ALLAH di MEKAH dan BUKANNYA Gereja Kristian seperti yang disangkakan oleh pengulas-pengulas Injil Kristian. Nyata sekali bahawa perkampungan Bani Kedar (Kini seluruh Arab Saudi sekurang-kurangnya) merupakan satu-satunya negeri di dunia yang tidak dapat ditembusi oleh pengaruh gereja.

11. Therefore thy gates shall be open continually; they shall not be shut day nor night; that men may bring unto thee the forces of the Gentiles, and that their kings may be brought.
*Hal ini benar-benar merupakan kenyataan yang TIDAK dapat dinafikan lagi. Di mana Masjidil Haram yang mana bangunan KAABAH di Mekah telah dibiarkan TERBUKA pada waktu siang dan malamsejak ianya dibersihkan dari Berhala-berhala oleh Nabi Muhammad SAW 1400 tahun yang lampau.  Pemerintah-pemerintah dan raja-raja juga berkunjung ke situ utnuk menunaikan fardhu haji.