Ahad, 4 Mei 2014

KEWAFATAN NABI MUHAMMAD S.A.W ???

BENARKAH NABI MUHAMMAD WAFAT KARENA DIRACUN ?

Tuduhan meninggalnya Rasulullah SAW karena diracun sering dilakukan berdasarkan hadist ini :Volume 5, Book 59, Number 713:Dikisahkan oleh Aisyah R.A : Rasulullah S.A.W dalam keadaan sakit yang menyebabkan kematiannya, biasa berkata, “O, Aisyah... Aku masih merasakan sakit akibat makanan yang aku makan di Khaibar dan saat ini, aku merasa seolah-olah urat nadiku terputus akibat racun itu.”Benarkah Rasulullah SAW meninggal akibat diracun oleh wanita Yahudiseperti hadist diatas??? marilah kita bahas bersama-sama mengenairiwayat perang khaibar dan wanita yahudi yang mencuba meracun Rasullullah  SAW tersebut.

 *Hadis ini adalah hadis yang lemah dan cuba mencemarkan maruah dan nama baik Nabi Muhammad SAW.  Dari hujah Qur’an tentang nabi Muhammad SAW dan para Sahabat Baginda SAW, jelas menunjukan bahawa itu semua adalah FITNAH musuh-musuh Islam yang cuba utuk memusnahkan Islam dari dalam dengan menggunakan nama-nama periwayat hadis yang mahsyur seperti Imam Bukhari dan Imam Muslim.

PERISTIWA PERANG KHAYBAR

Dari Anas bin Malik R.A, katanya : Rasulullah s.a.w. memasuki Khaibar pagi hari. Waktu itu mereka keluar kelapangan. Setelah mereka melihat beliau mereka berkata :”Muhammad dan tentera”. Lalu mereka segera menempati benteng mereka. Nabi s.a.w mengangkat kedua belah tangannya dan berdoa : “Allahu Akbar”! Hancurlah Khaibar! Bila kami duduki lapangan suatu kaum, maka amat buruk pagi hari orang yang diberi peringatan (tetapi) tidak menurut.” (H.R.S. : Imam Bukhari )Dari Abu Hurairah R.A., katanya : Setelah Khaibar dikuasai dan diduduki, ada orang yang menghadiahkan daging kambing yang beracun kepada Nabi Muhammad S.A.W. Rasulullah S.A.W : “Saya hendak bertanya kepadamu tentang satu hal! Adakah kamu mahu memberikan keterangan yang sebenarnya kepada saya!”Mereka menjawab : “Ya”Nabi S.A.W bertanya kepada mereka : "Siapa ayahmu?”mereka itu menjawab : ”Si Anu !”Lalu baginda S.A.W bersabda :  "Kamu dusta, akan tetapi ayah kamu si “Anu”.Mereka itu berkata : ”Benar, Tuan!”Baginda S.A.W bertanya : ”Adakah kamu mahu menjawab dengan benar kepada saya tentang sesuatu yang saya tanyakan?”Mereka berkata : “Ya, hai Abu Qasim! Sekiranya kami berdusta, tuan ketahui dusta kami sebagaimana tuan ketahui tentang ayah kami”.Baginda S.A.W menanyakan kepada mereka : “Siapa ahli Neraka”?”Mereka itu menjawab : “Kami berada di dalamnya dalam masa yang singkat, kemudian kamu gantikan kami di dalamnya.”Nabi S.A.W lalu bersabda : ”Kamu akan tetap disiksa dalam Neraka itu, demi ALLAH! Kami tidak akan pernah menggantikan kamu di dalam Neraka itu.”Kemudian baginda bersabda lagi : “Adakah kamu mahu menjawab dengan benar kepada saya tentang sesuatu yang saya tanyakan?”Jawab mereka : “Ya, hai Abu Qasim!”Baginda S.A.W bertanya : “Adakah kamu isikan racun dalam daging kambing ini?”Jawab mereka : ”Ya!”Tanya beliau : “Apakah yang mendorong kamu berbuat demikian?”Jawab mereka : ”Maksud kami ialah, kalau sekiranya tuan seorang pendusta, kami akan senang. Dan kalau sekiranya tuan seorang Nabi, racun itu TIDAK akan membahayakan tuan. Dan, ternyata MEMANG BENAR engkau seorang NABI, daging tersebut memberi khabar kepadamu bahawa ia beracun, maka dengarlah bahwa saya bersaksi ‘Tiada Tuhan Selain Allah, dan Engkau Muhammad benar-benar utusan ALLAH.” 
(H.R.S. : Imam Bukhari - 1412)

AKHIRNYA kerana takjub dan kagum serta dengan MUKJIZAT itu, Zainab binti Harist pun masuk Islam karena kebenaran yang ajaib itu dan juga berdasarkan kesedarannya dan kemahuannya sendiri.

 “Demi ibu-bapakku wahai Rasul! Sungguh, andaikan Isa putra Maryam telah dikarunai oleh Allah kemampuan untuk dapat menghidupkan kembali orang mati, namun apakah hal itu lebih menakjubkan berbanding dengan DAGING KAMBING YANG DIRACUNI dan telah masak digoreng, ketika ia berbicara dan memberitahumu melalui pahanya : “JANGANLAH ENGKAU MEMAKANKU, KARENA AKU BERACUN!” 

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB R.A

OLEH YANG DEMIKIAN, NABI MUHAMMAD S.A.W SELAMAT DARI TERKENA RACUN TERSEBUT MENURUT KATA-KATA ZAINAB BINTI HARITS, IAITU PEREMPUAN YAHUDI YANG TELAH MENJADI DALANG DAN CUBA MERACUNI NABI MUHAMMAD S.A.W.  INI TEPAT DENGAN JANJI ALLAH KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W SELAGI BAGINDA S.A.W TERUS MENYAMPAIKAN WAHYU DARI ALLAH.  MAKA ALLAH MENJAMIN DNA MEMELIHARA NABI S.A.W DARI GANGGUAN DAN KEJAHATAN MANUSIA. ( QUR'AN SURAH AL-MAIDAH : 67 )

Pembuktian bahwa Rasulullah SAW TIDAK WAFAT / meninggal terkena racun tersebut.

* Perang Khaybar terjadi pada tahun 628 M (tahun ke 7 H) dan pada bulan February 629 M (Zul Qa’dah 7 H) Nabi dan kaum Muslimin melaksanakan Umratul Qadha’.* Setelah perang Khaibar berakhir dengan KEMENANGAN UMAT ISLAM, Rasulullah menikah dengan Shafiyah binti Huyaiy bin Akhtab. Pada tahun yang sama.* Bulan JanuarI 630 M (Ramadhan 8 H) Nabi Muhammad S.A.W pun masih SEHAT WAL ‘AFIAT. Beliau membuka kota Makkah dan menghancurkan semua berhala-berhala yang ada di sekitar Ka’bah. Peristiwa ini dikenal dengan “FATHUL MAKKAH”.* 4 (Empat tahun) SELEPAS peristiwa Perang Khaibar, Rasulullah S.A.W masih HIDUP sihat walafiat kerana baginda di dari mula hingga akhir tugasnya sebagai Nabi ALLAH yang dijaga dari kejahatan dan gangguan manusia. 

*Dan pada bulan maret 632 M, atau tepatnya Dzulhijjah 10 H) Rasulullahmelaksanakan Haji Wada’ bersama-sama dengan kira-kira 114.000,- orang Muslimin untuk menunaikan ibadah haji di Mekah.* Pada bulan Mei 632M, atau bulan safar 11 H, Rasulullah S.A.W menyiapkan Tentera Usamah untuk pergi ke Negeri Syam.* Pada  7 Jun 632 M atau pada hari Isnin 12 Rabi’ul awal (bertepatan dengan hari kelahiran beliau) Nabi Muhammad wafat kerana penyakit biasa. Iaitu DEMAM yang sangat tinggi. Yang paling penting ialah apabila wahyu terakhir turun.  Tanda paling besar bahawa Nabi Muhammad S.A.W akan kembali kepada Penciptanya...

Inilah WAHYU ALLAH yang terakhir dan menjadi tanda bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W pasti kembali (MATI) kepada Penciptanya....

ALLAH SWTBerfirman :“... Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu ...”  ( Q.S Al-Maidah 5 : 3 )

"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahwa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."  MALAIKAT JIBRIL A.S

"Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahwa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahwa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda."  KHALIFAH ABU BAKAR @ ABU QUHAFAH AS- SIDDIQ R.A

Saidina Ali R.A.Berkata:"Ya, Rasulullah, Abu Bakar mengatakan dengan turunnya ayat ini (Al-Maidah : 3) membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?."RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.Wberkata : "Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar R.A adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah dekat.”

RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W  Bersabda :“Tidaklah seorang nabi sakit kecuali akan diberi pilihan antara dunia dan akhirat.”Aisyah R.A berkata; Dan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam ketika sakit yang menyebabkan kematiannya, aku mendengar beliau menuturkan dengan terputus-putus,Baginda S.A.W bersabda:“Bersama orang-orang yang telah Allah beri nikmat kepada mereka, baik dari para nabi, orang-orang yang jujur, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang yang shalih dan mereka itulah sebaik-baik teman.”Saidatina Aisyah R.A berkata : “Maka aku tahu bahwa waktu itu beliau sedang diberi pilihan.”Daripada Muhammad bin ‘Abdullah bin Hausyab,Ibrahim bin Sa’ad, Bapaknya, Urwah dari Saidatina Aisyah R.A( Hadis Mutawatir Mutafaqun Alaih.)

"RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W, penutup para Utusan ALLAH itu WAFAT atas pilihannya sendiri untuk kembali kepada ALLAH dalam keadaan biasa seperti manusia biasa sebagai Utusan ALLAH yang terakhir. Tiada satu makhluk pun yang mampu memudaratkannya atau dapat menzaliminya.  ALLAH telah memelihara Zahir dan Batin Nabi Muhammad SAW dari sebarang kejahatan dan gangguan Manusia dan Jin.  Tiada satu pun mahkluk di alam ini yang bergembira dengan kewafatan Nabi Muhammad SAW kecuali IBLIS Laknatullah,  dan tiada satu makhluk pun yang amat bersedih melebihi Malaikat Jibril A.S. dan Malaikat Maut A.S."   IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A  


Ibnu Sa’ad, p.265;Rasulullah S.A.W jatuh sakit dan dia yakni Malaikat Jibril A.S, berdoa baginya sambil berkata, “Dengan  nama Allah aku berdoa untuk mengusir semua yang melukaimu dan menangkal semua yang dengki padamu dan dari semua mata yang jahat dan Allah akan menyembuhkanmu.”


Ibnu Sa’ad, p.322;Sesungguhnya, ketika Rasulullah S.A.Wmerasa sakit, dia meminta kesembuhan dari Allah. Tapi atas sakitnya yang menyebabkan dirinya mati, dia tidak berdoa untuk minta kesembuhan; baginda SAW biasa berkata, “Wahai jiwa! Apa yang terjadi atas dirimu sehingga kau mencari berlindung di setiap tempat perlindungan?”


PERISTIWA KEWAFATAN / KEMATIAN MUHAMMAD

Ibnu Sa’ad p.322:Ketika saat terakhir Nabi semakin menderita, dia biasa menarik selimut menutupi mukanya; tapi ketika dia merasa tak nyaman, dia menyingkirkannya dari wajahnya dan berkata, “Kutukan Allah bagi orang-orang Yahudi dan Kristian yang membuat kuburan para nabi mereka sebagai tempat keramat.”


KESIMPULANNYA... 
SEKIRANYA Nabi Muhammad SAW difitnah bahawa baginda SAW mati kerana diracun oleh musuh.  MAKA baginda S.A.W  diketegorikan sebagai MATI SYAHID.   Mati Syahid adalah Kematian yang SANGAT TERMULIA sebagai seorang ISLAM dan sebagai seorang Utusan ALLAH yang terakhir.  Kematian dan sebab kematian itu tidak langsung menjejaskan keagungan dan kemuliaan sebagai nabi Terakhir yang dimuliakan oleh ALLAH.  TETAPI sebenarnya menurut Qur’an  yang merupakan AKHLAK Nabi Muhammad SAW itu sendiri menyatakan bahawa FITNAH musuh-musuh Islam yang mahu melemahkan semangat umat Islam dan mahu mencemar maruah dan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.   Nabi Muhammad S.A.W  tidak mati diracun seperti fitnah musuh-musuh Islam itu, sebaliknya hanya kewafatan biasa sebagai seorang Nabi yang telah tamat tugasnya sebagai penyampai wahyu ALLAH.  Jaminan keselamatan dari gangguan manusia juga turut berakhir ketika 'wahyu terakhir' turun.  Peristiwa Racun Di Khaybar itu langsung TIDAK dapat memudaratkan Nabi Muhammad SAW, kerana baginda masih di bawah jaminan perlindungan ALLAH SWT ketika itu.  Sesuai dengan firman ALLAH SWT dalam surah.


ALLAH S.W.TBerfirman :“Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan ALLAH JUA-LAH AKAN MEMELIHARA DARI (KEJAHATAN) MANUSIA. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir.”(QS Al-Maidah 5 : 67 )


 “Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulnya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu); oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana ALLAH akan MEMELIHARA (dan umatmu)  dari KEJAHATAN mereka; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. “  (Q.S. A-Baqarah 2 : 137)


"RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W, penutup para Utusan ALLAH itu WAFAT atas pilihannya sendiri untuk kembali kepada ALLAH dalam keadaan biasa seperti manusia biasa sebagai Utusan ALLAH yang terakhir. Tiada satu makhluk pun yang mampu memudaratkannya atau dapat menzaliminya.  ALLAH telah memelihara Zahir dan Batin Nabi Muhammad SAW dari sebarang kejahatan dan gangguan Manusia dan Jin.  Tiada satu pun mahkluk di alam ini yang bergembira dengan kewafatan Nabi Muhammad SAW kecuali IBLIS Laknatullah,  dan tiada satu makhluk pun yang amat bersedih melebihi Malaikat Jibril A.S. dan Malaikat Maut A.S."
IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A 



ALLAH S.W.T BERFIRMAN ???

ALLAH SWT
Berfirman :
Dan tidak ada gunanya nasihatku kepada kamu, jika aku hendak menasihati kamu, kalau Allah hendak menyesatkan kamu (kerana kamu tetap berdegil); Dia lah Tuhan kamu dan kepadaNya kamu akan kembali".
( Q.S Hud 11 : 34 )

 (Mereka terus berdegil), bahkan mereka menuduh dengan mengatakan Nabi Nuh sengaja mengada-adakan secara dusta: bahawa Tuhan mengurniakan pangkat Nabi kepadanya. Nabi Nuh diperintahkan menjawab dengan berkata: "Kalau aku yang mereka-reka wahyu itu maka akulah yang akan menanggung dosa perbuatanku itu, dan sebenarnya aku bersih dari dosa kesalahan kamu menuduhku".
( Q.S Hud 11 : 35 )

Dan (setelah itu) diwahyukan kepada Nabi Nuh: "Bahawa sesungguhnya tidak akan beriman lagi dari kaummu melainkan orang-orang yang telah sedia beriman. Oleh itu, janganlah engkau berdukacita tentang apa yang mereka sentiasa lakukan.
( Q.S Hud 11 : 36 )


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Kamu semua akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal sehasta demi sehasta sehingga kalau mereka masuk ke lubang biawak sekali kamu tetap akan mengikut mereka. Kami bertanya adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani?
 Sabda Nabi S.A.W: Siapa lagi kalau bukan mereka?”

Daripada Abu Said al-Khudri R.H
(H.R.S : Imam Muslim – Sahih Muslim no: 2669 )


“Ini adalah pesan dari Rasulullah Nabi Muhammad bin Abdullah ( S.A.W )
yang berfungsi sebagai perjanjian dengan mereka yang memeluk agama Kristen, di sini dan di mana pun mereka berada, kami bersama mereka. Bahwasanya aku, para pembantuku, dan para pengikutku sungguh membela mereka, karena orang Kristen juga rakyatku; dan demi Allah, aku akan menentang apa pun yang tidak menyenangkan mereka. Tidak boleh ada paksaan atas mereka. Tidak boleh ada hakim Kristen yang dicopot dari jabatannya demikian juga pendeta dari biaranya. Tak boleh ada seorang pun yang menghancurkan rumah ibadah mereka, merusaknya, atau memindahkan apa pun darinya ke rumah kaum Muslim. Bila ada yang melakukan hal-hal tersebut, maka ia melanggar perintah Allah dan Rasul-Nya. Bahwasanya mereka sesungguhnya adalah sekutuku dan mereka aku jamin untuk tidak mengalami yang tidak mereka sukai. Tidak boleh ada yang memaksa mereka pergi atau mewajibkan mereka berperang. Muslimlah yang harus berperang untuk mereka. Bila seorang perempuan Kristen menikahi lelaki Muslim, pernikahan itu harus dilakukan atas persetujuannya. Ia tak boleh dilarang untuk mengunjungi gereja untuk berdoa. Gereja mereka harus dihormati. Mereka tidak boleh dilarang untuk memperbaiki gereja mereka dan tidak boleh pula ditolak haknya atas perjanjian ini. Tak boleh ada umat Muslim yang melanggar perjanjian ini hingga hari penghabisan (kiamat).”

( KISAH SEJARAH ISLAM : Pada tahun 628 M, utusan dari Biara St. Catherine mengunjungi Nabi Muhammad S.A.W untuk meminta perlindungan.)


"Wahai umat Islam,kamu adalah nabi tanpa wahyu. Maka sampaikanlah apa yang diwahyukan ALLAH kepada Nabi Muhammad S.A.W walaupun satu ayat. Janganlah kamu bimbang dan takut, Allah pasti memelihara dan membantu kamu seperti mana Allah membantu dan memelihara Rasulullah Nabi Muhammad SAW. Sekiranya kamu enggan, maka kamu tidak menyampaikan amanah dan perintah Allah dan RasulNya itu. Maka kamu pasti rugi selamanya."

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A