Dalam aspek
berkaitan etika pemakanan sihat, diet Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan
dan ikutan kerana baginda adalah contoh teladan yang terbaik buat semua umat
manusia. Rasulullah SAW merupakan seorang yang mementingkan khasiat dan mutu
makanan yang diambil agar dapat sepenuh keberkatan dan manfaat daripadanya.
Rasulullah SAW
mengelakkan minuman susu bersama makanan berprotin dan melarang memakan
campuran pelbagai jenis daging. Baginda SAW lebih banyak mengambil bijirin,
sayuran dan buah-buahan kerana corak pemakanan sebegini adalah sihat dan
berkhasiat seperti juga yang disarankan oleh pakar nutrisi pada hari ini.
Kebanyakan
buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kadar lemak yang rendah. Justeru,
pengambilannya mengurangkan lemak di dalam badan dan amat bermanfaat bagi
mereka yang ingin mengawal kegemukan. Di samping itu, ia juga mengandungi zat
dan vitamin lain yang seimbang untuk kesihatan badan di samping memantapkan
lagi sistem pertahanan badan seseorang.
Rasullulah SAW
tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya
sehari2. Kita cubalah ikut cara diet Rasulullah SAW agar sentiasa sihat dan
tidak mengalami sakit perut ataupun keracunan makanan.
Antara tatacara
pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:
1. Rasulullah
tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan. - Nabi Muhammad SAW pernah melarang para
sahabat daripada makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat
penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam
ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions),
jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas
biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu
menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.
2. Rasulullah
SAW melarang meminum susu bersama cuka.
- kerana cuka
boleh merencatkan penyerapan protin susu dan kemasamannya boleh menghakis perut
melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.
3. Elakkan
meminum susu bersama makan buah.
Contohnya
koktel. kerana gabungan dua bahan ini boleh meningatkan kadar keasidannya perut
yang menyebabkan sebu dan gastrik.
4. Rasulullah
SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.
- Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia
untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya memakan nasi
berlaukkan tom yam dan lauk kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi
cas ion yang berbeza.. kalau kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita
akan rosak. jadi, ia bakal mengundang
penyakit dan membahayakan kesihatan.
5. Rasulullah
SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan berat, seperti
gandum atau roti.
Makan buah
sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan buah
selepas makan nasi..Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila
kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh
dengan serat. jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak..
6. Nabi Muhamad
SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.
Menurut
Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda: “Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi
segala penyakit kecuali mati”.
Pemakanan
berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan
phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi
yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal
penyakit kencing manis dan kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu
mencegah kanser.
Al-Hakam Bin
Uyainah berkata: “Adapun Rasulullah SAW tidaklah Baginda tidur malam sehingga
Baginda memakan Habbatus Sawda’ dan madu. Begitulah jua amalan Baginda pada
awal pagi untuk tenaga, hafalan dan menghilangkan masalah lendir (lelah/asma).”
7. Baginda SAW
juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli. Gandum sempurna (whole
grain wheat) mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia
mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko
penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol.
Roti gandum
mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus
karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat-zat
logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia.
Dalam riwayat
lain menurut Abu Daud, Yusuf bin Abdullah bin Salam ra meriwayatkan, “Aku
melihat Rasulullah SAW mengambil sekeping roti gandum dan diletakkan tamar di
atasnya dan memakannya”.
Mengikut riwayat
oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata, ” Keluarga nabi tidak pernah kenyang
dengan memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak
memperolehi roti) mereka memakan tamar”.
8. Buah tamar
sememangnya sinonim dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW, ia dianggap sebagai
makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan
untuk kesihatan manusia.
Kandungan serat
yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang
terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa
digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Manakala buah
tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak
serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut.
Bukhari dan
Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata, “Ada ketikanya dapur rumah kami
tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah
tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging”.
9. Nabi SAW juga
memakan buah-buahan lain seperti tembikai.
Sehubungan
dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata,
“Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah.”
Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi
antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai
penyakit terutamanya kanser.
10. Di samping
itu, Rasulullah SAW juga mengemari sayuran dari jenis mentimun (cucumber).
Mentimun kaya
dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun juga
mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi
silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan
sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana
mentimun mengandungi banyak air, maka pengambilannya dengan makanan yang
berserat merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang
lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan.
11. Nabi SAW
juga menggalakkan penggambilan madu.
Baginda SAW
mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia
mennghindar daripada segala penyakit.
“Dari perut
lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada
ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan” –
(An-Nahl: 68-69).
12. Nabi SAW
sentiasa mengamalkan banyak meminum air dengan meneguk perlahan-perlahan sambil
memegang gelas dengan tangan kanan dan
melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal ini kerana udara
yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria
yang merbahaya kepada kesihatan.
Minum
sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan,
minumlah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah
makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena
penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan
dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta
mengembalikan keserian wajah dan awek muda.
13. Nabi Muhamad
SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.
Diriwayatkan
bahwa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW:
نحن قوم لا نأكل حتى
نجوع وإذا أكلنا لا نشبع
“Kita (kaum
muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum
kenyang.“
Sebaliknya
manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang.
Baginda SAW meminta seseorang itu untuk mengisi 1/3 daripada ruang perutnya
dengan air, 1/3 dengan makanan dan selebihnya dengan ruang kosong (udara).
14. Nabi
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga menyuruh menjamah secubit garam
sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan
jari manis tangan kanan setelah makan.
15. Baca
basmalah dan berdoa sebelum dan setelah makan. Cucilah tangan juga sebelum dan
selepas makan.
– Doa sebelum
makan;
اللَّهُمَّ بَارِكْ
لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
“Ya Allah
berkatilah kami padanya (makanan kami) dan kurniakanlah kami makanan yang lebih
baik darinya.”
Dari Muad bin
Anas r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang selesai makan,
kemudian menyebut, ‘Alhamdulillah- illazi ath’amani haaza, wa razaqanihi min
ghairi haulin minni wa la quwwatin’, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah
lalu.” (HR Tirmidzi)
16. Nabi SAW
juga mengajar untuk kita makan dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun
chopstick. Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Jangan engkau
makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan
(tangan) kirinya.” (HR Muslim)
Apabila selesai
hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli saintis telah menemukan bahawa enzim
banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air
liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan tanpanya makanan tidak hadam).
“Dan janganlah
ia mengelap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya,
kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang
mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk
merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan
janganlah ia mengangkat shahfahnya (bekas makanan) hingga menjilatinya dengan
tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat.” (Kitab
Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).
Berkata Imam
Nawawi, tentang makna kalimat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia
berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung
berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia
makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan
di dalam shahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga
semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).
17. Sebaiknya
kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita. Makan dan
minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan keadaan
duduk dengan menegakkan sebelah lutut sambil menekan perut. Hikmahnya dapat
mengawal kuantiti makanan disamping mengatasi kembung dan senak perut.
18. Makan
berjamaah bersama keluarga atau sahabat.
Berkenaan dengan
seseorang yang datang kepadanya dan Rasulullah SAW bersbda; “Wahai Rasulullah,
kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.” Maka Rasulullah berkata:
“Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.” Orang itu menjawab: “Benar,
Ya Rasulullah!” Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”
19. Rasulullah
SAW melarang meninggalkan makan malam.
Sesiapa yang
meninggalkan makan malamnya, dia akan mempercepatkan tua sebelum masanya kerana
keasidan serta tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda. Makanlah
sekadar mengisi perut (bukan kenyang) walaupun dengan sebiji kurma untuk proses
penghazaman dan proses metabolisma gizi-gizi makanan ke saluran bahagian lain
sebab semasa tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap kesihatan kita.
Masa bayi
terbukti prosesnya, masa dewasa ianya statik tetapi memperbaiki mana-mana unit
dalam badan kita dapat difungsikan dan kerana itu kadang lepas bangun tidur
seseorang merasa segar dan bertenaga.
Para penzuhud
berpendapat makan malam mampu memberi tenaga untuk berqiam malam untuk
beribadat.
20. Elakkan
kekenyangan sebelum tidur kerana ia berperangai seperti Firaun di samping mudah
dipengaruhi syaitan. Suatu ketika Nabi
Yahya a.s. berbual dengan iblis; Berkata iblis: “Ya ada, kadang-kadang kamu
kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir”.
Dari segi
kesihatan pula adalah tidak digalak makan sekurang kurang 2 jam sebelum tidur
kerana tidur dengan kekenyangan boleh memudaratkan sistem tubuh badan. Makanlah
sebelum jam 9.00 malam dan jika lapar selepas makan berat awal, pada jam 6-7
malam, ambillah hanya sedikit makanan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masuk
tidur.
21. Berpuasa
selama sebulan pada bulan Ramadhan dan disunatkan berpuasa pada hari-hari
tertentu boleh menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.
Apabila
bersahur, minumlah sekurang-kurangnya segelas air sejam sebelum solat subuh dan
selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu imsak. Ini adalah perlu bagi
menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa. Manakala apabila berbuka
puasa pada waktu Maghrib, perlu disegerakan dengan memakan 3 biji kurma atau
manisan dan segelas air terlebih dahulu.
22. Islam
melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan anjing serta
keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracun, berbisa dan berbahaya.
Dilarang juga memakan najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya) serta
serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun.
Oleh itu,
pengambilan diet dan menghindari larangan seperti di atas yang diamalkan oleh
Rasulullah SAW merupakan aturan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan ia
telah pun dibuktikan akan kelebihannya melalui kajian sains semasa. Justeru,
amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan
dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap, kelangsungan
hidup dan penyemprnaan ibadah yang bermutu.