DENGAN
NAMA
ALLAH
YANG
MAHA PENGASIH LAGI
MAHA
PENYAYANG
SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SELURUH ALAM
SALAWAT DAN SALAM KE ATAS RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
SALAWAT DAN SALAM KE ATAS RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
”SESUNGGUHNYA AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YANG PATUT
DISEMBAH SELAIN ALLAH DAN MUHAMMAD ITU RASULULLAH.”
ASSALAAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WAL BARAKAATU
WAHAI SAUDARA KU, UMAT ISLAM
BERTAKWALAH KEPADA ALLAH, TUHAN SELURUH ALAM INI
SESUNGGUHNYA AKU MENYERU KAMU DENGAN NAMA ALLAH DAN
RASUL-NYA NABI MUHAMMAD S.A.W
BERPEGANGLAH KEPADA DUA PERKARA
IAITU
KITABULLAH AL-QUR’AN DAN AS-SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W
SESUNGGUHNYA
AKU BERIMAN KEPADA ALLAH DAN RASUL-NYA,
MALAIKAT-MALAIKATNYA, KITAB-KITABNYA, HARI AKHIRAT DAN SEGALA QADA’DAN QADAR
ITU DARI ALLAH SEMATA-MATA.
WAHAI SAUDARA KU, UMAT ISLAM
BERSYAHADAHLAH DAN PATUHI
DENGAN SABAR DAN REDHA AKAN PERSAKSIAN MU ITU,
TUNAIKAN SOLAT FARDHU PADA WAKTUNYA, BERPUASALAH SEBULAN DI
BULAN RAMADHAN, KELUARKAN ZAKAT DARI HARTA-HARTA YANG ALLAH PINJAMKAN KEPADA
KAMU DAN TUNAIKAN HAJI APABILA KAMU MAMPU.
INGATLAH SEMUA ITU LAKUKANLAH DENGAN IHSAN YAKNI KAMU MELAKUKAN IBADAH
ITU SEOLAH-OLAH ALLAH MELIHAT KAMU DAN KAMU MELIHAT ALLAH.
DAN, BERIKHLASLAH DALAM BERAGAMA AGAR KAMU SELAMAT
DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.
WAHAI SAUDARA KU, UMAT ISLAM
ISLAMLAH DENGAN KEISLAMAN YANG MENYELURUH NESCAYA KAMU
SELAMAT. SESUNGGUHNYA AGAMA ISLAM INI
ADALAH SATU-SATUNYA JALAN YANG MENJADIKAN KAMU DIREDHAI ALLAH DAN BERSATU
SEBAGAI UMAT ISLAM YANG SELAMAT DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.
JANGANLAH KAMU MEMILIH JALAN SELAIN ISLAM ATAU KAMU AKAN
ROSAK BINASA DAN DIMURKAI ALLAH.
WAHAI SAUDARA KU, UMAT ISLAM
BERSATULAH KAMU SEMUA DI BAWAH SATU KALIMAH IMAN.
TEGAKKAN BENDERA ISLAM AL-LIWA’ DAN AR-RAYAH.
BERHUKUMLAH DENGAN HUKUM ALLAH ATAU KAMU DIPANDANG ALLAH
SEBAGAI KAFIR KEPADA-NYA
JANGANLAH KAMU KAFIR KEPADA ALLAH
DAN JANGANLAH KAMU MENJADI MUNAFIK KERANA BERTUHANKAN
NAFSU DIRI YANG MEMBINASA.
DAN JANGANLAH KAMU MATI KECUALI DALAM ISLAM.
WAHAI SAUDARA KU, UMAT ISLAM
AMALKAN SUNNAH NABI YANG DIAJARKAN KEPADA KAMU MELALUI
HADIS-HADIS NABI MUHAMMAD S.A.W YANG DISAMPAIKAN KEPADA MU OLEH ULAMA-ULAMA
YANG TAKUT KEPADA ALLAH
DAN YANG BERAMAL DENGAN SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W
SERTA
TINGGALKANLAH
SELAIN YANG DEMIKIAN ITU
WAHAI SAUDARA KU, UMAT ISLAM
CUKUPLAH ALLAH SEBAGAI WAKIL BAGI KU ATAS SEGALA URUSAN. KEPADA-NYA KITA SEMUA BERTAKWA DAN
BERTAWAKKAL
SESUNGGUHNYA TIADA DAYA DAN UPAYA MELAINKAN KEKUATAN DAN
PERTOLONGAN ALLAH YANG MAHA AGUNG LAGI MAHA MULIA.
SEMOGA ALLAH MENGHIMPUNKAN KITA SEMUA DALAM
KEBAIKAN DAN KESELAMATAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.
AMIN
SESUNGGUHNYA PERUTUSAN INI DARIPADAKU
IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A
HAMBA ALLAH