DENGAN
NAMA
ALLAH
YANG
MAHA PENGASIH LAGI
MAHA
PENYAYANG
SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SELURUH ALAM.
KESELAMATAN
BAGI MEREKA YANG MENGIKUT CAHAYA PENTUNJUK
AMMA
BA’DU
SESUNGGUHNYA PERUTUSAN INI DARIPADAKU DAN SESUNGGUHNYA
AKU BERSAKSI BAHAWA
“TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH S.W.T
DAN NABI MUHAMMAD S.A.W ITU PESURUH-NYA”
WAHAI UMAT
KRISTIAN
Aku memuji Allah SWT untukmu dan aku bersaksi bahawa
Nabi Isa a.s ( Jesus ) adalah Roh Allah SWT dan Kalimat-Nya yang disampaikan
kepada Maryam yang tidak pernah kahwin, yang suci, baik dan terjaga. Ia telah
mengandungkan Isa a.s lalu Allah SWT menciptakan dari Roh-Nya dan tiupan-Nya sebagaimana
Dia telah menciptakan Adam a.s dengan tangan-Nya dan tiupan-Nya.
Aku berdoa kepada Allah SWT semata, yang tiada sekutu
bagi-Nya dan berserah diri dan taat kepada-Nya. Hendaklah kamu mengikuti
Muhammad Rasulullah SAW, beriman kepadanya dan apa-apa yang telah datang
kepadanya sepertimana para Rasul dan para Nabi
Allah SWT sebelum baginda
Rasulullah SAW.
Sesungguhnya aku menyeru kamu dengan seruan Islam dan
Allah SWT akan mendatangkan padamu dua kali pahala di dunia dan di Akhirat yang
kekal abadi selamanya. Maka apabila kamu berpaling maka kamu kuserahkan
kepada Allah SWT, Tuhan seluruh alam ini.
Yakni ,
Allah SWT,
tiada Tuhan selain-Nya yang hidup kekal dan berkuasa
dengan sendiri-Nya.Tiada mengantuk dan tiada pula tidur, kepunyaan-Nya apa yang
ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa’at dan pertolongan
di sisi Allah SWT tanpa izin-Nya? Allah SWT mengetahui apa yang di hadapan
mereka dan di belakang mereka dan mereka hanya dapat mengetahui sedikit sahaja
dari ilmu Allah SWT dengan kehendak-Nya. Qursyi-Syiar Allah SWT itu meliputi
langit dan bumi. Dia tidak merasa berat
memelihara kedua-duanya. Dia Maha Tinggi lagi Maha Besar.
"Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan
orang-orang yang mengikuti agama Islam ini.
Agama para nabi dan Rasul ALLAH itu
semuanya adalah ISLAM. Satu-satunya
JALAN yang lurus dan selamat yang patut kamu jalani. Hanya Islam ini agama di
sisi ALLAH. Barangsiapa yang memilih
selain Islam. Sesungguhnya dia telah rugi di Dunia dan di Akhirat. Telah jelas dan terang yang hak dan batil. Oleh
itu, marilah kita berpegang teguh pada
satu kalimat yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu. Bahawa tidak
kita sembah kecuali Allah SWT dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu
apa pun selain-Nya. Tidak pula sebahagian kita menjadikan sebahagian yang
lain sebagai Tuhan selain Allah SWT.
Apakah kamu mahu masuk Islam?
Islamlah…
nescaya kamu selamat!
Jika kamu masuk
Islam, sesungguhnya kamu telah mendapat
petunjuk, dan jika kamu berpaling, maka kewajiban kami hanyalah menyampaikan
(ayat-ayat Allah). Dan saksikanlah bahawa kami adalah orang-orang Islam yang berserah diri
kepada ALLAH. Sesungguhnya, ALLAH Maha Melihat akan
hamba-hamba-Nya.”
IKHLAS
DARI
IMAM
MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A