Jumaat, 12 Julai 2013
KHASIAT BAWANG PUTIH ???
Bawang putih mempunyai bau menyengat. Sering dianggap bila kebanyakan makan bawang putih akan membawa aroma tidak sedap pada tubuh. Namun faktanya dalam kesihatan bawang putih mempunyai banyak manfaat yang tidak terduga. Berdasarkan tulisan dalam laman READERDIGEST, tanaman yang mempunyai nama ilmiah Allium Sativum ini diketahui dapat digunakan untuk keperluan kecantikan dan ubat untuk kesihatan sebagai berikut:
1. Menyuburkan rambut
Bawang putih boleh mengatasi masalah keguguran rambut. Dengan kandungan Allicin yang tinggi, mirip sebatian sulfur yang ditemui pada bawa merah, yang dipercayai berkesan untuk mengatasi masalah rambut gugur. Gosokkan hirisan ulas bawang putih pada kulit kepala lalu urut-urut untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Boleh juga bawang putih ditambah minyak, lalu dipijatkan ke kepala.
2. Membersihkan jerawat
Mungkin tidak dijumpai sebagai bahan utama dalam ubat jerawat yang ada di farmasi, tetapi bawang putih merupakan ubat semulajadi yang mampu mengusir noda kerana mengandungi antioksidan yang dapat membunuh bakteria. Gosokkan satu keping bawang putih pada jerawat di wajah perlahan-lahan.
3. Mencegah dan merawat flu
Dengan kandungan antioksidan di dalamnya, menjadikan sistem imun tubuh manusia mendapatkan manfaat jika bawang putih secara berterusan di masukkan dalam menu sehari-hari. Jika flu menghampiri, cubalah menghirup teh bawang putih: masukkan hirisan atau dicincang halus bawang putih dalam air panas untuk beberapa minit kemudian saring. Teh siap diminum. Dapat juga ditambah sedikit madu atau halia untuk menambah rasa.
4. Atasi penyakit kulit
Kerana telah terbukti mempunyai khasiat anti radang, bawang putih membantu mengurangkan terjangkitnya penyakit kulit. Cuba olesi sedikit minyak bawang putih di kawasan yang dijangkiti untuh hasil kulit yang lebih halus.
5. Mengawal berat badan
Pakar pemakanan Cynthia Sass menyebutkan kajian pada tikus yang makan bawang putih menunjukkan adanya pengurangan berat badan dan penyimpanan lemak. Cubalah untuk memasak setiap dengan menggunakan bawang putih menghasilkan makanan yang lazat dan pinggang yang ramping.
6. Menyembuhkan luka serpihan
Meletakkan sekeping bawang putih di atas luka serpihan kaca kemudian menutupnya dengan balutan perban merupakan ubat tradisional yang telah lama digunakan oleh sebahagian masyarakat. Para blogger meyakini akan hal tersebut sampai sekarang.
7. Merawat kaki atlet
Dengan sifat anti-jamurnya, bawang putih boleh menjadi ubat mujarab bagi atlet untuk menghilangkan rasa gatal di kaki. Rendam kaki dalam tab berisi air hangat dan sedikit bawang putih.
8. Menjauhkan nyamuk
Salah satu kajian di India mendapati bahawa orang-orang yang menggosokkan ramuan bawang putih di lengan dan kaki mereka, tidak terganggu oleh binatang penghisap darah tersebut. Buatlah larutan minyak bawang putih, minyak jeli dan lilin lebah atau tempakan sesiung bawang putih di tempat tertentu sebagai penangkal nyamuk.
9. Menyembuhkan sariawan
Menurut laman ECOSALON, bawang putih mengandungi makanan tambahan yang boleh membantu proses penyembuhan pada masalah sariawan. Dengan adanya sifat alami anti-inflamasi membantu mengurangkan rasa sakit dan pembengkakan.
10. Lem alami
Pernahkah anda memperhatikan bagaimana lekat jari anda selepas memotong bawang putih? Bawang putih mengandungi bahan pelekat alami yang berkualiti dimana banyak orang meyakini dan menggunakannya untuk memperbaiki keretakan pada benda kaca. Hancurkan beberapa ulas dan beberapa ulas bawang putih kemudian oleskan bahan tersebut ke bahagian yang akan digam.
11. Membersihkan jalanan dari timbunan salji
Sebuah bandar di Iowa menggunakan garam bawang putih hasil sumbangan untuk mengilangkan timbunan es dari jalan raya.
12. Melindungi tanaman
Perosak tanaman tidak suka bawang putih. Gunakanlah racun perosak semulajadi yang diperbuat daripada bawang putih, minyak mineral, air, dan sabun cair. Tuang ke dalam bekas penyembur dan menyembur ke tanaman.
13. Banyak dapat ikan
Ikan sangat tertarik denga aroma bawang putih yang dipautkan pada umpan.