Selasa, 29 Oktober 2013

SANTAPAN ROHANI ???

ALLAH S.W.T
Berfirman :

 

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami, mereka berkata: "Sesungguhnya kami telah mendengar (ayat-ayat yang seperti ini), kalau kami menghendaki niscaya kami dapat membacakan yang seperti ini, (Al-Qur'an) ini tidak lain hanyalah dongengan-dongengan orang-orang purbakala".
(QS. 8:31)Dan (ingatlah), ketika mereka (orang-orang musyrik) berkata: "Ya Allah, jika betul (Al-Qur'an) ini, dialah yang benar dari sisi Engkau, maka hujanilah kami batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih".
(QS. 8:32)Dan Allah sekali-kali tidak akan mengajak mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengajak mereka, sedang mereka meminta ampun."(QS. 8:33)


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.Wbersabda:
 “ Jauhilah oleh kalian perkara baru
karena sesuatu yg baru (hal agama) adalah bid’ah dan  setiap bid’ah adalah sesat”.
 ( H.R.S : Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah, Tirmidzi & Hakim )


"Kalau anda memandang makhluk itu cantik. Maka ketahuilah, ALLAH itu Maha Cantik dan Maha Indah serta sukakan kecantikan dan keindahan."
IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A

Rabu, 16 Oktober 2013

SKROL UNTUK UMAT ISLAM???

DENGAN
NAMA ALLAH
YANG MAHA PENGASIH LAGI
MAHA PENYAYANG

SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SELURUH ALAM
SALAWAT DAN SALAM KE ATAS RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W

”SESUNGGUHNYA AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YANG PATUT DISEMBAH SELAIN ALLAH DAN MUHAMMAD ITU RASULULLAH.”


ASSALAAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WAL BARAKAATU
 
WAHAI SAUDARA KU, UMAT ISLAM
BERTAKWALAH KEPADA ALLAH, TUHAN SELURUH ALAM INI

SESUNGGUHNYA AKU MENYERU KAMU DENGAN NAMA ALLAH DAN RASUL-NYA NABI MUHAMMAD S.A.W 
BERPEGANGLAH KEPADA DUA PERKARA
 IAITU
KITABULLAH AL-QUR’AN DAN AS-SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W

SESUNGGUHNYA
AKU BERIMAN KEPADA ALLAH DAN RASUL-NYA, MALAIKAT-MALAIKATNYA, KITAB-KITABNYA, HARI AKHIRAT DAN SEGALA QADA’DAN QADAR ITU DARI ALLAH SEMATA-MATA.


WAHAI SAUDARA KU, UMAT ISLAM
BERSYAHADAHLAH DAN PATUHI
DENGAN SABAR DAN REDHA AKAN PERSAKSIAN MU ITU,
TUNAIKAN SOLAT FARDHU PADA WAKTUNYA, BERPUASALAH SEBULAN DI BULAN RAMADHAN, KELUARKAN ZAKAT DARI HARTA-HARTA YANG ALLAH PINJAMKAN KEPADA KAMU DAN TUNAIKAN HAJI APABILA KAMU MAMPU.  INGATLAH SEMUA ITU LAKUKANLAH DENGAN IHSAN YAKNI KAMU MELAKUKAN IBADAH ITU SEOLAH-OLAH ALLAH MELIHAT KAMU DAN KAMU MELIHAT ALLAH.  
DAN, BERIKHLASLAH DALAM BERAGAMA AGAR KAMU SELAMAT
DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.


WAHAI SAUDARA KU, UMAT ISLAM
ISLAMLAH DENGAN KEISLAMAN YANG MENYELURUH NESCAYA KAMU SELAMAT.  SESUNGGUHNYA AGAMA ISLAM INI ADALAH SATU-SATUNYA JALAN YANG MENJADIKAN KAMU DIREDHAI ALLAH DAN BERSATU SEBAGAI UMAT ISLAM YANG SELAMAT DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. 
JANGANLAH KAMU MEMILIH JALAN SELAIN ISLAM ATAU KAMU AKAN ROSAK BINASA DAN DIMURKAI ALLAH. 


WAHAI SAUDARA KU, UMAT ISLAM
BERSATULAH KAMU SEMUA DI BAWAH SATU KALIMAH IMAN. 
TEGAKKAN BENDERA ISLAM AL-LIWA’ DAN AR-RAYAH. 
BERHUKUMLAH DENGAN HUKUM ALLAH ATAU KAMU DIPANDANG ALLAH SEBAGAI KAFIR KEPADA-NYA
JANGANLAH KAMU KAFIR KEPADA ALLAH
DAN JANGANLAH KAMU MENJADI MUNAFIK KERANA BERTUHANKAN NAFSU DIRI YANG MEMBINASA.
DAN JANGANLAH KAMU MATI KECUALI DALAM ISLAM.


WAHAI SAUDARA KU, UMAT ISLAM
AMALKAN SUNNAH NABI YANG DIAJARKAN KEPADA KAMU MELALUI HADIS-HADIS NABI MUHAMMAD S.A.W YANG DISAMPAIKAN KEPADA MU OLEH ULAMA-ULAMA YANG TAKUT KEPADA ALLAH
DAN YANG BERAMAL DENGAN SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W
SERTA
 TINGGALKANLAH SELAIN YANG DEMIKIAN ITU


WAHAI SAUDARA KU, UMAT ISLAM
CUKUPLAH ALLAH SEBAGAI WAKIL BAGI KU ATAS SEGALA URUSAN.  KEPADA-NYA KITA SEMUA BERTAKWA DAN BERTAWAKKAL

SESUNGGUHNYA TIADA DAYA DAN UPAYA MELAINKAN KEKUATAN DAN PERTOLONGAN ALLAH YANG MAHA AGUNG LAGI MAHA MULIA.

SEMOGA ALLAH MENGHIMPUNKAN KITA SEMUA DALAM
KEBAIKAN DAN KESELAMATAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.
AMIN

SESUNGGUHNYA PERUTUSAN INI DARIPADAKU

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A
HAMBA ALLAH


Selasa, 8 Oktober 2013

SKROL UNTUK UMAT KRISTIAN???

DENGAN
NAMA ALLAH
YANG MAHA PENGASIH LAGI
MAHA PENYAYANG
SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SELURUH ALAM.
KESELAMATAN BAGI MEREKA YANG MENGIKUT CAHAYA PENTUNJUK
AMMA BA’DU
SESUNGGUHNYA PERUTUSAN INI DARIPADAKU DAN SESUNGGUHNYA AKU BERSAKSI BAHAWA

“TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH S.W.T

DAN NABI MUHAMMAD S.A.W ITU PESURUH-NYA”

WAHAI UMAT KRISTIAN
Aku memuji Allah SWT untukmu dan aku bersaksi bahawa Nabi Isa a.s ( Jesus ) adalah Roh Allah SWT dan Kalimat-Nya yang disampaikan kepada Maryam yang tidak pernah kahwin, yang suci, baik dan terjaga. Ia telah mengandungkan Isa a.s lalu Allah SWT menciptakan dari Roh-Nya dan tiupan-Nya sebagaimana Dia telah menciptakan Adam a.s dengan tangan-Nya dan tiupan-Nya.

Aku berdoa kepada Allah SWT semata, yang tiada sekutu bagi-Nya dan berserah diri dan taat kepada-Nya. Hendaklah kamu mengikuti Muhammad Rasulullah SAW, beriman kepadanya dan apa-apa yang telah datang kepadanya sepertimana para Rasul dan para Nabi  Allah SWT  sebelum baginda Rasulullah SAW.

Sesungguhnya aku menyeru kamu dengan seruan Islam dan Allah SWT akan mendatangkan padamu dua kali pahala di dunia dan di Akhirat yang kekal abadi selamanya.  Maka  apabila kamu berpaling maka kamu kuserahkan kepada Allah SWT, Tuhan seluruh alam ini.

Yakni ,

Allah SWT,
tiada Tuhan selain-Nya yang hidup kekal dan berkuasa dengan sendiri-Nya.Tiada mengantuk dan tiada pula tidur, kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa’at dan pertolongan di sisi Allah SWT tanpa izin-Nya? Allah SWT mengetahui apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka dan mereka hanya dapat mengetahui sedikit sahaja dari ilmu Allah SWT dengan kehendak-Nya. Qursyi-Syiar Allah SWT itu meliputi langit dan bumi. Dia tidak  merasa berat memelihara kedua-duanya. Dia Maha Tinggi lagi Maha Besar.



"Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan orang-orang yang mengikuti agama Islam ini.  Agama para nabi dan Rasul ALLAH itu semuanya adalah ISLAM.  Satu-satunya JALAN yang lurus dan selamat yang patut kamu jalani. Hanya Islam ini agama di sisi ALLAH.  Barangsiapa yang memilih selain Islam. Sesungguhnya dia telah rugi di Dunia dan di Akhirat.  Telah jelas dan terang yang hak dan batil. Oleh itu, marilah kita berpegang teguh pada satu kalimat yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu. Bahawa tidak kita sembah kecuali Allah SWT dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu apa pun selain-Nya.  Tidak pula sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai Tuhan selain Allah SWT.

Apakah kamu mahu masuk Islam?

Islamlah…
nescaya kamu selamat!

Jika kamu  masuk Islam, sesungguhnya kamu  telah mendapat petunjuk, dan jika kamu berpaling, maka kewajiban kami hanyalah menyampaikan (ayat-ayat Allah). Dan saksikanlah bahawa kami adalah orang-orang Islam yang berserah diri kepada ALLAH.  Sesungguhnya, ALLAH Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.”

IKHLAS DARI
IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A