Khamis, 22 September 2011
RAMBUT GUGUR???
Petua pertama
Keguguran rambut akibat dari banyak sebab. Kebiasaannya dialami oleh yang baru lepas bersalin. Ini perlu dijaga kerana rambut adalah mahkota seorang wanita. Bagi muslimah yang memakai tudung pula adalah juga satu faktor menyebabkan keguguran rambut tapi itu bukan satu alasan tidak memakai tudung. Ikutilah petua ini langkah demi langkah untuk mendapatkan rambut yang cantik dan wangi.
Pertama sekali selalulah menyapukan perahan air limau nipis untuk menghilangkan kelemumur selama 2 minggu. Kelemumur juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Kemudiannya anda memerlukan santan untuk menyuburkan rambut. Santan perlu dilumurkan keseluruhan rambut hingga kekulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Tidak perlu terburu-buru untuk membasuhnya perapkan dengan tuala untuk setengah jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam.
Buatlah setiap hujung malam minggu.... Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik lagi menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut anda tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat.
Ini kerana kesan dari khasiat buah limau nipis, santan dan lidah buaya yang sememangnya sesuai dijadikan penawar bagi mereka yang mengalami keguguran dan ketidaksuburan rambut.
SETIAP MALAM AMALKAN- MELUMUR MINYAK KUNYIT PADA SELURUH KULIT KEPALA DAN RAMBUT... INSYALLAH...RAMBUT AKAN MENJADI LEBIH MENAWAN DAN SEKSI...
Petua Kedua :
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
Petua Ketiga :
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kuit kepala seeloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.
Petua Keempat :
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.
Kesimpulannya, jagalah kesihatan rambut anda dengan cermat. terutama kepada yang perempuan, jagalah ianya sebaiknya. ianya MAHKOTA ANDA!--- KALAU DAH BOTAK KOMPOM TAK LAWA DAH!!!! SIAANNYAAA... SO.. KENALAH JAGA... KALAU TAK BEFREN ATAU SUAMI ANDA LARI CARI BETINA LAIN...HEHEEHEEH!!!
KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD (S.A.W) ???
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
SK : subhanallah... Allahumma shalli alaa Muhammad wa alaa aalihi Muhammad....
MANGGIS-RATU BUAH.... UBAT HIV-AIDS???
Dulu dapat makan Manggis je.. emmang buah faverit dan saat yang paling best sekali... tetapi kulitnya aku buang macam tu je, ada juga orang tua-tua kata... ianya baik dikeringkan dan ditumbuk sampai jadi hancur dan campurkan dengan air, minum akan mengubati Asma... dan hari ini aku tak sangka ia banyak khasiat, bukan setakatmengubati Asma, tetapi penyakit yang amat bahaya dan tiada ubatnya itu juga berjaya disembuhkan dengan khasiat Manggis! Subhanallah.... di Indonesia sahaja, ada minuman jus ubat yang diekstrak dari kulit Manggis spenuhnya mampu mengubati AIDS/HIV!!!!... memang sesuatu yang menggemparkan!
KHASIAT KULIT MANGGIS
Kulit manggis dijemur sampai kering dan dijadikan serbuk. Kemudian masukkan ke dalam capsule. Diambil setiap hari sebagai makanan tambahan kesihatan yang terbukti kahsiattnya. Untuk pengetahuan anda, di US harga sebotol jus kulit manggis adalah lebih kurang RM900.00!!
Tetapi kita orang Malaysia,buah ni ada depan mata, mengapa kita buang sahaja????
KHASIAT KULIT MANGGIS - JANGAN ABAIKAN KHASIATNYA..
1. Anti-fatigue (energy booster/memberi tenaga)
2. Powerful anti-inflammatory (prevents inflammation)
3. Analgesic (prevents pain/mencegah sakit urat saraf )
4. Anti-ulcer (stomach,mouth and bowel ulcers)
5. Anti-depressant (low to moderate/mencegah kemurungan)
6. Anxyolytic (anti-anxiety effect/mencegah kegelisahan/ panik/cemas)
7. Anti-Alzheimerian (helps prevent dementia)
8. Anti-tumor and cancer prevention (multiple categories cited)... shown to be capable of killing cancer cells/Mencegah kanser.
9. Immunomodulator (multiple categories cited) - helps the immune system
10. Anti-aging(Anti penuaan)
11. Anti-oxidant( Buang toxic dalam badan)
12. Anti-viral (membunuh kuman)
13. Anti-biotic (modulates bacterial infections)
14. Anti-fungal (prevents fungal infections/menggelakkan kulat)
15. Anti-seborrheaic (prevents skin disorders/mencantik kan kulit)
16. Anti-lipidemic (blood fat lowering, LDL/membuang kolesterol jahat)
17. Anti-atheroscleroti c (prevents hardening of arteries)
18. Cardioprotective (protects the heart/untuk jantung)
19. Hypotensive (blood pressure lowering/rendahkan tekanan darah)
20. Hypoglycemic (anti-diabetic effect, mengurangkan gula dalam darah)
21. Anti-obesity (helps with weight loss/kuruskan badan)
22. Anti-arthritic (prevention of arthritis/cegah sakit tulang)
23. Anti-osteoporosis (helps prevent the loss of bone mass)
24. Anti-periodontic (prevents gum disease/cegah gusi berdarah)
25. Anti-allergenic (prevents allergic reaction)
26. Anti-calculitic (prevents kidney stones/cegah batu karang)
27. Anti-pyretic (fever lowering/rendahkan suhu badab)
28. Anti-Parkinsonism
29. Anti-diarrheal diseases
30. Anti-neuralgic (reduces nerve pain/sakit urat saraf)
31. Anti-vertigo (prevents dizziness)
32. Anti-glaucomic (prevents glaucoma/sakit mata)
33. Anti-cataract (prevents cataracts) -sejenis penyakit mata yang menyebabkan rabun teruk.
34. Pansystemic - has a synergistic effect on the whole body/Mengimbangi
seluruh badan.
UNTUK MERAWAT GOUT..
Kulit manggis amat berkhasiat untuk membuang asid urik di dalam badan. Pengidap gout boleh mengamalkan kulit manggis ni.
Caranya :
1. Ambil buah manggis
2. Kupas
3. Isi dia enak di makan
4. Kalau sebelum ini kulit hanya dimasukkan dalam tong sampah, tapi lebih baik ambil kulit itu dan hiris nipis2 macam asam keping dan jemur sampai kering.
5. Bila2 masa, ambil air panas, 2 atau 3 hirisan kulit manggis tersebut direndam buat seketika. Sedia di minum apabila menjadi suam.
6. Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak.
SELAMAT MENCUBA!