Selasa, 20 September 2011

SULUKEN???


... PERTEMUAN DUA BANGSA ...

APA ITU SULUKEN?

Suluken lahir dari dua suku kata, bangsa ‘Suluk’ dan ‘en’- Suluk bermakna, bersendirian berkhalwat dalam bahasa Arab, ianya biasa dilakukan sebagai ritual para sufi yang bertapa dan beribadah kepada Allah SWT. Manakala ‘en’ bermaksud satu tambahan kepada suku kata SULUK yang membawa makna percampuran kepada dunia luar. Suku kata ‘enter’ bermakna masuk atau bertambah atau ditambah. Hanya diambil dua huruf depannya iaitu ‘en’.

Walaupun bersendirian pada masa yang sama ia peka dengan dunia luar dan berhubung dengan dunia luar tersebut seiring dengan hidup manusia. Ini juga bermaksud, bangsa Suluk yang asli, yang tiada campuran apa-apa dari mana-mana bangsa. Bila bangsa ini bercampur atau berkahwin dengan orang bukan bangsa Suluk, maka ia menjadi satu bangsa campuran yang dinamakan SULUKEN! Dengan kata EN sebagai tambahannya.
Maka lahirlah sebuah bangsa baru, iaitu.... SULUKEN
Inilah hakikat sebenar bangsa Suluken.

Sama seperti apabila Iskandar Zulqarnaen menjadi pelopor antara dua tamadun yang kemudiannya dikenali sebagai tamadun Helenistik. Percampuran timur dan barat.
MAKA APABILA DUA BANGSA BERTEMU, SEDANGKAN LELAKI YANG MENJADI SANG SUAMI KEPADA ISTERI YANG BUKAN SULUK ITU ADALAH BANGSA SULUK. MAKA IA DIGELAR SEBAGAI SULUKEN! Sekiranya perempuan itu adalah bangsa Suluk dan isterinya bukan. Maka ia tidak digelar Suluken! Ia digelar dengan perkataan lain. Contohnya, kalau perempuan Suluk berkahwin dengan lelaki Bajau... maka anaknya akan digelar bangsa Basuluk atau Bajau-Suluk. Kalau Cina dipanggil, Cinsuluk atau CIN-SULUK. Begitulah nama-nama bangsa yang lain juga. Hanya Lelaki yang Suluk sahaja yang akan meneruskan keturunan. Bukannya perempuan. Hak hartanya sama rata mengikut undang-undang Islam.
Dan sekiranya lelaki Suluken ini berkahwin dengan bangsa lain. Anaknya tetap digelar SULUKEN! Kerana ia lelaki, sekiranya anak perempuan. Maka ia bukanlah SULUKEN walaupun ayahnya adalah Suluk dan ibunya bangsa lain. Hanya LELAKI sahaja yang layak digelar SULUKEN dan hanya keturunannya lelaki sahaja.

Huruf SULUKEN DITULIS DALAM FONT HANZEL EXTENDED DAN WARNANYA BIRU LAUT (CAMPURAN ANTARA HIJAU DAN BIRU) MANAKALA SHAPE OUTLINENYA ADALAH KELABU LIGHTS. INI HURUF RASMINYA SELAMA-LAMANYA.
ALHAMDULILLAH, anakku MUHAMMAD ZULQARNAEN adalah GENERASI berbangsa SULUKEN yang PERTAMA lahir setelah nama bangsa ini diwujudkan dengan ‘BISMILLAH’.
*MANA-MANA ANAK SULUKEN YANG LAHIR SELEPAS TAHUN 2011... HENDAKLAH MENDAFTAR KEPADA SAYA SEGERA UNTUK DISERAPKAN DALAM PERSATUAN SULUKEN. HUBUNGI SAYA UTNUK PENDAFTARAN. GREENDREAM_001@YAHOO.COM- MAGSUKUL... ALHAMDULILLAH.