Isnin, 20 Jun 2011
BB- ANAK KUCING COMEI ???
INILAH gambar anak kucing yang aku hampir terlanggar tempohari dan tarikh 16-19 hb6.2011 adalah tarikh kucing tu ada kat umah aku... kerana pada pagi ahadnya yang sepatutnya kau hantar dia ke kawasan perumahan tu aku amik gambar dia banyak sangat... sebagai kenangan... kemudian aku bagi dia kepada seorang pekerja perumahan yang datang baiki pintu rumah baru aku di Bandaraya sekarang ini. nasib baik budak indon tu nak kucing betina(anak kucing ya)... dan masa tu aku sedih amat... apa taknya... masa anak kucing tu diletakkan dalam bakul motosikal, dia melompat turun dan berlari masuk ke halaman rumah aku... Sedihnya aku masa tu... bukan apa, dan bukannya aku tak suka... tetaoi keadaan dan masanya amat tidak sesuai untuk aku pelihara BB (nama anak kucing ini yang aku beri pada hari jumaat tu...)
dua kali BB melompat turun dari motosikal tuan barunya... dan aku terpaksa angkat semula masukkan dalam bakul motosikal tuan barunya... kali kedua dia lompat ...aku bacakan 'Ayat Pelepas' pada telinganya sekali... alhamdulillah... akhirnya dia tidak buat hal lagi...dan kemudian dengan sayu aku melihatnya dibawa pergi... dan malam itu aku sepi tanpa BB, dan aku tertanya-tanya, apa yang akan dibuatnya di tempat baru dan tuan baru?
mengiaukah dia dengan nyaring kerana takut ditempat baru???
Ya Allah...