Ahad, 12 Jun 2011
2 KAEDAH MENGUBATI PENYAKIT BUAH PINGGANG???
DALAM HPA JUGA ADA UBAT YANG DIPAKEJKAN UNTUK PENYAKIT INI...
Buah Pinggang atau ginjal adalah merupakan organ yang sangat luar biasa di dalam sistem tubuh badan. Ia berbentuk seperti kacang merah dengan panjangnya hampir 10 cm, ia terletak di belakang perut dan hati,di tengah punggung dengan dengan tulang belakang. Organ ini berfungsi menapis bahan-bahan yang ada di dalam darah, manakala bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh dibuang sebagai urin atau air kencing. Bahan-bahan yang diperlukan diserap kembali oleh ginjal dan disalurkan ke seluruh tubuh. Menarik bukan?
Sekarang kita lihat fungsi organ ini:
1)pembuangan Urine
2)pembuangan kotoran yang terdiri daripada urea kreatinin
3)Pengeluaran air yang berlebihan di dalam badan
4)pengimbangan bahan elektrolit seperti sodium,potassium dan mineral yang lain.
Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan ginjal:
1) Darah tinggi
2) Batu karang
3) buah pinggang gagal berfungsi dengan baik
4) peradangan pada glomerulus
Komplikasi yang timbul jika pemakanan tidak dijaga
1)protein yang berlebihan-akan meningkatkan penghasilan bahan kotoran(urea kreatinin di dalam tubuh,jika tidak dibuang akan menyebabkan keracunan
2) Natrium yang berlebihan-akan mengakibatkan berlakunya edema(bengkak air)
3) Potassium yang berlebihan-akan menyebabkan gangguan otot terutama otot jantung(jadi tak normal)
*Sumber protien - Daging,telur ayam,itik,kerang,ikan,tauhu,paru-paru,susu tepung,ketam,udang dan lain-lain
*Sumber Natrium Potassium - kicap,sos tiram,budu,cincaluk,ikan masin,ikan bilis,telur masin,serbuk perasa dan lain-lain
Produk-produk HPA yang digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang adalah :
1) Malac
2) Teh Herba
3) Pelawas
5) Kopi Radix
dan pelbagai persediaan herba yang ada di dalam HPA
Peranan buah pinggang sangat penting di dalam pengamal Herba kerana kelangsungan fungsi organ ini akan memastikan herba berfungsi dengan baik. Jagalah buah pinggang dengan baik tau!!!
Pakej Buah Pinggang
Organik Mengkudu
Mengkudu ( Morinda citrifolia ) yang berasal dari Asia Tengara., Austrolia, dan kepulauan Pasifik telah di gunakan dengan meluas dalam tujuan perawatan segala jenis penyakit. HPA mengunakan mengkudu hasil tanaman secara orgnik bagi memastikan kualiti serta khasiat bahan tersebut sentiasa terjamin dan mempunyai nilai perubatan yang maksimun kepada para pengamal produk tersebut.
Kajian telah mendapati Produk Mengkudu Organik HPA telah terbukti berkesan untuk mengubati permasaalahan berikut:
Menurunkan tekanan darah tinggi.
Membantu dan merangsangkan hormonmelatonindan seratonon bagi mengatur dan memperbaiki kualiti tidur serta peredaran darah yang stabil.
Membekalkan tenaga pada tubuh badan
Bertindak sebagai anti peradangan dan mengurangkan kesakitan kepada pngidap Athritis
Anti Histimik
Melindungi usus dari serangan bakteria perosak dan membantu dalam percernaan.
Memelihara sistem jantung.
Menghentikan pertumbuhan sel kanser dan pra kanser
Anti penuaan
Mencegah kencing manis tahap 1 dan 2
Mencegah ketegagan dan stroke
Memelihara fungsi ginjal.
Malac
Herba yang bersifat diuretik berfungsi sebagai anti hipentensi dan anti piretik yang amat baik untuk untuk penjagaan buah pinggang, memecahkan batu karang, penyakit epilepsi, infeksi saluran air kencing, kncing berdarah dan sakit GHOUT. Bagi penderitaan batu karang disarankan amalkan bersama madu asli bagi tujuan memecahkan batu karang.
Malac menggunakan herba utama lalang telah terbukti amat mujarab dan di cadangkan dijadikan amalan untuk mereka yang menghadapi masaalah tersebut.
Kaedah Pertama
1. Ambil beberapa helai daun misai kucing dan bersihkannya.
2. Rebuskan daun tersebut sampai mendidih.
3. Setelah mendidih, biarkannya suam.
4. Kemudian, anda minumlah air rebusan daun misai kucing ni 2 kali sehari.
5. Amalkannya setiap hari selama seminggu
Kaedah Kedua
1. Ambil beberapa helai daun pegaga beserta akarnya sekali.
Daun pegaga
2. Bersihkannya terlebih dahulu.
3. Kemudian, anda tumbuk daun pegaga tadi dan perahkan airnya.
4. Perahkanlah air pegaga tu ke dalam cawan dan campurkannya dengan sebiji telur itik. Tapi anda hanya perlukan bahagian putih telur.
5. Kemudian, kacaukan campuran tersebut dan minumlah sekali sehari.
6. Amalkan petua ini setiap hari selama seminggu.
Apa Yang Menyebabkan Kerosakan Buah Pinggang?
Buah pinggang boleh dirosakkan dalam kemalangan ataupun disebabkan oleh penyakit. Dua penyebab kegagalan buah pinggang yang biasa adalah berpunca daripada komplikasi penyakit kencing manis yang tidak terkawal ataupun tekanan darah tinggi. Di samping itu, penyalahgunaan dadah seperti NSAIDs (non-steroidal anti-inflammatory drugs - seperti ibuprofen, acetominophen, etc.) boleh juga menyebabkan kegagalan buah pinggang.
Cara-Cara Mudah Untuk Menghindar Penyakit Buah Pinggang
Langkah-langkah mudah ini boleh menjaga kesihatan buah pinggang kamu, ataupun jika ada pesakit buah pinggang dalam keluarga kamu, ia boleh menambah usia buah pinggang supaya mereka akan berfungsi dengan lebih baik.
-Minum air yang banyak. Minum sekurang-kurangnya 8-10 gelas air (bukan minumum kilangan seperti soda) setiap hari. Ini adalah penting bagi mengelakkan batu buah pinggang.
-Penghindaran atau perawatan diabetes dan tekanan darah tinggi. Amalkan senaman yang mencukupi (Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan rancangan senaman yang baru). Tidak merokok. Mengekalkan berat badan yang seimbang. Mengawal gula darah kamu jika anda mengidap diabetes.
-Makanan diet yang seimbang
-Merawat luka dan jangkitan. Mengikut arahan penasihat kesihatan anda. Cuba menghindari jangkitan dengan menjaga kebersihan.
-Hadkan dedahan kepada logam-logam berat dan bahan kimia bertoksid. Mengelakkan penggunaan dadah yang tidak perlu.
--amalkan pernafasan yang betul dan dapatkan rawatan refleksologi setiap hujung minggu terutamanya bahagian mata refleksi buah pinggang pada tapak kaki dan tangan--
TIPS UMUM KESIHATAN???
TIPS PENJAGAAN KESIHATAN SECARA UMUM DAN MAKLUMAN PERUBATAN UMUM.
•Kesihatan badan, perasaan dan mental adalah penting utk menjamin kesihatan badan secara umum.
•Penjagaan makanan dan senaman yang berpadanan adalah penting untuk penjagaan tubuh badan.
•Kasih sayang antara manusia dengan TUHAN akan membuahkan rasa sayang sesama manusia. Rasa sayang inilah yang menjadi makanan bagi kesihatan jiwa dan mental kita. Oleh itu berusahalah kita untuk menjadi hamba TUHAN yang sepatutnya dan berusahalah menjalin kasih sayang sesama manusia; terutamanya hubungan kasih sayang di kalangan suami isteri dan anak- anak. Bagi seorang muslim; solat 5 waktu janganlah ditinggalkan.
•Dalam kita menjalankan tugas harian kita; pastikan diri kita diaturkan dan didisiplinkan; seperti didahulukan perkara perkara yang lebih penting dan utama. Dicatitkan perkara perkara yang boleh menyebabkan kita lupa. Dengan itu; urusan harian kita akan lebih tersusun dan teratur; supaya kita lebih bersikap tanggungjawab. Hasilnya; fikiran dan perasaan kita akan lebih tenang dalam menjalankan tanggungjawab harian.
•Elakkan daripada merokok, mengambil minuman keras, seks bebas dan mengambil dadah.
•Bersenam secara tetap / harian – sekurang kurangnya 20 minit sehari.
•Makan semasa lapar dan berhenti sebelum kenyang; kurangkan pengambilan lemak, garam, gula, pewarna dan pengawet. Lebihkan sayur- sayuran dan buah buahan, karbohidrat dan protein ikut keperluan. Elakkan makan makanan ringan / segera.
•Sarapan pagi – eloklah kurangkan pengambilan nasi lemak, roti canai, mee goreng dan nasi goreng; kerana ianya mengandungi kalori yang tinggi dan menggemukkan dan meninggikan paras kolesterol di dalam darah. Ianya eloklah diganti dengan mee hon, laksa, capati, tose, roti kering dan lain-lain.
•Elakkan pengambilan organ dalaman seperti hati, usus, otak, limpa, hempedu, paru paru dan lain lain kerana ianya mengandungi kolesterol dan uric acid yg tinggi.
•Kurangkan pengambilan daging merah kerana tinggi kolesterolnya; ianya seperti daging lembu, kerbau, kambing, babi dan lain lain. Ianya diganti dengan mengambil daging putih seperti daging ayam; terutamanya bahagian dada ayam kerana kurang kolesterol. Kulit ayam dan kuning telur ayam banyak mengandungi kolesterol. Oleh itu; cuba elakkan mengambilnya; putih telur boleh dimakan.
•Kurangkan pengambilan santan kelapa dan minyak kelapa eloklah diganti dgn minyak zaitun / bunga matahari atau minyak jagung.
•Kurangkan pengambilan makanan ketika makan malam.
•Elakkan mengambil susu pekat manis dan air berkarbonat untuk mengelakkan kencing manis.
•Minum air yang telah ditapis/ disuling dan dimasak.
•Buatlah pemeriksaan doktor secara tetap ; sekurang kurangnya setiap 3 bulan, walaupun tiada tanda tanda penyakit / sakit. Ianya sangat penting; terutamanya bagi mereka yang telah berumur 30 tahun ke atas; lebih lebih lagi sekiranya ada penyakit kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi di dalam ahli keluarga; terutamanya ibu bapa. Pemeriksaan tekanan darah / gula / kolesterol dan uric acid adalah sangat-sangat penting kerana ianya berkait rapat dengan pemakanan kita. INGAT ! Darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi adalah “MUSUH DALAM SELIMUT” kerana ianya boleh mendatangkan penyakit strok, buta mata, rosak buah pinggang dan serangan jantung dan lain-lain. Seseorang mungkin tiada tanda tanda awal sebelum mengalami sakit-sakit tadi secara tiba tiba dan boleh membawa kematian mengejut atau merana sakit yang kronik; seumpama rosak buah pinggang atau lumpuh sebelah badan.
•Sebaiknya dibuat pemeriksaan darah secara menyeluruh seluruh badan dan ujian kencing; juga ujian saringan atau screening test bagi penyakit kanser bagi mereka yang telah berumur 50 tahun ke atas.
•Bagi pasangan bakal bakal pengantin; eloklah dibuat ujian screening untuk penyakit Hepatitis B, sakit kelamin sepert VDRL/TPHA , HIV dan lain-lain bagi mengelak penyakit penyakit bahaya seperti Hepatitis B, syphilis , AIDs dan lain-lain yang boleh menjangkiti pasangan masing masing dan juga bakal bayi yang akan dilahirkan.
•Buatlah pemeriksaan ECG – bagi ujian jantung bagi lelaki yang telah berumur 35 tahun ke atas; sekurang-kurangnya 2 kali setahun walaupun tiada tanda tanda sakit dada. Tambahan pula sekiranya anda mengalami darah tinggi dan paras kolesterol tinggi dalam darah; kerana anda berisiko tinggi utk mendapat serangan jantung.Tetapi ianya adalah wajib dilakukan ECG segera sekiranya anda mengalami sakit dada dibahagian tengah atau kiri dada; dimana sakit dada ini bertambah kita melakukan kerja kerja berat. Bagi perempuan adalah juga digalakkan buat ECG.
•Berhati-hati selalu dengan penyakit-penyakit yang menular melalui darah ; oleh itu pastikan pisau cukur, berus gigi, jarum dan lain-lain JANGAN dikongsi. Ketika anda ingin menolong seseorg yang dalam perdarahan seperti kemalangan jalanraya; pastikan anda tidak terdedah dengan darah seseorg secara langsung; sebaiknya eloklah memakai sarung tangan.
•Dalam kita menjaga kesihatan buah pinggang kita; pastikan pengambilan air suling, rawat segera sekiranya ada masalah kencing kotor / kencing berkuman atau batu karang. Elakkan pengambilan ubat-ubat tanpa nasihat doktor atau farmasi. Pastikan kencing manis dan darah tinggi anda dirawat secara sempurna dan terkawal / stabil.
•Untuk makluman; asap rokok mengandungi nikotin yang tinggi ; di mana ianya boleh menyebabkan rasangan urat saraf yg menyarafi salur darah supaya mengecut; akibatnya edaran darah ke organ organ penting seperti otak, jantung, buah pinggang, mata dan lain-lain akan rosak secara perlahan lahan. Akibatnya anda sangat terdedah kepada risiko penyakit strok, sakit serangan jantung, rosak buah pinggang, buta mata dan lain-lain. Asap rokok juga boleh mengubah sel-sel normal di bahagian saluran pernafasan untuk bertukar kepada sel-sel kanser. Asap rokok juga boleh meyempitkan saluran pernafasan seseorang dan menyukarkan untuk membuang kahak dan akhirnya mengakibatkan sesak nafas yang kronik.
•Pengambilan makanan laut seperti udang, sotong ,ketam dan ikan bilis eloklah dikurangkan bagi mereka yang tahap kolesterol dan uric acid yang tinggi di dalam darah.
•Paras uric acid yang tinggi di dalam darah boleh mengakibatkan batu karang di dalam buah pinggang, saluran ureter dan pundi kencing.
•Paras kolesterol yang tinggi di dalam darah boleh menyempitkan saluran darah. Akibatnya pengedaran darah ke organ-organ penting akan terganggu; akibatnya ianya boleh menyebabkan strok, serangan jantung, buta mata, rosak buah pinggang, penyakit salur darah peripheral ( peripheral vascular disease ) dan lain-lain. Kolesterol yang tinggi juga boleh mengakibatkan pembentukan batu karang di dalam hempedu.
•Pesakit darah tinggi dan kencing manis hendaklah diperiksa darah buah pinggang dan kolesterol secara berkala, diperisa ECG utk mengesan sakit arteri koronari / sakit jantung dan diperiksa secara klinikal bagi mengesan penyakit salur darah sempit dan penyakit urat saraf peripheral – seperti kebas kebas di hujung kaki atau tangan bagi pesakit kencing manis. Mereka juga dinasihatkan untuk diperiksa oleh pakar mata; sekurang kurangnya 2 kali setahun atau ikut keperluan keadaan pesakit; ianya kerana penyakit kencing manis dan darah tinggi boleh merosakkan salur darah mata dan boleh mengakibatkan buta.
•Pastikan anda berusaha utk mendapat berat badan yang ideal atau bersesuaian dengan ketinggian anda; iaitu BMI ( Body mass index ) dalam julat yang normal.
•Pelbagai penyakit berkait dengan obesiti / kegemukan; seperti darah tinggi, kencing manis, strok, jantung, ketidaksuburan, batu dalam hempedu, sakit sendi dan tulang dan lain lain.
•Sekiranya anda kehilangan berat badan secara mendadak ; hendaklah disegerakan berjumpa dengan doktor untuk diperiksa secara teliti; di antara penyebabnya ialah kencing manis, thyrotoxicosis / sakit tiroid, kanser, batuk kering, AIDs, penyakit murung / depression dan segala macam penyakit kronik yang lain. Pemeriksaan darah mungkin diperlukan.
•Mereka yang ingin mengambil supplemen atau vitamin kesihatan seelok-eloknya mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu; kerana supplemen tertentu sesuai untuk keadaan pesakit yang tertentu. Pastikan ubat-ubat vitamin ini berdaftar dgn Kementerian Kesihatan Malaysia supaya terjamin keberkesanan dan keselamatannya.
•Bagi penjagaan tulang belakang pula; eloklah jangan mengangkat benda-benda berat dalam keadaan berdiri dan membongkok; tetapi sebaiknya mengangkat sambil mencangkung kerana sendi lutut boleh membantu untuk mengagihkan beban berat. Memakai back support adalah digalakkan; terutamanya bagi mereka yang bekerja mengangkat benda-benda berat atau duduk dalam keadaan posisi duduk yang lama bagi mengelakkan pembongkokan tulang belakang.
•Bagi penjagaan bayi; susu ibu adalah yang terbaik dan makanan tunggal sehingga umur 5 bulan; sebaiknya diteruskan sehingga anak berumur 2 tahun. Susu formula boleh mendatangkan kesan alahan seperti selsema/ batuk/ lelah/ eczema – kemerahan kulit dan gatal / berak berak air/ berak keras / bayi menangis selepas diberi susu formula dan lain lain. Oleh itu jangan dedahkan bayi anda kepada risiko alahan ini.
•Bayi yang berumur dari 5 bulan hingga kanak-kanak beumur 5 tahun adalah berisiko tinggi untuk mendapat FEBRILE FIT / sawan kerana demam panas.
•Oleh itu; pastikan anak anda tidak dibiarkan demam panas tanpa rawatan segera. Tepid Sponging dengan cara meletakkan kain yang dibasahkan pada dahi anak anda / dimandikan ; pastikan anak anda tidak dipakaikan dengan pakaian yang tebal ; supaya haba panasnya mudah turun. Ubat yang dimasukkan ke dalam dubur ; mengikut dos yang tepat adalah diperlukan untuk menurunkan suhu badan secara cepat.
•Bagi kesihatan lelaki yg mengalami “Erectile Dysfunctional” atau lemah tenaga bathin; samada alat kelelakiannya tidak boleh terangsang langsung, atau lemah rangsangan atau tidak boleh bertahan lama atau langsung tidak boleh mencapai klimaks; kebanyakannya disebabkan oleh faktor stress – seperti tiada keyakinan diri utk memuaskan pasangan, takut, cemas, risau, atau penat fikiran atau perasaan. Rosaknya urat saraf dan penyempitan salur darah yg diperlukan untuk ereksi juga mungkin menjadi penyebab utk masalah ini; terutamanya bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi.Oleh itu, pesakit yg mengalami masalah ini dinasihatkan supaya berfikiran dan berperasaan tenang dan berkeyakinan diri, pastikan kencing manis dan darah tinggi anda terkawal.Selain itu; ada juga masalah lemah tenaga bathin ini disebabkan oleh kesan sampingan ubat; seperti ubat darah tinggi yg bernama “Atenolol & metoprolol “.Pesakit yg mengalami masalah ini dinasihatkan jangan sesekali mengambil / membeli ubat seumpama “viagra” sebelum anda diperiksa oleh doktor anda.Ubat seumpama ini adalah merbahaya diambil sekiranya anda menghidapi penyakit jantung dan darah tinggi. Di klinik saya ; ada terdapat ubat yg berdaftar dgn KKM yg tidak mengandungi bahan kimia yg InsyaAllah boleh membantu menyelesaikan masalah ini.
•Bagi pesakit asma pula; dinasihatkan supaya anda mengenalpasti faktor faktor alahan yg boleh mencetuskan asma; seperti habuk, asap, debu bunga,makanan tertentu, alahan ubat, alahan gigitan/ sengatan serangga etc.Pesakit asma adalah mudah utk mendapat “ANAPHYLAXIS” yg mana ianya boleh membawa maut dalam tempoh beberapa minit !! Keadaan anaphylaxis ini akan saya terangkan di ruang yg lain.Penyakit asma yg berulang ulang / kerap berlaku; dinasihatkan supaya menggunakan rawatan inhalor & aerochamber; di mana terdapat 2 jenis inhalor – yg berwarna biru/ hijau – utk melegakan sesak nafas secara segera dan digunakan bila perlu & yg berwarna coklat utk mencegah; dimana ianya digunakan secara tetap.Terdapat juga inhalor yg mengandungi kombinasi ini yg digunakan secara tetap seperti seretide inhalor, foracort inhalor etc.
•Bagi pesakit darah tinggi adalah dinasihatkan supaya membeli alat utk memeriksa tekanan darah supaya tekanan darah anda terkawal dan diperiksa sendiri di rumah.Begitu juga bagi pesakit kencing manis; dinasihatkan supaya membeli “glucometer” – alat utk memeriksa paras gula dalam darah.
•Ramai di kalangan kita yg menhadapi masalah “allergic rhinitis” atau keadaan di mana seseorang mengalami tanda tanda terbersin, terbatuk batuk, selsema, gatal gatal mata, gatal gatal telinga, gatal gatal hidung, kemerahan mata – apabila seseorang terdedah kepada faktor faktor allergic seperti habuk, asap, perubahan cuaca sejuk, debunga, makanan laut, hawa dingin, bulu kucing dan lain lain.Oleh itu; cubalah kenalpasti penyebab penyebab alahan ini dan cubalah elakkan.Mungkin anda terpaksa mengambil ubat “anti histamine” apabila perlu atau mengikut arahan doktor.Ada juga ubat yg terpaksa diambil utk jangka masa panjang utk menguatkan sistem imun badan bagi melawan kesan alahan ini.
•Sekiranya allergic rhinitis ini tidak dirawat; ianya boleh mengakibatkan “sinusitis” atau lebih dikenali sebagai resdung.Ianya berlaku apabila lendir lendir jernih yg terkumpul di saluran pernafasan atas telah dijangkiti kuman; di mana hingus berwarna kuning atau hijau, sakit kepala, hidung tersumbat, hilang deria rasa atau bau.Keadaan ini hendaklah dirawat dgn antibiotik yg bersesuaian.
•Anda dikehendaki mengenalpasti ubat yg anda pernah allergik ketika berjumpa doktor atau membeli ubat di farmasi; seumpamanya gatal kemerahan kulit, bengkak bengkak muka atau bibir , sesak nafas secara tiba tiba apabila anda memakan ubat atau menerima suntikan dari mana mana klinik; kerana ianya adalah amat amat merbahaya sekiranya anda mengalami keadaan “ANAPHYLAXIS” yg boleh membawa maut secara tiba tiba.
-MAKA BERSEDIALAH SETIAP MASA... KERANA BUKAN SAHAJA ANCAMAN LUAR YANG AMAT MEMBAHAYAKAN KESIHATAN KITA, SEBALINYA ANCAMAN DALAM DIRI SENDIRI ITULAH YANG AMAT BERBAHAYA!