Ahad, 12 Disember 2010
SABAH... JOM!
Bahagian Pedalaman adalah salah satu bahagian pentadbiran di Sabah. Bandar utama di dalam bahagian ini ialah Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan.
BEAUFORT
Beaufort bererti "kota yang indah" dalam bahasa Perancis silam, ia merupakan bandar dan daerah di Sabah di Malaysia timur di kepulauan Borneo. Penduduknya dianggarkan sekitar 61,698 pada 2000. Ia merupakan bandar provincial sekitar 90 kilometer selatan Kota Kinabalu, dengan rumah kedai dibina tinggi dari jalan bagi mengelakkan banjir berkala dari Sungai Padas. Pada asalnya ditubuhkan bagi membantu kemajuan ekonomi dalaman Sabah, kemakmuran awalnya berkait rapat dengan penanaman getah. Semasa Perang Dunia II, ia merupakan tepak pertempuran antara tentera Jepun dan Australia. Kemakmurannya kini bergantung kepada industri kelapa sawit. Beaufort merupakan perhentian Kereta api Borneo Utara yang dikendalikan oleh Sutera Harbour Resort. Stesyen kereta api di Beaufort bertarikh dari 1905. Khidmat harian biasa dikendali oleh Jabatan Keretapi Negeri Sabah.
Khidmat perubatan dibekalkan oleh hospilal kerajaan 140 katil yang mempunyai khidmat rawatan utama dan kedua. Terdapat tiga klinik swasta dalam kawasan bandar. Beaufort biasanya dilawati oleh tetamu bagi berakit air putih melalui Jeram Padas di Sungai Padas berhampiran yang dinilai sungai Grade 2 hingga 3. Pasar terbuka, yang dikenali sebagai tamu diadakan setiap minggu pada petang Jumaat sehingga petang Sabtu. Keluaran tempatan seperti buah segar, sayuran, daging segar, dan ayam hidup dijual di situ. Hari ia diadakan berbeza dari daerah ke daerah yang lain. Beaufort juga terkenal di Sabah bagi hidangan cinanya yang dikenali sebagai Mee Beaufort, hidangan mee dihidang kering atau berkuah. Beaufort merupakan bandar berkembar kepada Beaufort, North Carolina.
KUALA PENYU
Kuala Penyu merupakan salah satu kawasan yang terletak dalam bahagian Bahagian Pedalaman, Sabah.
SIPITANG
Sipitang merupakan pekan, daerah dan juga kawasan parlimen yang terletak di Bahagian Pedalaman, Sabah, Malaysia. Jumlah penduduk di daerah Sipitang dianggarkan seramai 12,076 pada tahun 1980, 24,349 pada tahun 1991 dan dijangka akan meningkat kepada 56,634 pada tahun 2010 . Sipitang adalah pekan negeri Sabah yang paling dekat dengan sempadan Sabah-Sarawak. Pekan Sipitang terletak sejauh 44 kilometer ke selatan Beaufort, dan 144 kilometer ke selatan ibu kota Sabah, Kota Kinabalu.
Sejarah
Sebelum tahun 1884, Sipitang adalah di bawah naungan Kesultanan Brunei. Pada 5 November 1884, Sultan Brunei menyerahkan kawasan jajahannya dari Sipitang ke Kuala Penyu kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU). Penyerahan ini berikutan daripada sogokan yang diberikan oleh gabernor SBBU, William Treacher, kepada pihak Sultan.
Pada 7 September 1901 pula, Sultan Brunei menyerahkan kawasan dari Sungai Sipitang sehingga ke Sungai Trusan kepada SBBU. Sehubungan dengan itu, SBBU memperoleh kawasan Mengalong dan Merantaman di Sipitang pada 12 September 1901. Pemberian ini diperoleh daripada geran yang diberikan oleh Pangiran Tengah Damit ibni al-Marhum Pangiran Anak Bongsu. Kawasan-kawasan tersebut diperoleh secara berasingan kerana kawasan sebegitu adalah hak milik persendirian pangiran-pangiran (putera-putera) melalui hak tulin mereka, maka tidak terletak di bawah kuasa Sultan.
Sungai Sipitang menandakan sempadan British Borneo Utara dan Kesultanan Brunei sehingga tahun 1900. Pada tahun 1901, iaitu setelah SBBU memperoleh tanah dari Sungai Sipitang ke Sungai Trusan, pejabat pentadbiran ditubuhkan di Sipitang dan kawasan tersebut diletakkan di bawah nama Province Clarke. Daerah ini dinamakan sempena Sir Andrew Clarke. Matlamat penubuhan pejabat adalah untuk mengembangkan kawasan jajahan SBBU. Walau bagaimanapun, keadaan politik pada tahun-tahun berikutnya menyebabkan SBBU menjual kembali beberapa kawasan berdekatan dengan Sungai Trusan, dan sempadan Borneo utara menyusut ke Mengalong (Sindumin).
Kegiatan ekonomi utama di daerah Sipitang ialah kegiatan pembalakan. Sebuah kilang kertas dan pulpa dibina pada tahun 1987 di Sipitang dan dikendalikan oleh Sabah Forest Industries. Pada amnya, kegiatan pembalakan tidak menguntungkan orang-orang tempatan secara langsung, kerana kebanyakan mereka hanyalah terlibat dalam kegiatan perladangan dan perikanan kecil-kecilan.
TENOM
Tenom terletak di selatan Kota Kinabalu, negeri Sabah, Malaysia Timur. Tenom bersempadan dengan daerah Keningau, Sipitang, Beaufort dan Wilayah Kalimantan di Indonesia. Keluasan Daerah Tenom kira kira 2,238 km atau 930 batu persegi dan meliputi Daerah Kecil Kemabong. Muka buminya bukit bukau. Hujan Tropika yang lebat dan subur didapati di tanah-tanah rendah dan berbukit bukau dan amat sesuai untuk aktiviti pertanian. Ada dua buah sungai utama iaitu Sungai Padas dan Sungai Pagalan. Sungai ini menjadi sumber bekalan air dan pengairan kawasan pertanian di kawasan ini. Empangan untuk Janakuasa hidro elektrik Tenom Pangi membekalkan elektrik ke seluruh kawasan Sabah terutama sekali di Kota Kinabalu. Ini kerana bekalan airnya banyak dan hujan pula lebat, sekitar 1,937.9mm pada tahun 2000.
NABAWAN
Nabawan merupakan salah satu kawasan yang terletak dalam bahagian Bahagian Pedalaman, Sabah.
KENINGAU
Keningau adalah sebuah daerah yang terletak di kawasan pedalaman Sabah, Malaysia dan terbesar di Bahagian Pedalaman. Daerah Keningau boleh dihubungi menggunakan jalan darat dari Ibu Negeri Kota Kinabalu melalui Tambunan atau melalui Kimanis di mana masing-masing mempunyai jarak sekitar 128 kilometer yang mengambil masa kira-kira 2.5 jam perjalanan. Selain pengangkutan darat, terdapat juga perkhidmatan pengangkutan udara di Bandar Keningau. Bagaimanapun lapangan terbang keningau hanya sesuai untuk kegunaan kapal terbang jenis foker sahaja. Berdasarkan kepada sejarah silam, terdapat sebuah kawasan perkampungan yang banyak ditumbuhi dengan kayu manis iaitu sejenis rempah untuk memasak. Dalam bahasa masyarakat tempatan di kawasan tersebut iaitu kaum Murut, mereka memanggilnya sebagai kayu keningau. Ketibaan orang Inggeris di kawasan tersebut menjadikan kulit kayu keningau menjadi salah satu bahan eksport mereka. Secara tidak langsung kawasan pedalaman menjadi pengeluar kulit kayu Keningau yang penting pada ketika itu. Akhirnya, kawasan tersebut dipanggil keningau sehingga mewujudkan sebuah kampung seterusnya membangun menjadi sebuah bandar yang tidak ketinggalan dengan kemajuan dan menjadi pusat pentadbiran di kawasan pedalaman Sabah.
Gunung-gunung di daerah Keningau
1.Gunung Pisagan
2.Gunung Paling-paling
3.Gunung Sigapon
4.Gunung Lingan
5.Gunung Rinangisan
6.Gunung Kauran
7.Gunung Tinutudan
Senarai Kampung di Daerah Keningau
1.Kampung Kepayan Baru
TAMBUNAN
Daerah Tambunan ialah sebuah kawasan tanah tinggi yang terletak di Bahagian Pedalaman, Sabah, timur Malaysia di kepulauan Borneo. Ia terletak 81 km dari Kota Kinabalu, pada ketinggian 1000 m di Banjaran Crocker. Dianggarkan terdapat 19, 760 penduduk pada tahun 1991, dan kebanyakan daripada penduduk ini ialah daripada Kaum Dusun. Daerah ini di kelilingi oleh sawah padi dan 70 buah perkampung. Terletak ke timur daerah ini ialah Gunung Trus Madi (2462 meter),merupakan gunung kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu. Di daerah ini juga menempatkan sebuah tugu seorang pahlawan Sabah berketurunan Suluk Bajau, Mat Salleh, seorang yang menjadi penentang semasa penjajahan British di Tanah Melayu pada akhir kurun ke 19. Pengunjung boleh mengetahui lebih lanjut tentang pahlawan ini di tugu yang terletak di utara daerah Tambunan.
Gunung-gunung di daerah Tambunan
1.Gunung Trusmadi
2.Gunung Wakid
3.Gunung Panampakan
4.Gunung Ginivisan
Lain kali kita akan berkenalan dengan Bahagian Sandakan pula... see next time...
Salam
KRISMAS???
Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian, disambut setiap tahun pada tarikh 25 Disember bagi memperingati kelahiran Jesus dari Nazareth. Menurut Kitab Bible Perjanjian Baru, Jesus dilahirkan oleh Maria (Virgin Mary) di Jurusalem. Penganut Kristian mempercayai bahawa kelahiran Jesus ini menepati ramalan-ramalan agama Yahudi mengenai kedatangan seorang penyelamat (Messiah) dari susur galur Raja David, yang kedatangannya adalah untuk menebus manusia dari dosa-dosa Adam (original sin).
Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan setiap 25 Disember. Namun beberapa gereja (Gereja Ortodoks, Gereja Koptik dan gereja-gereja Timur yang lain) dan negara (Mesir (Egypt), Habsyah (Etiophia), Rusia dan sebagainya) menyambutnya pada 7 Januari disebabkan mengikuti kalender yang berlainan (kalender Julius berbanding kalender Gregory).
Adat resam moden perayaan ini termasuk pemberian hadiah, sambutan keagamaan di gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismas, lampu hiasan, daun mistletoe, holi atau lakonan semula kelahiran Jesus (Anunciation). Santa Claus adalah merupakan tokoh mitos terkenal yang sering dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Hari Krismas. Santa dipercayai merupakah hasil gabungan St. Nicholas dari Myra dan unsur-unsur Mitologi Nordic dengan mitologi Kristian, sementara penampilan modennya dipercayai hanya timbul pada abad ke-19. Hari Krismas bukan sahaja disambut oleh penganut Kristian, bahkan juga oleh ramai orang yang bukan penganut agama ini sebagai salah satu perayaan kebudayaan yang berunsur sekular (keduniaan). Oleh kerana pemberian hadiah dan beberapa aspek lain perayaan ini melibatkan peningkatan kegiatan ekonomi antara orang Kristian dan bukan Kristian, maka Hari Krismas menjadi peristiwa utama bagi kebanyakan penggiat sektor peruncitan.
Kitab Perjanjian Baru tidak mencatat tarikh sebenar kelahiran Jesus. Sehinggalah abad ke-19, para penulis kitab Kristian selalu berhujah bahawa 25 Disember merupakan tarikh sebenar kelahiran Jesus. Bagaimanapun, tokoh sains terkemuka, Isaac Newton mendakwa tarikh Krismas telah dipilih agar bersempena dengan perayaan habisnya musim sejuk Rom kuno. Walaupun tarikh moden solstis itu jatuh pada 21 atau 22 Disember, namun orang Rom menandanya pada 25 Disember. Pada tahun 1889, Louis Duchesne berpendapat bahawa tarikh Krismas dikira sebagai sembilan bulan selepas 25 Mac, iaitu tarikh tradisi Jesus mula dikandung Maria. Orang Kristian awal percaya bahawa Jesus disalib pada 25 Mac, tarikh ekuinoks musim bunga mengikut takwim Rom. Pendapat inkarnasi berlaku pada tarikh yang sama dengan hari kewafatan Jesus selaras dengan kepercayaan Yahudi bahawa seorang nabi mati apabila berusia kamiran. 9 bulan sebelum Krismas, disambut pula Pesta Khabar Malaikat Kepada Maria.
Mozek Jesus Christ yang digambarkan sebagai Sol, tuhan Matahari, di Mausoleum M di nekropolis pra-abad ke-4 di bawah Basilika St. Peter di Rom, bernama Christo Sole (Kristus Sang Suria) dan bertarikh penghujung abad ke-3 oleh ahli arkeologi Itali. Dies Natalis Solis Invicti
Hermann Usener, pada tahun 1899, menyatakan bahawa tarikh hari Krismas diambil dari suatu pesta orang Rom, Sol Invictus. Beliua mengatakan, Gereja pada masa itu mengambil tindakan demikian supaya penyembah berhala Rom pada masa itu akan menganut agama Kristian, tetapi pada masa yang sama dapat mengekalkan tradisi mereka. Dies Natalis Solis Invicti, "Kelahiran Dewa Matahari," disambut pada 25 Disember. Gelaran pesta tersebut, Sol Invictus, menyebabkan dewa-dewa matahari disembah, yang mana ianya termasuklah dewa Elah-Gabal, dewa matahari Syria; Sol, dewa maharaja Aurelia (AD 270–274); dan Mithras, dewa tentera dalam mitologi Parsi. Maharaja Elagabalus (218–222) memperkenalkan pesta tersebut dan menjadi popular semasa pemerintahan Aurelia, yang menjadikan pesta tersebut sebagai cuti umum.
Sambutan
Hari Krismas disambut sebagai perayaan utama dan cuti umum di kebanyakan negara di dunia, termasuk yang majoriti penduduknya bukan penganut Kristian. Krismas disambut di negara bukan Kristian kerana diperkenalkan oleh bekas penjajah, diduduki oleh kelompok minoriti Kristian atau menerima pengaruh budaya asing.
Walaupun kebanyakan negara menyambut Krismas pada 25 Disember setiap tahun, namun sesetengah gereja di Rusia, Georgia, Mesir, Armenia, Ukraine dan Serbia menyambutnya pada 7 Januari kerana mengikut kalendar Julius yang tarikh 25 Disembernya jatuh pada 7 Januari dalam kalendar Gregory.
Di seluruh dunia, sambutan Krismas dirai dalam pelbagai bentuk, dicerminkan oleh kepelbagaian budaya dan tradisi sesebuah negara. Negara-negara yang hangat menyambut Krismas walaupun bilangan penduduk Kristian yang kecil seperti Jepun, telah menerima kebanyakan aspek-aspek sekular dalam sambutan Krismas seperti bertukar hadiah, hiasan lampu dan pokok Krismas.
Tradisi Gereja
Lakon pentas "kelahiran Nabi Isa" di JermanSambutan Hari Krismas sangat penting bagi gereja, iaitu sewaktu untuk mengadakan upacara atau majlis sambutan istimewa. Berikut ialah cara-cara Krismas disambut di gereja.
Paparan kelahiran Jesus Christ
Kebanyakan gereja mengamalkan adat memaparkan babak kelahiran Jesus. Dimulai oleh St. Francis dari Asissi pada abad ke-13, tradisi yang berasal dari Itali ini diperluaskan ke banyak negara lain. Babak kelahiran ini dipaparkan dalam bentuk patung sebesar saiz manusia, ataupun sekecil kotak mancis, diperbuat dari pelbagai bahan termasuk kayu, tembikar, kertas, kain, jerami, dan logam yang berwarna-warni. An Advent wreath on the Second Sunday in Advent
Lingkaran Kedatangan
Lingkaran Kedatangan (Advent wreath) ialah selingkaran daun-daun pain, ivy dan holi, dengan lima batang lilin di dalamnya yang digantung di dalam gereja. Lilin-lilin ini dinyalakan pada setiap Ahad pada musim Kedatangan, dan lilin di tengah dinyalakan pada pagi Hari Krismas. Gereja selalu dihiasi dengan dahan dan daun hijau, di samping juga dimasukkan pohon Krismas.
Pembacaan kitab
Pada hari Krismas, diadakan sesi pembacaan kitab yang menceritakan kisah kelahiran Jesus yang terkandung di dalam kitab Bible, di samping bacaan-bacaan suci lain yang mengisahkan tentang bahaya kerakusan hawa nafsu manusia, dan mengenai datangnya Penyelamat (Messiah) yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada bangsa manusia.
Karol
Kebanyakan gereja juga mengamalkan upacara nyanyian karol yang dipersembahkan di dalam suasana nyalaan lilin, kebanyakannya melibatkan nyanyian atau bacaan suci Bible oleh koir dan juga para penganut yang taat.
Sambutan awam dan komersil
sekitar bandaraya sentiasa dihias indah untuk menyambut Krismas, termasuk menggantung sepanduk, panji-panji dan lampu berwarna-warni pada dinding bangunan, tiang-tiang lampu, dan pokok-pokok di sekeliling bangunan. Banyak juga bandaraya besar yang meletakkan sepohon pokok Krismas di tempat-tempat awam, seperti di Trafalgar Square di London, Times Square di New York dan Martin Place di Sydney. Tidak lupa juga kegiatan amal untuk menyeru warga kota agar menyalurkan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik.
Waktu perniagaan kedai dan pusat beli-belah dilanjutkan sebelum hari Krismas agar orang ramai diberi lebih banyak masa bagi membeli juadah makanan dan hadiah-hadiah Krismas. Tingkap kedai sentiasa dihias babak kelahiran Jesus, termasuk di gedung membeli-belah besar yang mampu menyediakan babak animasi untuk menghiburkan kanak-kanak. Gedung beli-belah besar juga menyediakan seorang pelakon watak Santa Claus yang duduk di atas singgahsana untuk mendengar permintaan kanak-kanak pada hari Krismas, di samping diambil gambar bersama para pengunjung.
Pasar Krismas di Dresden, Jerman.Perarakan, hiburan jalanan dan konsert Krismas juga diadakan di bandar raya. Sesetengah pekan mengadakan tradisi nyanyian karol oleh kumpulan koir dan persembahan penghibur ternama di dewan perbandaran atau di kawasan luar bangunan.
Sambutan seisi keluarga
Sebuah keluarga berhibur sempena Krismas.Krismas merupakan hari untuk bersantai bersama sanak saudara yang tinggal berjauhan, bertemu semula untuk bertukar-tukar hadiah, berkongsi kebahagiaan hidup dan untuk bersuka ria. Ada juga yang menyertai perarakan menyanyikan karol dari rumah ke rumah. Seperti juga gereja dan tempat awam, rumah kediaman juga wajib dihiasi indah sempena sambutan Krismas, dengan gantungan rimbunan daun kehijauan pada dinding-dinding, pohon Krismas di ruang tamu dan gantungan stoking merah besar pada tempat pendiangan api.
Pokok Krismas
Tradisi menghias pohon Krismas berasal dari negara Jerman. Selalunya pokok malar hijau menjadi pilihan, khususnya pokok fir yang tidak gugur daunnya atau pudar wanginya, dibeli dari dusun atau ditebang dari hutan, namun adakalanya pokok buatan menjadi pilihan.
BIBLE sendiri sebenarnya MELARANG perayaan Krisman ini. Mari kita lihat dalam ayat...
Passage Jeremiah 10:2-5:
2Thus saith the LORD, Learn not the way of the heathen, and be not dismayed at the signs of heaven; for the heathen are dismayed at them.
3For the customs of the people are vain: for one cutteth a tree out of the forest, the work of the hands of the workman, with the axe.
4They deck it with silver and with gold; they fasten it with nails and with hammers, that it move not.
5They are upright as the palm tree, but speak not: they must needs be borne, because they cannot go. Be not afraid of them; for they cannot do evil, neither also is it in them to do good.
Jadi, Bible sendiri melarang mendirikan pokok Krismas! Hari Ahad 25 Disember juga bukanlah tarikh lahir nabi Isa, sebaliknya adalah tarikh lahir Tuhan Mithra Mesir. Tetapi diperkenalkan sebagai tarikh Lahir Nabi Isa oleh puak Kristian yang diajarkan oleh Paulus. Dan Nabi Isa BUKAN lah pengasas Kristian, Paulus adalah pengasasnya... seperti mana yang dinyatakan dalan Bible... nabi isa tidak mengajarkan Kristian, malah 4 abad selepas Nabi Isa ke hadirat Allah SWT, barulah... Kristian yang pertama di Antioch... di situlah bermulanya Kristian!
HARAM!
Sebahagian orang memberi alasan bolehnya mengucapkan selamat Krismas pada orang Kristian kerana dianggap sebagai bentuk ihsan (berbuat baik). Dalil yang mereka bawakan adalah firman Allah Ta’ala,
لا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ [سورة الممتحنة:8].
“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.” (QS. Al Mumtahanah: 8).
Inilah di antara alasan untuk membenarkan mengucapkan selamat Krismas pada orang Kristian. Mereka memang membawakan dalil, namun apakah pemahaman yang mereka utarakan itu membenarkan mengucapkan selamat Krismas?
Imam Al-Bukhari membawakan Bab dalam kitab Shahihnya “Menjalin hubungan dengan orang tua yang musyrik”. Kemudian Baginda membawakan riwayat berikut, Asma’ mengatakan,
“Ibuku mendatangiku dan dia sangat ingin aku menyambung hubungan dengannya[4]. Kemudian aku menanyakan pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, bolehkah aku tetap menjalin hubungan dengannya? Baginda pun menjawab, “Iya boleh”.” Sufyan bin ‘Uyainah mengatakan bahawa setelah itu Allah menurunkan firman-Nya (yang ertinya), “Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama” (QS. Al Mumtahanah: 8)”
Ulama Sepakat: HARAM Mengucapkan Selamat Krismas
Perkataan Ibnul Qayyim dalam Ahkam Ahlu Dzimmah: ”Adapun memberi ucapan selamat pada syi’ar-syi’ar kekufuran yang khusus bagi orang-orang kafir adalah sesuatu yang diharamkan berdasarkan ijma’ (kesepakatan) para ulama. Contohnya adalah memberi ucapan selamat pada hari raya dan puasa mereka seperti mengatakan, ‘Semoga hari ini adalah hari yang berkah bagimu’, atau dengan ucapan selamat pada hari besar mereka dan sejenisnya.” Kalau memang orang yang mengucapkan hal ini boleh selamat daripada kekafiran, namun dia tidak akan terlepas daripada perkara yang diharamkan. Ucapan selamat hari raya seperti ini kepada mereka sama saja dengan kita mengucapkan selamat atas sujud yang mereka lakukan pada salib, bahkan perbuatan seperti ini lebih besar dosanya di sisi Allah. Ucapan selamat sejenis ini lebih dibenci oleh Allah dibandingkan seseorang memberi ucapan selamat pada orang yang minum minuman keras, membunuh jiwa, berzina, atau ucapan selamat pada maksiat lainnya.
Ramai orang yang kurang faham agama terjatuh di dalam hal tersebut. Orang-orang seperti ini tidak mengetahui keburukan dari amalan yang mereka lakukan. Oleh kerana itu, barangsiapa memberi ucapan selamat pada seseorang yang berbuat maksiat, bid’ah atau kekufuran, maka dia layak mendapatkan kebencian dan murka Allah Ta’ala.”
Syaikh Muhammad bin Shalih Al ’Uthaimin mengatakan, ”Ucapan selamat hari Krismas atau ucapan selamat lainnya yang berkaitan dengan agama kepada orang kafir adalah haram berdasarkan kesepakatan para ulama.” Hairannya ulama-ulama kontemporari saat ini malah membolehkan mengucapkan selamat Krismas. Alasan mereka berdasar pada surat Al Mumtahanah ayat 8. Sungguh, pendapat ini adalah pendapat yang telah menyelisihi kesepakatan para ulama. Pendapat ini muncul kerana tidak boleh membezakan antara berbuat ihsan (berlaku baik) dan wala’ (wala’). Padahal para ulama telah menyatakan bahawa kedua hal tersebut adalah berbeza sebagaimana telah kami utarakan sebelumnya.
Pendapat ini juga sungguh aneh kerana telah menyelisihi kesepakatan para ulama (ijma’). Sungguh celaka jika kesepakatan para ulama itu diselisihi. Padahal Allah Ta’ala berfirman,
وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيرًا
“Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu’min, Kami biarkan dia terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan dia ke dalam Jahanam, dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali.”(QS. An Nisa’: 115).
Jalan orang-orang mukmin inilah ijma’ (kesepakatan) mereka.
Dari sini, kami merasa aneh jika dikatakan bahawa mengucapkan selamat Krismas pada orang Kristian dianggap sebagai masalah khilafiah (beza pendapat). Padahal sejak masa silam, para ulama telah sepakat (berijma’) tidak dibolehkan mengucapkan selamat pada perayaan bukan Islam. Hanya kebelakangan ini munculk pendapat yang aneh daripada Dr. Yusuf al-Qarqdhawi. Siapakah ulama salaf yang sependapat dengan beliau di dalam masalah ini? Padahal sudah dinukil ijma’ (kata sepakat) daripada para ulama tentang haramnya hal ini.
Walau bagaimana pun, kita tidaklah meninggalkan perkara ini ke atas mereka yang tunduk pada kerajaan Islam. Yang penting hubungan baik antara kerajaan dengan pemeluk agam Kristian ini berjalan dengan baik. Dan perundangan negara kita tidak menghalang mereka melakukan upacara dan perayaan mereka. Dan sebagai kempen 1 Malaysia... maka kita dibolehkan mengucapkannya dengan tujuan kebaikan, iaitu mengukuhkan perpaduan negara dan seterusnya menjamin keamanan negara kita dari permusuhan kaum dan agama. Rakyat bersatu padu dan berbilang agama yang hidup rukun adalah satu nikmat yang tiada tandingannya. mungjkin terlalu awal bagi aku mengucapkannya... tetapi memandangkan cuti aku start 18 hb ni... maka aku kenalah ucapkannya juga... hehehhe
So...
MERRY CHRISTMAS!