Jumaat, 10 Disember 2010

KAMI - ALLAHYARHAM SUDIRMAN



Memori terhadap pemilik nama sebenar Sudirman Haji Arshad pastinya segar di ingatan setiap daripada kita. Kemerduan suaranya tersendiri meninggalkan bukan sedikit kesannya terhadap industri muzik tanahair bahkan diiktiraf sebagai penghibur nombor satu Asia dan penyanyi pertama rakyat Malaysia memenangi Anugerah Penyanyi Terbaik Asia pada 19 Mac 1989 di Royal Albert Hall, London selain mendapat jolokan sebagai Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia.

beliau telah memegang watak utama sebagai Tookoo dalam filem Kami bergandingan dengan Zul Zamrin Huri yang diarahkan oleh Patrick Yeoh pada 1982 di mana filem ini telah memenangi Anugerah Festival Filem Malaysia ke-3 yang mana telah mengungguli kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik

Kami mengangkat watak Tookoo, remaja yang inginkan kebebasan dan mencari kehidupan sendiri. Namun taraf pelajaran Tookoo yang terkandas setakat darjah lima tidak menjanjikan apa-apa dalam hidupnya. Lalu dia cuba berjuang meneruskan hidup dengan melakukan sebarang kerja yang dapat memberikannya sesuap nasi.
Satu hari dia bertemu Din, kanak-kanak berusia 11 tahun yang buta huruf. Din telah dipelihara oleh mak ciknya yang garang yang membuatkan dia melarikan diri dari rumah. Bertemu Tookoo membuatkan Din rasa dihargai meskipun pada mulanya kehadirannya kurang disenangi Tookoo. Mereka tinggal dan mencari pekerjaan bersama dalam situasi gembira malah Din menganggap Tookoo umpama seorang abang dan juga bapa bagi dirinya.

Begitu pun kehadiran pegawai kebajikan masyarakat untuk mengambil Din yang dianggap tidak memiliki keluarga menimbulkan situasi sedih keduanya. Mereka terpaksa berpisah kerana Tookoo juga beranggapan Din wajar tinggal bersama keluarga angkat untuk Cerita ni mmg sedih disebabkan nasib 2 org kawan ini .
Tajuk KAMI ini datang setelah nama Tookoo digabungkan dengan Din . Din tak reti membaca . Tapi Tookoo pula hanya bersekolah darjah 6 . Namun dgn ilmu yg sedikit itu Tookoo tetap mengajar Din membaca . Din ni tak pernah pergi sekolah dan dia juga buta huruf . Haizzz nasib baik la dia ni reti kira duit..Hehe..Lagi satu cerita yg menyayat hati bila Tookoo nak dgr sngt lagu kaset pujannya itu . Tapi takde recorder utk memainkannya.Banyak helah yg digunakan oleh Tookoo seperti pergi ke kereta2 yg tak berkunci dan mainkan kaset tersebut!Tapi bala ttp menimpa mereka.Tookoo agak kempunan la juga…meneruskan persekolahannya.

Selain Sudirman Haji Arshad dan Zul Zamrin Huri, turut membintangi Kami adalah Kwee Leng (Ibu tiri Tookoo), Ibrahim Din (Mamak), Shariff Babu (Pak Du) dan Azmi Mohamad (Abang Husin).

Pelangi Petang - Sudirman Haji arshad

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya…
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua…

Sudirman ni ada iras-iras muka Que Haidar sikit. Tu yang aku perasan laa... korang perasan tak??? Namun, pelik juga Sudirman pergi ya... apakah rahsia sebenarnya?? Ada yang mengatakan macam ni ( lihat http://mohdlin.blogspot.com/2008/03/misteri-dan-mistik.html)

KELUARGA Allahyarham Sudirman membuat keputusan untuk 'menyembunyikan' Penghibur Nombor Satu Negara itu mengenai penyakit dan punca kematiannya kerana tidak mahu peminat sukar menerima hakikat mengenai keadaannya yang sangat menyedihkan. Walaupun ia menyebabkan timbul pelbagai andaian sehingga ada yang mengaitkan Sudirman menghidap penyakit Aids, tetap mereka tegas untuk tidak mendedahkan kepada umum mengenai punca penyakit dan kematian penyanyi itu. Rakan karib Sudirman yang juga penulis lirik terkenal tanah air, Habsah Hassan berkata, bagaimanapun, sejak kebelakangan ini keluarga penyanyi itu seperti sudah bersedia untuk bercerita dan merungkai rahsia sebenar mengapa mereka bertindak 'menyorokkannya'. "Selepas bertahun-tahun, barulah rahsia itu terungkai. Keluarganya tidak mahu mendedahkan atau memberi peluang masyarakat Malaysia melihat Sudirman pada waktu itu kerana mereka tidak mahu melihat keadaan sebenar Sudirman yang sangat menyedihkan. Mereka sudah biasa tengok Sudirman dalam sentiasa ceria dan 'cute'.

"Secara perubatan, Sudirman disahkan mati kerana kegagalan hatinya berfungsi dengan sempurna. Tapi sebenarnya, ada punca kematian yang tidak boleh dijelaskan secara perubatan kerana pada waktu itu, Sudirman sedang menghadapi pelbagai perkara aneh. Saya akui, ia juga disebabkan ajalnya memang sudah sampai. Tetapi Sudirman melalui banyak perkara misteri dan mistik yang sukar untuk dipercayai pada zaman moden ini. Tetapi hakikatnya itulah yang dihadapi oleh Sudirman sehingga membawa kepada kematian," katanya.

-Namun yang hidup pasti Mati, masa akan menjemput kita bersama Malakal-Maut. Al-FATIHAH .... buat Sudirman, semoga Allah meletakkan Rohnya dikalangan orang-orang yang beriman.... amin