Ahad, 5 Disember 2010
-OKU-
Kehilangan upaya atau ketakdayaan merupakan suatu keadaan yang dianggap mengurangkan fungsi atau keupayaan seseorang jika dibandingkan dengan ukuran biasa masyarakat. Istilah ini biasanya digunakan untuk merujuk kepada fungsi individu seperti kelemahan fizikal, deria, kognitif, intelektual atau kesihatan mental. Penggunaan ini dikaitkan dengan model ketakupayaan perubatan, dan bukan model ketakupayan sosial atau hak asasi manusia. Kehilangan upaya ini boleh terjadi sejak lahir atau kemudiannya. Mereka yang mengalami keadaan ini digelar orang kurang upaya (OKU), atau lebih kontroversi, orang cacat atau terencat. Sesetengah orang pula menggunakan istilah orang istimewa.
o
Tokoh OKU
• Albert Einstein - masalah pertuturan dan juga seorang pelajar yang lembab serta lambat memahami bahasa.
• Thomas Edison - cacat pendengaran apabila diserang demam cacar ketika kecil.
• Stephen Hawking - lumpuh hampir seluruh badan akibat sejenis penyakit neuron motor.
Kelayakan
Di Malaysia, definisi Orang Kurang Upaya ( OKU ) adalah "seseorang yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat." (AKTA OKU 2008).
Kategori OKU
Orang Kurang upaya diklasifikasikan kepada enam kategori:
1. Kurang upaya penglihatan
2. Kurang upaya pendengaran
3. Kurang upaya anggota
4. Cerebral palsy
5. Masalagh pembelajaran ( Autisme, ADHD/ADD, Down Syndrom, lembam dll)
6. Lain - Lain
Pendaftaran OKU
Objektif
• Untuk mengetahui bilangan sebenar taburan OKU di negara ini.
• Untuk mengenalpasti bilangan OKU mengikut jenis - jenis kecatatan
• Untuk merancang kesesuaian program - program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya
• Untuk menyediakan kemudahan - kemudahan yang bertepatan dengan keperluan OKU
• Warna Kad Kenal Diri OKU [1]
o Fizikal - Hijau
o Pendengaran - Ungu
o Penglihatan - Biru
o Masalah Pembelajaran - Kuning
o Cerebal Palsy (Spatik) - Merah Jambu
o Lain - lain - Coklat / Oren
Kad Kenal Diri OKU : Setiap OKU yang berdaftar dengan JPKAS akan di keluarkan kad Kenal diri. Tujuan KAD OKU :
• Pengenalan diri
• Memudahkan OKU mendapatkan perkhidmatan
Kemudahan / Keistimewaan untuk OKU (Malaysia sahaja)
1. Kemudahan Pendidikan
Elaun RM150 sebulan bagi pelajar sekolah rendah dan menengah
Elaun RM300 bagi pelajar IPT
Pengecualian bayaran pendaftaran pelajar pekak bagi latihan kemahiran kementerian pelajaran
OUM ; Potongan 75% yuran pengajian
2. Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan di Hospital Kerajaan
Bayaran wad Kelas 3
Bayaran Pakar
Bayaran Ubat
3. Pelepasan Cukai Pendapatan
Pelepasan cukai sebanyak RM5000 kepada pembayar cukai yang mempunyai anak OKU
Pelepasan cukai tambahan RM6000 kepada OKU dan RM3500 kepada pasangan yg OKU
Pelepasan cukai sehinggah RM5000 bagi membeli alat - alat khas OKU
Pelepasan cukai tambahan RM4000 untuk anak OKU yg mengikuti kursus di IPT
4. Pengecualian Cukai Jalan; Dengan Syarat;
Kereta, van dan motosikal nasional sahaja
Berdaftar dengan JKM
Pengecualian kepada pemohon sahaja
Sebuah kenderaan dalam satu masa
Memiliki lesen memandu yang sah
5. Kemudahan Pengangkutan
Tambang konsesi 50% - KTMB, Transnasional, Rapid KL, Penerbangan Malaysia (MAS)
6. Pengecualian Bayaran
Dokumen Perjalanan
Kad Pengenalan
7. Pengecualian Duti Import dan Cukai Jualan
Bagi semua peralatan direka khas untuk kegunaan OKU seperti kerusi roda, alat pendengaran dll.
8. Jagaan dan Pemulihan di Institusi
Taman Didikan Kanak - kanak Kurang Upaya (TDKKU) ; Sembulan, Tawau & Sandakan di Sabah.
Kompleks Pemulihan Orang Kurang Upaya Kimanis (KPIKU) ; Pusat Khidmat Kanak-kanak Kurang Upaya dan Pusat Latihan Vokasional OKU.
9. Tele-Komunikasi (Telekom Berhad)
Bayaran sewa bulanan dikecualikan
Panggilan menunggu atau indaan secara percuma
Panggilan 103 operator tidak dikenakan caj.
PENULIS : Beri keistimewaan kepada mereka di mana saja. Mereka adalah sebahagian dari kita. Beri kemudahan dan jaminlah hak mereka dengan sempurna. Semoga Allah memberkati anda....