Khamis, 25 November 2010

MEDALION SABAH


Sabah tanahairku,
Negeri kita yang tercinta,
Pemuda-pemudi semua marilah,
Bangunlah bersatu semua.

Marilah bersama serta maju jaya,
Merdeka sepanjang masa,
Bersatu segala bangsa sentosa,
Sabah negeri merdeka.

PENULIS : dah lupa sikit liriknya...hehehehe maklumlah dah lama duk kat KL... hehehe

ISRAEL PRODUCTS? HARAM!!!!


Dana pencen, gereja Barat boikot pelaburan, produk Israel
2010/11/26
BAITULMAQDIS: Kempen Palestin untuk menghukum syarikat yang membantu Israel membina penempatan dan tembok pemisahan di Tebing Barat mula mendapat sokongan pelabur asing dan aktivis.
Dana pencen di Norway dan Sweden sudah mengambil tindakan menarik keluar pelaburan mereka dalam syarikat yang terbabit dalam pembinaan penempatan haram dan tembuh pemisah di wilayah Palestin itu. Aktivis berpangkalan di Eropah pula memberi tekanan kepada syarikat terbabit dengan mendedahkan aktiviti mereka di Tebing Barat dan membuat piket di luar kedai yang menjual produk yang dikeluarkan oleh penempatan haram Yahudi. Kesan ekonomi terhadap perkembangan baru itu masih kecil dan kumpulan Yahudi tidak bertindak balas serta universiti Amerika Syarikat juga masih enggan menurut serta tetapi publisiti negatif terhadap syarikat terbabit lambat laun akan menampakkan impak.
Israel menuduh kempen berkenaan cuba mengharamkan negara Yahudi itu dan bertanya kenapa negara lain yang mempunyai rekod hak asasi yang buruk tidak juga disasarkan.
Palestin pula berharap kempen tarik pelaburan dan boikot produk itu akan dapat mencapai apa yang tidak dapat dicapai melalui rundingan.
Bagaimanapun, kempen itu tidak ditujukan kepada seluruh Israel tetapi hanya terhadap syarikat yang melabur di wilayah yang diduduki negara Yahudi itu.
“Ia bukanlah penarikan keluar pelaburan dari Israel tetapi daripada syarikat yang menyokong pendudukan haram di wilayah Palestin,” kata William Aldrich, ketua pasukan petugas penarikan pelaburan Persidangan Gereja United Methodist New England.
Penarikan pelaburan bertujuan membuat kenyataan moral, kata Aldrich.
Kumpulan itu berkempen agar penganut gereja Methodist menjual saham dalam 29 syarikat asing dan Israel.
Syarikat asing dan Israel yang beroperasi di tanah Palestin yang diduduki di Tebing Barat mendapat manfaat dalam bentuk tapak murah, insentif cukai dan gaji warga Palestin yang rendah. – AP

PENULIS : BAGUS usaha anda! Teruskan! Kita sebagai MANUSIA PRIHATIN juga perlu menyokong KEMUSNAHAN penjenayah manusia ini... boikot semua barang Israel...biar diorang lingkup terusssss!!!

Hari ini hari Jumaat. Tazkirah jam 8.30 pagi akan bermula, aku sempat la mengarang sikit dalam blog ni, pagi ni macam biasalah... bangun awal jam . 5.30 sebenarnya, tapi sebab penat gile, malam tadi pi TAWAJU’- jadi balik umah pun dah jam 12 tghmalam... drive dari Klang ke Shah Alam memangla dekat, tapi sebab keje sepanjang hari dan balik rumah terus ke Surau Klang... memang penat lah juga, tetapi demi Usaha murni ini, aku gagahkan diri sambil memohon kekuatan dari yang Maha Esa.. Alhamdulillah...aku rasa tenang banget lepas tawaju’- malam tadi memang ada dua orang baru. Seorang budak muda (awal 20 –an) dan seorang agaknya dalam umur 30-an agaknya... seorang yang muda tu, just nak mendengar saja dan seorang lagi yang baru tu- mungkin masuk masa hari sabtu lepas. Aku tak sempatlah nak join Bai’ah tu, Sabtu ni kalau aku tak temankan Boie ke opisnya, aku pasti akan tidak ketinggalan untuk melihat cara pengubatan tareqat ni. Dan pastinya malam nanti aku akan menyertai mereka yang dalam proses bai’ah tu (Malangnya pagi sabtu itu aku kena temankan isteri ke opisnya... dan aku suka temani isteriku ini.... hehehee), esoknya akan balik macam biasalah dan hari-hari seterusnya, mereka yang akan datang isnin malam selasa dan Khamis malam jumaat. Dua hari seminggu untuk tawaju’.- Rajin-rajinlah Tawaju’ – pesan Ustaz Fauzi yang aku kagumi itu.
Dialah satu-satunya Wakil Guru di Malaysia. Kalu nak cite saat pertemuan aku dengan Ustaz Fauzi, memang aku nak sangat-sangat- tapi bukan masa ni laa..insyallah, akan datang kelak. Aapa aku nak cite ni ialah, esok aku akan bawa dua orang untuk berubat. Seorang didiognosis sebagai HIV+ dan seorang lagi kawannya yang amat setia pada kawan. Insyallah moga-moga kedua-dua mereka akan menyertai tareqat ini setelah berubat.
LEPAS JE TAZKIRAH, DAPATLAH SARAPAN NASI LEMAK BUNGKUS DAUN PISANG NGAN AIR MINERAL... sambil makan sambil layan blog ni...hehehe...
Anyway, sambung cite pasal Sikaatuuna(kereta Kebal pilipin). Masa tu aku adalah budak yang berani masuk ke dalam kereta kebal diaorang laa, budak-budak lain dan orang kampung, hanya tercegat di luar pagar menonton dan melihat aku yang berani ni...(hehheh bangga la pula time tu...) masa tu dalam kereta kebal tu, hanya si jimmy tu laaa... masa tu belum jadi kawan aku lagi... bila aku minta anjing tu dilepaskan kerana milik salahs eorang sepupu aku, maka si Jimmy ni tadi, melepaskannya segera kerana mungkin melihat aku yang lain dari yang lain... aku masa tu, mana peduli siapasorang2 kat dalam kampung aku tu, budak2 lain takut hantu.. aku mana tau takut, malah aku pernah bermalam di tengah-tengah paya seorang-seorang dan menyaksikan satu makhluk lembaga kepala berapi di tengah paya. Entahlah, hantu ke tak..aku tak peduli pun, aku seram jugala... tapi bukan jenis aku yang takut hantu, aku tetap tengok dari jauh je laa.. sebab time tu air tenagh pasang, kegelapan tengah paya memang membuatkan cahaya dari kepala makhluk tersebut jelas kelihatan. Ia berapi macam Ghostrider tu laa.. bila menonton Ghostrider, aku teringatlah kes aku bermalam di tengah paya kerana merajuk dengan orang tua.... kalau Ujang merajuk ngan mak dia lari ke tengah sawah, aku lak, lari ke tengah paya... hehehehe!
Baiklah, aku nak keje jap... insyallah kalau takde aral... kita sambung petang ni, kalau aku lupa... maaflah ya.... esok mungkin bersambung