Rabu, 10 Mac 2010

KIAMAT!

Inilah antara tanda-tanda Kiamat. Penaklukan ke atas masjidil al-Aqsa semakin hampir sepenuhnya. Aku yakin dala beberapa tahun lagi…(5 tahun dari sekarang) Masjidil al-Aqsa akan ditawan dan saat itu akan berlakuknya peristiwa besar turunnya Nabi Isa a.s… dan 40 tahun selepas itu kiamat subra akan berlaku…

BAITULMAQDIS 10 Mac – Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengutuk rancangan Israel untuk membina 1,600 buah rumah lagi di wilayah Palestin yang diduduki oleh pendatang Yahudi.
Israel mengumumkan rancangan tersebut di tengah-tengah lawatan Biden ke rantau ini bagi membantu memulihkan rundingan damai.
Keengganan Israel untuk menghentikan aktiviti pembinaan di kawasan penempatan Yahudi sekalipun didesak oleh AS menjadi batu halangan utama ke arah menyambung semula rundingan.
Pengumuman Israel mengenai rancangan tersebut meletakkan Biden dalam keadaan tidak selesa menjelang pertemuan beliau dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
“Saya mengutuk keputusan kerajaan Israel untuk meneruskan rancangan bagi membina unit-unit perumahan baru,” kata Biden dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas beliau tiba lewat 90 minit untuk jamuan malam dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Naib Presiden itu berkata, pelan induk untuk kawasan penempatan Yahudi, Ramat Shlomo di sebuah kawasan Tebing Barat yang dirampas oleh Israel ‘menjejaskan keyakinan yang kita perlukan sekarang dan bercanggah dengan perbincangan positif yang saya adakan di Israel’.
Palestin menggugurkan tuntutan agar Israel membekukan semua aktiviti pembinaan perumahan dan bersetuju untuk mengadakan rundingan tidak langsung selama empat bulan selepas mendapat sokongan Liga Arab pada minggu lepas.
“Israel tidak berminat untuk berunding atau berdamai dan projek Ramat Shlomo akan menjejaskan rundingan terhenti,” kata pembantu kanan Abbas, Nabil Abu Rdainah.
Menteri Dalam Negeri Israel, Eli Yishai yang bertanggungjawab mengumumkan rancangan tersebut, menyifatkan pengumuman itu serentak dengan lawatan Biden sebagai satu kebetulan.
“Pastinya tidak ada niat untuk melakukan provokasi terhadap sesiapa dan sudah tentunya tidak ada niat untuk menyinggung perasaan Naib Presiden AS,” kata Yishai di televisyen Israel, Channel One. – Reuters

Gegaran kecil mungkin dirasai sekitar Tasik Kenyir
11/03/2010 4:05am


KUALA LUMPUR 11 Mac — Gegaran lemah mungkin dirasai di sekitar Tasik Kenyir apabila satu gempa bumi lemah berukuran 2.6 pada skala Richter berlaku pada pukul 11.10 malam tadi.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata gempa bumi itu berpusat di 43 kilometer barat daya Kuala Terengganu dan 22 kilometer barat Kuala Berang, Terengganu.
"Terdapat kemungkinan gegaran lemah dirasai di sekitar Tasik Kenyir,” kata kenyataan itu. — Rujuk-BERNAMA
Hmmmm.. dunia semakin tua… Bumi ini semakin banyak penyakitnya. Haiti, Turki… dan kini Malaysia mungkin akan menjadi sasaran akibat kejahilan manusia di Bumi ini.
Begitulah halnya, apabila berlakunya maksiat di muka Bumi. Allah akan perintahkan kawasan di Bumi tersebut bergegar dan emmuntahkan sisinya lantaran dosa-dosa maksiat manusia yang berlaku terang-terangan yang tidak dicegah oleh manusia lain.
Baru-baru ini di Lahad datu, Sabah. Walaupun lemah, tapi ia memberi gambaran pada kita bahawasanya, tidak mustahil kalau gegaran akan meningkat pada skala 7 richter ke atas!

Kiamat dah dekat!