Selasa, 1 September 2009

HINDUISME!

Mari kita mengenali salah satu agama di Malaysia. HINDU. Agama ini banyak dianuti oleh orang-orang India. Jelas kita lihat di sini, orang yang menganut agama ini Cumalah orang India. Aku tidak pernah melihat melayu atau cina jadi penganut agama ini…. Apatah lagi bangsa-bangsa lain. Jelas sekali agama ini hanya untuk bangsa India saja. BETULKAH?
Mari kita lihat agama ini… yang ketika ini isu pembinaan Kuil di Shah Alam yang mendapat bantahan orang-orang islam.

Hinduisme (bahasa Sanskrit: Dharma Sanātana (abadi), juga dikenali sebagai Dharma Vaidika (Veda) ialah satu agama atau falsafah yang berasal dari sub-benua India dan kawasan sekeliling yang berhampiran. Agama ini adalah agama tertua yang diketahui di dunia, dan yang tidak mempunyai pengasas, kitab, atau bandar suci yang utamaKitab pertama agama ini ialah Veda dan dengan berlangsung masa, banyak kitab yang lain juga termuncul.

Istilah Hinduisme merangkumi berbagai-bagai aliran fikiran dan taifah, serta upacara-upacara amal yang amat berbeza. Banyak penganut Hindu yang dipengaruhi oleh falsafah Advaita bersembahyang kepada berbagai-bagai dewa, dan menganggap dewa-dewi ini sebagai penjelmaan-penjelmaan untuk satu Roh Kosmo monistik yang agung (Brahman), sedangkan banyak penganut yang lain menumpukan kepada satu konsep mufrad untuk Brahman (Tuhan), umpamanya Vaishnavisme, Saivisme dan Syaktisme.

Hinduisme ialah agama yang ketiga terbesar di dunia, dengan lebih kurang 900 juta penganut (angka 2005). Kira-kira 890 juta daripada bilangan itu tinggal di India.




Isi kandungan
1 Kepercayaan Hindu
2 Kitab-kitab utama
3 Hinduisme di Bali
4 Pautan luar



Kepercayaan Hindu
Teks Hindu

Śruti
Veda
Rig Veda
Sama Veda
Yajur Veda
Atharva Veda
Brahmana
Aranyaka
Upanishad
Smriti

Itihasa
Mahābhārata
Bhagavad Gītā
Ramayana
Purana (Senari)
Tantra
Sutra (Senarai)
Stotra
Ashtavakra Gita
Gherand Samhita
Gita Govinda
Hatha Yoga Pradipika

Agama Hindu telah terpelihara sejak zaman Veda lagi dengan idea bahawa Tuhan (Brahman) wujud dan boleh dialami secara mendalam dengan mencapai keadaan kesedaran transenden. Mereka percaya dengan kitaran kelahiran, kematian dan kelahiran semula (samsara) di mana sistem ini bergantung dengan amalan-amalan (karma) seseorang itu yang akan menentukan kehidupan seterusnya di alam yang lain. Yoga (penyatuan) ialah amalan rohaniah untuk mencapai penyatuan antara Atman (iaitu, roh dirih) dengan Brahman (Roh Agung atau Tuhan).

Brahman, Satu Realiti yang Menyeluruh, menjadi Isvara (Tuhan) melalui tiga sifatnya iaitu

Brahma: Pencipta
Vishnu: Pemelihara
Shiva: Tuhan Pemusnah dan Kelahiran semula.
Ini mewakili Triniti Hindu atau Trimurti. Ini pula boleh ditambah dengan pemujaan kuasa feminin alam semesta, iaitu Shakti yang juga dipanggil Devi. Orang Hindu mempunyai tiga kepercayaan utama:

Shaivisme: Pemujaan Shiva, dewa paling hebat, iaitu Pemusnah dan Pencipta Semula. Shiva juga dikenali sebagai Mahadev atau Maha Dewa. Kuasa ciptaannya dirayakan dengan penyembahan lingam, satu objek pujaan berbentuk huruf r yang lazim terdapat di kuil-kuil dan juga rumah-rumah orang beragama Hindu.
Vaishnavisme: Pemujaan dewa Vishnu merupaka amalan paling popular di kalangan orang Hindu sebab Dewa ini sering mengambil bentuk manusia dari masa kesemasa untuk membantu manusia. Dewa ini telah melalui sembilan kehidupan semula (avataras) dan ia diramalkan akan kembali hidup semula dalam bentuk lain. Daripada sembilan kelahiran ini, dua kelahiran yang paling utama adalah ketika Dewa ini mengambil bentuk manusia sebagai Rama dan Krishna.

Shaktisme: Pemujaan tenaga aktif wanita yang termasuk kuasa pemusnah Kali dan yang lebih lembut, iaitu Dewa Parvati dan Uma.

Kitab-kitab utama
Terdapat empat Veda (Rig, Atharva, Sama dan Yahjur) yang ditulis sekitar 1500 SM dan yang terdiri daripada lagu pujian dan amalan. Kitab-kitab ini juga berserta dengan Upanishad atau ajaran asas agama Hindu. Smriti merupakan himpunan undang-undang buatan para wali dan bijaksana beragama Hindu manakala Undang-Undang Manu menggariskan tugas manusia dan tanggungjawab sosial berdasarkan sistem kasta dan kelas sosial. Parana-parana memperkukuhkan Veda dan terdapat 18 parana, enam untuk Vishnu, enam untuk Brahma dan enam untuk Shiva. Parana-parana ini termasuk Bhagavatam yang dianggap oleh fahaman Vaishnavisme sebagai kitab paling unggul dan tulen.

Veda bermaksud ilmu dalam bahasa Sanskrit, dan himpunan Veda dianggap oleh agama Hindu sebagai kitab paling suci. Ia juga dikenali sebagai sruti, yang bermakna sesuatu yang didengar atau diturunkan kepada rishi atau ahli nujum[perlu petikan]. Puji-pujian dan mantra yang paling suci telah digabungkan kedalam empat koleksi kitab yang dikenali sebagai Rig, Sama, Yajur, dan Atharva Veda. Veda yang terbaru ialah Brahmanas atau manual untuk amalan dan pemujaan, Aranyaka atau teks alam hutan untuk pendita agama, dan Upanishad atau amalan mistik.

Rig Veda
Mentera (hymns) Rig Veda dianggap tertua dan paling penting bagi kitab-kitab Veda, dikarang antara 1500 SM dan masa peperangan Bharata agung sekitar 900 SM. Lebih daripada seribu mentera disusun kepada sepuluh (mandalas) atau kitaran yang mana yang kedua hingga ketujuh adalah yang paling tertua dan yang kesepuluh adalah paling terbaru. Tradisi Hindu mengatakan bahawa Vedas adalah ringkasan secara beransur-ansur daripada penjelasan ramalan silam yang lebih panjang tetapi telah dikorupsi semasa zaman kegelapan Kaliyuga. Sebagai satu-satunya penulisan yang berasal daripada zaman silam ini di India, ia dianggap sebagai sumber terbaik yang kita ada; tetapi doktrin etik kelihatannya semakin baik daripada mentera (hymns) silam kepada Upanishads mistik.

Secara khususnya Rig Veda adalah penuh dengan mentera-mentera memuji dewa-dewa Aryan kerana memberi kemenangan dan kekayaan yang diperolehi selepas menewaskan puak Dasas di dalam peperangan. Kaum Aryan telah menggunakan senjata serta kemahiran perang yang terkini untuk menyerang dan menjajah puak Dasas dari tamaddun Harappan. Kebanyakan menteranya mengandungi unsur-unsur seperti kegunaan kuda dan chariots with spokes yang memberi kelebihan kepada para perwiranya. Lembing, panah, anak panah, dan senjata besi juga kerap disebut dalam menteranya. Sebagai sebuah masyarakat nomad dan petani yang menyanjungi peperangan, mereka telah menubuhkan suatu struktur sosial baru dimana keluarga yang patriarchal didominasi oleh perwira dan akhirnya dengan kuasa Vedas itu sendiri, para paderi juga menjadi status yang disanjungi.


Sama Veda
mengandungi not-not muzik dan nyanyian pujian di kuil ketika sembahyang dan doa.

Yajur Veda
mengandungi rumusan korban atau mantera suci ketika acara korban

Atharva Veda
mengandungi peraturan-peraturan pendeta, rumusan-rumusan sihir, kaedah-keadah perubatan, mantera-mantera, kuasa ghaib dan sihir-sihir untuk perlindungan diri


Ramayana merupakan sebuah mahakarya yang dikhaskan untuk Rama, iaitu Dewa yang hidup semula selepas menjadi Vishnu. Rama merupakan simbol dharma (amalan baik) dan dewa ini menyelamatkan Sita, isterinya yang diculik, dengan bantuan abangnya, Lakhsmana, dan dewa jelmaan monyet, Hanuman. Mahakarya ini menunjukkan kejayaan kebaikan menentang dewa yang tamak. Satu lagi teks Hindu yang penting ialah Bhagavad Gita di mana Dewa Krishna menceritakan laluan kesedaran Tuhan kepada pemujanya bernama Arjuna.


Hinduisme di Bali

Kitab suci agama Hindu adalah Veda yang berasal dari India, namun yang sampai di Bali adalah Veda Catur dan Veda Qirah yang sehingga saat ini masih diguna oleh Pemangku atau Pendeta untuk memimpin upacara, termasuk ketika menjalani kewajiban mereka. Di samping Veda yang juga dikenali sebagai kitab-kitab Purana dan yang membincangkan peranan Moralitas, terdapat juga mahakarya-mahakarya seperti Mahabaratha dan Ramayana dalam bentuk cerita topeng, drama, opera, balet dan lain-lain sebagai pengungkapan ajaran agama Hindu. Kepercayaan masyarakat Hindu Bali adalah kekuatan hidup yang meliputi kekuatan alam Pulau Bali yang sudah menggaung ke segala penjuru dunia.
kepada semua rakyat Malaysia... mari kita hormati penganut-penganut Hindu ini. kerana mereka juga seperti kita. RAKYAT MALAYSIA. Islam juga menyarankan kita menghormati fahaman dan agama orang lain. Walau bagaimana pun, pembinaan Kuil di kawasan orang Melayu amatlah tidak elok dan menyinggung perasaan orang-orang Melayu yang merupakan pemilik tanah ini. TANAH MELAYU.- menunjukkan bahawa tanah ini adalah orang melayu punya. Walaupun kita sudah jadi Malaysia sebagai 'Menyatukan tuan rumah dengan tetamu' . Artikel 153 tetap berkuat-kuasa untuk selamanya!
Yang bukan melayu tu... sedar-sedarlah diri sikit.... moyang kami sudah bagi keizinan untuk duduk di tanah ini dan hidup bermasyarakat dengan kami... so, janganlah diberi betis hendakkan paha pula.... pikir-pikirkanlah...
So... wahai saudara-saudara seagamaku. Hormatilah...
AGAMA DI SISI ALLAH SWT, HANYALAH ISLAM.