Isnin, 11 Mei 2009

KOLEKSI ARTAKUSIAD

Hmmm... manalah aku nak dapatkan koleksi ni ya??? dari dulu aku cari koleksi ni... tapi tak dapat juga! geraammmnya!!! sapa-sapa yang tau ... tolong bagitau aku... aku nak beli... secepat mungkin!. terima kasih...

AMALAN KHAS SEBELUM TIDUR

Amalan sebelum tidur.

Sebelum Tidur bacalah :

1. Bacalah “Bismillahirrahmanirrahiim’ 21 kali.
2. Baca doa tidur” Bismikah Allahumma ahya waa amuts”.
3. niat nak bangun jam berapa( Ya Allah bangunkan aku pada waktu sekian-sekian).
4. Baca Al Fatihah 1 kali.
5. Baca Ayat Qursyi 1 kali.
6. Baca 2 ayat terakhir surah al-Baqarah ; “ Aamanarasuulu…” 1 kali
7. Baca Surah Al Kaafiruun 1 kali. Dan al-Kautsar 1 kali
8. Baca Surah Al Ikhlash 3 kali.
9. Baca Surah Al Falaq dan An Naas 1 kali.
10. Baca Tasbih Fatimah r.a : Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali dan dicukupkan seratus dengan ayat ini: “ Laa ilahaa illallah wahdahu laa syariikalah lahul mulku walahulhamdu yuhyii wayuumiitu wahuwa ala kulli syaien qadiir.” ( 1 kali).
11. Baca Attahiyyat. ( 1 kali).
12. Baca lah kalimah iman “ Laa ilahaa illallah” ( 1 kali) dgn penuh penghayatan.
13. Kemudian berzikir lah dalam hati “ Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah “ sampai terlelap( Tertidur).


Tatkala bangun dari tidur :
Bacalah:
” Alhamdulillah lazii ahyaa na ba’da ma amaatana wa ilaihi nusyur. Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariikalah lahul mulku walahul hamdu yuhyii wayumiitu wahuwa alaa kulli syaien qadiir” 1 kali.

Amalkan setiap kali hendak tidur. Sebelum itu haruslah digalakkan memberus gigi dan berwuduk sebelum melangkah ke tempat tidur. Insyallah dengan mengamalkannya kita akan selamat di dunia dan di Akhirat. Dan sesudah bangun tidur hendaklah membersihkan muka dengan amalan Air Suci dan berus gigi dan mulut anda.


“Semoga Allah memberkati kamu dan mengampuni segala dosa kamu dan sesiapa pun yang bersama kamu ..amin”

ZIKIR LEPAS SOLAT FARDHU


"TIDAK KU JADIKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN UNTUK BERIBADAH KEPADA-KU"