SEMALAM aku bermimpi seseorang yang sudah lama aku tinggalkan. Entah mengapa 'dia' muncul dalam mimpiku yang amat selesa tidurnya malam tadi. Aku rasa happy pula bila dia muncul... sedangkan sebelum ini aku membencinya kerana 'curang' padaku... Arghhh!!! bagai nak gila bila memikirkan hal yang telah lalu... aku harap tidak akan melaluinya sekali lagi.. ia ada pengalaman paling perit aku rasakan. Dan aku takde komen apa-apa laa tentang mimpi aku malam tadi... dan semalam juga la berlangsung satu pertandingan Bowling Puteri UMNO kat Ole-Ole Seksyen 18. Start jam 9 sampai 12 kot... Aku dan Kajol sampai awal gile... lebih kurang jam 8 malam... janji jam 8 mlm... tetapi ..korang taulah kan... janji Melayu.. tambah2 lagi kalau janji Puteri UMNO ni... laaaggii kemelayuan tu terserlah... tetapi yang peliknya ... aku nampak 50 peratus je nampak melayu.. yang lainya... dengan rambut perang, yang berpakaian singkat klau duduk boleh nampak spender warna apa... hahahaha.. kelakar sungguh... aku pelik bin ajaib ... kalau beginilah pelapes bangsa... alamtanya... aku sendiri takleh bayangkan negara Malaysia ni akan jadi apa nanti?... Walaupun ramai gak yang pakai tudung tetapi pakaian macam bungkus nangka je rupanya... berpakaian tetapi telanjang seperti mana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW tentang umat akhir zaman... Dah tu time solat Isyak entah kemana... sorang pun aku tak nampak kat Surau... So bayangkan lah... kalau balik dah jam 12 tgh malam... Isyak tu valid lagi ke ??? Masyallah!!!! Apa nak jadi dengan anak melayu kita??? Disebabkan ramai sangat pompuan.. so aku takleh la rasa best pun duduk so.. lepas solat isyak kat Surau yang disediakan.. aku pi kedai Mamak Darul ehsan 18... pekena Roti pisang yang menjadi faverit aku sejak sekian lama.... sambil tgk cite van Damme( Entah apa tajuk dia- tapi menarik gak movie tu) so aku layan laa sambil makan dan minum air suam...(hari Isnin adalah Waterday- maknanya aku akan minum air suam atau air mineral sahaja bermula sejak subuh hinggalah subuh keesokkan harinya... dan hari ini adalah Milkday pula maknanya aku kan minum susu sepanjang hari... dengan aior mineral atau air suam sebagai penamat minuman) habis makan lebih kurang dalam jam 10.30 mlm agaknya... bila aku dapat msg si Kajol suh naik atas untuk amik atau rakam aksi dia tgh main Bowling.. aku pun apa lagi dengan bakat terpendam sebagai kameraman aku tangkapla aksi2 dia tu... happy juga tgk gelagatnya tu.... hahaha.... lepas tu tak sempat nak amik hadiah... Kajol ajak aku balik... aku balik je laa... hehehe mata pun ngantuk gile...(Aku nak tgk Jackie Chan-Rumble in the bronx sebenarnya) heheheehee.... Lebih kurang jam 12 tghmalam... aku lelapkan mata lepas amik wuduk dan minum segelas air suam.. ALHAMDULILLAH...