Selasa, 20 Mei 2008

manuskrip SAM C1G1

HEHEHE.... akhirnya siap juga manuskrip aku. manuskrip SAM C1G1 yang pertama aku rekacipta bersama gambar2 ilustrasinya. Mujurlah aku dapat siapkannya dalam seminggu sahaja. Walaupun sibuk dengan keje-keje kat Opis.. Aku usahakan juga siapkan lukisan yang aku lukis sendiri bercampur dengan kecanggihan teknologi komputer(Paint). Aku siapkan juga babak pertarungan Krimna dan SAM... bila aku tunjukkan manuskrip aku tu pada Faizul Darius-pengarang Novel NAPIRU tu... tergezut gak dia..."Bagus! Bagus! " katanya laa... Aku rasa bangga juga... Alhamdulillah... hihihihi . Aku cadang nak bagi si Firdaus Ariff tu... nak bagi dia nilai karya aku.... sebab aku pk laa.. kalau aku dan Firdaus bergabung tenaga untuk hasil novel Sai Fai yang hebat dan terulung, aku rasa boleh... Yeah! Malaysia Boleh!!! Aku dah baca sikit cerpen Komando dia dan gapura Dimensi.. aku rasa aku dan FA ni ada pemikiran yang sealiran... yeah serius!.. maybe kami ada Chemistry dalam Sai-Fai..... Fuh! ni yang aku tak sabar2 nak jumpa FA ni... berbincang dengan dia ..insyallah... buat aku cukup teruja bila berkenalan dengan beliau... aku kalau boleh nak kawan ngan semua penulis Sai Fai kat Malaysia ni... Buat Liga Sai Fai Malaysia.... baru GEMPAK!
Anyway masa kuar dengan Kajol tadi.. Aku terserempak dengan pelakon BELLA... alaaa... si Sacha(Sofea) dan Khairuddin- budak Paradigm tu... hihihiiihii terkejut gak! diorang ada kat UITM ni.. aku pun tegur lah si Khairuddin. tanya dia... pasal apa dia ada kat situ pagi2 buta ni... hehehe.. sempatlah salam kejap... dia kata dia ada shooting drama baru tajuk dia..." kau yang teristimewa" lebih kurang cam tu lah bunyinya.. keluaran GB... sebelum tu nampak si Sacha parking keta Gen-2 putihnya berhampiran kantin aras 4. Terkejut gak aku... sekali pandang.... aku tak cam sgt.. bila pandang kali kedua.. aku kenal! Eeee...Sofea! hihiihihi.. tapi aku taklah tegur..kang jeles lak si Kajol sebelah aku tu... kami terus berlalu ke PAS... nak beli ayam KFC katanya. tapi bila sampai kat sana ... KFC masih tutup... ye laaa... baru jam 10 pagi . Mall ni buka jam 11 pagi...KOMPOM! akhirnya kita orang bali ke lib. dan dia pi survey ayam kat KFC PKNS... entahlah dah beli ke tak.... sementara aku lak ..sibuk ngan labeling meja kat aras 4 dan 5... selain buat keje2 senaraian buku2 baru yang bakal aku serahkan keje tu pada budak baru...si Shariman yang baru masuk minggu lepas... dan aku akan duduk kat Annex sorang2 bermula open semester ni... so aku akan keje opis hour je laa.. no shift malam dan OT lagi... hehehe
senang sikit keje aku.. tetapi kalau aku dah dapat PP nanti... kompom masuk shif balik!..leceh gak.. but takkan lah aku terus duduk kat PAR ni je ??? ye tak??? hidup dan keje mesti bergerak ke depan!
lagipun perubahan ni sangat penting untuk aku siapkan novel fantasi Adamus. Aku nak tumpuhkan perhatian pada novel Adamus sebelum aku sabung balik novel Sai-Fai aku...